.: Of love and life 5~ :.

Friday, June 6, 2014

Seharian berjalan ke sana ke sini, benar benar memerah keringat diri. Terkadang arah berjalan bukan pun bertujuan, mungkin sekadar memenuhi jemputan open house rakan rakan, ataupun sekadar jalan jalan kosong. Ya, jalan jalan sekadar merehatkan minda, yang aku kira sudah hampir dua minggu lamanya terbeban dengan jadual masa yang cukup kejam bagiku~

Oh ya, aku terjumpa adik itu ketika berjalan di tasik petang tadi. Adik yang pernah aku ceritakan berwalimah sekitar 2 bulan lepas. Wah.. wajahnya berseri. Badannya sedikit berisi, wajahnya jernih tanda bahagia bersama. Dan yang aku kira aku cemburui, mereka jalan berpimpin tangan. Romantis!

Di kesempatan itu aku sempat bertegur siapa dengannya~ tidak sangka, pertemuan yang aku kira mengejut itu, mengundang basah direlung hati. Ya, ketika kembali mengamat memori adik yang aku cintai itu.

---

“Abang, kenapa dia buat macam ni? Sedangkan saya sayangkan dia seikhlas hati. Apa salah saya pada dia?” Tanyanya padaku. Wajahnya muram~ mendung yang aku kira ada luka yang dalam pada hatinya~

Entah kenapa, aku jadi terdetik dan terduduk mendengar cerita adik itu. Mungkin kisah kami ada persamaan. Ditinggal kekasih, atau sememangnya aku tidak sanggup melihat dia menanggung lukanya sendiri. Mungkin~

“Amir sayang dia?” Balasku~ tepat memandang adik itu.

Dia mengangguk lemah~ seakan tidak bersemangat lagi mengharungi hidup. Ah.. cinta~ indah ketika bersama, tetapi perit ketika tiada. Kami diam yang lama, sambil fikiran melayang menyusun kata tentang apa yang akan dipertuturkan nantinya.

“Amir..” sambung ku.

Pandangan yang sebentar tadi memandangnya, aku alihkan~

“Kita kena ingat, sebelum kita sayang orang lain, kita terlebih dulu harus sayang pada diri sendiri.” Balasku terhenti~
“Maksud abang?” Balasnya tersentak~

“Yela, kalau kita tak sayang diri sendiri, macam mana kita nak sayang orang lain. Macam Amir sekarang, Amir cuma tahu sayang dia tanpa Amir sayang diri Amir sendiri. Amir sanggup tak makan, tak tidur sebab sayang Amir pada dia. Itu bukan cinta Amir. Kalau Amir sayang diri sendiri, Amir tak buat macam ni bila putus cinta. Ingat Amir, Kalau kita sendiri tak bernafas, macam mana kita nak bantu orang lain bernafas?” Balasku~

Amir memandang dengan wajah yang keliru~ menghadam setiap bait kata yang aku tuturkan.

“Amir, bila kita sayang diri sendiri, insya Allah, kita akan mampu menyanyangi orang lain dengan baik. Bukan maksud abang pentingkan diri~ Pentingkan diri dan sayang diri sendiri adalah dua perkara yang berlainan.Sayang diri sendiri, agar mampu menyanyangi. Siapa yang mampu mencintai dirinya, maka dia akan mampu mencintai orang lain sepertimana dia mencintai dirinya sendiri~ Kita diajar begitukan oleh baginda Rasul?” Sambungku panjang lebar~

Tangan yang sedari tadi aku genggam, aku alihkan kebahunya. Perlahan bahunya aku usap~ penuh mahabbah.

“Belajarlah melepaskan pergi, supaya nanti kita dapat melihat kemana takdir kita membawa kita pergi. Belajarlah mencintai diri, supaya nanti kita mampu mencintai dengan sepenuh hati. Ingat, orang yang banyak cinta, akan banyak memberi. Kerana mereka tahu, mereka memberi apa yang mereka ada. Bukan apa yang mereka tiada. Kerana orang yang banyak cinta dalam hatinya, akan mampu mencintai manusia seluruhnya. ”

Wajah adik itu kian menjernih~ Mungkin sedikit sebanyak hatinya mampu menerima apa yang aku perkatakan~ Dia memandangku. Tersenyum~ Ikhlas.

“Jadi, kenalah belajar cintakan diri sendiri kan?” Tanyanya.

“Yap! Dan yang penting, cinta yang Satu dahulu, kerana cinta yang Satu itulah yang paling banyak, tidak terkira. Dan jika yang Satu itu dicintai, maka kita akan mencintai sepenuh hati. Sepertimana baginda Rasul, mampu mencintai sekian banyak umatnya, kerana Cinta yang satu dalam hatinya” Ujarku tersenyum~

---

Dan kini, aku lihat adik itu mampu tersenyum dengan ikhlas sekali. Ya, ikhlas dari hati.  Dan kerana itulah dia bertemu dengan permata hatinya sekarang. Yang halal disentuh sesuka hatinya~

“Terima kasiha bang, atas nasihatnya dulu~ Semoga abang mendapat yang terbaik ya” Ujarnya~

Aku tersenyum~ Geli hati. Apakan tidak, calonnya pun masih tiada.

“Insya Allah. Terima kasih atas doanya. Doakan abang juga ya!” balasku~

“Amin ya Rabb!” sambut kami berbalas pelukan~

Dan sejujurnya, aku amat kagum dengan adik itu. Mungkin aku sendiri masih tertatih dengan apa yang aku perkatakan. Masih lagi mencari cari sesuatu yang entah bila aku temui. Entahlah, mungkin bukan kunciku sekarang. Ya, kunci pada segala yang ghaib adalah masa kan?

Makanya, harus bersabar dan bersabar dengan masa~


---
Baiklah, entry yang tah pape~ hoho^^


2 kRitIkaNs:

Gadis Kecil said...

Nice iman. Kunci pada benda yg ghaib adalah masa. Bersabar lah segalanya. Thank, coretan ini buat akak lagi kuat utk hadapi segalanya ;)

k e r e p e k t e m p e said...

Aku harap kau tulis banyak lagi haha. Ini bagus