.: kisah~ :.

Wednesday, December 29, 2010

Suatu pagi~ si koridor Fakulti.

“kenapa susah sangat nak cari orang yang baik sekarang?” luah nazrin memecah suasana~

“kenapa?” balasku singkat~

“Entahlah. Penat dikecewakan.” Keluhnya kesal~

“itu soal takdir. Susah soalan kau tu. Ada kena mengena dengan rezeki~ itu kan ditangan Allah. Jangan dipersoalkan” ujarku.

“kenapa boleh tersalah pilih?” soal nazrin lagi~

“err.. sebab kita tak betul-betul baik”

“tak betul-betul baik? Maksud kau?”

“err.. orang yang baik, pasti dapat mengenal kebaikan pada orang yang baik lainnya. Seperti siti khadijah yang baik~ dapat mengenal kebaikan Nabi Muhammad yang baik~” jawabku pada soalan nazrin. Terasa kesal juga meluahkannya. Sebenarnya aku masih tak berpuas hati dengan jawapan itu. Masih mencari jawapan yang lebih tepat.

“habis tu, kau rasa aku tersalah pilih sebab aku tak cukup baik? Begitu?” bentak nazrin. Wah.. sudah makin emosi nampaknya~

“Err.. tak la. Maksud aku, Orang yang benar-benar baik~ pasti mampu melihat kebaikan pada orang baik yang lain. Tetapi aku tak nafikan, terkadang orang baik juga boleh tersilap. Mereka juga manusia~ mungkin itu adalah ujian Allah untuk mereka. Ya.. untuk menaikkan taraf kebaikan mereka. Ada nabi-nabi yang diuji dengan kejahatan isteri masing-masing. Seperti Nabi Luth misalnya. Baginda diuji dengan isteri yang mengkhianati. Begitu juga Nabi ayub dan Nabi Nuh. Dan ada juga wanita-wanita solehah yang diuji dengan pasangan yang jahat. Seperti kisah Asiah yang bersuami kan firaun. Tahu kisahnya kan? Lalu siapa yang dapat menafikan kebaikan dan keindahan peribadi para nabi tersebut dan siti asiah? Mereka insan yang baik~ tetapi diuji dengan pasangan yang jahat” balasku panjang lebar~

Tergambar senyuman diwajah Nazrin~

Aku?

Turut tersenyum~

Hu^^

.: Syahadah~ :.

Tuesday, December 28, 2010

“kau prejudis~” kataku perlahan~ kecewa dengan penilaiannya sebentar tadi~

“mengapa?” balas edi kehairanan~

“kau prejudis. Tentang katamu tadi~ iman itu boleh diwarisi~” balasku. Sejujurnya aku tidak berapa setuju dengan penyataan itu. Mungkin pada pandangannya edi, ianya benar. Tapi pada kaca mata aku~ maaf. Aku tidak seberapa setuju.

“la.. betul la apa aku cakap. Bapa yang jahat akan melahirkan anak yang jahat. Seperti mana bapa yang tidak bersolat, pasti akan melahirkan zuriat yang tidak
bersolat” hujah edi. Aku mengeleng~

“jadi~ kau percaya, keturunan yang jahat melahirkan anak yang jahat?” tukas ku~ perlahan. Hampir berbisik.

“ya~” balas edi mantap. Aku tersenyum pahit~ jujur, aku tidak setuju dengan pernyataan edi. Kerusi aku tarik rapat. Bersebelahan edi~ dan perlahan, bahu edi aku usap.

“Edi~ maaaf kata-kata aku nanti. Aku tak berapa setuju dengan pernyataan tu. Bagi aku, aku lebih cenderung untuk mengatakan tauladan ibu bapa yang kurang baik, akan diteladani oleh anak-anak. Aku lebih percaya itu. Ingat edi, anak-anak mungkin gagal mendengar kata ibu bapa~ tetapi mereka tidak pernah gagal mencontohi mereka~” balas ku panjang lebar. Edi mengangguk~

Syukurlah~ wajah yang sebentar tadi seakan tegang kini kembali mereda. Wajah edi terukir senyuman. Entah senyuman pahit atau pun senyuman senang~ yang pasti aku senang melihat edi begitu. Diam, aku mengagumi edi~

“entahlah~ keturunan kami tidak ada yang mencuri. Alih-alih abang aku jadi begitu~ entah dari siapa rasanya dia mewarisi perbuatan tu~” keluh edi sedikit kesal~ membuka bicara yang seketika tadi sunyi.

Aku hanya berdiam diri~ dan lantas mengambil posisi sebagai pendengar.

“kami keturunan baik-baik. Datuk aku seorang ulama~” sambung edi.

“tapi abang aku.. ah.. entahlah~” luah edi kerisauan~

“jadi~ sekali lagi. Kau prejudis terhadap iman? Sejak bila iman dan takwa itu boleh diwariskan?” aku membuka kata~ sinis. Sejujurnya, aku tidak berapa senang dengan pernyataan itu.

“maksud kau iman? Anak dan cucu ulama tak boleh jadi baik? Begitu?” edi kembali membentak~

Aku tersenyum~ bahu edi aku lepaskan.

“edi2~” balasku singkat. Air teh dihadapan aku kacau perlahan. Sekadar mengambil masa memikirkan sesuatu untuk diterangkan pada edi.

“Edi~~” aku menyambung~

“aku bukan bermaksud begitu. Maaf kata-kataku sebentar tadi. Aku lebih cenderung mengatakan faktor didikan lebih utama. Faktor keturunan memang berpengaruh~ tetapi yang lebih dominan adalah faktor didikan. Itu maksudku”

Edi hanya berdiam diri~

“Tapi~ kami sentiasa menjaga keturunan kami” balas edi. Jelas masih tidak berpuas hati dengan penjelasan aku sebentar tadi.

“tetapi menjaga kelakuan itu lebih utama!” tegasku~ memotong kata edi.

Edi berkira sendirian~ diamnya agak panjang kali ini. Entah apa yang bermian dibenak fikirannya.

“Entahlah. Kau masih tak percaya keturunan ulama akan melahirkan anak-anak dan cucu ulama juga? Sejarah juga membuktikan begitu~” tukas edi~

Aku mengeleng~ tersenyum pahit. Bukan senyum kerana hairan, tetapi Senyum melihat kedegilan edi~

“Benar. Tiada salah dalam perkataan mu sahabat. Sejarah juga menunjukkan ramai ulama melahirkan anak cucu yang juga ulama. Tetapi bukan kerana faktor darah keturunan yang menjadi penentunya~” balasku.

“habis tu? Faktor apa?”

“kerana ulama mendidik anak-anak dan cucu mereka dengan ilmu dan sikapnya~” jawabku.

“jadi, maksud kau, ayah aku tidak mendidik kami dengan betul? Dan datuk aku tidak mendidik aku dengan betul? begitu?” bentak edi kemarahan.

Suasana tegang seketika~

“jawapan tu ada pada kau edi~ sebab hanya kau lebih tahu tentang datuk, ayah dan diri kau sendiri~” balasku. Air teh di hadapan aku hirup perlahan~ cuba meredakan sedikit ketegangan yang terasa.

“kalau kau seorang ustaz, ayah kau seorang ustaz?” bentak edi kemarahan.

Aku mengeleng~

“Datuk kau seorang ulama~ jadi kau seorang ulama?” tukasku~

Edi terdiam. tersedar dengan soalan yang merupakan jawapan.

“ayah aku seorang jurutera~” kata edi~

“dan ayah aku pula seorang pemotong rumput.” balasku terus terang terang~

“pelik~ sepatutnya ayah aku menjadi ustaz. kami keturunan ulama~” balas edi.

“jadi aku pula terpaksa jadi pemotong rumput?” tukas ku.

Edi terdiam~ Alhamdullilah. Ketegangan yang sebentar tadi tergambar kian mereda. wajah edi kembali jernih. Edi mula mengunyah maksud kiasanku sebentar tadi. syukurlah~ aku bukan seorang yang berkeras dalam kata. Tuturku lebih kiasan untuk difahami~ tetapi dengan sahabat yang seorang ini, dia lebih memahami.

Kami diam~ diam yang sangat panjang. Sekali sekala aku melihat edi meneguk air teh dihadapan. Sengaja aku biarkan dia begitu. Memberi ruang untuk sahabat yang aku sayangi itu berfikir~

“tak mustahil~” kata edi tiba-tiba. katanya terhenti~

Aku menunggu~

“Tak mustahil cucu seorang ulama boleh menjadi pencuri.” balas edi menyambung~

aku tersenyum~~~

“Dan tak mustahil juga cucu seorang pencuri boleh menjadi imam.” balasku~ kami tersenyum.

Perlahan, bahu edi kembali aku usap. seketika aku menyambung~

“Bergantung kepada didikan. Kerana disitu letaknya keadilan Allah~” tambahku~

“Bukti keadilan?” balas edi kebingungan~ aku sekadar mengangguk~

“Ya benar~ Setiap manusia berhak menjadi baik atau sebaliknya tanpa mengira darah keturunan yang mengalir dalam diri mereka. Setiap orang berhak menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Ingat pesan ilahi dalam kitabnya, telah Kami ilhamkan jiwa-jiwa itu jalan kearah kefasikan dan ketakwaan.” Balasku~

Akhirnya kami berdiam~ syukurlah, petang itu terisi. Sejujurnya aku kembali kagum dengan saidina Umar Al-Khattab ketika merotan anaknya. Siapa yang tidak kenal dengan kesolehan Umar? Pembela Agama Allah itu~ tetapi kerana beliau berpegang kepada faktor didikan bukannya keturunan, makanya beliau merotan untuk memperbaiki kembali akhlak anaknya.

"Jangan~ Semoga tidak menjadi tuntutan ku diakhirat nanti~"

.: Kisah Sekumpulan Semut~ :.

Monday, December 27, 2010

Suatu pagi yang tenang~ sekumpulan semut berjalan keluar bagi mencari rezeki. Mereka keluar dari sarang mereka dan akhirnya bertemu dengan sebotol balang gula-gula yang beracun~ mereka kegirangan. Lantas, mereka berjalan masuk dalam balang gula-gula itu bagi mencari secubit rezeki.

Mereka berjalan~
Jalan lagi~
Dan lagi~~

Dan akhirnya tanpa mereka sedari~ mereka telah sesat dalam balang gula-gula yang besar itu. Mereka panik~ tidak bertemu jalan keluar, tiba-tiba~ semut A berkata:

“kawan-kawan. Kita dah sesat ni~ kita dah tak jumpa jalan keluar. Kita perlu cepat keluar dari balang ni” kata semut A kerisauan.

Semut B dan semut C mengangguk~ mereka bersetuju.

“Tapi kita kena kawal diri kita supaya jangan makan gula-gula yang beracun ni. Sampai kita jumpa jalan keluar dari balang ni taw kawan kawan~ Walaupun gula-gula ni nampak sedap, tapi gula-gula ni bahaya~” kata semut B menyambung~

“Baiklah~ tapi awak semua kena ingatkan kita taw. Sebab kita selalu lupa~ sebab bila tengok gula-gula yang lazat berkrim macam ni~ eii.. tak dapat tahan la. Rasa nak gigit-gigit je~~” balas semut C.

“a’ah la. Kita pun sama. Awak pun kena ingatkan kita jugak taw. kita takut sangat kalau kita lupa.” Kata semut B. mengulangi permintaan yang sama dengan semut C. semut A mengangguk~

“baiklah. Kita akan selalu ingatkan awak. Kita nak, kita sama-sama keluar dari balang ni dalam keadaan sihat dan cergas. Tak nak sakit-sakit. Kita sayang awak semua macam adik beradik kita yang lain yang dekat sarang semut tu” balas semut A~

Mereka berpelukan~

“terima kasih A. okeh! Jom kita berpecah~ cari jalan keluar dari balang ni. A, awak ikut timur. B awak ikut barat. Dan saya ikut selatan. Ingat tau kawan-kawan, bila dah jumpa jalan keluar, kita jumpa kat sini balik ok~”

“baiklah. Awak semua, jangan lupa taw! Jangan gigit gula gula tu ye~ janji!” kata semut A mengingatkan buat kali terakhirnya~

Dan mereka pun berpisah~ menjalankan tugas masing masing.

Mereka pun berpecah mencari jalan keluar~

Jalan lagi~
Dan lagi~
Dan lagi~~~

Sehari~
Dua hari~~

Akhirnya semut A kembali pada tempat yang dijanjikan sebelum ini.
Tapi disitu tiada langsung kelibat semut B dan semut C kelihatan. Semut A risau~ tentang keadaan kawan-kawannya yang berdua itu. akhirnya semut A membuat keputusan untuk menunggu mereka~

Sehari~
Dua hari~~~

Semut A Tunggu dengan sabar~
tunggu lagi~
Dan lagi~

Kerana semut A telah pun bertemu jalan keluar dari balang gula-gula yang beracun itu~

Hati kecil semut A berbisik~
“mungkin sesat agaknya?”~

Tetapi tetap, kelibat semut B dan semut C tidak kelihatan~

Akhirnya barulah Semut A tahu~ Bahawa semut B dan semut C dah separuh mabuk. Diorang dah gigit gula-gula tu.

Gula-gula tu gula-gula racun~
Manis jika sedikit~
Tapi mabuk jika banyak~
Semut B dan semut C tahu yang gula-gula tu gula-gula racun~
Tapi mereka terlupa~
Mereka gigit jugak~
Gigit~
Dan gigit lagi~~

Tanpa mereka sedari, mereka telah pun mabuk~

Semut A hanya boleh menangis seorang diri. Menangis mengenangkan nasib kawan-kawan dia yang telah mabuk~ bukan sekali nasihat dia pada kawan-kawan yang disayanginya itu. Tetapi mabuk, menghijabkan mereka dari mendengar kata-kata semut A.

Akhirnya semut A melukis peta jalan keluar~

Setelah selesai melukis peta, semut A menyusup keluar dari balang gula-gula beracun itu~ Melalui jalan yang ditunjukkan oleh pakcik kerengga~

“nanti, kalau korang dah sedar dari mabuk tu~ korang gunakanlah peta ni ea. kita dah lukiskan jalan keluar. Kita pergi dulu ye kawan-kawan~ tata”

Kata semut A dalam bait tulisannya yang terakhir~~

hu^^

------------------------------------------

aku tak ingat kisah ni aku dengar dari mana~ tapi interesting kan?
err.. pengajaran? Kalian rasa?
hu^^

.: Miracle of Qur'an~ :.

Saturday, December 25, 2010

Salam, Alhamdulllilah, syukur kepada Allah kerana memberikan aku waktu untuk berkongsi sesuatu untuk dikongsikan. Sekadar tazkirah ringkas~ Tentang ayat 11 surah Al-Kahfi. Ayat yang turun pada 1400 tahun yang lalu, dan disampaikan melalui lidah insan mulia itu, nabi Muhammad S.A.W.

"Maka Kami tutup telinga mereka di dalam gua itu selama beberapa tahun (bertahun-tahun yang banyak bilangannya.)" Surah al-Kahf, 18: 11

Ayat ini merujuk kepada pemuda-pemuda yang tidur di dalam gua selama lebih dari 300 tahun. Dan cukup mengejutkan bahawa didalam ayat ini tidak merujuk kepada keupayaan fizikal yang lain melainkan pendengaran. Sekarang para saintis telah mendapati bahawa tidak seperti organ deria lain, hanya telinga organ yang aktif semasa tidur. Atas alasan inilah orang boleh terbangun dari tidur oleh jam loceng. Oleh kerana Allah ingin pemuda-pemuda ini tidur untuk waktu yang lama, kerana itu Dia "menutup" deria pendengaran pemuda-pemuda ini.

hu^^

Bukankah kita mengetahui baginda Nabi muhammad Salallahu 'alahi wassalam itu seorang yang buta huruf.Dan kita sedia maklum bahawa baginda tidak pandai membaca, dan baginda tidak pandai menulis. Dan yang lebih penting~ Baginda Rasullah Sallahu 'alaihi wassalam bukanlah seorang saintis. Dan sekarang cuba nilaikan, apakah Nabi Muhammad itu seorang pendusta? Dan bagaimana mungkin penemuan abad ini sudah diselongkar 1400 tahun yang lalu oleh seorang yang diketahui buta huruf?

insya Allah, jawapan itu mampu kita cari jika kita ikhlaskan hati mencarinya..

Nabi Muhammad S.A.W insan yang benar.. Tidak ada kata dusta lahir dari lidah beliau. yang bersifat benar itu tidak menipu.. dan tidak akan berdusta. jika dikatakan bahawa nantinya ada azab kubur dan akhirat, maka aku percaya. Hanya dia insan yang tidak berdusta.

Jadi insya Allah, sama2 baiki diri.. Lihat, sejauh mana kita telah melangkah..sejauh mana kita berlari.. mari duduk bersama, kembali mempertajamkan rasa.. mengerakkan minda. insya Allah, kebaikannya bersama. sekian. salam~




-petikan dari buku karangan M. U. KAZI yang bertajuk SELF-EVIDENT MIRACLES OF THE HOLY QUR'AN-

.: Mahu~ :.

Urm.. Terkadang ada sesuatu perkara yang kita benar mahu~ mahu yang teramat sangat. Dan kita pun meminta pada Tuhan~ berdoa agar diberikan apa yang kita hajati. Kita tunggu dan tunggu~ dalam keadaan kita sudah pun berbuat sesuatu yang dirasakan terbaik untuk mendapatkannya. Ya, mendapat apa yang kita hajati. Pengharapan di pengakhiran tawakal.

Kemudian kita minta lagi dan lagi~
Sambil kita menunggu apa yang kita minta.

Tunggu~
Tunggu lagi~
Dan lagi~
Dan lagi….

Tetapi akhirnya kita tak dapat apa-apa pun~

Ah.. kosong.

Lantas kita menangis~

Semahunya~~~

Kita rasa sedih sangat~ sedih yang teramat. Terutama apabila kita melihat orang lain mendapatkan apa yang mereka hajati. Sedangkan kita?

“kenapa apa yang aku tak dapat apa yang aku nak?”

Benar?

Lantas, kita mula menyalahkan diri sendiri~ bersedih-sedih kerana memikirkan apa yang kita hajati tidak kesampaian. Dan bahkan, hampir saja menyalahkan Tuhan~ ah.. sungguh. Terlalu jahil kita ketika itu~

Kita sangka kan, mungkin itulah dinamakan takdir. Bukan rezeki~ kerana sememangnya apa yang kita hajati itu bukan tercipta untuk kita~

Dan lepas seberapa ketika, kita mula lupa apa yang pernah kita minta dulu. Kita teruskan hidup kita seperti biasa. Menjalani kehidupan seharian yang semakin mematangkan. Cuma bezanya, kita dah tak ingat lagi permintaan kita suatu ketika dulu. Kita bahagia dan terus terlupa tentangnya~

Tiba-tiba~

Tanpa kita sangka~
Kita rasa nak perkara lain pula~
dan kemudian kembali meminta~

"ya Allah~ jika benar itu untukku, maka permudahkanlah urusanku"

Err...
Dunia~
Takkan pernah mampu menghilangkan dahaganya nafsu~
Tidak pernah cukup dengan apa yang ada~
Dan tidak akan puas pastinya~

Sebenarnya,
Yang kita mahukan sebenarnya itu apa?
yang kita cari?

Teman?
Pasangan?
err.. cinta?

atau~~

Cemerlang dalam pelajaran?

Ah.. semua~

Benar?

Dan terkadang pula, apa kita minta. apa yang kita mahu. kita dapat~ kita rasa kita dah berusaha. Dan kita layak atas usaha kita. Dan kerana itu Tuhan menghadiahkan kita dengan apa yang kita mahukan.

Wah.. gembiranya~ Tersangat gembira. Hingga kita merasakan kitalah orang yang paling bertuah. Paling bertuah jika dibandingkan dengan orang lain. Kita bertuah kerana Allah mengurniakan limpahan rahmah nikmatNya kepada kita.

Tapi...

sebenarnya kita lupa~

Kadang-kadang apa yang kita tak dapat~
Itulah sebenarnya nikmat.

Dan apa yang kita dapat~
Itulah sebenarnya ujian.

Dunia ini yang kita cari~
Yang kita mahukan semahunya~
Sebenarnya tiada apa pada pandangan Tuhan.
Melainkan hanya sampah~

Kita gembira kerana sampah. Kita bersedih kerana sampah. Kita rasa bertuah kerana memperoleh sampah. Kita meratap hiba kerana gagal memiliki sampah. Mungkinkah kita ini sampah?

Opss.. maaf~

Kata Nabi,

kita Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah.
Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah kita dicintai orang.

Haa.. Ingat tu kawan-kawan. Dunia itu perlu. Perlu diambil juga. Kita ambil dan diletakkan disini~ di dalam poket kita. Bukan dalam hati.

Zuhud terhadap dunia, dan zuhud apa yang dimiliki orang~

ingat pesan Nabi~

Jom tangkap dunia, letak dalam poket.
Tapi Allah bagitau kita kena kejar akhirat, barulah dunia akan duduk dalam poket...
hu^^

"ya Allah, Letakkan dunia itu ditanganku, bukan dihatiku"



.: Cinta Matrikulasi : Disini Bermulanya sebuah tarbiyah~ :.

Tuesday, December 21, 2010

sebenarnya aku tiada suatu yang menarik apatah lagi berharga untuk dikongsikan bersama. Namun, kerana risaunya kisah ini dibiarkan berakhir tanpa diambil pengajaran darinya, maka bismillah. Aku mulakan catatan peribadi ini. Semoga menjadi ibrah buatku, dan menjadi ingat-ingatan di masa depan. Semoga nantinya menjadi semangat diri~ seandainya Allah mentakdirkan aku untuk diuji dengan selemah-lemah iman dan kekufuran –nauzubillah.

Lembaran diari 2 tahun lepas aku kuak. Jelas berterbangan debu yang bergentayangan. Tulisan kecil itu amat aku rindui~ seketika mengamit rasa ketika aku dialam matrikulasi. Dan dengan cermat, diari itu aku bersihkan. Helaian demi helaian aku menyelak~ membaca tulisan yang pernah aku nukilkan. Diari itu tempat luah rasaku. Diari itu tempat tumpah jiwaku~ teman ketika kesedihan dan rakan ketika kegembiraan. Sungguh, terlalu rindu dengan sebuah kenangan yang pernah tercatat dalam kisah hidupku~ dan tanpa aku sedari, air mata ku mengalir. Menatap kembali gambar kenangan didalam sebuah diari~

Cinta seorang ikhwah~ disini bermulanya tarbiyah.


Suasana di disekitar surau Al-Muttaqin kelihatan lengang di pagi hari~ dan dari kejauhan, aku lihat dia keluar dari bait pintu-pintu surau yang terbuka luas. Wajahnya jernih~ sejernih hatinya yang ketenangan. Aku kira dia baru selesai menghadap tuhan di waktu dhuhanya. Tingkahnya lembut~ selembut tutur katanya. Tanpa berkata, dia sudah pun mampu menasihati insan lain melalui peribadinya yang indah~ sungguh, itu yang mengundang kekagumanku pada dia.

Di meja itu, aku jadi tersenyum sendirian~

Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku~ aku mempunyai idola dalam senyap. Tanpa aku sedari, aku mengagumi seorang insan. Dan perlahan,terdengar bisikan hati, “aku ingin mencontohi dia”~ mempunyai peribadi yang indah serta tutur yang sopan. Rupanya biasa~ tetapi kerana keanggunan peribadi menyerlahkan lagi penarik diri.

Dan yang paling mengundang kekaguman aku pada dia adalah keterbatasannya menjaga pergaulan. Tingkahnya bersahaja ketika bertutur, tidak senyum dan tidak juga marah. Hanya biasa. Tutur katanya juga biasa. Wajahnya jernih dengan senyuman. Senang sekali melihatnya tersenyum. Dan tanpa aku sedari~ aku berkira sendirian.

Sementara aku?

Ah.. yang dahulunya Masha Allah, cukup bergelumang dengan jahiliah. Diantara barisan-barisan pelajar nakal dahulunya, aku adalah diantara pelajar nakal yang cukup dikenali. Beza aku dengannya itu jauh. Pernah satu ketika aku meluahkan ketidak puashatian aku pada seorang abang yang seperti malaikat. Rimas kataku. Abang yang sering memberikan kitab-kitab karangan iman Al-Ghazali~ dan tafsir serta terjemahan Al - quraan untuk dibaca. Pernah sekali aku bertandang kerumah abang itu dan bermalam disana. Ketika aku tidur~ dia bahkan mengaji. Menangis yang amat perlahan. Tidur ku jadi tidak lena. Dan ketika aku bangun dari pembaringan saatnya solat subuh, abang itu sudah pun di sejadah.

ah.. Malaikat apakah ini?


Tapi syukurlah~

Kerana hampir dua tahun abang itu merimaskan aku dengan perangai malaikatnya, hati aku runtun. Ditarik-tarik dan di asak-asak ke arah kebaikan. Aku jadi rindu akan esak tangis abang itu ketika malam~ rindu pada nasihat yang sering diberi. Dan tanpa aku sedari, hati aku yang dahulunya cukup keras~ kian mudah terusik.

Dan kini~

Aku merasakan dia adalah bayangan abang malaikat itu~

Ah.. apa orang yang baik, peribadinya semua indah?

Aku jadi berteka teki.

Kedengaran suara seseorang memanggil~ lantas aku menoleh.

“iman! Hang buat apa tu?! Cepat masuk kelas. Cik Habibah dah masuk!” suara Ehsan memecah sunyi~ menyedarkan aku dari lamunan tentang dia.

Aku lihat jam tangan~ Ya Allah, aku sudah terlambat~ dan lantas aku bangun meninggalkan dia yang seketika tadi menjadi perhatianku~

-----------------------------------------------------------------------------

Hati aku penasaran~ maghrib tadi aku lihat dia ke menuju ke surau. Cukup tertambat hatinya dengan rumah Allah itu. Aku ingin mengikuti~ tapi apabila fikiran diterjah, apa layak insan seperti aku ke surau~ niat itu termati. Hanya didalam hati aku kagumi~ selepas solat, fikiran aku melayang terhadap abang malaikat yang aku kenali itu. Ah.. bagaimana dia sekarang? Sejujurnya aku tidak pernah melihat peribadi seindah dia~ dan sekali lagi lamunan ku terhenti~

“eh amin~ cepat la. Kata nak makan~ dah lapar dah ni” terjah fadli rakan sebilik~

“ok2~ sabar la..” balasku. Sejadah dihadapan aku lipat~ kemas. Dan dihujung katil, aku letakkannya disitu.

“Eh, Palie~ Isyak ni kita ke surau nak?” soalku~ Fadli kebingungan~

“kau ok tak ni min? ko ada terhantuk apa ke masa mandi tadi? Ke kau ada terjatuh masa balik kelas tadi ke?” Fadli membalas~ sahabat aku yang seorang ini begini. Penuh dengan jenaka~ yang terkadang mengusik juga dihati. Aku selesa di panggil amin oleh sahabat-sahabat yang rapat. Terkadang dipanggil iman oleh mereka yang mengenali~ tetapi hakikatnya, amin atau iman, tetap itu namaku.

“Nak tak? Ala.. sekali sekala je Palie. Bukan selalu aku ajak”

“err.. tak pela. Kau pergi la dulu ye. Nanti aku follow belakang~ okeh?” balas Fadli~ aku sekadar senyum.

“ok la kalau macam tu~ kau bungkus kan aku makanan boleh? Nasi lauk ayam~ dengan sayur sikit. Boleh? Nah.. ni duitnya~” balasku sambil menghulurkan sekeping not lima ringgit. Fadli mengangguk~

“okeh! Nanti doakan aku sekali tau min~” gurau Fadli~

Aku tersenyum. Tak perlu rasanya membalas gurauan Fadli.

Langkah aku tuntun perlahan~ menuju surau Al-Mutaqqin yang berada tidak jauh dari kolej kediaman kami. Sepanjang perjalanan aku lihat pelbagai ragam orang yang sesetengahnya aku kenali. Terdapat yang berdua-duaan di bilik-bilik tutor~ dan tidak kurang juga mereka yang mengadakan perbincangan berkumpulan. Lorong-lorong ke dewan kuliah sunyi. Ditemani lampu-lampu neon yang menyala~ hanya kawasan sekitar bilik tutor yang keadaannya seakan terisi.

Pelajar-pelajar yang lain sibuk dengan urusan mereka sendiri. Ada yang mengulangkaji pelajaran~ ada yang makan di café~ dan tak kurang ada juga yang sedang tidur. Ternyata benar, kami cukup berbeza walaupun hakikatnya kami hidup pada dunia yang sama.

Seketika tiba di surau Al- Muttaqin~ aku menuju ke tempat mengambil wudhuk. Terasa hati terlalu sayu saat mengangkat air di muka. Sudah berapa lama aku tidak kesini? Tak pernah rasanya~ entah kenapa malam ini aku terdetik berkunjung di rumah Allah ini. Ah.. hati aku bedesir sayu~~~

Perlahan, aku menutur langkah ke surau~ aku tak tahu apa yang aku lakukan disini. Aku hanya datang. Dan di suatu sudut~ aku duduk disitu. Sendirian~ Melihat pada wajah-wajah jernih di dalam surau. Entah kan kenapa aku seakan mahu menangis~ hati aku berat. Ah.. betapa selama ini aku bergelumang dengan jahiliahku. Hingga ke surau terasa cukup asing~

Dan tiba2~ bahu aku diusap perlahan~

Aku menoleh kebelakang~

Dia?!!

Aku jadi terkekejut sebentar~ bejeda yang amat lama.

Wajah itu tersenyum~ senyuman yang sangat menyenangkan. Hati aku tenang melihatnya~ seketika, dia memulakan bicara~

“Assalamualaikum akhi~ mari.. tadabur bersama ana. Ana perlukan teman untuk bertadabur bersama~” katanya sambil tersenyum.

Aku membalas senyuman yang dilemparkan. Relung hatiku basah. Tuturnya indah~ melambangkan peribadi yang indah. Tanpa aku sedari aku mengangguk lemah~ Al-Quraan di rak di ambil dan diserah padaku. Aku tersenyum~ dan buat pertama kalinya aku membaca Al-Quraan bersama orang yang aku kagumi~

Indah. Alunan suaranya cukup indah~ fasih bahkan. Aku menjadi kagum~ kagum ya amat. Tutur kata yang melambangkan ilmu yang penuh didada~ dan seketika sampai di ayat taddabur kami.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Al-hujurat, ayat 13

Dia menyudahkan bacaan~ tersenyum memandang aku yang sedang sedang kegelisahan. Dan seketika, dia memulakan bicara~

“Akhi~ Ayat yang kita baca tadi menerangkan tentang kebesaran Allah dalam mencipta kita yang berbagai bangsa. Supaya kita saling kenal mengenali~ kerana disitu akan terlihatlah kebesaran Allah. Hakikatnya kita tetap sama~ seorang manusia. Hanya orang bertakwa yang paling tinggi darjatnya disisi tuhan akhi~”

Kata-katanya menyentuh hati~ aku jadi berkira sendirian. Betapa selama ini aku menyesali diri. Menyesali diciptakan bergelumang dengan jahiliah. Betapa selama ini aku memandang tinggi insan yang berharta dan berpangkat. Dan seringkali meremehkan kelebihan dan kekurangan orang lain. Hakikatnya disisi tuhan itu hanya satu~ Takwa.

Ah.. air mata ini ingin jatuh. Tetapi aku tahan~ malu mungkin? Entah~ melihat aku diam, dia bertanya~

“akhi.. nama antum siapa?” dia bertanya~ lembut. Jelas terasa~

Tersenyum~

“amin..” balasku terhenti.

“panggil saya amin~”

Kulihat dia tersenyum~

“ana shah rizal. Panggil ana rizal~” balasnya perlahan. Seketika terasa jalinan ukhwah kami tersimpul. Jalinan mahabbah yang tidak akan terputus~

Shah rizal~ itu namanya.

Aku tersenyum~ selesai taarufan kami, azan isyak berkumandang~ lantas, isyak itu menjadi saksi pemulaan ukhwah kami~ suka duka di matrikulasi ini nantinya~

.: kisah pohon kurma dan tembikai~:.

Monday, December 13, 2010

Teringat kisah buah kurma dan buah tembikai yang sering aku ceritakan pada adik-adik satu ketika dulu~ kisah yang bermula pada suatu ketika di sebuah perkampungan yang terpencil. Di hujung kampung tersebut tinggalnya sebuah keluarga, si ayah dan si anak. Mereka bekerja sebagai nelayan~ dan saban hari, mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh bagi mencari rezeki. Si ayah seorang yang sabar~ gigih mencari rezeki bagi keluarganya. Tidak pernah sekali si ayah mengeluh tentang nasibnya sebagai seorang nelayan. Tapi anak lelakinya~~ ah.. sebaliknya.

Si anak sering mengeluh tentang hidupnya~ tentang kehidupan yang dirasakan tidak adil. Kenapa yang kaya itu harus wujud? Dan kenapa harus dia dilahirkan miskin? Persoalan-persoalan ini sering dilontarkan kepada ayahnyq~ dan seringkali itu juga, ayahnya berdiam diri~

“ayah~~ kenapa harus dunia ini bersifat tidak adil. Kenapa harus ada yang kaya dan miskin? Kenapa harus kita bersusah payah mencari rezeki sedangkan raja hanya duduk di atas takhta? Kenapa ayah?” tanya si anak ketika pulang dari mencari rezeki.

Si ayah hanya berdiam~ membiarkan saja anak yang masih mentah itu berkata semahunya~ seketika tersenyum pahit~ pahit mengenangkan anaknya yang pesimis tentang hidup~

“lihat saja ikan yang kita dapat hari ni ayah~ hanya sedikit. Sedangkan kita berusaha seperti layaknya keringat ini ditumpahkan~ sungguh!! Tuhan amat tidak adil pada kita~” bentak si anak~

Ayahnya hanya berdiam~

Seketika tiba di pohon kurma, si anak menyambung~

“lihat saja pohon kurma ini~ cukup membuktikan ketidak adilan tuhan dalam didunia ini. Buahnya bahkan kecil. Tetapi pokoknya besar. Dan cuba lihat tembikai itu~ buahnya cukup besar, tetapi pokoknya.. ah.. hanya lilitan yang menjalar~ tuhan tidak adil ayah!”

Si ayah yang seketika tadi berdiam diri, hanya membalas~

“seeloknya kita berehatlah disini dulu. Sudah cukup tenaga kita hari ini~” balas si ayah sambil menyandarkan badannya pada pohon kurma tersebut. Melihat ayah yang keletihan, si anak luluh~ dan lantas mereka terlena seketika~ tiba-tiba~

“aduh!! Sakitnya~~~”

“kenapa? apa yang berlaku anakku?” balas si ayah terkejut. Lantas terbangun dari lenanya~

“pohon kurma ini! Buah kurma ini jatuh di atas kepala saya.” Balas si anak sambil mengusap kepalanya~

si ayah tersenyum lebar~~~~ dan jelas terzahir ketawa kecil. Tadi di hati, kini di wajah jelas mempamerkan riak terhibur.

“kenapa ayah malah ketawa. Tidak ada yang lucu ayah!” balas si anak~

Ayah tersenyum~ bahu anaknya diusap perlahan.

“ayah ketawa kerana katamu tadi. jika buah kurma yang menghempap kepalamu sebesar buah tembikai. Makanya ayah telah hilang salah seorang anak yang ayah sayangi ini. Syukur~ buah kurma ini tak seperti katamu – sebesar buah tembikai” balas ayah tersenyum~

Jelas anaknya mengangguk perlahan~ dan lantas memahami apa yang cuba disampaikan~~~

--------------------------------------------------------------------

Sekadar sedikit ulasan dari cerita tersebut. Masa mula2 aku dengar cerita ni, dari seorang fasi yang ketika itu mengadakan program di sekolah aku dahulu. Aku tertarik~ sangat tertarik. Kita sering mengeluh, tentang ketidak adilan hidup pada kita~ jika berbicara dengan orang yang tinggi “aku”nya~ tentang harta, pelajaran, anak~ maka jika tanpa disedari hati kecil kita akan berbicara, “ah.. sungguh bertuah dia. sudahlah melanjutkan pelajaran ke luar negara~ mempunyai pangkat Dato yang disegani~ mempunyai anak yang hebat dalam pelajaran~” dan tanpa disedari pasti rasa rendah diri itu tersuntik perlahan. Dan lantas menyesali apa yang telah dikurniakan~ benar ?

Entahlah~ sukar hendak menentukan.

“bagaimana rasa tidak dihargai?” tanya Edi satu ketika~ nadanya sedih. Jelas tergambar riak kecewa. Mungkin kerana bebanan disekelilingnya membuatkan dia terasa lemah. Wajahnya pucat. Melihat aku berdiam, edi menyambung~

“aku Cuma meminta sedikit penghargaan. Seolah-olah pengorbanan aku tidak dihargai~”
keluh edi~ aku mengelengkan kepala~ terasa kesal dengan luahan edi.

“jadi… kau menuntut harga pengorbanan itu?” tukas ku~

Edi tersentak~ terkejut barangkali~ tidak sangka pertanyaan itu aku ajukan.

“aku Cuma minta dihargai iman~~~”

“dan itu adalah harga yang paling mahal sekali untuk dibayar~~~” pintas ku. Jelas tergambar kekecewaan dari jawapanku~ terasa bersalah seketika. Lantas bahu edi aku usap perlahan. Penuh mahabbah~ Sejujurnya aku sayang akan sahabat aku yang seorang ini~

“kadangkala edi~ kita kena bersedia untuk tidak dihargai. Itu lumrah~” balasku perlahan. Edi ternyata diam. Seakan ada sesuatu dibenak fikirannya.

“mengapa?” soal edi~ senang dengan pertanyaannya. Walaupun pada mulanya aku sekadar ingin menjadi pendengar, tetapi edi banyak memberi aku laluan untuk bercakap. Terasa segan diraikan begitu.

“kerana kajian menunjukkan bahawa majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita memberi kerana mengharapkan terima kasih, kita akan sakit jiwa edi.”
balasku~

“adil ke setelah memberi kita dilupakan?”

Aku tersenyum~ gembira melayan pertanyaan edi~

"baiklah. Kalau macam tu, adil ke kita setelah kita terima sekian banyaknya nikmat yang diberikan oleh Allah, majoriti manusia tidak bersyukur kepada Nya? Allah sendiri menegaskan melalui lidah nabinya, bahawa sedikit sekali hambaNya yang bersyukur."

“dunia memang tidak adil~~~” keluh edi perlahan~ aku menggelengkan kepala.

“tidak. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kalau kita yang kerdil ini tidak memberi hanya kerana orang lain tak mampu berterima kasih, cuba bayangkan Allah, yang Maha Besar, yang masih sudi memberi walaupun hambaNya tidak mampu bersyukur. Siapa yang lebih besar? Kita atau DIA? Siapa kita edi?” balasku panjang lebar~

Mendengar penjelasanku, edi luluh~ syukur, sahabat yang seorang ini begini, jika melihat kebenaran, hatinya lantas luluh.

“jadi sekarang bagaimana?” tanya edi mengharapkan jawapan~

“teruskan memberi. Memberi dengan kasih sayang~ ibarat ibu yang gembira melihat anaknya yang keriangan ketika memberikan hadiah. Kenapa kita mengharapkan penghargaan? kerana kita tidak lagi gembira lagi dalam memberi. Kerana kita merasakan memberi itu mengurangkan. kita memberi kerana mengharapkan balasan. Edi~~ kita hidup tak terlalu lama edi. Tapi satu yang hidup ini mengajar kita~ tak semua yang kita nak kita akan dapat. Jadi bagaimana hendak melepaskan diri dari belenggu itu? Iatu dengan bersyukur apa yang kita dapat edi~~” balasku panjang lebar~

Hakikatnya, hidup mana yang tidak ada masalah~ selagi mana diri bernyawa, selagi itu masalah tetap ada. Terkadang mengharap yang lebih~ tanpa disedari menyesali apa yang dikurniakan.

Hidup adalah ujian~ suka dengan petikan kata2 einstein, dunia adalah relativiti. Tidak ada yang menang jika tiada yang kalah~ tiada yang cantik jika tidak dibandingkan dengan yang kurang cantik. Tiada yang kaya, andai tiada yang miskin. Semuanya kelansungan~ berdiri diatas yang lainnya. Sebagaimana pandai berdiri diatas yang kurang pandai. Raja yang berdiri kerana adanya rakyat~ guru yang berdiri kerana adanya pelajar. Hakikatnya yang berdiri dengan sendirinya adalah satu~ Allah.

Sincere~ iman.

.: cinta seorang akhwat :.

Sunday, December 12, 2010

Ukhti...
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti...
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.

Ukhti...
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

Ukhti...
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,

Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,

Apabila hujan menyirami
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,

Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.

Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti...
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti...
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.

Kerana...
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku...

----------

dapat dari kak balqis^^ syukran akak :)