.: Sensitiviti~ :.

Monday, January 10, 2011

"jangan terlalu ekstrem~" tegur seorang sahabat satu ketika dahulu apabila dilontarkan persoalan tudung.

aku terkesima. Ekstrem?

"Tapi~ sejak bila bertudung jadi isu sensitif? tidak boleh disentuh? kebal dari teguran" Tukasku. sejujurnya aku hanya inginkan penjelasan. Ilmuku hanya sedikit. tidak mampu merungkaikan soalan hati~

Aku lihat Farhan hanya mengeleng~

Mungkin, sahabat aku yang seorang itu juga sedang mencari jawapan?

Mungkin?

"Jangan ekstrem sangat~ Tutup aurat bukan bererti menutup keindahan. Tak salah bagi aku kalau berhias untuk kelihatan menarik dan cantik~" Balas Farhan~ Ada helaan panjang dibait katanya yang terakhir.

"Tetapi keindahan harus didasari dengan kebenaran. Dasar tapaknya harus benar. Ingat~ sesuatu yang indah, bukan semestinya sesuatu yg benar. seperti mana, yang baik, tak semestinya betul."

"maksud kau?"

"Seperti katamu tadi, orang yang bertudung tak semestinya baik. Tetapi mereka bertudung. itu betul.Betul tak semestinya baik. dan baik, tak semestinya betul. setuju?" balasku~

Farhan mengangguk perlahan~

"Jadi kebenaran itu menolak keindahan? begitu? seperti mana sangkaan sesetengah wanita, bahawa menutup tudung itu menutup kecantikan?" Luah Farhan~

"Tidak~ Kebenaran tidak pernah menolak keindahan. Tetapi Kebenaran itu satu keindahan~ kerana dengan kebenaran, keindahan itu akan terserlah" Jelasku.

ya~ kerana atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan, pelbagai aksesori ditambah pada tudung, memartabatkan tudung itu menjadi fesyen orang baik-baik dan orang beriman. Hingga mereka terlupa tujuan asal mereka bertudung~ syariat wanita yang beriman.

"Hormat. Hormati amin~~ itu kan era transisi" luah farhan memecah lamunan. Suaranya seakan memujuk~

"Era transisi? Maksud kau?"

"Maksud aku, sebelum lengkap bertudung. kena la perlahan-lahan kan. Err.. sebelum mampu menutup aurat sepenuhnya~ Macam berskaf dulu contohnya. itu pun satu permulaan yang baik. Daripada tak menutup kepala langsung" Balas Farhan~

Aku lihat Farhan tersenyum~

Aku hanya mengeleng~

"Transisi?" balasku. acuh tak acuh~

"Ini transisi ke arah mana? aku tak bercakap tentang individu yang tak pakai tudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung~ kemudian bertudung. dan kemudian berskaf. sekejap bertudung, sekejap tidak. ini transisi ke arah mana sebenarnya? Transisi kearah nak bertudung atau tidak?" luahku sedikit marah.

Farhan kelihatan tersentak~ terkejut barangkali~
Dia bungkam~ Marah aku pun kerana sayang.
Melihat Farhan berdiam diri~ aku menyambung.

"Benar katamu. Transisi. aku bukan skeptis sangat tentang isu ni. Tetapi langkah transisi ibarat katamu, harus di isi dengan pengisian~ Jangan yang dilitupi itu hanya kepala, tetapi harus diisi dengan ilmu. Pengisian itu penting, dalam langkah pengalihan" jelasku~

"jadi~ kau bermaksud mereka tiada ilmu?" Pintas Farhan~

aku tersenyum~

"Tak. aku tak maksudkan begitu sahabat. Menuntut ilmu itu harus berterusan. kau lupa barangkali~ Manusia itu dibina atas dasar kata nama lupa. Pengisian itu harus berterusan. Agar ilmu itu sering diingatkan"

"Aku tak faham. Sekali lagi, kau seolah-olah meragui ilmu mereka" Balas Farhan.

"Ada sebab aku meraguinya. Maaf~ Aku tahu, aku pun bukannya baik. Sitting next to an angel kata meraka. Seolah-olah rasa heaven bila menasihati. Tetapi maaf~ Adakah kita harus berdiam diri apabila melihat kejahilan berkata-kata?"

"Maksud Kau?"

"Tiada yang khusus. Tetapi cuba kau bayangkan, ada yang berkata mereka menutup aurat hanya kerana mereka memakai rambut palsu. Kata mereka, aurat itu adalah rambut sebenar mereka. Kau rasa orang begini faham ke hukum menutup aurat? Pernah dia dengar tafsir surah An-Nur? Pernah ke dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita islam? Peliknya, suara yang sebegini menjadi semakin lantang sekarang"

Aku diam~
Termenung sejenak~
dan dalam-dalam aku tafakur~

Sejujurnya, Peristiwa ini hanya lah coretan tambahan di permainan minda ku. Tetapi apa yang aku bicarakan ini bukan ilusi. Bukan fantasi~ Aku tidak pernah mempunyai kesempatan untuk berbicara. lalu warkah ini aku nukilkan sebagai wadahku berkata. Untuk diri, keluarga, Anak, dan isteri tercinta satu hari yang pasti nantinya. Kerana suara syaitan licik kini lantang bersuara. Hingga kita terdiam. Terduduk bungkam~ Menjadi malaikat yang bisu?

tidak~~~

Kerana Rasul pernah berpesan~

"Sampaikan dariku walau satu ayat"

katakan kebenaran itu walaupun pahit~


6 kRitIkaNs:

Anonymous said...

super like~~

Anonymous said...

like...
bagi motivasi kat diri sendiri

sHeRa_ShErA said...

Masa aku tgh bk blog nie, cousin aku yg berusia 3thn ada sebelah aku. dye pon tgk gambar lolipop tu. Dye tanye aku "tu ape tu".aku pon jwb, "tu lolipop yg aliff suke mkn tu". Kemudian cousin aku brkata lg "Aliff suke yg nie, Aliff xsuke yg ada lalat tu". Aku pun tanye " kenapa Aliif suke yg nie(yg berhijab tu)?" dan cousin aku kate " sbb yg nie bertutup sbb tu la ALiif suke". Marilah kite same2 renungkan. Itu hanyalah jwpan dari seorg kanak2 berusia 3thn yg hanya reti menjerit bile barabg yg dye nk xdpt, reti menanges bile sakit n reti ketawa bile dye terhibur

Anonymous said...

sukaaa sgt dgn post ni~

Putery Makaroni 23 :) said...

kdg2 pelik dgn wanita skrg..
bertudung krn sekadar mengikut fesyen atau mengikut tuntutan ?
btw , nice post entry :)

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

pendekatan pengisian yg menarik. setuju dgn kata-kata dlm entri ni.