.: love and life^^ :.

Saturday, February 5, 2011

Aku nukilkan catatan ini khusus untuk sahabatku, Saufi Ukasyah sempena hari bahagianya~
Maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri saat hari perkahwinanmu sahabat~
Selamat Pengantin Baru~
Semoga berbahagia hingga akhir hayat nanti~
Insya Allah~

--------------------------------------------------------------

Dia, sekadar lelaki yang biasa. Walaupun kini terpisah hampir 5 tahun lamanya, tetapi dia tetap sahabat baikku saat sekolah menegah. Yang paling aku ingat tentangnya ialah dia seorang pemuda yang amat pendiam. Wajahnya sangat biasa, tetapi serinya ada pada sifat diamnya. Tuturnya bersahaja. Jelas mengambarkan ketenangan pada sifatnya. Dan kini, dia yang sebaya denganku, bakal menamatkan zaman bujangnya.

Ah.. sungguh, jodohnya dicepatkan~

Setelah sekian lama menanti. Setelah sekian kali taarufan terhenti di tengah jalan, akhirnya Alhamdulillah.

Aku masih menatap sekeping surat jemputan yang di “scan” masuk dan dihantar ke peti kotak elektronikku~ Lama aku berkira sendirian. Tersenyum kecil sementara ingatan 5 tahun lepas kembali di ingatan.

Petang itu kami berbual biasa~ Entah kenapa dari bibirnya muncul soal perkahwinan. Aku sangkakan dia hanya bergurau. Tetapi bahkan nadanya serius. Cukup membayangkan betapa seriusnya beliau tentang persoalan ini. Perlahan aku jadi tersenyum~

“Aku risau la min. kalau satu hari nanti, aku bakal menjadi suami” Saufi membuka bicara sambil merenung jauh padang dihadapannya.

Aku tersenyum~

“Eh bukan ke ini yang kau tunggu? Masa menukar status dari single kepada complicated? Kan?” Kami tertawa berderai~ tetapi dalam diam, aku melihat kerisauannya. Seperti kerisauan aku nanti pastinya~ Bakal suami? Ya~ pasti.

“Itulah.. Risau juga~” keluhnya perlahan.

Kami termenung~ Diam yang panjang.

“Perempuan umpama angin~~” Tutur ku memecah suasana.

“Umpama angin? Maksud kau?”

“Lembutnya melenakan~ Ributnya mengusarkan” Sambungku lagi. Saufi diam. Hanya menanti bait ungkapan yang terbit dari tuturku~

“Adakalanya mereka seperti ibu, menyaji kasih, menghidang sayang~ Adakalanya mereka seperti anak. Mahu dibelai,minta dimanjakan. Dan adakalanya mereka seperti nenek, berleter semahunya merungut seadanya~”

Saufi tersenyum~ senang melihatnya begitu.

“Jadi?”

“Jangan cepat memuji dan jangan juga cepat membenci. Tetapi sekadarlah~ Hanya berserderhana. Kata orang, yang manis jangan terus ditelan, dan yang pahit jangan terus dibuang. Kalau terlalu memuji, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pasti kita kita akan terlalu terluka~”

Saufi tersenyum kelat~ Seketika pandangannya dialihkan ke padang. Pandangannya jauh~ seakan berkira sesuatu.

Seketika dia bersuara~

“Betul.. Perempuan ibarat angin~” Terhenti~

“Mana mungkin kita menjangkakan angin yang lembut membelai mampu menjadi ribut. Kan?” Sambungnya~

Aku tersenyum~ Perlahan, bahunya aku usap.

“Jangan risau~ kau pasti dapat menjadi suami yang baik.” Tuturku. Ada senyuman ikhlas tergambar diwajahnya. Senang sekali~

Aku bangun dari duduk ku~ Sudah lewat rasanya.

Skrin computer aku tatap. Tersenyum mengenang lamunan tadi. Wah, sekejap lagi Saufi bakal menjadi suami. Hatiku berbunga-bunga riang. Melihat sahabatku ini pasti berseri-seri kegembiraan. Sekian lama menunggu, akhirnya kini dia bakal bergelar suami.

“Doakan aku tau” Saufi meminta doa~

“Insya Allah, Hanya yang terbaik~” Balasku. Dalam hatiku menuntur doa, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga akhir hayat~ Amin.

Selamat Pengatin Baru ya!

Sincere~
Iman Danish~


6 kRitIkaNs:

Anonymous said...

wanita ibarat angin..lelaki sentiasa berangin?

Anonymous said...

Iman bila lagi??

Anonymous said...

saufi ukasayh..1skolah kita?dak stepo?

cik sirap laici said...

sweet..mgkin dye memikir tanggungjawap thadap family yang bakal dibina...payah nak jmpe seowg lelaki yg betoi2 concern tentng hal2 gni...like it ^_^

Bila Cik Daisy Dee Bersuara said...

what a wonderful word Iman..the way u create ur entri,memg bagos.. :) congrats~~

nor nafishah said...

=')