.: Bukan Utopia Cloud Nine :.

Friday, June 6, 2014

Sekadar perkongsian pengisian Fiqh Munakahat~

Adalah penting seseorang yang ingin mendirikan rumah tangga itu bertanya atau mengambil tahu tentang dirinya sendiri dan pasangan yang ingin dinikahinya. Berikut adalah beberapa pertanyaan yang dibahaskan didalam pengisian Fiqh munakahat:

1)      Apakah wawasan dia didalam hidupnya?

-Soalan ini penting, kerana sebagai seorang suami atau isteri, adalah penting mempunyai visi dan wawasan yang sama dalam hidup mereka. Apakah keinginannya dalam kehidupan? Apakah yang beliau mahukan dalam kehidupan? Bila tujuan hidup sama, maka senanglah berlaku toleransi dalam rumah tangga.

2)      Apakah kefahaman dia terhadap konsep perkahwinan?

- Soalan ini juga boleh dikatakan penting. Ya, bagaimana pandangannya terhadap perkahwinan. Adakah medan perhambaan seperti apa yang digambarkan barat? Medan memuas nafsu semata atau bebanan tangggungjawab yang perlu dipikul. Atau adakah perkahwinan adalah medan memberi antara satu sama lain. Sama ada mahu mendapat redha Allah, meramaikan umat Baginda Rasul, ataukah hanya kerana ingin menyempurnakan separuh agama. Maka soalan ini wajarlah ditanya pada diri dan dilihat pada pasangan nanti.

3)      Apakah sifat yang digemarinya dan sifat yang tidak digemarinya?

- Soalan ini membolehkan kita melihat kekurangan dan kelebihan diri, dan apakah kekurangan itu boleh diterima masing masing. Soalan ini boleh dikatakan penting, kerana berkahwin bukan sehari dua, tetapi ingin hingga syurga. Dan diatas semua itu, setiap manusia terbuka kepada perubahan. Jika mereka tahu, maka memperbaiki diri adalah perkara utama.

4)      Apakah pandangannya mendapat anak bagi tahun pertama perkahwinan?

- Wanita dan lelaki berbeza pendapat tentang anak. Adakah sesuai pada waktu kerjaya, atau dibahagian kerjaya siapa yang perlu berlaku tolak ansur. Ibarat kata ustaz hasrizal, bercinta jangan sampai ke gerbang perkahwinan, tapi masukkan sekali urusan lampin dan makan.

5)      Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarga?

- Perkara ini juga perlu dilihat, kerana kita berkahwin bukan sekadar dengan pasangan, tetapi juga dengan keluarga mereka. Maksudnya, kita turut meraikan keluarga pasangan. Jika berlaku konflik dalam keluarga, apakah dibenarkan pasangan masuk campur? Atau bagaimana hubungan mereka nanti setelah berkahwin. Walaupun syurga dibawah tapak kaki suami, ibu dan bapa hanya ada satu di dunia. Maka dengan itu, haruslah bertoleransi.

6)      Apakah kegemarannya dan bagaimana masa lapangnya di isi?

-Soalan in juga boleh dirisik, adakah masa lapangnya di isi dengan baik. ya, kerana selepas kahwin nanti, adakah masa lapangnya mampu diluangkan untuk anak isteri.

Dan oh? Sebenarnya hari ini tiada mood untuk menulis. Sekadar ingin conteng conteng. Bimbang ilmu yang baik ini tidak dik kongsi lantas terlupakan. Ya, dengan jadual yang ketat begini, tidak mustahil boleh terlupa. Oh? Apa yang tulis ini, hanya lah perbincangan ketika kuliah Fiqh munakahat. Jika ada cara lain, atau cara yang lebih untuk mengenali antara satu sama lain, maka silakan. Selagi menjaga syariat, itu sebaiknya. Tetapi bukan syariat yang kita aturkan sendiri.

Ingat, kalau kita buat tak baik sebelum kahwin, Allah akan balas dengan ujian selepas kahwin. Biar ujian kita pada susahnya sebelum kahwin~ kerana ujian selepas kahwin, adalah sangat dashyat. Kerana seharusnya, keluarga itu penyejuk jiwa kan?

Oh? Sudah membebel terlalu panjang~ dan sudah terlalu membebel seperti sudah berkawhin. haha^^

Baiklah, harus berhenti segera. Semoga ada manfaatnya bersama.

Semoga^^

Nota kaki : in before, dah tahap wajib dah ni. haha^^

0 kRitIkaNs: