.: Impian~ :.

Wednesday, March 9, 2011

Selesai subuh, dia melihat kosong sejadah dihadapannya. Rasa rindu dengan setiap yang berlaku. Entah kenapa kebelakangan ini, jiwanya resah. Ada saja yang tidak kena pada dirinya. Resahnya entah kenapa. Dia sendiri tidak tahu. Dia bangkit~ perlahan menuju ke meja kesayangan. Dikeluarkan sekeping kad manila biru yang terselit di celah mejanya.

Dibentang~

Dilihat dalam~

Seketika dia termangu. Di kad manila itu, terlukis segala impiannya. Segala rancangan hidupnya sepuluh tahun kehadapan. Lengkap pelbagai warna. Ditatapnya rancangan itu lama. Fikirannya terbang melayang. Entah hingga kemana, tapi yang pasti bukan disitu. Seketika dia mengalihkan pandangan. Kerusi mejanya ditarik. Duduk~ dan kemudian termenung semula.

Rancangannya setelah tamat belajar, ingin bekerja. Sudah mempunyai pengalaman. Dan akan ingin membuka pusat latihanya sendiri. Ya~ sebuah consultant training yang akan melatih generasi generasi setelahnya. Dan kemudian menyambung pelajaran ke tahap master dan terus bekerja. Oh? Sebelum dia menyambung master, dia ingin berkahwin.

Ya, sebagai peneman bagi perjuangan yang melelahkan.

Dan di sepuluh tahun itu juga, dia mahu membuka taska kanak-kanak dan diserahkan kepada bakal isterinya untuk diuruskan. Dan diakhir rancangannya itu, dia mahukan sekurang-kurangnya mempunyai tiga cawangan taska. Dan mempunyai satu perniagaan makanan.

Oh? Bagaimana~

Dia keliru.

Bagaimana dia mengambil saja peluang yang ditawarkan kepadanya. Menjawat jawatan jurutera di Syarikat perlombombongan gas dan minyak, terus ke arab Saudi, dan kemudian lupakan saja rancangan hidupnya. Ataupun dia terpaksa menyusun semula semuanya dari mula.

Dia keliru~

Yang amat.

Akhirnya setelah lama termangu, dia bangkit. Tanpa keputusan~ dilipatnya kembali kad manila biru yang terbentang itu. Disimpan kemas. Sudah masanya untuk bersiap. Mungkin, jawapan itu akan tiba nanti. Mungkin. Semoga saja~

Seketika ingatannya terlintas pada seseorang. Entah kenapa, tentang soal hati, dia terlalu lemah. Ah.. Hati. Kuatlah~~~

*****



Teehee :P
Tulisan yang tiada makna~ jangan dicari. :)

3 kRitIkaNs:

ezasunflower said...

"setiap kali kita berfikir dan merancang, mulakanlah walaupun sedikit.. jangan ditunggu-tunggu.. percayalah kita akan mendapat kekuatan dan semangat untuk melakukan sesuatu perkara setelah kita memulakannya.. rahsia sesuatu REALITI adalah MULAKAN.."

Just copy and paste without permission. hehe =)

MuNirAh said...

buatlah istikharah atau percayalah gerak hati~
mungkin ada jawapan di situ
ingat pesan Allah~
(2:216)
xsemestinya apa yg kita rasa baik utk kita,terbaek untuk kita,mungkin apa yg kita xsuka mungkin yg trbaek utk kita..
semoga berjaya dlm apa sj pilihan saudara..
may Allah bless~

R3alfarhha said...

Realisasikan imaginasi itu satu realiti, bukan mimpi.