.: Origami 7~ :.

Sunday, December 25, 2011

“Rauqah Hana, Jangan buat adik macam tu sayang~” Kata Aisya perlahan memujuk anak kesayangannya itu.

Iman tersenyum ikhlas~ Ditatapnya wajah Aisya Humaira yang sedang berbaring dikatil hospital. Wajahnya isterinya itu sedikit lesu, tetapi tetap cantik dipandangan matanya. Wajah isteri yang sentiasa disisi disaat susah dan senang.

Perlahan diusap lembut wajah Aisya humaira. Dicium iklhas dahi Isterinya. Tanda terima kasihnya yang tidak terhinga terhadap segala pengorbanan isterinya.

Anak kecil yang sedari tadi asyik memandang adik barunya kembali mengusik ngusik pipi adiknya.

Teletah Rauqah mencuit hati~

Diambilnya Rauqah duduk di ribanya. Perlahan kepala anak kecil itu diusap. Penuh mahabbah~

“ Hana sayang adik?” Tanya Iman kepada Hana~

Anak kecil itu mengangguk.

“Hana dah jadi kakak tau~ Hana kena jaga adik baik baik nanti.” Sambung Iman lagi~

Diciumnya rambut Hana yang lurus. Persis rambut isterinya, Aisya Humaira. Hana yang sebelum ini aktif tampak lebih menyepi. Mungkin anak kecil itu masih terkejut dengan kedatangan keluarga baru. Iman jadi tersenyum kecil~

Sebelum ke sini, Hana lah yang paling gembira. Ketika dia mengambil Hana dari Ummi, teletah Hana lah yang paling mencuit hati. Dan disepanjang perjalanan, Hana lah yang paling banyak bertanya tentang ibunya. Terpelat pelat lidahnya bercerita tentang rindunya dia kepada ibunya.

Hana memandang Iman~~

“Abi, nama adik apa?” Hana bertanya~

Iman tersenyum kecil. Dipandangnya Aisya Humaira. Isterinya turut tersenyum dengan soalan yang Hana ajukan~~ Anakkecil itu.. Bisik hati kecilnya.

“Nama Adik, Rauf Fadlan~ Nama akak?” Tanya Aisya sambil tangannya menyentuh pipi Hana.

“Nama akak Rauqah Hana~” Balas Hana girang. Dia ketawa kecil~

.: Tahajud berajut doa~ :.

Dia membuka pesanan masuk yang dihantar masuk untuknya. Detak hatinya yang tadi biasa kian berdetak detak laju ketika hampir dipenghujung bacaan. Ternyata isi kandungan pesanan itu tidak seperti yang disangkakan. Dia merenung jauh~

Perlahan, komputer ribanya ditutup. Rasa letih yang sebentar tadi menghurung, hilang diganti dengan rasa kecewa. Dia terbaring lesu~

Di pembaringan itu dia rebah. Matanya tertutup rapat. Ingatannya jauh melayang mengingat kembali kenangannya bersama arwah atuk dahulu. Luka kehilangan itu masih merah berdarah. Dia masih merindui kenangan dia bersama arwah atuk.

“Jangan pernah ada sifat memiliki dalam hati~” Itu pesan dia~

Disemat pesanan itu kemas kemas didalam hati. Benar~ jangan pernah ada rasa memiliki. Kita milik Tuhan~ Dan kita dipinjamkan untuk merasai nikmatnya beribadah didunia yang sementara ini. Dia tahu itu~ Tetapi..Ah.. Kenapa terlalu sukar untuk memujuk hati?

Hatinya lelah dalam ujian~
Hatinya penuh luka luka ujian yang masih menghurung~
Hatinya masih berdarah belum diubati~

Hatinya lesu~

Dia terlelap~ Lena.

Malam itu lenanya nyenyak sekali~ Seakan akan bebanan jiwa yang ditanggunginya hilang diambil embun malam. Tidurnya sebentar, tapi cukup menyegarkan. Ditahajud itu, dia bangun~ Dan diantara dia dan sunyi, Tuhan menjadi saksi~

Tahajudnya berajut doa.

.: Origami 6~ :.

Friday, December 23, 2011

“Aisya, Jika Aisya terima Iman diatas kelebihan Iman, maka percayalah Aisya, Hanya akan keburukan yang akan Aisya lihat pada Iman. Kerana Aisya mengharapkan kesempuranaan dari Iman. Sepertimana Aisya mengharap agar Akhi kembali menjadi milik Aisya~” Kata Iman terhenti~

Hanya diam seribu bahasa dihujung talian~

“Apa yang pada Iman, hanyalah kekurangan. Iman sedar, dan Iman insafi itu Aisya Humaira. Tapi percayalah, sejak dari mula Aisya terima lamaran Iman, Iman terima Aisya atas hakikat Aisya manusia biasa. Aisya cukup sempurna dimata Iman~ Kelebihan Aisya Iman syukuri, Kekurangan Aisya Iman redhai. Aisya sebagai gadis yang akan menjadi suri dan ibu kepada permata permata Iman nantinya. Bukan sebagai gadis bekas tunangan orang yang ditinggalkan kerana kekurangan. Tidak Aisya~”

Suara Iman sebak~ Ditahan rasa hati yang sebak dibait katanya yang terakhir~

tetapi dihujung talian hanya sepi~ Perlahan, terdengar suara esakan tangis yang perlahan~

Perlahan, semakin jelas kedengaran~

“Iman…~” Bicara Aisya tersekat~~

Semakin dia mencuba menahan sebak dihati, semakin deras air mata itu mengalir. Ah.. Naluri wanitanya tidak dapat disembunyikan lagi~

Iman menanti dihujung talian~~

“Iman.. Will u accept ur stupid little Princess to be ur east star again?” Lafaz Aisya tersekat dalam tangisan~~~~



----

Tu bi continue~~~
Takde idea~ hoho~
Actualy main tulis je~
hu^^

Tinta buku berdebu~

Thursday, December 22, 2011

Tinta dari buku yang berdebu~

July 28 2010

I used to say “We’re in this together” but the fact is, it just me. Im the one who trying to fix everything. I used to believe and accept people the way they are. But now, I being test by that. Mungkin kadang2, aku terlalu naif dalam semua perkara. Aku masih ketinggalan dalam banyak perkara. Terkadang apabila melihat rakan rakan sendiri mengecapi bahagia mereka, aku jadi cemburu. Bila bahagia aku? Baru baru ini aku menolak satu tawaran yang ditawarkan abang Mokhtar. Untuk menjadi penulis dalam buku dimana tulisan aku dapat dipanjangkan kepada umum. Tapi entah, aku menolak. Mungkin tidak rasional. Aku lihat riak kecewa pada wajah abang mokhtar.

Jan 3 2011

Dah hampir 6 bulan aku berusaha menjadi kuat. Berusaha memperbaiki diri, menjadi yang lebih baik untuk yang selayaknya bagi aku. Dia ada meminta untuk kembali, tetapi maaf, hati aku bukan dia lagi. Oh ya, Hari yang hectic, tapi meaningful. I’ve learn a lot of thing in my practical site. How to be a good Mechanical Engineer one day. Truth to be told, aku tak pernah sangka yang aku akan bergelar engineer satu hari nanti. Mungkin kerana penat lelah kerja dari bawah masih memberi kesan dihati, kerana itu aku sangka, semua orang itu sama. Cuma peranannya berbeza. Semoga aku tidak lupa diri bila bergelar jurutera nantinya.

Jan 31 2011

Atuk mengajak aku untuk menghantarnya ke klinik. Tetapi terpaksa aku tolak. Kerana bebanan kerja dengan jadual yang menyesakkan. Aku lihat ada genang air mata dikelopak mata atuk. Atuk faham, Cuma mungkin segan untuk meminta lebih. Maaf atuk, along janjii akan bawa atuk lain kali.

Jul 17 2011

It’s been about one year now. Since everything that cause my pain fade away. I’ve learn of thing. How to be strong and how to be urself. I have to admit, banyak yang aku belajar dari kisah kami. Sebentar tadi aku sempat duduk dianjung rumah melihat bulan. Indah. Dan seketika, ingatan aku kembali mengingati seseorang. Aku tersenyum. Dan oh, Bebanan kerja sejak seminggu dua ini amat mencabar. Dengan jadual yang terlalu mengikat. Hingga terkadang terpaksa bekerja 24 jam sehari. Dan sungguh, diri ini menagih sedikit rehat dari hari hari yang melelahkan ini.

Jul 28 2011

Aku bergaduh dengan atuk. Sejujurnya aku lupa. Bukan niat aku meninggalkannya. Sungguh, dalam kepenatan aku benar terlupa. Balik setelah bekerja 24 jam. Aku jadi teramat lesu. Hingga aku terlupa janji aku dengannya. Atuk, jangan sampai tak bertegur along macam ni. Along tak sengaja. Ah.. Kenapa sungguh ego untuk meluahkan? Kenapa terlalu berat untuk aku berkata, maafkan aku. Atuk, maaf~~

Aug 28 2011

Dah hampir sebulan, atuk tak bertegur dengan along. Walaupun serumah, tapi along rasa, itu sangat menyesakkan hati. Kita berselisih, tapi tidak bertegur. Terkadang along kesal, kenapa along terlalu ego. Along rindu nak bawak atuk berjalan jalan. Malam tadi, along terjaga. Along solat hajat. Along rasa tenang sangat. Along doa supaya atuk lembut hati untuk bertegur along. Along doa, supaya Allah bantu along dalam segala urusan. Memohon belahan jiwa yang solehah dan zuriat yang soleh dan solehah. Aloong rasa, Allah dengar doa along. Semoga malam terakhir ramadhan ini, Allah hadirkan segala hikmah luka yang along hadapi.

Oct 28 2011

Aku dapat panggilan dari adik. Tentang atuk yang nazak. Dalam hati aku gelisah. Aku terduduk di sisi jendela. Kosong~ hanya air mata yang berbicara. Zul Cuba memujuk. Aku kembali teringat beberapa hari yang sebelum ini aku menelefon atuk. Dalam panggilan itu atuk menangis. Atuk pesan supaya aku jaga solat. Belajar rajin rajin. Aku pelik, bersungguh atuk memesan aku dengan suara yang teresak. Kenapa aku tidak perasan akan tandanya?

Aku sempat melihat wajah atuk buat kali terakhir. Aku cium. Aku kucup dengan air mata yang membasahi pipi. Terlalu banyak kenangan aku bersama Arwah atuk dahulu. Kemana sahaja, aku akan bawa atuk menaiki motorsikal. Terkadang atuk membelanja makan~ Terkadang atuk yang bercerita tentang zaman mudanya.

Aku kesal~ kenapa setelah satu luka pergi, datang kembali satu luka? Ya Allah, apa hikmahnya??

Disember 18 2011

Minggu yang menyesakkan sebagai pelajar. Dengan bebanan bebanan assignment yang bertimbun. Aku terduduk dimeja. Setiap kali aku menaiki motorsikal atuk yang aku bawa kemari, aku jadi teringat kembali kenangan bersama atuk. Aku jadi teringat, dengan motorsikal itu aku membonceng atuk. Atuklah yang berada dibelakang ketika aku yang membawanya. Terkadang berbual sepanjang perjalanan. Kini tiada lagi. Motorsikal itu kini tiada siapa yang memboncengnya.

Sepi.

Oh ya~~ sudah beberapa hari aku tidak nampak dia? Mungkin dia cuba menjauhi? Mungkin?

Aku tidak menaruh harapan~ walaupun aku tahu, luka itu telah sembuh, tetapi luka dia masih belum. Mungkin, aku sedar siapa diri aku sebenarnya. Seorang yang cuai, naif,terkadang terlalu sensitif dalam kata. Aku datang dengan kelemahan yang banyak. Berbanding dengan seseorang yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya dahulu~~

20 Disember 2011

Ya~~ beginilah. Luka baru itu masih berparut. Sedih itu masih terasa. Rindu itu masih menebal. Hingga aku terasa kosong dalam sudut hati aku yang satu. Bukan ingin berperasaan, tetapi rasa kosong kehilangan masih terasa. Berpisah antara hidup dan mati, hanya yang pernah merasai, yang akan mampu memahami. Bukan mata yang menghukum, dan menilai tanpa rasa.

Entah~ Terkadang aku lelah, dalam mencari. Terkadang aku lelah dalam dunia ciptaan yang cuba menyedapkan hati sendiri. Aku cemburu, benar. Tapi aku tahu, Dia ada. Rasa itu pasti ada, tapi biarlah dengan cara yang pasti dan nyata.

Jika dia ingin menjauhi, maka aku akan memahami. Mungkin salah diri, yang memiarkan hati mula berperasaan lagi.

Tuhan, setelah separuh jiwaku hilang~ Siapakah yang akan menggantinya?

Lelah~ Dalam pencarian.
Noktah.

.: Kenal dengan hati~~~:.

Tuesday, November 15, 2011

“Aku keliru~” Luah Edi satu ketika~ aku lihat dia yang sedari tadi diam membisu, mula menuturkan kata. Wajahnya muram~ Ada mendung yang cuba disembunyikan.

“Kenapa?” tanyaku ingin tahu~

Edi memandang wajahku agak lama~dan setelah berjeda seketika, dia memulakan bicara.

“Entahlah~ Aku keliru iman. Aku keliru dengan dia. Sudah 3 tahun kami bercinta. Dan sudah 3 tahun jugalah aku kenal baik buruk dia. Selama ni dia tidak pernah menduakan aku~” Kata edi terhenti~

Perlahan, nafas dihela panjang~ Badannya disandarkan ke kerusi. Dialihkan pandangannya dan dipandang jauh ke luar tingkap. Kosong. Aku merapat. Dan perlahan, bahunya aku usap~

“Mungkin~~ Kau Cuma bercinta Edi. Belum berkenalan mungkin?” Luahku memulakan bicara.

Edi tersentak. Ditatap wajahku agak lama. Edi memaparkan riak tidak puas hati dengan kataku.

“Maksud kau Iman? Aku tidak kenal dia? Ah.. Apa mungkin setelah tiga tahun bercinta masih tidak kenal mengenali? Mustahil~~” Pintas nya~

Aku tersenyum~
Dan perlahan, aku membalas~

“Mungkin, kau tidak mengenalnya dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun kalian berdua bercinta, kalian lebih didominasi oleh Emosi dan Nafsu? Kurang guna kan hati dalam menilai cinta”

“Jadi, ini akibatnya” Tanya Edi keliru~

“Ya,Mungkin? akibat bercinta tanpa kenal hati budi.” Jawabku~

Edi mengeluh panjang~ Seakan dia menangung beban yang berat didalam hatinya. Hatiku luruh~ Melihat sahabat yang aku cintai itu didera dera bebanan perasaan. Perlahan~ Aku gengam erat bahunya. Dan aku tusukkan dengan hujah yang memujuk~

“Cinta Edi, bukan tujuan~ Cinta hanyalah jalan. Jalan untuk mencapai tujuan. Ya~ Tujuan untuk mendapat keluarga sakinah dan dirahmati oleh Allah. Tidak salah dalam bercinta Edi. Tetapi yang menjadi salah apabila kita bercinta sebelum kita mengenali. Mengenali dengan akal dan hati.”

Edi diam seribu bahasa~ Aku menyambung.

“Ambil tauladan kisah Baginda rasul~ Semati kisah yang tercipta antara Ummul Mukminin dengan Baginda. Siti khadijah mengenali kebaikan Baginda terlebih dahulu melalui orang kepercayaannya, Maisarah. Sebelum dia meminang Baginda, berkahwin dan kemudian baru bercinta.”

“Maksud kau Iman, tak mengapa jika kita berkahwin tanpa rasa cinta?” Pintas Edi. Dahinya berkerut tanda persoalan bermain dimindanya.

Aku jadi tersenyum~ Tangan dibahunya aku lepaskan.

“Tidak~ Kerana bagi aku, tidak mengapa jika perkahwinan itu tidak dimulakan oleh satu percintaan, tetapi dengan satu perkenalan. Kerana dari kenal, kita boleh memupuk cinta. Tapi dari cinta? Tidak ada apa Edi. Hanya emosi tanpa akal. Sebab tu kita sering dengar, isteri didera suami, Suami ditinggalkan dan sebagainya. Kerana kita mengenali cinta sebelum kita mengenali dia.” Balasku panjang lebar. Edi menanti bait kataku~

“Jadi, Apa yang perlu kita kenal Edi? Hati yang jujur? Janji yang tidak akan dimungkiri? Kelebihan pada masakan? Tidak edi, tidak. Tapi pada betapa seriusnya dia berpegang pada agamanya. Kerana bila agamanya kukuh~ Maka cintakan Allah dalam dirinya juga kukuh.”

Edi termenung~

“Jadi, kena kahwin dengan ustazah, begitu?” Balas Edi~

Aku tersenyum. Dan perlahan, gelak yang sedari tadi dihati, kini semakin terzahir diwajah. Aku jadi ketawa. Geli hati~

“Jadi kita kena kawin dengan ustaz dan ustazah supaya jaminannya syurga. Begitu?” Balasku.

Edi tergelak. Faham maksudku barangkali. Perlahan, dia mengelengkan kepala. Sesal meluahkan soalan itu mungkin. Tapi syukurlah~ Aku lihat dia tersenyum.

“Edi~ Kita jangan pernah lupa prinsip besar dalam jalan beragama. Iatu dengan mencari ilmu. Iman tidak terletak pada pakaian Edi. Tidak terletak pada Negara ataupun institusi. Tapi Iman letaknya didalam hati. Rahsia ghaib yang hanya Allah tahu nilai keimanan kita. Islam bukan terletak pada hebatnya purata gred kita dalam pengeTAHUan Islam. Tapi yang lebih penting adalah pada mereka yang mahu beragama dan mampu beragama. Penghayatan. Itu nilainya~” Aku menjawab panjang lebar.

Edi mengangguk~ Wajahnya semakin jernih.

“Jadi, seseorang itu mungkin seorang ustzah. Ataupun jurutera, ataupun doktor. Ataupun seorang yang belum bertudung, tetapi dia seorang yang sedia membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seseorang yang mahu beragama dan satu hari, insya Allah, mencapai kata mampu dalam beragama~”

Edi tersenyum~ Iklhas. Aku memandang Edi penuh mahabbah. Sejujurnya sahabat aku yang seorang ini begini~ Hatinya mudah luruh dengan kebaikan. Syukurlah~ Semoga Edi semakin tabah menghadapi ujian perasaan yang diberikan.

Aku? Juga begitu~

Semoga catatan ini tidak lagi dalam imaginasi yang dilontarkan melalui tulisan. Semoga satu hari nanti, aku menjadi pejuang yang berjuang bukan sekadar untuk dirinya. Tapi untuk sesuatu yang besar dan membanggakan. Membeli dalam jual beli yang ditawarkan Tuhan~ bukan jual beli dengan dunia dan isinya. Alah menjanjikan syurga~ jika kita membelinya dengan ujian dan kepayahan.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?” Al Ankabut : 2

Semoga kami tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi~~

Kerana satu janjiNya, barangsiapa berjual beli denganNya, pasti akan beroleh keuntungan yang besar ganjarannya~

.: Origami 5~ :.

Monday, October 10, 2011

“Ummi, salah ke apa yang Aisya buat? Tiba tiba pinangan datang, dan orangnya memang dari family yang Aisya berkenan. Cuma Aisya keliru Ummi. Aisya keliru~ Aisya cuba menjauhi cinta sebelum halal~ sebelum Aisya menerima Akhi demi suatu yang diredhai Allah dan keluarga. Salah ke Aisya, Ummi?” Tanya Aisya bertalu talu. Di wajahnya ada riak resah dan keliru. Buah epal pencuci mulut ditangannya terasa keras dan pahit. Hatinya mulai sebak. Panas telinga apabila Ummi Aqilah bersoal jawab dengannnya. Seolah olah dia membuat kesalahan yang berat.

“Aisya, jangan bersangka buruk, nak. Jangan ada Zhon. Ummi bukan bertanya untuk menyalah nyalah kan Aisya. Bahkan bukan untuk menyalahkan Aisya atas apa yang terjadi antara Aisya dan Akhi. Sekadar ingin mengetahui apa yang mengusik hati seorang gadis yang ummi ketahui seorang yang tabah ini. Apakah ada larangan bagi Ummi untuk menyelami hati anak yang disayanginya sendiri?” Ummi menangkis. Bijak. Tangannya yang tadinya ligat menyusun pinggan tiba tiba terhenti. Dalihkan pandangannya ke arah Aisya. Dilemparkan senyuman Ikhlas. Aisya tertunduk. Kakinya menguis nguis lantai.

“Tentulah tak salah, kerana keinginan mendirikan baitul muslim itukan sesuatu yang begitu suci. Malah ini suatu berita yang terlalu Ummi syukuri. Masha-Allah, anak Ummi bakal walimah. Bahkan inilah berita terbaik buat Ummi dan Abi, Aisya," Ummi menyambung bicara sambil tangannya menyambung kembali mengemas meja makan. Lembut gayanya, senyuman memang sentiasa menguntum di wajah. 'Pasti menyejukkan hati Abi,' sempat Aisya menerawang ke mana saja, bermonolog di dalam hati.

“Dan apa yang berlaku antara Aisya dan Akhi baru baru ini, Ummi dan Abi amat terkejut. Tapi Ummi tahu, Aisya ada alasan dan sebab disebalik semua keputusan Aisya. Ummi dan abi tidak menyalahkan Aisya. Cuma.. Ummi berkenan dengan Akhi~” Sambung Ummi. Disebalik tutur kata ummi, ada nada sebak yang cuba Ummi sembunyikan.

"Habis tu, kenapa Ummi tanya macam Aisya yang bersalah...?" suara Aisya sedikit kendur. Epal dikunyah semula, namun matanya masih tidak berani menentang ekor mata Ummi.

"Aisya ada buat yang salah ke? Insya-Allah takde kan...?" Ummi menduga. Aisya menggelabah.

Ummi menyambung, "kebaikan adalah apa yang menenangkan diri dan hati; sedangkan kejahatan adalah apa yang menggelisahkan di dalam dada. Tanyalah hatimu, Aisya Humaira. Hanya Aisya dan Allah saja yang tahu."

Aisya tertunduk diam.

Dilihatnya Ummi selesai mengemas meja dan datang merapat kepadanya. Ditariknya kerusi dan duduk bersebelahan Aisya Humaira. Aisya diam seribu bahasa~

“Aisya ada terjumpa dengan Akhi Ashraf?” Tutur Ummi membuka kata. Aisya tersentak. Kata kata itu benar menyentap hatinya. Walaupun dia cuba berselindung, tetapi Ummi tetap Ummi. Masih tahu apa yang bermain dalam hatinya.

Aisya mengangguk perlahan~

“Honestly Ummi~ Aisya masih menantikan Akhi Ashraf. Jika Akhi Iman dibandingkan dengan Akhi Ashraf, hati Aisya masih belum mampu menerima Akhi Iman Ummi. Lagipun Akhi Iman bukanlah Ikhwah yang Aktif. Walaupun kami sama sama mengikuti tabiyah masa alam universiti, tapi Aisya rasa, kami ni lebih disibukkan dengan akademik. Entahlah. Bila dah hampir ni, Aisya rasa tak confident pula Ummi” Aisya mulai mengizinkan hatinya diteroka. Sebegitu lama dikongsikan perasaan itu, namun baru sekarang diluahkan.

Ummi tersenyum. Dipeluknya Aisya Humaira erat dalam dakapannya. Seolah olah dia begitu memahami apa yang gadis kecil itu lalui.

"Aisya...” Kata Ummi terhenti.

“Jodoh ini kan, sesuatu yang unik. Dicipta Allah sejak dari rahim ibu lagi, sepertinya rezeki yang lain. Jika benar inilah jodohnya, mungkin Aisya kena ingat seperkara yang Ummi hendak sampaikan ini. Sisipkanlah azimat ini di hati kemas-kemas. Inilah bekal buatmu Aisya, sepanjang meneroka denai tarbiyah dengan seorang insan bernama 'Suami' kelak", bicara Ummi mulai serius. Alunan jantung Aisya mulai mengatur rentak kencang. 'Azimat apakah?'

"Errm. Apa dia Mi?" Aisya mulai dihurung perasaan inkuisitif. Dipeluknya Ummi rapat. Hampir menitiskan air mata. Tetapi masih ditahan.

"Ingatlah, kita dan suami akan saling melengkapi, sama-sama mencukupkan kurang dan ruang di mana-mana. Apabila terhentinya sifat saling melengkapi dan cukup-mencukupkan ini, itulah petanda bermasalahnya sebuah ikatan. Maka Aisya haruslah sentiasa ingat.. Mungkin sebenarnya Aisya amat kuat untuk menjadikan dia mujahid dakwah yang diimpikan. Sama-samalah kalian menyusur denai tarbiyah ini. Insya-Allah, Ummi dan Abi sentiasa ada untuk kalian... Mulailah fasa rumahtangga dengan suatu impian yang benar dan besar, demi islam. Bukan sekadar demi insan" begitu panjang sekali luahan Ummi. Mendalam dan cukup mengesankan, hingga detak-detak jantung Aisya terasa begitu kencang.

“Jadi Aisya, terimalah Akhi Iman seadanya. Sebagaimana Akhi mantap menerima Aisya sebagai Zaujahnya. Jangan dibandingkan Akhi dengan orang lain. Kerana mungkin apa yang ada pada Akhi Iman, adalah sesuatu yang Aisya sangat perlukan. Dan mungkin yang Aisya ada, adalah sesuatu yang amat Akhi perlukan, yang tidak mungkin Akhi perolehi walaupun seisi dunia adalah miliknya~” Kata Ummi terhenti. Dipeluknya Aisya penuh mahabbah.

“Sesuatu yang Aisya perlu tahu, Akhi Ashraf mungkin baik untuk Aisya, tetapi Akhi Ashraf terbaik untuk orang lain. Dan Aisya juga terbaik. Tetapi bukan untuk Akhi Ashraf, tetapi untuk Akhi Iman.” Kata ummi memberhentikan kata.

Aisya sebak. Di pelukan Ummi, dia menangis. Deras~ Terasa terlalu bersalah dengan segala yang berlaku. Iman.. maafkan Aisya. Bisik hati keclilnya.

-----




Tu b continue~~~
Otak sakit~~ uh... (-.-)

.: Kerana Dia, telah melihat kami~ :.

Sunday, October 9, 2011

Sekadar coretan di ulang tahun kelahiran~

Mungkin ulang tahun yang aku rai kan, tidak semeriah beberapa rakan yang terdekat yang aku kenali. Atau pun seperti orang lain yang disambut meriah bersama beberapa potong kek, beberapa hadiah yang diterima dari taulan yang hampir, ataupun beberapa kata istimewa dari mereka yang mengingati. Tapi itu semua bukanlah permintaanku pada ulang tahun kelahiran ini.

Ketika orang lain menyambut kelahiran mereka bersama rakan taulan yang hampir, aku disini membanting tulang mencari rezeki bagi meneruskan pengajian. Sekadar mencari sara diri yang perlu dialam Universiti, Aku menyambutnya dengan syukur. Kerana pasti, setahun lagi usiaku bertambah dalam kematangan.

Dan diulang tahun kelahiran ini juga, Aku jadi kagum dengan semua yang terjadi~ Pernahkah kalian merasakan seolah olah doa kalian didengari oleh Tuhan? Ketika kalian merasakan putusnya harapan, Dia kembali membelai relung hati kalian?
Aku pernah~ tersangat pernah. Kerana dalam setiap apa keadaan sekalipun, aku rasakan Tuhan itulah yang amat penyanyang.

Dikejutkan dengan hadiah hari lahir dari ucapan ibu, membuatkan aku berbunga kembali. Ucapan ibu indah~ Seindah mentari pagi yang aku kira sangat menerangi hari. Ibu mendoakan supaya aku mendapat jodoh yang solehah dan diberkati. Jodoh yang mampu memberi dan menerima~ Jodoh yang menyejukkkan pandangan hati. Aku kira, itulah hadiah hari lahir yang paling berharga buatku sepanjang hidupku beberapa tahun ini. Sebuah doa yang ikhlas dari seorang ibu dipagi hari~

Dan dipagi hari itu juga, aku kembali teringat permintaanku yang aku titipkan kepada Tuhan semesta alam di Ramadhan yang lalu~ Supaya dipermudahkan urusanku dalam kehidupan, diberi erti kematangan dan ketabahan, dikurniakan isteri yang solehah dan anak anak yang soleh dan solehah yang membahagiakan relung jiwa. Juga hidup yang berkat dan dirahmati hingga di akhir syurga nanti. Dan air mata itu mengalir tanpa aku pinta ia mengalir~ Tanpa aku pinta ia menitis membasahi bumi. Sungguh, Akulah hamba yang tidak pernah bersyukur~

Dan kini, Aku merasakan Tuhan itulah yang amat mendengar~ Tuhan itu lah yang amat penyayang dalam segala apapun keadaan. Dan Tuhan itu jugalah yang memahami diri ini melebihi jiwa insan lain. Kerana sesungguhnya, Tuhan itu telah melihat usaha kami~ Kerana sesunguhnya Tuhan itu telah mendengar segala permintaan kami. SubhanAllah.

Semoga dia Aisya Humaira yang sentiasa aku doakan dalam doaku~

Aisya Humaira yang masih tidak aku kenali siapa dia, yang namanya tidak tertulis dalam setiap helain diari, yang suaranya tidak terakam dalam kotak minda, Dan dirinya yang tidak terlukis dalam setiap mimpi, tetapi dirnya hidup mengaliri semangatku~ kerana dirinya hidup menghidupi hari hari ku~ Kerana dia adalah anugerah dari Tuhan untukku.

Dan semoga dia Aisya Humaira yang tercatat untukku~

Tuhan, Terima kasih untuk hadiah ulang tahun kali ini~
Terima kasih~

“Ya Allah, Jika aku bawakan dosa sebesar lautan~ Moga moga harapku keampunanMu yang sebesar Dunia. Dan Rahmat Mu yang tidak berketepian~"



Mengharap, yang terlalu~
-Iman

.: Origami 4~ :.

Thursday, October 6, 2011

"Mungkin pada pandangan Aisya, Aisya sudah bersedia~ Untuk menjadi Isteri, Untuk menjadi Ibu, untuk mendirikan rumah tangga. Tapi pada pandangan Tuhan, Mungkin Aisya belum. Kerana pada pandangan Allah, Dia inginkan Aisya belajar banyak perkara~ Dia ingin Aisya merasai peritnya pengalaman sakit suka sebuah ikatan. Agar nanti, apabila Aisya bercerita pada anak anak Aisya nantinya, Aisya mampu bercerita tentang seorang serikandi yang tabah manghadapi ujian kehidupan~ Seorang serikandi yang tahu peritnya sebuah ujian. Seorang serikandi yang kuat mendidik dan mentarbiyah anak anaknya tentang erti sebuah keyakinan. Dan serikandi itu adalah ibunya, Aisya Humaira"

Bicara Iman terhenti. Dilihatnya wajah Aisya dalam dalam~ Ada air mata yang ditahan oleh gadis itu. Tersedar dirinya di lihat, Aisya mengalihkan pandangannya ke arah Ummi.

" Aisya, Jika Iman dibandingkan dengan Akhi Ashraf, siapalah Iman dipandangan Aisya. Iman sedari itu dan Iman insafi itu Aisya Humaira~ Walaupun Iman tahu, luka yang ditinggalkan oleh Akhi Ashraf masih berbekas dihati Aisya."

Katanya terhenti~ Ada nada sebak yang cuba disembunyikan. Di alihkan pandangannya ke lantai~ Apa yang dilihatnya hanyalah kosong. Dilihatnya pula Aisya Humaira. Tunduk~ Menangis barangkali. Dialihkan pula pandangannya kepada Pakcik Amran. Dilihat Pakcik sedang cuba mengukir satu senyuman yang pahit.

Aisya yang sedari tadi tunduk~ merapatkan dirinya ke arah Ummi dan dipeluk erat. Dan didalam pelukan Ummi, Aisya menangis. Deras. Relung hatinya dihimpit rasa bersalah. Sejujurnya dirinya masih menantikan Akhi Ashraf, Bekas tunangnya dahulu. Bekas tunang yang telah melukakan hatinya. Sebenarnya dia sendiri keliru~ mengapa dia menerima Iman pada mulanya. Mungkin hanya sebagai penganti Akhi Ashraf, mungkin. Iman, Aisya bersalah~~ Maafkan Aisya. Tangis kecil direlung hatinya yang kian membasah. Dipeluk Ummi seerat eratnya. Dirinya keliru~ yang amat. Sebenarnya dia yang meminta semua ini, tapi entah kenapa hatinya dicucuk cucuk resah~

"Aisya~~" Bicara Iman perlahan~

Pandangan Ummi dan Pakcik Amran tertumpu ke arah Iman. Dilihatnya mereka wajah seorang anak muda yang jernih wajahnya. Seorang anak muda yang hampir menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Anak muda yang menjadi tunangan Aisya sekarang.

"Aisya terima Iman dalam keadaan yang baik~ Dan Iman akan lepaskan Aisya dalam keadaan yang baik. Jika benar sudah mantap keputusan Aisya, Maka Bismillah, dengan berat hati, Iman lepaskan Aisya"

Air matanya mengalir saat melafazkan perkataan itu~ Hatinya berat. Yang teramat.

------

To be continue~~

Otak sakit~~ (-.-)

.: Of love and life 2~ :.

Wednesday, August 10, 2011

Sekadar perkongsian pengalaman yang ketika ini menciut hati~

Sebentar tadi ketika sedang berleha leha dihadapan komputer riba kesayangan, Melawat sahabat sahabat yang dekat dihati, aku dikejutkan dengan pesanan ringkas seorang muslimah yang aku kira aku kenali dari beberapa program yang pernah kami jalankan. Pesanannya ringkas, tetapi cukup membahagiakan~ Tentang jemputan perkahwinan majlis akad nikahnya nanti. Aku jadi tersenyum sendirian. Menumpang sedikit rasa bahagia sebagai sahabat~

Dan seketika, fikiranku melayang pada perbualan dengan seorang rakan sekerja baru baru ini~ Ketika minum teh bersama ketika waktu rehat, kami berbual. Dan yang paling menyentuh hati ini, adalah pada sebuah cerita yang dikongsikan dari pandangan seorang bapa dan suami~

Sejujurnya, aku bekerja hanyalah sebagai pekerja am di loji janakuasa elektrik. Berkawan dengan mereka memberikan seribu satu pengalaman yang mencuit hati dan terkadang sukar dilupakan. Oh, rata-rata mereka disini hampir sebaya, muda dan bahkan ada yang tua. Tapi itu semua tidak penting, yang penting hampir kesemuanya telah berkahwin.

Dan rakanku yang seorang ini, umurnya sebaya~ tetapi telah pun mempunyai dua orang anak untuk disara. Ketika dia membuka bicara tentang anak dan isteri, aku lihat ada rasa gembira dihatinya di satu sudut yang dalam. Bicaranya rancak~ dan ada masanya mengharukan. Dia bercerita tentang bagaimana kehidupannya selepas berkahwin. Dengan belanja susu dan lampin, anak dan isteri, terkadang ceritanya menyentuh hati.

Bergelar suami dan bapa pada usia muda bukanlah mudah. Ketika pemuda lain sibuk keluar bersama rakan, dia sudah pun membanting tulang mencari rezeki. Mengumpul harta untuk anak dan isteri yang disara~ Pernah satu ketika dia menceritakan bagaimana sedihnya rasa hati melihat anaknya tertidur diraga motor. Melihat isteri yang terlena ketika memeluknya, Benar benar menyentuh hati lelaki yang ingin yang terbaik untuk mereka.

Aku jadi teringat sewaktu aku kecil~ Ketika kami sekeluarga masih belum punya apa apa. Ketika ayah ketika itu hanya mempunyai sebuah motor kapcai, dengan rumah yang disewa, aku juga pernah tertidur diraga motor ayah satu ketika dahulu. Mungkin kerana itu sedikit sebanyak aku dapat memahami rasa sayu itu. Seketika, hati kecil itu tersentuh~

Dia merasakan itu semua pada usia yang sangat muda~
Dia mencari rezeki hingga berseliuh pinggang pada umur yang sangat muda~
Dan dia mengerti akan erti kematangan, dalam usia yang sangat muda~
Dan sejujurnya, aku menjadi kagum pada dia yang menjadi suami dan bapa pada umur yang sangat muda~

Ketika melihat dia berbicara tentang gelagat anaknya yang berumur setahun setengah merengek di pasar raya meminta dibelikan mainan, aku lihat ada riak resah dan bahagia di tutur katanya. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, dengan kehendak anak yang ada ketikanya hendak dipenuhi, terkadang terpaksa juga dikorbankan belanja bulanan hanya untuk melihat anaknya bahagia seperti anak orang lain. Dan seketika, Aku menjadi sayu. Baru kini aku mengerti tentang kasih sayang ibu dan ayah ketika aku masih kecil, melayan teletah aku menginginkan mainan yang terkadang terpaksa ditolak mereka. Bukan kerana tidak mahu melihat anak mereka ketawa, tetapi kerana bebanan ekonomi yang terpaksa mereka tanggung. Sungguh, sebagai ibu bapa, susah untuk melihat anak susah.

Dan dalam, aku lihat ada sinar mata yang mengharap disebalik kesusahan dia membesarkan mereka. Harapan agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah serta dibanggakan~

Oh ya~ Terkadang dia juga sering bercerita tentang isterinya yang gemar memasak. Tentang lauk ini dan itu~ tentang juadah ini dan itu. Hingga terkadang geli hati mendengar dia bercerita.

Hoho~

Tetapi biasalah, hidup rumah tangga. Air ada pasang surutnya, cinta juga ada pasang surutnya. Adakalanya dia bercerita tentang cinta yang kuat mendominasi, dan adakalanya dia bercerita tentang tanggungjawab yang kuat mendominasi. Tetapi diatas semua itu, tetap ada kebahagiaan, dalam kesulitan. Ada embun yang mengalir direlung hati walaupun terpaksa menanggung beban yang sukar di dunia realiti~

Urm.. Mungkin sekarang masanya untuk mencari calon?
Aisya Humaira?

(Aku ketawa~ Skeptik sekali~)

.: Origami 3~ :.

Thursday, July 28, 2011

Usai solat subuh di pagi jumaat yang barokah itu, Iman berteleku lama di atas sejadah. Diambilnya mathurat yang tersisip kemas di atas mejanya. Duduk, dicium penuh takzim, dan kemudian membaca mathurat yang telah lama ditinggalkan itu dengan penuh tadabbur. Usai mathurat, dibacanya doa rabitah. Hingga di satu ayat, doanya terhenti.

Diamnya panjang~ Seketika mengalir air matanya menitis jatuh ke bumi. Dia sayu~ yang amat. Dengan teresak dia menyambung~

“Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya~
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini~
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar~”

Dia menangis~ Deras. Air mata yang ditahan seakan tidak mampu dibendung. Dia rindu~ Hatinya benar tersentuh apabila membaca doa yang yang pernah dibaca bersama sahabat Halaqahnya yang lain satu ketika dahulu.

Dia rindu pada wajah akhi Hafiz yang sentiasa mengejutkan dia subuh berjemaah dan tahajud. Dia rindu pada wajah akhi Shafiq yang yang sering menjadi tempat dia bersandar ketika lelahnya mentadabbur. Dia rindu pada akhi Rizal yang sering mengajaknya beriktikaf di Masjid bersama. Dia jadi rindu~ Rindu pada sebuah ukhwah yang terjalin utuh. Pada sebuah ikatan yang mereka ikat dengan hati.

Dalam, dia merenung jauh. Betapa rindunya dia pada sebuah ukhuwah. Pada wajah-wajah yang tidak pernah jemu mengenalkan dia dengan Islam. Mengenalkan dia pada sesuatu yang pernah dijauhi satu ketika dahulu. Maha suci Tuhan yang telah mengenalkan dia dengan Islam sebelum dia mengenal muslim. Dan kini baginya, kurnia terhebat bagi seorang insan yang kerdil dan buta sepertinya hanyalah islam dan itu sahaja sudah terlalu indah. kerana dengannya telah membuat dia 'hidup bernyawa' dan bangkit dari kematian yang panjang.

Hatinya penasaran yang amat~ Dia begitu rindu pada saudara saudaranya. Terlalu rindu. Mendambakan masa meluahkan rasa yang terbuku dihati. Rindu pada nasihat dan tazkirah yang diberi~ Rindu pada tenangnya hati mendamaikan rasa. Sejujurnya dirinya berat memikirkan keputusan Aisya malam semalam. Hatinya dirundung resah yang amat. Hingga lena tidurnya terganggu~

“Hafiz~~ Ana perlukan nasihat antum~~” Desis hati kecilnya~

Dikumpulnya kekuatan menatang hati. Menatang tangis mengharap ketenangan. Setelah hatinya mantap Iman kemudian menyambung teleku di atas sejadah pada pagi hening itu dengan bacaan surah Al Kahfi sehingga habis 110 ayatnya. Kemudian ditadabburi ayat-ayat cinta dari Allah itu satu persatu.

Air matanya jatuh lagi~

Betapa indah empat cerita yang disebut dalam surah itu... Serasa begitu lama tidak mentadabburi ayat-ayat cinta dari Allah, dek kerana menyibukkan diri dengan tugas pejabat dan segala macam urusan dunia.

Dan pagi itu seolah suatu ketenangan menyusup masuk ke jiwanya. Menjernihkan jiwa yang sedang kekusutan. Akhirnya dia mantap~ Menerima keputusan Aisya Humaira. Iman bangkit menuju ke meja. Dicapai telefon bimbitnya dan ditaip ringkas.

“Aisya, Tentang permintaan Aisya semalam, Iman dah fikirkannya. Dan Insya Allah, Iman juga sudah mempunyai jawapannya. Aisya terima Iman dalam keadaan yang baik, dan Iman akan lepaskan Aisya dalam keadaan yang baik. Jika sudah mantap keputusan Aisya, Izinkan Iman menyatakan jawapan Iman dihadapan Pakcik Amran dan Ummi nanti~"

Pesanan ringkas itu dihantar~

.: Contengan~ :.

Saturday, June 11, 2011

Sekadar coretan luahan rasa~
Tidak perlu dibaca~

Seharian melakukan kerja di teriknya panas mentari benar memaksa diri menagih sedikit rehat. Terkadang sedikit malu~ Seorang budak praktikal yang pernah melakukan latihan industri di sini memegang cangkul dan tuala. Yang menyodok sisa sisa arang di tepi jalan. Mengangkat dan juga membuang. Tetapi lantas ditepis rasa itu jauh jauh~ Sebagai pendidik hati. Sebagai pengingat diri, yang dirinya tidak lebih dari seorang buruh.

Tapi itu tidak penting~ apa yang aku ingin coretkan disini, tentang suatu peristiwa yang aku lihat dari kaca mata seorang buruh. Dari kaca mata rakan rakan sekerja yang membanting tulang siang dan malam bagi mencari sedikit rezeki. yang terpaksa bersakit pinggang dan berseliuh bahu hanya kerana anak anak yang ingin dibesarkan. Dan kalian tahu berapa layaknya upah yang mereka terima? Setimpal gaji pelajar latihan industri disini. Hanya selayak itu.

Aku jadi runtun apabila bersama mereka membanting tulang menitiskan peluh~ apabila merasai sakit susahnya berkerja seperti mereka, aku jadi mengerti satu perkara - Aku tidak pernah layak untuk mengeluh~ Tentang kehidupan, tentang kesusahan, malah apa pun. Kerana apa yang telah ada diberikan kepada kita sudah cukup sempurna untuk kita.

Pernah berada di dua tempat berbeza, aku melihat dua pandangan yang berbeza.Keluhan pekerja yang tidak dihiraukan, dan juga keluhan penggerak yang mengharapkan kesempurnaan. Bukan sekadar atas dan bawah~ Tinggi dan rendah, susah dan senang~ Bahkan juga melihat tentang nilai dan akhlak. Yang semakin terhakis dan semakin terhapus di kedua dua pihak.

Mungkin benar, pandangan hidup manusia sentiasa berlainan. Pandangan anak anak yang membesar dalam kesenangan mungkin tidak akan sama dengan anak anak yang membesar dalam kesusahan. Dan pandangan anak anak yang membesar dalam kesopanan, tidak akan sama dengan dengan pandangan anak anak yang membesar dalam kenakalan.

Entahlah~ Tetapi satu yang aku pasti dalam dua pandangan, kita tidak pernah layak untuk menghukum dan menghakimi antara satu sama lain. Mungkin dengan memahami, kita akan dapat merapatkan kedua jurang yang terpisah jauh. Jurang yang terpisah jauh bukan dengan jurang pangkat, tetapi dengan jurang hati.

Semoga hati kita mampu mencintai Dia, dan mengajak orang mencintai Dia, dan dengan bersama sama mencintai Dia, kita akan dapat merapatkan jurang hati yang telah lama jauh terpisah kerana melupakan Dia. Semoga dengan mencintai Dia, kita dapat memahami~ dan dapat mengerti antara satu sama lain.

Aku jadi kagum lagi dengan Baginda Rasul~ yang dapat menyatukan hati hati manusia yang keras seperti Saidina Umar hingga terhapusnya jurang hati itu. Hingga tiada lagi beza diantara khalifah dan rakyat~ Saudagar dan pendatang. Penduduk tetap dan perantau.Tetapi dengan satu ikatan - saudara.

Sungguh, Aku terlalu ingin melihat akhlak mu Baginda.
Sungguh~ Aku rindu. Walaupun aku tidak pernah layak untuk merindu~

Tuhan~
Jika nanti kau ingin menaikkan martabatku~
Jangan kau biarkan aku melupakan Mu~
Jangan kau biarkan aku menjauhkan manusia dari Mu~

Ku mohon~
Letakkan dunia ditanganku,
Untuk aku gengam erat~
Tetapi bukan di hatiku,
Untuk aku cintai mati~

-Rindu, yang terlalu

.: Origami 2~ :.

Tuesday, May 24, 2011

Wajah Aisya tertunduk seketika. Di cuba alihkan pandangannya ke lantai~ tetapi yang dilihat bahkan Air mata yang menitik jatuh di sisi lantai tersebut. Entah kenapa berat sungguh hatinya melihat seseorang yang pernah memberi makna dalam hidupnya. Entah kenapa hatinya sayu walau hanya melihat kelibat lelaki itu melintas lalu dihadapannya.

---------

Tetingkap ym terbuka~ terpampang wajah Iman di tetingkap komputer riba Aisya Humaira. Tetapi entah kenapa tangannya tidak betah membalas ym tunangnya itu. Dibiarkan~ Dipandang kosong. Tanpa hati~ tanpa perasaan.

Walaupun sebulan lagi lelaki itu akan menjadi halal, tetapi hatinya masih berat menerima Iman. Mungkin kerana peristiwa petang tadi meruntun kembali memori terhadap seorang lelaki yang pernah memberi harap. Mungkin kerana hatinya masih belum melepaskan “dia” sepenunya.

Iman Danish : Assalamualaikum Aisya, are u there?
BUZZ!!
Iman Danish : Aisya?
BUZZ!!

Dipandang kosong~ Iman.. Maaf, Aisya keliru. Aisya perlu masa. Bisik hati kecil Aisya Humaira. Dicapai gelas kaca di sisi komputer riba. Bangkit~ Terus menuju ke dapur. Di dapur, fikirannya melayang pada pertemuan pertama dia dengan Iman dua tahun yang lepas~ Di sebuah program yang disertai ketika tahun akhir di Universiti

---

“Cantik origami tu” Tegur Iman.

Aisya menoleh, seketika tersenyum. Dialih pandangannya kembali kepada origami yang dibentuk. Berbentuk burung. Ringkas~ tetapi kemas. Pandangannya tepat memandang origami burung tersebut. Tidak mungkin dia membalas pandangan seseorang yang bukan miliknya~ Apa lagi membuka ruang hatinya untuk insan lain.

Melihat Aisya berdiam, Iman bangkit. Kamera Canon disisi diambil, dan Iman terus menuju ke kumpulan lain. Sebenarnya dia hanyalah fasilitator undangan dalam program tersebut. Dijemput mengisi beberapa modul atau sekadar menyibuk di program tersebut. Kebiasaan nya begitu. Mengadakan program sendiri, atau menyingah lalu program teman teman, Hingga terkadang, dirinya menagih sedikit rehat pada hari hari minggu.

Aisya meletakkan Origami burung di sisi. Diambil sebatang pen dan ditulis disayap kiri origami itu sebuah nama.

“Aisya Humaira”

Dan dari kejauhan, Iman tersenyum~ Melihat gelagat Aisya Humaira yang baru dikenali.

-----

Bunyi cerek air memintas lamunan Aisya. Seketika Aisya tersedar. Dia beristifar~ betapa memori membawanya jauh fikirannya terbang. Diambil gelas tadi~ Dibancuhnya segelas susu panas dan kembali pulang ke meja. Ada kerja yang harus diselesaikan.

Seketika sampai dimejanya, mata Aisya terpandang pada tetingkap ym Iman yang terbiar. Ada pesanan yang ditinggalkan.

Iman Danish : Aisya, Iman dah telefon pakcik Amran semalam, about our wedding dress. Pakcik kata, dia serahkan urusan itu pada kita. Then bila Aisya free, let me know. Iman mintak cuti. I’ll fetch u and Ummi sekali nanti. Okay~

Pesanan itu dipandang kosong. Entah kenapa hatinya berbelah bahagi. Diletakkan gelas berisi susu disisi meja.

Aisya berbaring di katil memikirkan... Benarkah ini bakal suaminya? Bakal bapa kepada anak-anak yang ingin dihantarnya syahid ke syurga? Kata-kata Kakak tempohari benar-benar menghantuinya kini.

---

Oh? cerita ini tiada makna~ sekadar lintasan lalu memori. Teeehee :P

http://imandanish82.blogspot.com/2011/02/origami.html

.: Antara sabar dan syukur~ :.

Friday, May 6, 2011

Selesai solat Jumaat tadi, aku ada satu peristiwa yang meruntun hati aku melihatnya. Dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Pontian, aku singgah menunaikan Solat Jumaat di sebuah tempat yang aku kira masih lagi dalam kawasan kekampungan. Dan dalam perjalan pulang, aku terlihat seorang nenek tua mendukung seorang anak kecil yang aku kira cucunya. Keadaannya daif~ cukup meruntun hati. Entah sudah berapa jauh nenek tua itu berjalan mendukung cucunya. Tapi yang pasti, di situ bukan kawasan perumahan. Hanya ada ladang sawit kiri dan kanan.

Aku jadi terdetik untuk berhenti dan bertanya~ Sekadar ingin menghulurkan bantuan andai diperlukan. Saat aku hampiri, nenek tua itu tersenyum. Ikhlas sekali. Dan ternyata, bila aku hampiri, cucu nenek itu seorang yang cacat. Aku jadi runtun seketika~

“Nenek, nenek nak kemana~ nak saya tumpangkan?” Tanyaku. Seketika pandangan aku alihkan kepada cucunya. Sedang tidur~ Nyenyak di pelukan nenek tua itu.

Nenek itu tersenyum. Lantas menolak dengan lembut. Katanya rumahnya hanya dihadapan. Aku tersenyum. Lantas meminta diri~ Sepanjang perjalanan pulang, aku jadi termenung yang lama di atas di motor. Entah fokusku kemana tetapi sepanjang pemanduan fikiranku bukan di situ. Aku kira aku tidak akan kuat untuk mendukung seorang anak kecil sambil berjalan sejauh itu. Tambahan pula hari yang cukup panas. Entah kenapa, hati kecilku tersentuh. Aku kesal. Beristifar seorang diri. Seorang yang masih muda tetapi kudratnya bukan untuk bersyukur. Bahkan mengeluh. Sejujurnya kebelakangan ini aku agak keletihan. Penasaran dengan erti hidup. Penasaran dengan sesuatu yang aku kira layak untuk aku miliki. Penasaran dengan kerja yang memerlukan keringat. Astagfirullah~

Dan di sepanjang perjalanan itu, aku mengulang ingat kembali kata-kata Dr. Asri yang pernah aku dengar satu ketika dahulu~

Betapa apa yang ada pada diri kita sudah menjadi harapan kita~

Aku jadi teringat pada satu ketika dahulu, ketika aku merasa tewas dengan kehidupan. Dan lantas berkeluh kesah menginginkan kehidupan yang normal. Tanpa perjuangan~ Tanpa pergorbanan~ dan tanpa terikat dengan ikatan apa pun. Dan ketika itu seorang sahabat kembali mengingatkan, Apa yang ada pada kita sudah menjadi harapan kita. Selayaknya yang berkata begitu bukan aku. Aku bahkan tidak layak untuk mengeluh begitu. Betapa ramainya manusia yang dilahirkan cacat~ tetapi bahkan mereka tidak pernah mengeluh tentang kehidupan.

Betapa terkadang kita sering terlupa untuk bersyukur.

Pertemuan seketika dengan nenek tua itu benar benar memberi kesan dihati. Betapa selama ini aku mengeluh~ kerana terpaksa menanti dan menaiki bas ke kuliah setiap hari. Sedangkan rakan yang lain tidak perlu bersusah payah menyusun waktu dan bersesak sesak ke kelas. Bahawa terkadang aku mengeluh, kerana terpaksa menghabiskan waktu berjam hanya kerana ingin membeli dan mencari satu barangan di sesuatu tempat, sedangkan temanku yang lain tidak perlu merasai itu semua.

Tetapi bahkan nenek tua yang sebentar tadi muncul dalam kisah hidupku, begitu tabah menghadapi kehidupan. Saat selayaknya beliau mengeluh, beliau zahirkan dengan senyuman. Saat orang lain berlalu tanpa peduli, beliau bahkan gagah menyusun langkah dalam keterikan. Zahir dengan senyuman~ Oh, jika kalian melihat bagaimana keadaan nenek itu, pasti kalian faham dengan apa yang aku maksudkan meruntun jiwa~

Sungguh, aku tidak pernah layak untuk mengeluh~

Pahlawan kehidupan bukan pahlawan yang mengeluh dengan kehidupan.

Yang membuat hatiku tersentuh sekali, adalah bagaimana keterimaan aku tentang sebuah program baru baru ini. Sebagaimana layaknya harapan yang mengunung untuk program itu, aku kira aku layak. Kerana telah berusaha semampuku~ tapi ternyata rezekiku bukan disitu. Aku nyata berkeluh kesah~ Allah, jahil sekali.

Hingga seolah-olah lupa bahawa aku pernah menghadapi kesukaran hidup. Sehingga seolah-olah terhalang dari melihat ujian ujian kehidupan yang pernah aku jalani. Hingga hati kecil itu memujuk “Berapa banyak keperitan hidup yang telah aku lalui sepanjang hidupku?”

~ketika kita merasai keperitan dalam kehidupan ~
Letih dalam kehidupan yang melelahkan~
Dan ketika kita merasakan bahawa kita tidak akan dapat keluar daripadanya~
Tetapi hari ini Allah telah mengeluarkan kita dan membiarkan kita berada dalam keadaan yang baik~

~ketika kita ditimpa dengan musibah tertentu~
Kita berkeluh kesah “Habislah aku~ Matilah aku”~
Tetapi hari ini usia kita tetap berjalan~
Kita masih hidup dan berjalan menikmati Kurniaan dalam kehidupan ini~

~ketika kita berteriak~
“Ya Allah, Tolonglah hamba Mu ini ya Allah~ Tolonglah aku. Aku susah”~
Tetapi hari ini kita bahkan lupa dengan teriakan kita dahulu~
Bahkan terlupa untuk bersyukur~


Benar kata Dr. Asri tentang nikmat dan kebahagiaan~ Terkadang apa yang nikmat, sebenarnya bukanlah nikmat. Kita sangkakan orang yang tidur di tilam empuk itu lenanya nyenyak. Tetapi terkadang, yang tertidur di pelukan seorang nenek bahkan lebih nyenyak lenanya. Kita sangkakan mereka yang menikmati hidangan lauk pelbagai itu enak~ tetapi terkadang yang menjamah satu dua lauk itu lebih merasai nikmatnya. Kita sangkakan mereka yang hidup didalam rumah besar itu bahagia~ Tetapi terkadang mereka yang tinggal rumah kecil layaknya digelar reban lebih bahagia hidupnya~

Kata Hamka~ Lihatlah, betapa Allah membahagi bahagikan nikmatNya~

Aku jadi bersetuju dengan kata kata ini lagi~ Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang, maka tiada tangan apapun mampu menghalangnya. Dan jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang, maka tiada tangan apapun mampu menghulurkan bantuan kepadanya~

Terima kasih Tuhan~ untuk dugaan sebesar dunia.

Sungguh, kami tergolong dalam golongan hambaMu yang terlalu sedikit bersyukur. Benar kata para sarjana, Terkadang syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar. Saat di uji dengan ujian kehidupan~ kita masih mampu untuk bersabar. Tetapi saat di uji dengan nikmat, terlalu sedikit yang mampu bersyukur.

Kita ditimpa ujian~ lantas kita berkata “Sabar je la. Nak buat macam mana~”
Tetapi sering kita lupa, untuk mensyukuri apa yang telah kita ada~

Dan aku amat tersentuh dengan kata-kata seorang Ikhwah~ "Jika Tuhan membiarkan nasib seseorang itu ditentukan oleh dirinya sendiri, walaupun sekelip mata~ maka seketika dunia boleh berbuat apa sahaja kepadanya."

Sabarlah~ dan syukurlah.
Tuhan~ Gengami hatiku erat erat~
Agar tidak terjatuh dan tertatih semula~
Semoga~ Semoga~ Semoga~

.: Dari Aufa hingga Aisya~ :.

Wednesday, April 13, 2011

Dia terduduk~ Termangu seketika melihat pesanan yang masuk melalui peti elektroniknya. Detak-detak hatinya yang laju kian bertukar menjadi semakin perlahan apabila membaca tajuk emel tersebut. Nyata, isi kandungan emel tersebut tidak seperti yang diharapkan. Tidak seperti doanya yang panjang-panjang yang diminta olehnya disetiap tahajud.

Berita itu sekadar berita~

Sekadar mengundang hampa pada hati yang berharap.

Jawapan yang diberikan oleh Aufa Afina benar mengejutkan hatinya. Hatinya yang penasaran menunggu. Dia terkedu. Termenung jauh tentang persoalan yang sedang bermain di mindanya.

Seketika dia bangun~ berjalan jauh melarikan diri dari skrin komputer ribanya. Hingga ditingkap itu dia terhenti. Dilihat jauh pemandangan kampung dihadapan.

Kosong~

Entah kenapa hatinya hiba. Hiba sekali~ Ingin sekali dia menitiskan air mata. Tetapi tidak terluah. Hanya terdengar kicauan bunyi burung yang sekali sekala memecah sunyi.

Petang itu sepi. Sepi sekali. Hanya ada dia di penjuru tingkap rumah kampung itu dan alam di sekelilingnya. Entah kenapa dia merasakan bahawa di dunia ini sudah tiada orang lagi setia. Betapa hati mudah berubah-ubah. Seketika ingatannya melayang kepada Aisya Humaira.

Ah.. Apa mungkin?

.: Guru~ :.

Wednesday, April 6, 2011

Dulu, saatnya zaman sekolah rendah, aku ada seorang guru yang aku amat kagumi. Dan yang paling tidak terlupakan tentang guru itu adalah kerisauan tentang semua benda yang akan terjadi. Aku jadi geli hati sekali bila teringat. Dengan teletahnya berbicara dengan kami terkadang turut merisaukan kami.

Guru ini bagiku sangat unik. Saat yang lain masih saja di kantin waktu pagi, bahkan beliau sudah pun di kelas. Oh? Beliau mengajar mata pelajaran Muzik dan Matematik.

Aku masih ingat teletah beliau ketika berbicara tentang cacing pita. Dengan gaya yang merisaukan bahkan dengan penuh keyakinan turut membimbangkan kami. Aku masih ingat bagaimana animatednya beliau bercerita tentang bagaimana seekor Khizir hutan menyodok tanah. Dan kemudian dari khinzir tersebut keluar cacing pita dan cacing pita tersebut dikutip oleh pemancing untuk dijadikan umpan. Lalu cacing itu dimakan oleh ikan dan ikan dimakan oleh kita. Aku jadi geli hati sekali bila teringat tentang guru itu.

Oh? cacing pita tidak boleh hidup di dalam tanah. Pasti.

Guru itu juga sering bercerita tentang kisah-kisah semangat. Tidak betah melayan teletah kami kanak-kanak, bahkan turut bersama dalam permainan. Dan pasti, guru ini tiada di alam universiti.

Dan yang paling unik tentang guru itu, adalah kegemarannya membundar angka. Contohnya pkul 9.51, beliau mebundarkan kepada 9.40. ataupun mengenapkan angka sebelumnya. Kami jadi penasaran menanti waktu rehat. Penasaran sekali.

Guru itu juga suka memberikan kami kerja yang banyak dan membebankan. Contohnya 40 soalan matematik yang perlu dijawab dalam sehari setiap hari. Aku masih ingat, saat aku menangis pada waktu malam semata-mata mahu masuk tidur. Terbeban dengan kerja yang diberi. Tapi setelah siap, wah.. terlalu gembira.

Tetapi kerana guru itu, aku kenal erti kesusahan. Kerana guru itu, aku kenal erti perancangan. Aku terlalu mentah ketika itu, dan kerana guru itu, aku dicorakkan menjadi aku yang sekarang. Dan untuk itu, aku berterima kasih dengan guru itu.

Kerana guru itu mengajar aku erti kesabaran dalam kesusahan~
Kerana guru itu mengajar aku erti perancangan~
Oh? Dan mungkin juga kerana guru itu sering menempah nasi lemak dari ibu melalui aku. Hehe.

Tapi Itu bukan point nya.

Lihat betapa besar jasa seorang pendidik. Aku jadi suka dengan kata-kata A. Samad Said~

"Jika hari ini yang berdiri di sini adalah seorang jurutera, pasti dipermulaannya adalah guru yang mendidiknya"

Oh? Tulisan ini tiada makna. Jadi jangan dicari. Hanya lintasan memori yang seketika memandu lalu mindaku. Aku jadi rindu dengan guru itu. Hanya secebis penghargaan pada jasa guru yang melambung itu.

Terima kasih guru~

Terima kasih.

.: Tertatih~ :.

Monday, March 28, 2011

Tak tau kenapa dengan hari ni~~ (T_T) takde semangat sangat-sangat. Letih~ nak buat kerja pun tak semangat. Nak menulis lagi la. Wuwuu~~ T_T

“Abang iman, abang iman~”
“ye~~”
“kite suke la cite yang abang iman cite tu. Kite nak jadi macam lily. Kuat~ nanti abang iman cite la kat kite lagi”
“Ye la abang iman, Ajib pun suka”
“Mimi pun. Mimi pun”
“eh, Ajib ni. Sibuk je. Abang iman~ cite la lagi~~”

Tersenyum~~

Rindu..

(T_T)~~~~~~~

Yosh! Baiklah, kena lebih deras berlari. Jangan down-down. Tak baik. Adik itu cakap, dia nak jadi kuat. Macam lily. Jadi kenala kuat. Malu je kalau tak boleh jadi kuat.

Baiklah, mari sambung kije~

Tuhan, pegang hatiku erat-erat. Jangan biarkan ianya jatuh dan tertatih. Jangan biarkan ianya jatuh kepada harta~ Nescaya, akan rosak lah dia. Jangan biarkan ia jatuh dengan kecantikan, Pasti akan tertipulah dia. Dan jangan biarkan ianya jatuh terhadap pujuk rayu, Nanti ia akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi.

Tetapi jatuhkanlah ia kepada orang yang menjatuhkan hatinya kepada Mu~

Ku mohon, ku mohon, ku mohon~~~

(T_T)

.: Dia~ :.

Monday, March 21, 2011

Petang tadi saat berleha leha dihadapan komputer riba kesayangan, aku jadi terlintas pada satu profile teman lama yang aku kira terlepas pandang dari muka utama laman muka bukuku. Lama aku amati profile itu, berteka teki tentang siapakah empunya profile itu. Dan apabila teringat, “whoa” hampir saja menjerit sendirian di meja itu.

Terkejut sekali~

Aku jadi seolah tidak percaya dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. Dan seketika, aku jadi ketawa kecil. Lucu sekali~ tersenyum sinis seorang diri dihadapan komputer riba kesayangan. Ya, aku terkejut. Benar terkejut sekali. Melihat seorang akhwat yang aku kenali. Akhwat itu teman sekolahku satu ketika dahulu. Dan kini, aku lihat tudungya labuh, bulat serta berpurdah. Bajunya labuh hingga ke lutut.

Benarnya yang mengundang kejutan itu bukan kerana terlihatkan dia, tetapi perubahan dia yang aku kira hampir menyeluruh. Maaf, aku tidak bisa menembus jauh kedalam hati seseorang. Tapi, nyata dia terlalu berbeza dengan dia pernah aku kenali dulu.

Aku jadi teringat tentang dia yang dahulu~

Terkejut juga aku. Dulu dia tidak macam tu. Dulu, dialah kepala penjahat di asrama. Oh? Penjahat? Mungkin terlalu kasar. Tapi yang aku maksudkan adalah dia diantara barisan pelajar-pelajar nakal yang cukup dikenali. Jika bersama temannya yang lain, Dialah yang memekak. Ataupun, jika tiba-tiba bilik prep menjadi senyap, dialah yang mengetuai jemaah tido. Oh? Di sekolah kami dahulu, kami prep di dewan makan bersama. Hanya dihadang dengan beberapa penghadang yang boleh di gerakkan.

Tapi itu bukan pointnya~

Diantara kebanyakan budak nakal, dia dan gengnya lah yang paling top. Sampai dibariskan di hadapan para pelajar seluruhnya atas kesalahan yang pelbagai. Kami pernah berkeja bersama dalam sebuah organisasi. Jadi tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa aku mengenali tentang dirinya dan pergaulannya. Walaupun tidak terbabas, tapi dia gemar mengusik lelaki pemalu seperti aku. Oh? Bukan pujian diri ya. tapi ini benarnya~

Tetapi bahkan tadi, aku terlihat dia berwajah jernih. Sudah jadi manusia aku kira. Sudah hilang degilnya barangkali. Jadi benarlah kata sahabat-sahabatku yang lainnya tentang transformasi dia. Aku ingat juga dia bercerita suatu ketika dahulu, tentang seorang senior macam malaikat datang berdakwah kepadanya. Katanya kakak itu sangat merimaskan. Asyik bercakap tentang islam, tentang martabat wanita, aurat wanita dan sebagainya. Dan ketika mengikut usrah bawaan kakak malaikat itu, dia sering ditanya tentang mutabaah dan sebagainya. Itu tahun 2005. Wah, sudah hampir 6 tahun kisah ini berlalu. Sudah hampir menamatkan alam Universiti. Dan kini, harapnya dia pula yang begitu.

Tak sangka, cakap cakap kakak malaikat itu terkesan juga dihatinya. Selepas beberapa tahun kakak itu merimaskan dia dengan perangai malaikatnya, kini dia sudahpun berwajah jernih. Jernih sekali. Aku jadi percaya dengan kata-kata bekas sahabat di sekolah dulu, betapa hidayah telah memandunya. Dan dengar-dengar kakak senior itu telah menamatkan pengajian dan telah pun berkahwin. Semoga anaknya seperti dirinya. Ya, yang seperti malaikat. Meruntun hati orang lain mencontohi dia.

Oh ya, aku mempunyai hobi untuk menyemak status sahabat-sahabat yang dekat dihatiku. Hanya menyemak~ tetapi jarang sekali mengutus komen. Oh? Mungkin itu tabiatku. Meninggalkan kesan dan kemudian menghilang. Hoho. Mungkin perlu diperbaiki lagi. Semoga saja~ kerana bagiku, mereka mempunyai hak sebagai sahaabatku di ruangan lelayar itu.

Oh? Dan edy juga terkadang mengajakku berbicara tentang masalah yang pernah aku ajukan. Mungkin tentang penerimaan kerja di Doha,Qatar. Sejujurnya juga aku buntu. Hatiku berat supaya tidak pergi. Tinggal disini, kembali menulis atau berlari.

tapi, aku rasa, kalau takat didakwahi oleh situasi-situasi seperti menonton gadis-gadis yang berbaju sendat, seluar ketat, mungkin tak kemana.

.: Orang Sembahyang~ :.

Friday, March 11, 2011

Pagi tadi saat berleha-leha dihadapan komputer kesayangan, aku terlihat suatu video tentang seorang pemandu teksi yang menunaikan solat di atas teksi yang dibawanya. Aku jadi tersenyum sendirian. Ingatan terhadap arwah Pak Andak seketika mengamit minda. Aku jadi terpegun dengan kehidupan beliau yang sederhana. Tidak berlebihan, hanya seadanya menyerlahkan lagi kesederhanaan arwah pak Andak. Dan yang lebih penting, ketika beliau ditanya tentang apakah rahsia ingin hidup sederhana, ringkas beliau menjawab,

“Mesti jadi orang yang sembahyang”

Aku jadi tersenyum sendirian. Kata pak Andak ada benarnya. Pernah seorang sahabat yang aku cintai bertanya pada aku satu ketika dulu,

“Eh, kenapa kau nak kejarkan sangat solat tu. Kan kita dah lambat?”

Dan jawab aku ringkas, kerana Tuhan penting buatku.

Aku jadi igin berkongsi sesuatu tentang suatu peristiwa yang pernah berlaku seawal dialam universiti. Ada seorang rakan dari Sarawak pernah bertanya, tentang rasional bersolat. Aku jadi ketawa kecil. Aku hanyalah seorang pelajar kejuruteraan yang biasa, dengan rutin harian yang biasa, hanya pelajar yang biasa, dan telah diajukan pertanyaan yang begitu berat untuk dijawab.

Aku hanya tersenyum kecil. Kerana tuntutan sebagai sahabat, aku jawab sekuat mampuku.

“Kerana aku perlukan tuhan, dan tuhan amat penting buatku”

Ringkas~ tetapi mengundang soalan. Baiklah, izinkan aku bertanya, jika kita tersesat didalam hutan tanpa alatan komunikasi apapun, siapa yang ingin kita hubungi? Dan saat itu, pasti, baru kita tersedar akan kepentingannya ibubapa, rakan, penyelamat dan yang lain. Kerana mereka penting dan diperlukan saat itu, makanya kita hubungi.

Seperti itu juga solat~

Hanya mereka yang mementingkan Allah dalam hidupnya akan menghubunginya saban waktu.

Aku jadi suka dengan kata-kata ini lagi, apabila kamu jatuh cinta dengan seseorang, apakah yang akan kamu lakukan untuk membuktikan dia layak untuk kamu cintai? Ya~ tentulah dengan menguji sejauh mana cintanya kepadamu.

Jadi benarlah~ Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan akan kembali dalam keadaan dagang juga. Maka beruntunglah orang-orang yang dagang, yang menghidupkan sunnahnya, saat orang lain melupakannya.

Tuhan, hati kami dalam gengamanMu~
Maka peliharalah~

"Ya Allah, jadikan Kami, zuriat-zuriat kami, keturunan kami, orang yang menyembah dan membesarkanMU"

Jadi benarlah~
Biar seluruh dunia menyisihkan ku, aku ada Engkau disisiku~

.: Impian~ :.

Wednesday, March 9, 2011

Selesai subuh, dia melihat kosong sejadah dihadapannya. Rasa rindu dengan setiap yang berlaku. Entah kenapa kebelakangan ini, jiwanya resah. Ada saja yang tidak kena pada dirinya. Resahnya entah kenapa. Dia sendiri tidak tahu. Dia bangkit~ perlahan menuju ke meja kesayangan. Dikeluarkan sekeping kad manila biru yang terselit di celah mejanya.

Dibentang~

Dilihat dalam~

Seketika dia termangu. Di kad manila itu, terlukis segala impiannya. Segala rancangan hidupnya sepuluh tahun kehadapan. Lengkap pelbagai warna. Ditatapnya rancangan itu lama. Fikirannya terbang melayang. Entah hingga kemana, tapi yang pasti bukan disitu. Seketika dia mengalihkan pandangan. Kerusi mejanya ditarik. Duduk~ dan kemudian termenung semula.

Rancangannya setelah tamat belajar, ingin bekerja. Sudah mempunyai pengalaman. Dan akan ingin membuka pusat latihanya sendiri. Ya~ sebuah consultant training yang akan melatih generasi generasi setelahnya. Dan kemudian menyambung pelajaran ke tahap master dan terus bekerja. Oh? Sebelum dia menyambung master, dia ingin berkahwin.

Ya, sebagai peneman bagi perjuangan yang melelahkan.

Dan di sepuluh tahun itu juga, dia mahu membuka taska kanak-kanak dan diserahkan kepada bakal isterinya untuk diuruskan. Dan diakhir rancangannya itu, dia mahukan sekurang-kurangnya mempunyai tiga cawangan taska. Dan mempunyai satu perniagaan makanan.

Oh? Bagaimana~

Dia keliru.

Bagaimana dia mengambil saja peluang yang ditawarkan kepadanya. Menjawat jawatan jurutera di Syarikat perlombombongan gas dan minyak, terus ke arab Saudi, dan kemudian lupakan saja rancangan hidupnya. Ataupun dia terpaksa menyusun semula semuanya dari mula.

Dia keliru~

Yang amat.

Akhirnya setelah lama termangu, dia bangkit. Tanpa keputusan~ dilipatnya kembali kad manila biru yang terbentang itu. Disimpan kemas. Sudah masanya untuk bersiap. Mungkin, jawapan itu akan tiba nanti. Mungkin. Semoga saja~

Seketika ingatannya terlintas pada seseorang. Entah kenapa, tentang soal hati, dia terlalu lemah. Ah.. Hati. Kuatlah~~~

*****



Teehee :P
Tulisan yang tiada makna~ jangan dicari. :)

.: The Perfect Pump~ :.

Wednesday, March 2, 2011

Hari ini jari berat untuk menulis. Melakar sekanvas rindu pada ilmu yang ingin dikongsi. Tentang manusia. Oh? Maaflah jika aku agak kekok menulis tentang perubatan. Tapi sejujurnya, aku tertarik dengan ilmu yang aku pelajari. Walaupun mungkin apa yang akan aku ceritakan ini tentang tentang konsep kejuruteraan, tapi diakhiran tulisan semoga ada manfaatnya bersama. Insya Allah.

Oh? Maaf2. Sudah kebiasaan membebel. Hehe.

Baiklah~ apa yang ingin aku kongsikan adalah tentang manusia dari awal kelahiran. Seperti apa yang kita ketahui, sebelum manusia lahir ke dunia, mereka akan berada didalam rahim ibu selama 9 bulan. Dan selama Sembilan bulan itu, kita terbentuk didalam rahim~ Hingga sampai saat kita dilahirkan.

Lahirnya kita dari jutaaan sperma yang berlari ke arah ovum. Dan dari jutaan sperma itu, hanya satu yang bercantum dengan ovum dan membentuk satu sistem yang hanya terdiri dari beberapa sel kecil. Dan dari situ, sel-sel yang kecil itu mula membahagi dan berkembang.

Oh? Dan kalian tahu, pada hari ke 22, sel yang digelar embrio itu sudah membesar sebesar sebiji kacang hijau. Dan satu hari, satu bahagian dari sel-sel yang terbahagi itu menerima arahan dan tiba-tiba mula berdenyut. Mula bergerak saat sel yang lainnya hanya diam. Tetapi kumpulan sel ini, mula bergerak, berdenyut dan terus berdenyut, dan tidak akan berhenti selagi mana manusia masih hidup.

Kalian pasti tahu itu apa. Anggota yang tidak pernah berhenti, tidak pernah berehat walaupun seketika, hingga saat ini masih tetap berdenyut. Tetap bergerak hari ini, esok, tahun hadapan~ hingga anggota itu menerima arahan terakhir untuk berhenti selama lamanya.

Dan menjadi hukum alam, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Yang bergerak, akan berhenti. Persoalannya disini, SIAPA yang memberi arahan agar satu titik di dalam sel itu supaya berdenyut dan kemudian berhenti?

Ya~ Pencipta yang ghaib. Maha Ghaib. Allah~ Tuhan yang sebenar benar tuhan.

Anggota yang berdenyut ini dinamakan jantung. Berfungsi mengepam bendalir yang di beri nama darah ke seluruh tubuh manusia.

Dalam teknologi kejuruteraan, manusia cuba meniru konsep ini. Konsep untuk memindahkan bendalir dari satu tempat ke satu tempat. Dan alatan ini di beri nama “Pam”. Pam mempunyai konsep yang sama seperti jantung. Iatu dengan memindahkan bendalir mengunakan konsep perubahan tekanan.

Tetapi bezanya pam dan jantung, Jantung adalah Pam yang sempurna. “The perfect pump”. Dan pam yang sempurna ini mula berdegup sekitar manusia berusia 3 minggu di dalam rahim. Dan ketika berusia 3 minggu, Jantung telah pun diberi tanggunjawab yang berat hingga ke akhir hayat manusia. iatu dengan memastikan pengaliran darah dalam badan berjalan sempurna.

Dengan erti kata lain, pam yang sempurna ini mengekalkan kelangsungan hidup 100 trilion sel dalam badan manusia. Sel dengan sistem-sistem tersendiri. Membenarkan penukaran oksigen dan karbon, membersihkan, menyembuhkan dan beberapa fungsi yang lainnnya. Oh? Mungkin penerangan itu boleh dicari dengan lebih mendalam dari ahli-ahli ilmu di dalam bidang ini.

Oh. Dan satu lagi fakta menarik. Tentang saraf. Pernah kalian terjatuh dan merasa sakit? Ataupun terkena air panas dan lantas terkejut dan melompat? Ataupun ketika perut kalian berbunyi, dan kalian sangkakan itu lapar?

Sebenarnya, ketika perut kalian berbunyi, itu bukan lapar. Tetapi tandanya telah habis makanan untuk dicerna dalam sistem penghadaman. Dan saraf menghantar isyarat dan kalian tafsirkan sebagai lapar. Seperti juga demam. Ketika suhu badan meningkat, tandanya ada bakteria luar telah masuk dalam badan. Dan sel sel imunisasi kalian perlukan banyak tenaga untuk melawan bakteria tersebut. Kerana itu kalian terbaring lesu. Kerana seluruh tenaga kalian telah digunakan untuk melawan bakteria tersebut. Tetapi kekurangan tenaga ini kalian tafsirkan sebagai demam.

Hebatkan? Bagaimana sistem yang begitu kompleks tercipta dengan sempurna dalam tubuh yang dipinjamkan? Tanpa disedari, tanpa ketahui, sistem ini terus menjalankan tugasnya. Tanpa jemu, tanpa henti. Boleh bayangkan jika tiada sistem yang seseumprna ini didalam tubuh kita? Ketika tubuh mencecah 40 darjah celcius atau lebih, tetapi bahkan kita tidak terasa apa. Pasti, sistem imunisasi akan tewas dan kalian pasti mati. Pasti! Atau ketika tiada makanan untuk dicerna dan tiada tafsiran lapar diterima oleh otak. Kalian rasa apa yang akan terjadi?

Dalam teknologi kejuruteraan, manusia cuba meniru sistem saraf ini dan di aplikasikan kedalam ciptaan mereka. Dan ini adalah salah satu cabang kejuruteraan yang di gelar, “The Protection System”. Dan contoh paling mudah adalah injap. Oh? Injap itu apa? Urm.. binaan ringkasnya seperti paip di rumah. Tapi itu masih kurang tepat. Bagaimana ya?

Oh? Urm.. Mungkin itu cerita lain yang akan diceritakan nantinya.

Sejujurnya, aku jatuh cinta dengan kejuruteraan. Jatuh cinta dengan ilmu itu sendiri sebenarnya. Kerana disebalik ilmu itu, aku temukan pencipta yang ghaib. Terlalu ghaib. Tidak terlihat. Tapi pasti ada. Kerana kewujudannya terasa. Kerana DIA memperlihatkan dirinya melalui ciptaan yang sangat mengagumkan. Terlalu bijaksana. Maha bijaksana.

Jatuh cinta lagi dengan ilmu.

Dan jika Nabi Muhammad Salallahu a’laihi wassalam bersabda, di syurga nanti manusia akan makan sepuas hati tanpa mengeluarkan kembali sisa sisa makanan. Aku percaya. Kerana adanya pencipta yang bijaksana. Maha bijaksana. Dimana ilmuNya yang tidak terbatas. Luar dari logiknya manusia. Jika Khabaran Baginda Rasullah adanya nikmat dan azab selepas mati, aku percaya. Kerana Baginda Insan yang benar. Terlalu benar. Tidak pernah berdusta.

Dan satu yang aku pelajari selama menuntut ilmu ini, adalah ilmu manusia itu terbatas. Terlalu terbatas. Hingga terkadang, keterbatasan ilmu itu membuat manusia itu terhijab dari melihat tuhan. Kerana hanya mengikut logik semata. Kerana seolah-olah orang yang pandai itu tidak mengakui kewujudan tuhan.

Oh? Pasti mereka lupa, Manusia terpandai juga turut mengakui kewujudan tuhan. Ya, Albert Einstein dalam kata-katanya turut menyangkal theori alam semesta statik.

Urm.. Jadi, kepada yang ahli ilmunya, mohon teguran. Kerana mungkin sepanjang penjelasan ada yang tersilap. Kita tak pernah rugi berkongsi ilmu. Tidak. Aku ada satu ilmu. Tentang matematik. Dan kalian mempunyai satu ilmu, tentang sains. Dan dengan berkongsi, kita ada dua, matematik dan sains. Kita tak pernah rugi.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Semoga.

Tuhan, Hati kami dalam gengaman mu~
Jiwa kami dalam Tangan Mu~
Untuk Mu hati, jiwa, bahkan darah kami.
Maka pegang eratlah~
Peliharalah~ peliharalah~ peliharalah.
Ku mohon padaMu~

.: A guy and a Lolypop~ :.

Friday, February 25, 2011

Sometime word, cant show it all~~~~

.: Aufa Afina~ :.

Tuesday, February 22, 2011

Petang itu, Akhi Iman sampai di Masjid Sultan Abu Bakar tepat saat azan asar berkumandang. Seluruh tubuhnya bergetar tidak seperti biasanya. Keringat dinginnya keluar. Dia tidak tahu samada solat asarnya khusyuk atau tidak, tapi apa yang pasti, matanya basah. Disujud itu, dia berdoa supaya diberi umur yang berkat, pertemuan dengan calon belahan jiwa yang berkat, akad nikah yang berkat dan masa depan yang berkat. Selesai solat, dia tetap termangu menitikkan air mata disitu. Dia meyakinkan dirinya bahawa dia tidak bermimpi. Sebentar lagi akhi iman akan bertemu dia. Ya~ Dia yang akhi iman belum tahu siapa namanya dan belum tahu wajahnya seperti apa. Dia yang telah lama akhi iman rindui. Terasa sesal tidak membuka biodata yang dihantar oleh Pak cik Amran. Hatinya dicucuk rasa buru buru ingin tahu. Ah.. Allah, Tenangkan hatiku. Bisiknya perlahan.

Perlahan~ Pakcik Amran mengusap bahunya. Dia tersentak. Seketika menyeka air mata. Pak cik Amran tersenyum.

“Kenapa? Gementar?” Kata Pak cik Amran memulakan bicara~

Akhi iman tersenyum. Dia tidak tahu entah seperti apa riak mukanya.Senyum ketika gugup~ ah.. Biarlah. Yang pasti jiwanya bergetar. Perlahan dia mengangguk.

Melihat Iman yang sedang diam seribu bahasa, Pak cik Amran merapat. Di usap-usapnya bahu Akhi Iman penuh mahabbah. Seketika dia memulakan bicara, tentang perkenalannya dengan Ummi Aqilah suatu ketika dahulu. Asalnya Pak cik Amran dan Ummi Aqilah tidak saling mengenali. Bertemu dalam majlis khitbah, dan cinta itu hadir begitu saja setelah akad nikah. Begitu kuatnya.

“Iman~ Pak cik lihat, muka iman pucat. Panas dingin ya?” Bicara Pakcik Amran~

Akhi iman hanya berdiam~ Ditatapnya wajah Pak cik Amran dalam-dalam.

“Pakcik juga seperti iman dulu. Merasakan hal yang sama seperti iman. Pak cik masih ingat ketika dalam perjalanan bersama keluarga ke rumah Ummi Aqilah. Jantung Pak cik berdegup laju. Hati pakcik berdesir. Itu kali pertama Pak cik Bertemu Ummi~ dan saat itu, saat yang tidak terlupakan oleh pakcik” Pak cik Amran berbicara halus. Perlahan~ Menusuk jiwa Iman mendengarnya.

Kata-kata Pak cik Amran menambah kedinginan hati Akhi Iman. Kenangan Pak Cik Amran seperti baru semalam. Seperti masih muda. Pesanan Pak cik Amran agar majlis pertemuan nanti benar benar dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mengenal diri dan mengenal gadis itu.Pak cik Amran hanya sekadar pembawa acara. Itu pesannya.

****

"Pakcik bukalah ruang dan kesempatan pada majlis kecil kita ini untuk antum berdua taarufan, berkenal-kenal tentang latar belakang masing-masing. Insya Allah, kita mencari jalan terbaik dan paling salim agar usaha membina keluarga-keluarga du'at ini dapat dijayakan. So Iman, silakanlah," Tenang, Pakcik Amran berbicara.

Akhi iman membetulkan duduknya. Jantungnya mulai berdegup kencang. Tubuhnya panas dingin. Kini dia tahu, gadis yang dicadangkan Naqibnya itu adalah Aufa Afina. Ah..Hati.. Tenanglah..

Akhi Iman mencuri pandang ke arah Aufa. Pada saat yang sama, kedua mata Aufa yang bening juga sedang memandang Akhi iman. Dan seketika pandangan mereka bertemu, Cis! Ada setitis embun dingin menitis dihatinya. Tubuhnya bergetar~ dan cepat-cepat akhi iman menundukkan kepalanya. Aufa juga begitu. Seakan melakukan hal yang sama. Resahnya bahagia~

Apakah rasa ini~

***

.: Rindu~ :.

Sunday, February 20, 2011

Kata orang, bila kita rindukan sesuatu, pasti akan mengalir air mata. Yeke? Entah~ Tapi.. terkadang, bila teringat arwah nenda, air mata aku tumpah juga akhirnya. Ya.. Rindu. Rindu dengan celoteh nenda melayan aku saat aku kecil~ Saat terletah dengan percakapan yang pelat. Saat menangis minta dibuatkan susu. Dan yang pasti, saat arwah nenda kembali memujuk aku saat aku kecewa.

Ya~ aku rindu.

Dan kata orang juga, Rindu adalah anugerah. Anugerah yang dicampakkan Allah kepada hamba-hambanya. Dan menjadi lebih nikmat, apabila rindu itu dicampakkan pada hati yang selayaknya kita rindui. Seperti rindu pada sebuah ukhwah. Rindu kepada ibu bapa. Kepada sahabat. Kepada kebaikan. dan juga kepada kenangan lalu~

ya.. Rindu.

Tiada bukti saintifik yang mampu membuktikan kata-kata itu, kerana hidup manusialah yang menjadi saksi kepada pepatah-pepatah yang di ungkapkan.

Aku jadi teringat sewaktu aku kecil~

Ketika bermain lari-lari di sekitar masjid. Mencari tali paip dari satu tempat ke satu tempat~ dengan beranggapan, diakhir tali paip itu, aku akan berjumpa sebuah peti harta karun. Dan pasti, aku akan menjadi kaya raya. Saat itu, pastinya di dalam fikiran mempunyai pelbagai-bagai impian. Ingin menjadi jutawan kaya dengan manyatukan rumah-rumah di sekitar rumah aku menjadi satu. Oh? Maaf~ rumah aku dahulunya hanya di sekitar setinggan. Dengan jiran-jiran yang peramah dan baik seperti ahli keluarga. Pakcik mat, Mak cik jai, Firdaus, Aisyah amira. Ya.. seperti keluarga. Dan kerana itu, impian aku semasa kecil, ingin membina rumah untuk tinggal bersama. Sebagai keluarga. Dan bila teringat.. aku rindu~~~

Dan teringat juga saat aku menjual nasi lemak di sekolah agama dan sekolah rendah~ saat cikgu-cikgu dan ustazah menempah nasi lemak ibu melalui aku. Melihat rakan-rakan yang memuji dan juga meragui. Aku yang memasak? Dan seketika teringat~
aku rindu…

Ya.. rindu~~~

Dan yang paling menghibakan hatiku, apabila teringat kami bermula dengan tiada apa. Dengan keluarga yang biasa. Dididik dengan nilai dan akhlak. Saat itu, melihat adik-adik berbasikal ke sekolah di awal pagi, kami riang. Dan nyata bila teringat.. aku rindu~~~~

Rindu ya amat~~~~

Dan kini bila dewasa, melihat kembali di mana aku berdiri.. aku rindu dengan aku yang dahulu. Dengan adik-adik yang dahulu~ dengan jiran-jiran yang dahulu. Dengan permainan anak kecil yang dahulu. Dan pasti, aku rindu..

Terasa sekejap masa berlalu. Hingga sedar tak sedar, aku dah menjejakkan kaki ke alam dewasa. Memikul amanah yang sebelum ini dipikul oleh orang lain~ Menjadi milik orang lain dengan amanah, dan menjadi orang yang mengamanah. ya~~ mengamanahkan perjuangan ini kepada generasi seterusnya. Melihat anak-anak yang bakal di besarkan bukan di zaman yang pernah aku lalui.

Oh~ Terlalu benar, masa pantas berlalu.

Terlalu~ pasti!

“Sesungguhnya manusia itu benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran~”

Ah.. adakah aku dalam orang yang rugi?

Astagfirullahalazim~

Tuhan, hati kami dalam gengamanMu.
Jiwa kami dalam gengaman Mu~
Untuk Mu hati, jiwa, bahkan darah kami.
Maka peliharalah~ peliharalah..
Ku serah padaMu. Amin~

.: Tahajud Cinta Bersujud~ :.

Thursday, February 17, 2011

Akhi iman termangu seketika melihat pesanan masuk di peti elektroniknya. Lama dia berjeda di situ, memerhati kandungan pesanan yang dihantar kepadanya. Hati akhi Iman berdebar~ Gugup pasti. Berdetak-detak laju. Seketika membaca tajuk emel itu, hatinya bahkan berdetak lebih laju. Jiwanya resah sekali. Ada saja yang tidak kena pada dirinya saat itu. Diambil gelas teh panas di sisi meja. Dihirup.

Ah.. tiada rasa.

Bergetar, dia menutup emel tersebut. Hatinya masih belum mantap membukanya. Meski pun itu adalah calon yang dicadangkan oleh Naqib kepada dia, tapi.. ah.. Resah. Resah sekali. Akhi iman bangkit dari duduk. Dibiarkan seketika kerjanya terbengkalai disitu. Ada sesuatu yang harus dia lakukan.

ya~ sesuatu untuk meredakan resah.

Perlahan~
Dia menuntun langkah menuju surau yang tidak jauh dari pejabat~

Sepanjang perjalanan jatungnya berdegup~
Berdetak detak laju~

Hati.. jangan penasaran begini.

"Aku hanya ingin mengadu kepada Penciptaku di waktu dhuha~" Bisik hati kecil Akhi Iman.

Dan ternyata, Dhuha itu akhi iman menangis. Dia sujud menyembah Allah pencipta alam~ Syukur pada Tuhan yang telah menganugerahi dia dengan bermacam nikmat. Sujudnya lama~ ada titisan lembut yang membasahi relung hatinya. Titisan lembut yang mengalir membasahi setiap relung saraf yang melalui tubuhnya. Resahnya gembira. Resahnya bukan kerana duka~ dan didalam sujud dhuhanya, Akhi iman menangis. Menangis yang teramat.

Dibacanya doa Nabi Muhammad ketika dihalau penduduk Taif~
Dibacanya doa Nabi Musa ketika menghadap Firaun~
Dan dibacanya doa Nabi Musa ketika menolong anak Nabi Syuaib~

Hatinya tenang. Setenang air tanpa kocakan. Tenang sekali. Setelah dia meluahkan semuanya pada Tuhannya.

Dan disujud itu juga, berserta air mata, berteman esak tangis~ Akhi iman berdoa dengan sepenuh hati. Supaya dikurniakan hidup yang berkat, seorang isteri yang berkat, anak2 yang berkat dan keluarga yang berkat. Dan seluruh kehidupannya yang berkat.

Terasa Tuhan membelai halus jiwanya yang keresahan. Dikucup lembut dengan kasih sayang Allah kepada hambanya. Didengar dengan saksama keluhannya oleh Maha mendengar.

Selesai solat Dhuha, Akhi iman berjeda lama di sejadah. Dipandang kosong. Dalam-dalam dia menilai. Di renung-renung kembali tentang dirinya. Tentang hidupnya. Tentang visi nya. Tentang segala kisah suka duka yang pernah tersakiti oleh nya. Air matanya tumpah lagi~~

Ah.. air mata. Janganlah terlalu murah.

Tidak sangka, Lumpur yang sehina dia, Tuhan berikan nikmat yang melimpah ruah. Dikatakan Tuhan "kun", maka jadilah dia lumpur itu. Lumpur yang dikurniakan nikmat yang banyak. Sujud syukur diatas segala kurniaan Tuhan buatnya.

Seperti baru semalam lukanya berlalu. Segala kisah hitam yang pernah dia lalui. Seketika terasa benci dengan jahiliahnya dahulu.

Syukur, calon Naqibnya dari USIM. Hatinya penasaran. Penasaran yang amat. Berdebar. Tidak sabar rasanya memberitakan berita ini kepada ibu bapanya. Kepada Ikhwah Halaqahya~ kepada sahabat sahabatnya. Semoga majlis Taarufnya nanti berjalan lancar. Niatnya hanya ingin mengapai Redha Ilahi. Jika benar jalan ini yang diredhaiNya, Maka bismillah, Akhi iman mantap menerima dia sebagai mahar penyunting belahan jiwa. Sebagai calon zaujahnya nanti. Oh..Namanya? Akhi iman masih belum tahu. Terasa sesal tidak membuka emel biodata calon Naqibnya.

Seketika teringat~

Cis.. ada titisan lembut menitis di relung hatinya.
Lembut sekali~

Semoga ini yang terbaik. Doanya.

Semoga~

Dia bangkit. Mantap dengan jiwanya yang telah terisi. Terasa keresahan yang sebentar tadi menghurunginya, kian jernih. Kian hilang. Wajahnya mengukir senyuman.

Aisya Humaira?

Mungkinkah?

Ah.. tidak mungkin. Hingga kini, nama yang membuat jiwanya bergetar bila didengari, adalah Aisya Humaira. Apa mungkin dia?

Seketika dia penasaran. Hatinya dicucuk2 rasa ingin tahu. Biarlah. Ada seseuatu yang harus diselesaikan dulu. Malam nanti, setelah tahajudnya,Pasti dia akan membuka calon yang dicadangkan Naqibnya. Pasti!

.: Aisya Humaira~ :.

Wednesday, February 16, 2011

Wajah kak lin kelihatan muram~ada tanda kesedihan disebalik riak wajahnya. Entah apa yang bermain didalam kotak fikiran kak lin. Seakan ada sesuatu yang ingin disoalkan, tetapi niatnya itu dimatikan. Aku sekadar menduga~

“kak lin fikirkan masalah kak lin?”

Perlahan aku memulakan bicara~ memecah sunyi suasana yang kelihatan tegang sebentar tadi. Wajah aisya turut menandakan kerisauan terhadap kak lin. Kak lin mengangguk lemah~

“kak lin~~ sabar ye” aisya menenangkan kak lin.

Bahu kak lin di usap perlahan~ Aisya memandang aku. Mengharap sedikit penjelasan dari aku tentang soalan yang diajukan tadi~ sejujurnya aku juga bingung. Soalan itu terlalu berat untuk aku jawab~ aku bimbang, seandainya penjelasan aku nanti tersasar dari maksud yang ingin disampaikan~ Allah, beri aku kekuatan~

“iman~~~”

pinta aisya mengharap jawapan~ sayu barangkali. Aku tatap wajah kak lin~ ada kesan luka dihujung bibirnya. Aku menghela panjang~~ air teh dihadapan hanya dibiarkan~Hanya memandang kosong.

“kak lin~~~” aku memulakan bicara~

kak lin memandang. Begitu juga aisya. Tersentak barangkali. Aku mengumpul kekuatan. Perlahan aku menyambung~

“benar, tentang soalan yang kak lin ajukan tadi. Benarkah didalam Al-Quraan ada menyebutkan, bahawa seorang suami dibenarkan memukul isterinya. Ayat itu ada dalam surah An-Nisa’. Tepatnya pada ayat 34. Maaf, iman lupa ayatnya. Sebaiknya dirujuk kembali~ tapi iman pasti, tepatnya disitu~” tuturku perlahan.

Aisya mengangguk faham~tangannya dibahu kak lin dilepaskan. Lantas mencari sesuatu dalam beg tangannya. Mushaf kecil dikeluarkan~ ternyata aisya membawa terjemahan Al-Quraan bersama. Mushaf kecil itu dicium penuh cinta~ diam, aku mengagumi aisya humaira. Sangat mengangumi~ aisya membuka terjemahan Al-Quraan itu dan lantas mencari ayat yang aku nyatakan tadi~

“apa ye iman? Boleh ulang sekali lagi?”

“Surah An-Nisa ayat 34~ tolong bacakan terjemahannya ye aisya” pintaku~

Aisha mengangguk~

“..Sebab itu, Maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya , maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian, jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar~” 4:34

Selesai aisya membacanya, aku menyambung~

“kak lin~ benar apa yang suami kak lin kata. Dibenarkan seorang suami itu memukul isterinya. Tetapi untuk menyalahkan ajaran islam, itu tidak benar kak lin. Tidak benar sama sekali. Kerana ajaran islam tidak menyuruh melakukan tindakan yang tidak beradab itu. Untuk memahami makna disebalik ayat itu, kita harus selusuri asbab ayat. Diperhalusi dengan hadis Rasul. Sungguh, saya bukan ahllinya ilmu tersebut. Jauh sekali dari untuk mentafsir ayat yang diturunkan~ tetapi kita sama-sama taddabur. Mengambil sedikit pengajaran dari apa yang disampaikan. Kerana begitu Al-Quraan mengajar, begitu kita mencontohi~”

Aku terhenti seketika~ wajah kak lin dan aisya kini terpaku pada aku~ menanti bicaraku seterusnya.

“Rasullah Shallallahu ‘alaihi wassalam dalam sebuah hadisnya ada bersabda “La tadhribu imaallah~” yang memberi maksud, “jangan kalian pukul kaum perempuan~”. Dan didalam hadis yang lain pula, beliau menjelaskan, bahawa sebaik-baik lelaki atau suami, adalah mereka yang berbuat baik pada isterinya. Tetapi persoalannya disini. Harus kita perhatikan dengan baik~ untuk isteri yang bagaimana? Dan didalam situasi seperti apa? Tujuannya untuk apa? Dan bagaimana cara memukulnya? Nah.. itu yang dijelaskan dalam terjemahan ayat yang Aisya bacakan tadi~ “wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuz nya~”. Jadi dibolehkan seorang suami untuk memukul isterinya, adalah pada isteri yang telah kelihatan tanda-tanda nusyuz. Ya~ tanda-tanda isteri tidak lagi komited pada ikatan pernikahan” Terangku panjang lebar~

Aisya mengangguk mendengar penjelasan aku sebentar tadi. Tetapi kak lin~ ah.. seperti ada sesuatu yang bermain dimindanya~ aku jadi keliru. Apa penjelasan aku sebentar tadi tidak cukup jelas? Diam, aku muhasabah diri~

Kak lin tiba-tiba bersuara~

“Nusyuz~~ maksudnya derhaka kan iman?” wajah kak lin seakan keliru. Seakan mengharap penjelasan yang lebih panjang dari aku~ Aku memandang kak lin. Aisya juga. Perlahan aku membuka bicara~

“nusyuz kak lin~ apa yang ada dalam pengetahuan saya, adalah tindakan atau perilaku seorang isteri yang tidak menyenangi suaminya. Kak lin sendiri bahkan lebih faham~ Dalam rumah tangga, dalam islam, suami isteri ibarat dua roh dalam satu jasad. Dan jasad itu adalah rumah tangga~ iman yakin, kak lin lebih jelas tentang ni. Dalam rumah tangga, keduanya harus saling menghormati, saling mencintai, saling menyanyangi, saling mengisi, saling memuliakan dan saling menjaga. Dan isteri yang nusyuz adalah isteri yang tidak lagi menghormati, mencintai, menjaga dan memuliakan suaminya. Isteri yang tidak lagi memberi komitmen pada ikatan pernikahan~” tutur ku~

Kak lin mengangguk~berkira sendirian aku kira? Belum sempat kak lin bertanya~ aku menyambung.

“jika seorang suami melihat ada gejala isteri yang dia cintai hendak nusyuz, hendak menodai ikatan suci sebuah pernikahan, maka Al-Quraan memberi tuntutan bagaimana seorang suami harus bersikap untuk membawa kembali isterinya kembali ke jalan yang benar~ demi menyelamatkan keutuhan rumah tangga mereka. Dan tuntutan-tuntutan itu sudah pun dibaca oleh aisya sebentar tadi.pada ayat 34 surah An-Nisa. Dan disitu, seperti yang diperdengarkan, Al-quraan memberikan tuntutan melalui tiga tahap~”

“tiga tahap?” aisya mencelah. Aku tersenyum~ mengangguk.

“ya~ benar. Tiga tahap. Menasihati, memisakan tempat tidur, dan terakhir memukul. Suruhan Al-Quraan yang pertama ialah menasihati isteri dengan baik~ dengan kata yang bijaksana. Kata-kata yang menyentuh hatinya sehingga dia boleh kembali segera pada jalan yang lurus. Perlu difahami di sini, adalah teguran itu sama sekali tidak dibolehkan mencela isteri dengan kata-kata yang kasar. Baginda Rasullah melarang tegas hal itu. Kata-kata yang kasar lebih menyakitkan daripada tusukan pedang aisya”

Terhenti~

kak lin dan aisya menunggu~ lantas aku menyambung.

“dan sekiranya dengan menasihati tidak berhasil, barulah Al-Quraan menyarankan jalan kedua. Iaitu memisahkan tempat tidur dengan isteri. Dengan harapan, isteri yang mulai nusyuz, mula terasa hati dan memperbaiki diri. Seorang isteri yang benar-benar menyintai suaminya akan benar-benar terasa dengan teguran suami- Suami yang tidak mahu tidur dengannya. Dan dengan teguran ini, diharapkan isteri kembali solehah~dan rumah tangga tetap utuh dan harmoni. Kak lin seorang isteri, dan kak lin lebih jelas tentang perasaan itu~ benar terasa bukan? Nah.. itu cara kedua Al-quraan mengajarkan dalam menyikapi isteri yang mulai nusyuz.”

“tetapi jika ternyata isteri memang degil~ Nuraninya telah tertutup oleh hawa nafsunya~ tetap tidak mahu berubah setelah diingatkan dengan kedua cara tadi, maka barulah Al-Quraan menyarankan cara terakhir. Iatu dengan memukul~” terangku~

Wajah kak lin sedikit berubah~ sungguh, aku tidak tahu apa yang bermain dibenak fikirannya.

“jadi dibolehkan memukul?” tanya kak lin~

Aku mengangguk~

“ya~ tetapi setelah diingatkan dengan kedua cara sebelumnya. Yang sering menjadi kekeliruan, yang tidak difahami, dan yang sering disalah erti, adalah cara memukul yang dikehendaki Al-Quraan. Harus bagaimana dan macam mana. Suami dibenarkan memukul dengan syarat, iatu Pertama, telah di peringatkan dengan kedua cara tadi. Menasihati dan mengasingkan tempat tidur~ kedua, dilarang memukul muka. Kerana muka adalah segalanya bagi manusia. Rasullah melarang memukul muka~”

“ketiga, tidak boleh menyakitkan. Dalam sebuah hadis Rasullah Sallallahu ‘alaihi wassalam , ada menyebutkan, “..maka kalian boleh memukul mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Ghairu mubrah.” Para ulama ahli fiqh’ dan ulama tafsir menjelaskan “ghairu mubrah” atau “tidak menyakitkan” iatu ialah tidak sampai meninggalkan bekas, tidak sampai membuat tulang retak, dan tidak pada bahagian tubuh badan yang berbahaya jika terkena pukulan." jelasku panjang lebar.

aisya mengangguk~ mushaf kecil ditangannya masih dipegang. menanti bicara aku seterusnya.

"kak lin~~~ apa yang suami kak lin katakan itu ada benarnya. tetapi masih tidak sempurna. ajaran islam itu harus dihayati. bukan sekadar tahu agama~ tetapi mahu beragama dan mampu beragama. adakah sejauh mana pengeTAHUan agama islam itu hanya diukur dengan keputusan cemerlang pada SPM sahaja? tidak~~ perlu dihayati. kerana dengan menghayati benar-benar kandungan ayat suci Al-Quraan dan makna hadis Rasullah, akan jelas sekali apa sebenarnya yang islam ajarkan."

"bila seorang suami dibenarkan memukul? pada isteri macam mana? syarat memukulnya itu apa? tujuannya apa? semua itu harus dipertimbangkan. diperhalusi~ diperhatikan dengan saksama. bukanlah saya mengatakan ilmu saya lebih tinggi dari ilmu suami kak lin, atau kak lin~ tidak. maaf jika kedengarannya saya begitu. tetapi apa yang baik tu, ambilah~ yang kurang baik, sempadankan.ingat pesan Rasul, tegurlah dengan cara yang berhikmah. islam sangat memuliakan wanita. kerana ditelapak kaki ibulah syurga seorang anak lelaki. hanya seorang lelaki mulia yang akan memuliakan wanita~
Demikian islam mengajarkan." balasku panjang lebar~

kak lin mengangguk faham. mungkin keliru dengan tindakan suaminya yang memukulnya dengan berperisaikan agama? mungkin? sekilas aku lihat mata aisya berkaca. entah mengapa~ semoga bicaraku dengan kak lin bertemu penyelesaiannya~ semoga penjelasanku cukup menjelaskan semua. walaupun mungkin tidak mampu menghilangkan kesedihan kak lin~

seketika suasana sunyi~

“apa yang akak boleh buat lagi?” kak lin memulakan bicara~ perlahan. Tetapi jelas terasa kesedihannya~ aku diam seribu bahasa~ terkadang ingin menyambung. Tapi pantas niat dimatikan. Perbualan terasa asing.

“teruskan kehidupan~” pintas ku perlahan.

Kak lin tersentak~

“teruskan kehidupan. Dan untuk itu, teruskan belajar~~~” aku menyambung.

“belajar? Untuk apa? Daripada siapa?” kata kak lin kebingungan. Seakan meminta penjelasan~

Aku tersenyum~~ dan perlahan membalas~

“belajar dari siti hajar~~ isterinya nabi ibrahim~”

“siti hajar yang ditinggalkan nabi Ibrahim?”

Aku menganguk~

“akak, siti hajar wanita yang luar biasa~”

“wanita luar biasa? Maksud iman?”

Aku tersenyum. Kak lin sudah mula tunjukkan minat tentang kisah siti hajar~
sejujurnya aku kagum dengan siti hajar. Sejarah menceritakan bahawa siti hajar adalah wanita yang berkulit agak gelap. Wajahnya siti hajar tidak secantik madunya, siti sarah. Ditinggalkan dengan meletakkan kepercayaan bahawa Allah yang menjaga dia dan suami nya~

“luar biasa siti hajar, pada hatinya kak lin. Hatinya hati emas. Siti hajar diuji dengan pelbagai dimensi ujian~ emosinya diuji dengan hidup bermadu. Fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir. Akalnya diuji dengan ikhtiar hidup tanpa bekalan. Dan jiwanya diuji dengan tawakkal, sabar dan baik sangka kepada Allah dan suami~”