.: Kerinduan~ Tinta Seorang Anak 2 :.

Sunday, October 31, 2010

“nanti raya haji balik la sini. Abah ada letakkan nama along sekali dalam ibadah korban nanti” tutur abah perlahan. Ada nada rindu disebalik suara abah~ sayu. Tapi jelas terasa~

“insya Allah abah” balasku perlahan~ lama rasanya tidak kunjung ke rumah abah dan mak. Terlalu rindu pada wajah mereka~

“baliklah. Setiap tahun abah masukkan nama along sekali” abah memujuk~ seakan merayu.

Allah, hati aku runtun. Jelas terasa kerinduan disebalik nada abah. Tak pernah abah berkata begini pada aku.

“insya Allah bah. Lepas final nanti along balik. Along tanya ibu dengan ayah dulu macam mana” balasku perlahan.

Abah diam~ tersenyum sayu barangkali.

“kalau macam tu takpe la~ nak cakap dengan mak?” abah membalas.

Jelas terdengar nada kecewa dari hujung talian.

Sungguh, aku tidak dapat membayangkan bagaimana kerinduan abah pada aku. tidak pernah aku mendengar suara abah seakan meminta dari anak tunggalnya yang seorang ini. Diam~ aku turut merindui abah~ Allah, kerinduanku ini sangat mendalam.

“boleh jugak bah~ lama tak berborak dengan mak” pintaku perlahan~

saat abah memanggil mak~ terbayang kisah aku dengan abah ketika aku masih kecil. pernah satu ketika aku mematahkan pengelap cermin kereta abah. tapi abah tak marah~ abah cuma tersenyum. aku dihantui rasa bersalah~

"abah tak marah?" tanya ku kebingungan~

"tak~ abah tak marah along patahkan wiper abah. abah cuma terkilan, along sorokkan dari abah" balas abah perlahan. aku menangis. rasa bersalah kerana cuba menipu abah. cara abah mendidik sangat halus. didalam semua keadaan, abahlah aku rasa insan yang paling pemaaf. abah tak belajar tinggi. sekadar pemotong rumput. tapi hidup abah sederhana. rezeki abah luas. walaupun abah pemotong rumput, abah dapat pergi menunaikan haji.

masih jelas diingatan, sewaktu kanak-kanak dahulu, aku sering mengikuti abah dan mak ke kelas haji. setiap malam buku panduan haji yang sudah kusam itu diulang baca oleh abah. ditatap berkali-kali. sudah hafal segala doa dan kata. sekali sekala abah memandang beg besar yang dibeli abah. masih jelas air mata abah yang mengalir saat memegang pakaian ihram. pantang ada orang bertanya bila keberangkatan abah~ dengan mata yang berkaca, abah mula bercerita. bukan kerana bangga~ tetapi kerana keghairahan abah ingin menuju kaabah.dan saat itu, mak lah peneman setia abah di makkah.

abah seorang jujur. pernah satu ketika, abah ditipu oleh anak saudara abah sendiri. tetapi abah tetap tak marah.

"ujian untuk abah~" balas abah perlahan. tersenyum~

bahuku diusap.

"along nanti belajar pandai2. jangan jadi macam abah~" pinta abah perlahan. wajah abah aku pandang~ terasa lembut belaian abah di bahu. terlihat mata abah berkaca~

aku tidak mengerti saat itu.

anak kecil~ fikiran mereka tetap saja masih mentah.

dan saat aku masih keanak-anakan, abah selalu membawa pulang buah tangan selepas kerja. terkadang mainan didalam kotak~ terkadang goreng pisang~ sedikit rezeki, tetap abah kongsikan dengan isteri dana anak.

along~ seorang anak yang tetap dengan kenakalan aku sendiri.

dulu saatnya aku masih kecil, abah sering membawa aku pergi menunaikan solat jemaah. dan sering kali abah memarahi aku saat aku berlari-lari didalam masjid. Tetapi kanak-kanak, hanya mengerti keriangan. keesokannya, tetap aku ulangi. Teringat satu ketika saatnya aku pulang ke kampung halaman abah~ seorang pakcik menyapa~

“lama dah tak tengok kau dekat masjid ni lagi. Dulu masa kecik, rajin dengan abah kau datang ke sini”

Aku tersentuh~

Sayu~

Hatiku cukup berdesir~~

Terselit kekecewaaan dan kehampaan yang amat dalam~

Allah, masih belum sempurna tugasku sebagai hambamu dan tugasku sebagai seorang anak~ jarang aku kembali ke kampung halaman abah dan mak. Tapi tidak pernah terdengar ungkapan keluhan dari abah dan mak. mereka seakan mengerti, itu adalah ujian buat mereka.

abah dan mak tidak pernah meminta~ walaupun jelas aku tahu, di hati mereka tersimpan sedikit kekecewaan. Abah dan mak sangat tabah~ justeru, itu yang aku kagumi pada abah dan mak~

“kalau cuti lagi, balik la sini. Ada juga orang teman mak berbual~” luah mak satu ketika dulu~

Aku jadi sayu~~

Sungguh, walaupun berapa banyak keluarga yang aku ada, seorang anak, tetap seorang anak. dan hakikat itu tidak pernah berubah.

aku tersenyum pahit~

“assalamualaikum” terdengar suara mak memecah lamunan. suara yang cukup aku rindui dihujung talian~

“waalaikumsalam mak~” balasku perlahan.

ternyata sungguh terlalu rindu dengan suara mak~ rindu yang teramat pada cerita-cerita mak. pada celoteh mak menasihati~ pada cerita yusuf yang sering diceritakan~ pada kisah hajar yang sering disampaikan~

aku tersenyum~ perlahan aku menyambung~

“mak, mak sihat?”

“Alhamdullilah, Sihat along~ Along cuti bila?” mak bertanya. Jelas, seperti abah, tutur mak turut terasa kerinduan. relung hatiku kian basah~

“cuti lepas final nanti. Insya Allah, raya haji kali ni along balik rumah mak abah. Anak tunggal mak sorang ni dah rindu sangat nak rasa masakan mak. nak rasa asam pedas mak” balasku sedikit bergurau. Cuba mengambil hati mak. cuba menutup rasa sebak dihati.

“datanglah sini. Mak dah telefon ibu along. dah lama sangat along tak balik sini~” tutur mak~ kesunyian yang jelas tergambar~

Aku terdiam~

Tersenyum sayu~

“insya Allah mak~” balasku perlahan~

"mak~ along ada cerita nak kongsi dengan mak. tapi nanti la bila along dah balik sana. banyak benda along nak cerita" aku memulakan bicara~

"cerita apa along?" terdengar suara mak dihujung talian~

"ada la" balasku sedikit bergurau~ ketawa kecil. sememangnya banyak cerita yang aku ingin kongsikan bersama mak. walaupun aku tahu, ibu telah pun bercerita dengan mak perihal aku~ insya Allah, raya haji ni aku ingin ke rumah mak dan abah. mengubat rindu yang sekian lama aku pendam~ perbualan aku bersama mak dan abah, menjadi pengubat rinduku seketika. aku cuba memahami~ tuntutan sbg seorang anak kepada dua keluarga. dan seadaya upaya aku cuba tunaikan. perbualan aku akhiri~

mak, abah, ibu dan ayah~ hakikatnya mereka tetap keluargaku.mereka semua pandai mengambil hati~ walaupun aku akui, sebagai seorang anak sulung dari dua keluarga, memang aku melihat derita dan kesusahan mereka menjaga dan membesarkan kami. tetapi satu yang aku percaya, setiap kali kami duduk bersama, kami berborak bersama, menganyam ketupat bersama, kami sangat gembira. ketupat bukan sekadar ketupat. cerita bukan sekadar cerita. tetapi ia adalah lambang suka duka kami. ia jalinan kasih sayang kami~

ya, rasa gembira hasil memberi. justeru mereka memberi dengan kasih sayang. Mulianya mereka kerana tangan mereka selalu diatas. manakala tangan kita anak-anaknya selalu dibawah. hidup akan kelam , duka, dan kecewa jika kita hanya menerima. dan kerana itu, ceriakan kembali dengan memberi~

"ya Allah ya tuhanku, curahkanlah rahmat dan kasihilah ibu bapaku seperti mana mereka menyanyangi dan megasihi ku sewaktu aku kecil"

.: Cinta kecil~ :.

Monday, October 25, 2010

entah kenapa diri ini terlalu ingin untuk menulis~ entah apa yang ingin dicoretkan sebenarnya. cuma terdetik untuk berkongsi sesuatu~ hasil dari perkongsian sesuatu~ tentang cinta kecil dan CINTA sebenar.

entahlah~ diri ini juga pernah tewas~

teringat definasi cinta kecil dan cinta sebenar yang pernah dijelaskan oleh ustaz hasrizal dalam bukunya-

cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan implikasi jenis ini~


tapi tunggu sekejap~

"kau kata, cinta aku murahan?" getus seorang sahabat~

"bukan aku berkata. tapi cuba kau nilaikan~" balas ku perlahan. pandangan dialihkan~ jelas terlihat riak tidak puas hati dengan hujahku.

"sekali lagi, kau memandang rendah cinta aku?"

aku diam~

"maaf~" aku memulakan perbualan~

"aku bukan skeptis tentang cinta. bahkan aku juga pernah turut merasainya. perasaan yang indah bukan? terasa bagai di dunia lain~ kerana bahagianya kita yang rasa." tutur ku perlahan~ ketegangan terasa.

edi terdiam~ diam yang sangat panjang.

"cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini edi~" aku menyambung.

"maksud kau?" tukas edi~ riak marah jelas tergambar~

"aku dah jelaskan. cinta anak kecil kepada kura-kuranya lebih mulia. kerana sekurang-kurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual, dan membersihkan akuarium kura-kuranya. berbanding cinta keliru antara dua anak muda, yang tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali?"

edi kelihatan marah~ terasa kesal juga meluahkan. tetapi antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, terkadang kita menjadi semakin bungkam, menjadi malaikat yang diam? oh tidak~~ rasul pernah berpesan, sampaikan dariku walaupun satu ayat.

"aku sayangkan dia~ dan aku jaga dia. terkadang makan minum aku yang belanja. sakit pening kadang-kadang aku ambil tahu. dan kau kata cinta aku murahan? terbit dari kekeliruan perasaan?" bentak edi~

jelas, aku berkata dengan insan yang berada di alam lain.

"jika begitu~ syukurlah.. semoga berpanjangan hingga anak cucu~" balasku. terkadang tertanya, apakah sahabat aku yang seorang ini sedar tentang rasional nya~

"kau nak tahu?" aku bertanya~ sekadar memancing~

"apa dia?"

"biasanya hubungan seorang lelaki dan perempuan akan dihinggapi rasa jemu~ yang terkadang mencabar komitmen kita pada hubungan itu. pada awalnya, ya~ bahagia. tetapi mungkin esok lusa, jemu itu akan bertandang."

"tidak~ aku takkan jemu dengan dia. dia pilihan aku"

ah.. jelas~ kau sendiri sedang menafikan fitrah manusia.aku tersenyum~bahu edi aku usap perlahan.

"jemu itu tetap ada edi. kita manusia~ bukan malaikat. yang disuruh sujud ribuan tahun, tetap tidak jemu. tidak~ hidup adalah sesuatu yang berterusan. setiap hari kita akan belajar benda baru~ ya, untuk atasi rasa jemu itu" tusukku hampir berbisik. perlahan, edi mengangguk~ hatinya luruh barangkali.

"jadi? apa yang kau cuba sampaikan iman?" pintanya perlahan~ aku senyum.

"perasaan jemu edi, adalah satu kesan biasa dalam sesebuah hubungan. air ada pasang surutnya~ begitu juga cinta edi. tetapi jika perasaan ini muncul dalam sebuah ikatan bernama perkahwinan, maka suami isteri akan belajar melayarkan bahtera rumah tangga mereka buat seketika dengan kesedaran tanggungjawab~ sebagai seorang suami dan isteri, atau ibu dan ayah~ dan jika ujian ini dilepasi, insya Allah, cinta itu akan kembali mekar dan utuh hingga ke akhir usia~" balasku panjang lebar~

edi mengangguk~ mengiakan apa yang aku katakan. syukurlah~~ sahabat yang seorang ini bergini. jika terlihat kebenaran, hatinya luruh~~

"tetapi jika perasaan jemu itu berlaku lantaran cinta pajang lebar dari zaman cinta monyet, hingga menjadi cinta gorilla~ maka tidak mustahil, salah seorang akan memberi signal untuk menamatkan hubungan yang telah terbina. banyak alasan yang boleh diguna pakai~ antaranya, saya mahu mendekatkan diri dengan Allah. saya mahu tumpukan pelajaran~ saya rasa kita tak ada keserasian lagi~ dan sebagainya~" balasku. edi tersentak~ tangan dibahunya aku turunkan~

"jadi, kau bermaksud suruh aku putuskan hubungan aku? begitu?" pintas edi.

terkejut~~

"ya Allah, ke situ pulak jadinya~ aku tak pernah bermaksud begitu sahabat. tidak~~" balasku sediit kecewa~

"jika pernah terbuat silap, bertaubat. bukan sewenang-wenangnya membatalkan hubungan, ingat satu pesanan, jika yang datang kepadamu itu seorang yang kamu redha akan agamanya dan akhlaknya, maka kahwinilah dia. cinta itu benar fitrah edi, aku sendiri akui. cinta itu naluri~ namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah cinta sejati!" balasku

edi terdiam~

diam yang sangat panjang~~~

aku diam~ tafakur. semua itu adalah imaginasi untuk tulisan ini semata. namun itu bukan ilusi. aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. lalu catatan ini menjadi wadahku bicara. untuk diri sendiri, yang seringkali tersasar~ dan juga untuk sahabat yang aku sayangi.

benar, dipercayai lebih utama dari dicintai~

biar bersusah dalam tempoh perkenalan~ tetapi susah payah itu yang akan memberikan bahagia~ bahkan bercinta, hingga ke syurga. jika bukan Allah letaknya sandaran, maka siapa lagi??

diri ini terdiam~~~

muhasabah yg sgt panjang~~~~~~



*sedikit olahan dari buku aku terima nikahnya oleh ustaz hasrizalabdul jamil.

6.25 am~

24 oct 2010

.: Bukan selebriti~ :.

Sunday, October 24, 2010

Suka aku petik tazkirah subuh tadi, “leaders are learners”. Seorang pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Belajar untuk terus memimpin~ belajar untuk terus menjadi baik. Jika bukan pemimpin pada skala yang besar, sekurang-kurangnya sebagai pemimpin diri sendiri. Dan kerana itu, ungkapan “when we stop learning, we stop leading” sering menjadi semangat diri.

Belajar~ hakikat ilmu sentiasa ada di mana-mana. kerana itu tidak keterlaluan jika aku katakan, siapa yang berhenti belajar, dia berhenti memimpin. berhenti memimpin dirinya sendiri~ menjadi lebih baik dari semalam~ hakikat ilmu itu sentiasa ada di bumi tuhan. Bahkan disetiap kisah di celah kehidupan kita sendiri, tetap ada pengajaran yang disampaikan. Bukan dari orang lain, tetapi tarbiyah dari Allah S.W.T~

Syukur, banyak pengisian yang aku dapat selesai subuh tadi. Setelah sekian lama memendam rindu di tengah kota yang sentiasa sibuk ini, diri ini pulang juga ke rumah akhirnya. Walaupun sekadar dua tiga hari, itu sudah cukup mengubat rindu. Rindu pada redupnya pandangan ibu ayah,rindu pada tenangnya desa, kucing-kucing dirumah, bahkan orang-orang kampung.

Selesai tazkirah subuh, imam Hafiz menghampiri~ seakan ada sesuatu yang ingin dibincangkan~lantas diri ini mengucap salam, mencium tangan seorang imam~

“assalamualaikum imam~”

“waalaikumsalam~” imam hafiz membalas pendek. Jelas terukir senyuman diwajah imam hafiz~

“ha, along~ dah cuti ke?” imam hafiz bertanya~

Aku tersenyum. Along~ panggilan yang biasa di dalam rumah dan dikampung. Hakikatnya aku selesa dipanggil begitu. Tanda kemesraan antara diri dengan penduduk kampung lainnya. Imam hafiz atau Haji hafiz adalah ketua kampung disana. Juga sebagai imam~ sering aku meminta nasihat dan pandangan jika ada sesuatu kemusykilan dan kecelaruan dalam episod hidup aku.

“eh, takde la imam. Saya saje balik. Dah rindu sangat rasanya dengan ibu ayah~ imam sihat?”

Aku bertanya~ wah.. lama rasanya tidak bersembang dengan imam. Seketika rindu pada suasana ini.

“Alhamdullilah~ macam ni la along. Orang tua~ ada je sakit-sakit nya. Ha, macam mana belajar? Masih menulis?” kata imam hafiz tersenyum. Redup~ orang tua bisikku. Sentiasa dengan hikmah~

“Alhamdullilah~ study ok. Menulis pula kadang2 je imam~ sibuk sangat dengan study~” aku membalas~

Imam hafiz tersenyum~~

“ingat along~ jangan hanya belajar. Tapi mengajar juga~ sampaikan.” Imam membuka bicara~ tangan imam menepuk-nepuk bahuku.

Aku diam~ kata imam hafiz ada benarnya. Ilmu itu amanah, rezeki. Harus dikongsi~ dipelajari~ kerana kata imam ghazali, yang paling berat di dunia itu adalah amanah. Maka jangan dipersiakan.

Aku mengangguk~

“tapi ada yang lebih penting dari tu. Apa yang along tulis, dan apa yang along cakapkan tu, sudah betul2 along amalkan ke?” imam hafiz menyambung. Sedikit tersentak~ ayat imam hafiz benar-benar menusuk hati. Hati aku berdesir sayu~

Perlahan aku membalas~

“saya hanya menyampaikan imam. Sekadar penyampai. Apa yang saya tulis, kekadang adalah gugusan pengajaran yang bukan saja saya kutip dari kisah saya, tetapi juga dari ibu dan ayah, mak dan abah, bahkan orang lain. Orang-orang yang biasa, Mereka walaupun sekadar nelayan, tetapi mereka ada kisah mereka sendiri. Mereka ada pengajaran yang boleh diteladani. Dan insya Allah, saya berharap, apa yang saya cuba sampaikan, dapat juga saya amalkan~”

ada desir sayu disebalik nada tuturan aku~ bisikan kata imam hafiz halus, tapi cukup terasa~

“Alhamdullilah kalau macam tu~ tapi ingat, berusaha untuk amalkan~ bukan sekadar berharap~” imam hafiz menyambung~ terasa ketegasan disebalik kata.

Aku mengangguk~

“insya Allah imam~ insya Allah~” balas ku pendek~

Imam hafiz tersenyum~ senang sekali melihat dia begitu. Wajah yang jelas terpancar ketenangan~

“bagus lah~~ saya cuma pesan~ ingat along, jangan menulis “diri” sendiri. Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang yang cerdik, menulis tentang peristiwa. Orang yang pandai, menulis tentang orang lain~ hanya orang yang bodoh, menulis tentang dirinya sendiri~” imam hafiz meneruskan kata~

Aku jadi terhenyak~ wajah imam hafiz aku renung dalam2.

Sungguh~ dalam benar kata-kata imam hafiz kali ni. Bahu aku diusap perlahan~

Aku tersenyum~ dan lantas mengangguk faham~

“apa yang saya lihat, ada kecenderungan sesetengah penulis hanya menulis tentang diri mereka. Tentang kisah dan peribadi mereka yang mengagumkan~ orang yang
berceramah pun terkadang asyik bercakap tentang “aku”nya~” sambung imam hafiz~

“err.. entahlah imam. tapikan imam, tak salah kan kalau pengalaman itu dapat dikongsi dengan orang lain?~ malah, pengajaran dari cerita itu lebih hidup dari apa yang dialami oleh orang lain kan imam?” balas ku ego~

anak muda, sentiasa rasanya dirinya betul. Tetapi jika disuluh kebenaran, hatinya luruh~

Imam hafiz mengiakan~

“betul~ tak salah. Tetapi jangan keterlaluan~” balas imam hafiz~

“kenapa imam?”

“sebab kekuatan ilmu lebih kuat dari kekuatan peribadi. Ingat tu along. Biar mereka bersandar dengan kekuatan ilmu, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri~” tegas imam~ sekali lagi, aku terhenyak. Fikiran ligat memikirkan kata-kata imam hafiz~

“err.. kenapa imam?” balas ku~

Imam hafiz mengelengkan kepala~ jelas, dia faham. Kali ini, aku bukan hanya menyoal~ tapi mempersoalkan~

“saya lihat, penulis atau pendakwah sekarang tidak lagi syumul dari segi personalitinya. Tidak lagi sempurna~ rasanya tak perlu saya huraikan lebih terperinci. Musahabah diri kita masing-masing~ itu yang lebih penting” pintas imam~ suaranya tegas. Tetapi jelas terasa kelembutannya. Benar kata orang, hendak menegur sesuatu itu hendaklah dengan hikmah~

“maksud imam, golongan ni banyak kelemahan?” soal aku~

Imam hafiz mengangguk~ mengiakan~

“tetapi itu biasa imam. Tiada siapa yang sempurna~ adakah apabila semuanya sempurna barulah kita boleh berdakwah?” aku menyambung~ masih menagih penjelasan.

“tidaklah saya maksudkan macam tu. Tapi biarlah sekurang-kurangnya pendakwah itu lebih sempurna dari orang yang diserunya~” balas imam hafiz perlahan~

“kalau tidak?” aku kebingungan~~ imam renung wajah aku~ agak lama~ dan kemudian imam hafiz menyambung~

“kalau tidak masyarakat akan kecewa along. Mereka akan kecewa bila melihat orang yang mereka kagumi, malah ingin di teladani tidak seperti yg mereka harapkan~” balas imam hafiz~

“tapi imam~ sejak dari dulu lagi kan kita diajar tentang toleransi dalam hal-hal begini. Pendakwah tida sesempurna bahan yang didakwahkannya~ begitu juga islam dan umat islam. Islam sentiasa hebat~ kerana islam agama yang diredhai Allah. Tetapi umatnya, iatu muslim, adakalanya hebat, dan adakalanya tidak. Bergantung sejauh mana seseorang muslim itu mengamalkan islam itu sendiri kan?”
Balasku berhujah~

imam hafiz tersenyum. Tangannya dilepaskan dari bahu aku~

“hujah lama~” pintas imam hafiz. Pendek~

“tapi masih releven imam~~~” aku seakan merayu~~

“urm.. kalau hujah tadi kita putar balik macam ni bagaimana.. ya dalam erti kata lain~” imam membalas~

Aku menanti~

“kalaulah apa yang along katakan tadi, iatu islam itu sentiasa hebat, tetapi umatnya belum tentu hebat. Jadi kalau macam tu, dimana letaknya keupayaan islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Benar~ sungguh, aku terperangkap kali ni. Diam, aku mengangguk perlahan. Imam hafiz tetap macam dulu~ dia bukan seorang guru yang bila mengajar, -kau diam, aku cakap~ tetapi imam hafiz adalah guru yang toleransi. Demokratik~ prinsipnya tetap begitu~ kita cari kebenaran bersama. Justeru, itu yang aku kagumi dengan imam hafiz~ kerendahan hatinya dalam menyampaikan kebenaran.

Melihat aku luruh~ imam hafiz menyambung~

“along pernah baca apa keluhan seorang inteletual barat yang baru memeluk islam yang ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi?”

Aku mengangguk~ keluhan itu sering disampaikan ketika usrah dan perbincangan dengan sahabat yang lainnya~

“apa keluhannya?” Tanya imam hafiz~

“Maha Suci Allah, yang telah memperkenalkan aku dengan islam dahulu sebelum aku mengenal muslim..” balasku perlahan~

“nah.. tahu pun. Jika intelektual itu mengenali muslim, mungkin dia tidak akan tertarik dengan islam. Sebab itu saya jelaskan tadi, kekuatan ilmu itu lebih kuat berbanding kekuatan peribadi. Jadi dari segi tertib, siapa yang haru kita kenalkan dahulu? Penulis atau ilmu? Muslim atau islam?” jelas imam hafiz panjang~

“islam, imam~” balasku akur~ tunduk~

Imam hafiz tersenyum~

“itu yang saya maksudkan~ pendakwah atau penulis itu, mesti mengetegahkan prinsip dakwah, islam dan tarbiah~ bukan inputnya peribadi atau nilainya personaliti. Bawa orang kepada allah, bukan bawa orang kepada diri~ bawa orang pada islam, bukan kepada benda atau kumpulan~” balas imam hafiz~

Terasa bahuku ditepuk lembut oleh imam~ sayu hati. Berdesir~~ terasa pagi ini penuh makna~

“terima kasih imam~ terima kasih” balasku~ imam hafiz tersenyum.

“along muda lagi~ belajar betul2. eh, haus pula. Kita minum kat kedai wak raub nak?” pelawa imam hafiz~

Kali ini, giliran aku tersenyum~

“insya Allah~ mari imam~”

“ingat pesan imam tadi~ pendakwah bukan selebriti!!” balas imam pendek~ lantas imam bangun dari duduknya~ terkesima sebentar~~

Tajam~~~

Benar-benar tajam~

Meninggalkan aku yang termenung jauh~

.: erti penulisan~ :.

Saturday, October 23, 2010

salam^^
Err.. yup. macam biasa, tak tahu nak tulis apa sebenarnya~
sekejap lagi ada test~
dengan kerja yang masih menanti dimeja kesayangan~~
tapi jari ini tetap saja meronta~
tidak tahu apa yang ingin dibebelkan~
cuma terdetik seketika,
untuk meluahkan sedikit rasa~
dan melegakan sedikit bebanan~

aku jadi termenung seketika~
tentang erti penulisan~
tentang niat disebalik tinta~
kenapa mereka menulis?
kenapa mereka berdakwah?
kenapa mereka menyampai kan?
sekarang baru aku mengerti~
kerana mereka kejarkan janji ilahi~
bahawa islam, satu hari yg pasti,
akan dijulang kembali~

urm.. masih banyak yang perlu dimuhasabah~~

(-.-)~~~~~

.: Erti Kemaafan~ :.

Tuesday, October 19, 2010

Suasana di shah alam seperti biasa~ sentiasa terisi dengan ragam dan karenahnya manusia yang pelbagai. Jauh sekali dengan suasana dirumah aku sendiri. Terlalu sunyi~~ tenang~ dengan bunyi kicauan burung yang cukup merehatkan. Sekali sekala melihat kucing dirumah bergurau sesama sendiri sudah cukup mencuit hati. Tetapi di shah alam~ rasanya terlalu sukar untuk bertemu ketenangan yang sebegitu. Benar, tenang itu disini. Di hati~~ tetapi entahlah, sukar sungguh untuk mencari~~

Aku, sufi dan ikhtar adalah rakan sebilik. Kami makan malam di kedai biasa~ kedai “Alhamdullilah”. Dengan menu yang hampir sama setiap kali makan diluar. kami memulakan bicara. Cuma aku yang tampaknya lebih menyindiri. Sesekali menyampuk membenarkan atau sekadar bertanya~

“iman, kalau aku tanya sikit boleh? Tapi kau jangan marah ye~” Tanya sufi kepada aku~

“err.. maksud kau sufi?” pandangan aku dialihkan~ kebingungan.

“aku tak faham~~” katanya~ terdiam seketika.

“tak faham? Maksud kau?”

“aku tak faham kisah kau dengan dia~” sufi terhenti disitu. Seakan bimbang untuk meneruskan.

Aku tersenyum~~ dan diam, aku mengelengkan kepala~

“sufi2~~” balas ku perlahan~

“aku ingat kau nak tanya soalan apa tadi” aku menyambung. Nada sikit kesal~ tapi digagahkan juga untuk tersenyum. Bimbang, sahabat yang seorang ini berkecil hati.

“jadi, kau dah mampu memaafkan?” tanyanya lagi~~

Aku diam~~ diam yg sgt panjang~

“entahlah~” balasku pendek. Seakan berbasa basi. Air teh dihadapan aku kacau. Tidak terasa ingin meneguknya. Maaf? Apa mungkin? Setelah dizalimi? Setelah harga diri dihenyak dan dipijak-pijak?~~ Terkadang memberi maaf lebih sukar daripada meminta maaf. Ah~ kenapa dengan diri ini sebenarnya?

apa yg dipelajari dari Al-quraan, hadis dan buku-buku benar sukar dipraktikkan. Sedikit kesal dengan diri. Benar kata ibu, membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya tidak diamalkan~ dipraktiskan. Dan apabila cuba dipraktiskan, ego terhenyak. Rasa marah tertekan~ mampukah diri untuk memaafkan ketika mampu membalas? Forgive and forget?? Wah~ jauh sekali! Nak melupakan? Nak memaafkan pun cukup sukar!!

Tersangat sukar~

“maafkan anna sebab buat iman macam ni. Maafkan salah silap anna pada iman” balasnya satu ketika~

Perit~~ apa semudah itu meminta maaf? Dan apa semudah itu memberi maaf? Pesanan ringkas itu aku padam. Sakit. Tapi itu kisah yang sudah berlalu pastinya~ kemaafan sudah dihulur. Walaupun antara kami cukup tau, parut itu masih dihati.

“iman?” sufi bertanya~~

Aku memandang kosong~ tersenyum. Tak mampu untuk menjawab. Seakan hati tak mampu untuk tanggung kesedihan. Tapi tetap digagahkan juga sebuah senyuman.

“dia tak dapat terima cara aku didik dia~” balas aku perlahan. Air teh yang sejak tadi dihadapan aku hirup. Cuba menghilangkan sedikit mendung dihati.

“maksud kau?”

“mana lebih penting? Melindungi atau dilindungi?” pertanyaan berbalas pertanyaan.

“err.. subjektif sangat soalan kau tu~” balas sufi.

Aku tersenyum. ya, sufi benar. Terlalu subjektif. Seorang pengawal keselamatan yang mengawal duit berjutaan ringgit misalnya, telah mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan wang tersebut. Seolah-olah nyawa pengawal keselamatan itu lebih murah dari daripada wang yang berjuta yang dilindunginya. Namun jika ditanyakan pada kepada isteri atau ibu kepada pengawal keselamatan itu, apa yg lebih berharga? Pasti tentunya nyawa suami atau anaknya.

“yela, dengan aku, sukar untuk ungkapkan sayang~ sukar untuk ungkapkan rindu~ kau lebih tahu kisah kami. Mungkin jiwanya memberontak~” balasku perlahan. Tak perlu untuk menjelaskan panjang lebar. Sufi lebih tahu.

“kau pernah penuhi permintaannya?” balas sufi.

“terkadang~ tetapi tidak selalu. Maaf sufi, aku bukan lelaki yang tidak berprinsip” balasku kesal~ benar kata hukama, hendak meluruskan sesuatu yang bengkok itu sangat sukar. Tidak boleh terlalu keras, dan tidak boleh juga terlalu lembut. Harus dengan ilmu dan iman~

“jadi memang sukar untuk memaafkan dia?”

Hati aku menjerit. Kenapa harus soalan itu yang kau ajukan sahabat? Aku sendiri masih berperang dengan akal dan nafsu. Antara hati yang disakiti, dan hati yang ingin memaafkan~

“iman~~~~” sufi memulakan bicara~

“orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa terikat dengan orang yang tidak dimaafkan.kau tidak bahagia, dan kau tidak akan tenang selagi belum memaafkan. Maafkan. Dan nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu. Itu sakit~ benar sakit. Maafkan. Dan nescaya kau akan sihat. Dan kau akan bebas~” kata sufi memujuk~

Aku akur. Diam~ rupanya aku masih dibelenggu dengan rasa sakit itu. rasa sakit yang tercipta kerana masih belum memaafkan.

“sufi~ kenapa setelah hati ini aku pujuk. Hati ini aku bisikkan~ hati ini yang aku cuba tabahkan. Masih belum mampu untuk menghulurkan kemaafan? Kenapa sungguh sukar untuk aku terima? Aku ada harga diri sufi~~” balas aku ego.

“kau nak tau kenapa?"

"Sebab kau ego iman. Rasa besar diri. Kau nak tau sebab apa kau ego? Sebab kau tak rasa kebesaran Allah. Ingat apa yang ustaz pesan. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya~!” kata sufi sedikit marah. Marahnya, marah nasihat. Terkadang perlu dididik hati ini dengan ketegasan.
Suara sufi sekali lagi menusuk hati. Aku ego? Ya~ jawab suara hati.

“Allah maha pengampun. Dosa demi dosa hambanya dimaafkan. Diampunkan. Bukan sekadar di ampunkan~ malah Allah sayang kepada pembuat dosa yang bertaubat dari dosa dia. Ingat iman~ bukan kita yang bagi dia rezeki. Bukan kita yang bagi dia hidayah. Bukan kita yang sembuhkan sakit demam dia. Bukan kita iman~ bukan. Allah yang bagi semua tu. Kalau Allah yang sebegitu besar jasanya kepada dia sekalipun mampu memaafkan dia, adakah kau layak untuk tidak memaafkan? Tuhan bukan hanya ada untuk kau seorang iman~”

Sekali lagi aku terhenyak.

Terasa hati sayu~~

ego? Sungguh aku sangat ego. Cuba berlagak tuhan dalam kehidupan aku sendiri. Terasa air mata ingin mengalir.

“kenapa anna buat iman macam ni? Iman bukan patung anna~ yang tidak ada perasaan dan hati. Yang mampu ana kutip dan mainkan semahunya. Bila anna bosan, anna pergi. Semahu anna. Tanpa sebab dan tanpa alasan, anna tinggalkan iman. Dan setelah dikecewakan, anna datang pada iman semula. Berulang kali. Seolah-olah iman ini patung dan boneka bagi anna.”

“Siapa suruh iman percaya? Siapa suruh iman tunggu? Dah, kalau susah sgt, jgn didik anna lagi!!”

Masih terngiang dialog kami dalam pesanan ringkas ketika itu. walaupun seminggu kemudian dia meminta maaf dan aku sudah memaafkannya~ tetapi sejak itu kami putus.

“iman~~~” suara sufi memecahkan lamunan.

Aku memandang sufi~

“ingat kata iman ghazali iman. Seorang hamba yang bertaubat, dan kembali berdosa, jangan pernah sesekali berputus asa untuk bertaubat lagi. Kerana Allah sudi mengampunkan dosanya setaiap kali dia bertaubat. Mana tahu izrail datang kepada dia saat dia bertaubat atau sedang perjalanan menuju taubat” suara sufi perlahan. Memujuk hati yang terlalu keras untuk memaafkan.

Aku terdiam~ alasanku tidak memaafkan ialah kerana berulang kali.

Ya~ sukar untuk memaafkan. Tetapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk jiwa. Siapa yang lebih besar???

Kepercayaanku hampir pupus dibuatnya~ malah, hampir saja hilang semangat untuk terus belajar. Belajar dari hidup~ belajar dari pengalaman. Terlalu besarkah dosa aku kepada dia?

“maafkan. Dan teruskan kehidupan. Maafkan dosa sesama kita. Agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan–Nya. Percaya iman~ kepercayaan. Itu yang kita ditarbiyah. Bukan dari kita~ tapi dari tuhan. Dari Allah~ yang sedang mentarbiyah kau tentang erti kemaafan. Allah Maha Penyanyang, suka kepada orang yang penyanyang. Allah Maha Pemaaf~ dan suka kepada orang yang memaafkan. Maafkanlah, agar dimaafkan” bisik sufi perlahan~

Terima kasih sahabat~ terima kasih.

Kerana mengingatkan saat aku terlupa.

Benar kata abah pada aku pada satu petang~

“along~~ apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita sampaikan. Itu maknanya Allah sedang mendidik kita melaksanakan apa yang kita perkatakan. Syukurlah~ kerana Allah masih nak mengingatkan kita, dalam usaha kita mengingatkan orang lain~”

Sungguh, terlalu kecil dosa manusia sesama manusia. Berbanding dosa manusia kepada Dia yang Esa.

Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sekali lagi~ siapa yang besar?

Lantas, hatiku luruh. Ingin segera memaafkan~ agar mampu dimaafkan.

Ya Allah~~ egonya aku selama ini ya tuhan. Menyimpan sifat ketuhanan dalam diri yang begitu hina dan kekurangan.

Sekarang aku megerti, betapa mulianya hati Rasullah S.A.W ketika ditawarkan oleh malaikat untuk menghancurkan penduduk taif~

“Jangan~ semoga dari mereka lahir zuriat2 yang menyembah dan membesarkan Allah~”

.: isteri dan ibu~ :.

Saturday, October 16, 2010

Bagi aku, bertemu dengannya seperti bertemu dengan ahlinya falsafah. Lidahnya petah dengan kata~ yang terkadang menusuk juga dihati. Kata yang penuh makna~ sukar diungkapkan tanpa fikiran yang panjang~ justeru, dalam masa-masa yang terluang, aku tetap mengunjunginya~ bukan kerana tuntutan tanggungjwab. Bahkan tidak~ tetapi sebagai seorang cucu. yang ikhlas menghargai atuk yang seperti dia. Sebagai seorg cucu, Yang masih megharap tunjuk ajar dari seorang yang telah berguru dengan pengalaman. Suka aku petik kata-kata dia,

“guru terbaik adalah pengalaman hidup kita sendiri”.

Dan memang ternyata benar, di sekolah kita diajarkan tentang sesuatu ilmu, baru kita diuji dengan ujian dan peperiksaan. Tetapi tidak bagi disekolah kehidupan~ kita diuji, baru kita belajar. Tentang erti kehidupan~ tentang makna yang tersirat disebalik ujian. Dan dari situ terbentuklah pandangan hidup kita~ sama ada benar atau tidak, itu bukan kita yang menentukan. Kerana disisi tuhan, apa yang ditentukan untuk hambanya, pasti adalah satu kebaikan. Maka carilah kebaikan tersebut, walau sesukar mana~ kerana yang bercahaya itu tidak akan ada tanpa ada yang gelap.

Pada aku, dia adalah insan yang istimewa. Cukuplah aku mengelarkannya sebagai Tok wan~

Masih teringat kata-kata tok wan saat aku meminta nasihat dari dia.

“Tok wan~ perempuan ni susahkan? bagaimana nanti kalau along sudah ada anak perempuan? Macam mana ye along nak didik anak2 along? Sebab orang kata, jaga sepuluh ekor lembu lagi senang dari menjaga anak perempuan?” pertanyaan aku basa basi~~

Tok wan tersenyum~~ tahu apa yang bermain dalam fikiran cucu angkatnya yang seorang ini~

“orang kata? Along rasa macam mana?” soal tok wan.

“urm.. tak tahu la tok wan.”~ aku berbasa basi. Masih belum sembuh dari kisah hitam yang semalam.

Tok wan tetap tersenyum~ pandangan nya dialihkan~ dan seketika tok wan berkata.

“along2~~ salah perbandingan along tu. Manusia berbeza dengan lembu~ kita ada hati dan perasaan” Tok wan memulakan bicara~

Aku menanti~

“jadi, didik anak lelaki lebih senang la tok wan”

“terpulanglah kepada “gembala”nya. Kena cara dan gaya. Sepuluh anak perempuan pun boleh dijaga. Tak ada pun orang yg cakap jaga sepuluh ekor lembu lebih senang dari jaga seorang anak lelaki~”

“err.. maksud tok wan?” aku kebingungan~

Tok wan meletakkan cermin matanya~ air teh dihadapannya, dihirup perlahan~ seakan faham gejolak jiwa remaja yang sentiasa inginkan kepastian~

“along~~ bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu”

Aku kebingungan~~~ tok wan menyambung~

“along tanya ni dah ada calon ke?” tok wan mengusik.

“eh takde la tok wan. Saje tanya~~” balas aku sekadar. Cuba melarikan diri dari riak yang kecewa. Dari kisah hitam yang pernah tercatat dalam kisah hidup aku. Tetapi tok wan tetap tok wan. Tetap saja mampu menangkap apa yg bermain di fikiran cucunya.

“along nak isteri yang macam mana?” soal tok wan.

“Err.. Tok wan Tanya macam along ni bukan lelaki~ mestila nak baik agamanya tok wan~” balas aku~

“nah.. macam tu la bila kita berhadapan dengan anak perempuan. Sebab anak perempuan kita bakal menjadi seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itu pengakhiran kita dalam mendidik anak perempuan” jelas tok wan. Wah.. tok wan dah mula bersilat kata~~ dan aku perlu lebih kritis dalam menyoal tok wan~ kerusi aku tarik, rapatkan bersebelahan tok wan.

Belum sempat aku bertanya, tok wan menyoal~

“apa yang along ingin kan dari isteri along nanti?”

“ketaatan” balas aku cepat~

“lalu didiklah anak2 along nanti tentang ketaatan. Latih dia patuh pada perintah yang baik. Lagi?”

“malu”

“jadi didik dia dengan sifat malu. Didik dia supaya kekalkan sifat malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia supaya sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara, tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi along? Apa yang along nak dari seorang isteri?”

“err.. cantik??”

Tok wan tersenyum~

“along2~~ tak lupa jugak pasal tu ye.. tetap nak yang cantik"

aku ketawa kecil~

"metilah tok wan~ dari mata turun ke hati kan? kalau berkenan dimata, senanglah mata memujuk hati~" kata aku bergurau~

"along2~ cantik mana pun, tetap boleh dicabar oleh emosi manusia yang mudah kalah dengan alasan jemu. kalau along nak isteri yang cantik, jadi latih anak perempuan along nanti supaya jaga kecantikan tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai jaga kekemasan, kecantikan, dan keindahan. Biar dia tahu erti peka pada nilai2 estetika~ ha, ada lagi?”

Aku diam~~

terbayang bagaimana nanti bakal isteri aku. adakah mampu untuk mendidiknya~ dan tiba-tiba aku jadi rindu. Rindu pada dia yang tidak kelihatan. Wajah dia tidak tergambar disetiap mimpi yang pernah aku lalui~ suaranya tidak terakam dalam jiwa. Tetapi dirinya ternyata hidup. Mendoakan diri aku agar tahu erti nilai cinta sebenar. berdoa kepada tuhannya supaya menjaga aku jodohnya satu hari nanti~ Terkadang tertanya, Orang yang akan menemani aku itu siapa? Tetapi itu adalah sebahagian dari ilmu tuhan yang masih belum dibukakan untuk aku lagi~

“ha~ mengelamun..” usik tok wan.

“hehe.. tak de la tok wan. Tok wan laju sangat. Along terkejar-kejar nak tangkap apa yang tok wan cakap~ ha, Tok wan, yang tok wan cerita tadi, tu semua tentang prinsip asas kan. kalau pendekatannya pulak tok wan?"

“wah along~~~ Tanya macam tok wan ni professor pulak~”

Aku tersengeh. Ketawa kecil~ benar, tok wan bukan professor. Bahkan tok wan hanya orang kampung biasa~ tapi bagi aku, tok wan adalah professor universiti kehidupan. Banyak ilmu tok wan tentang hidup~ terkadang mencemburui. Mahu menjadi seperti tok wan~ kerana dari didikan tok wan, abah dan adik beradik abah, sangat bersederhana dalam kehidupan.

“perlu banyak meraikan~” tok wan menyambung.

“raikan bagaimana tok wan?”

“raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian”

“maksudnya?”

“hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalan. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai berilah hadiah” tok wan membalas perlahan~

Aku mengangguk~

“kenapa tok wan?”

“umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Along sendiri ingat kan kata-kata iman ghazali, wanita itu ada Sembilan nafsu dan satu akal. Manakala lelaki sebaliknya. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila bekaitan dengan perasaan~ pendekatan ini lebih menyentuh~”

“owh..”

Aku mengangguk~~ air teh diatas meja aku hirup~ tiba-tiba teringat.

“ha tok wan~~ tadi tok wan ada cakap. Nak didik anak perempuan mesti kena bayangkan bakal ibu jugak kan? Maksud tok wan?

Tok wan memandang~ dalam-dalam~ dan pantas tok wan menyambung.

“apa yang along paling hargai dari seorang ibu?”

“kasih sayang ibu” balasku ringkas~

“nah.. jadi along kena la didik anak perempuan along nanti agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abangnya, kakaknya, binatang peliharaan dan lain-lain. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu untuk menyuburkan kasih sayang pada bayi. Lagi?”

“err.. sabar?”

“betul tu. Seorang ibu tu harus sabar along. Sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit demam, ragam dan karenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya” balas tok wan panjang lebar~

Aku tersenyum. Diam aku kagum dengan tok wan.

“tok wan~~~”

“ha.. apa lagi along?”

“along nak mintak nasihat~ sebagai seorang lelaki, macam mana ye nanti along nak jadi ayah yang baik? Boleh ke along didik anak perempuan along menjadi baik nanti? along takut la tok wan. kan anak tu harta yang berterusan amal nya kan?”

Tok wan ketawa kecil~

“along2~~ untuk menjadi ayah yang baik kepada anak perempuannya~ seorang lelaki mesti menjadi anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya. Ha, alongkan ada mak dgn ibu~ jadi hargai mereka sebaiknya. Kerana along tetap seorang anak~”

Aku sebak~~~

“ye tok wan~~~ along masih ingat kata tok wan~” kata aku sambil menahan kesedihan~ lantas aku menyambung,

“lagi tok wan?”

“ha.. yang paling akhir sekali, seorang lelaki wajib taat kepada tuhannya!! Allah~”

Aku diam~~~~ diam yang panjang~~~ditinggalkan dengan persoalan dan nasihat~~

Terima kasih tok wan^^

terima kasih~~

.: Kisah seekor Unta^^ :.

Friday, October 15, 2010

orang kata, tekanan itu perlu~
kerana dari tekanan, datangnya tanggungjawab~
dan yang lebih penting, adalah untuk kita mengatasi tekanan tersebut~
yup~
aku setuju dengan kata-kata itu~
sebab hidup tanpa tekanan akan bererti hambar~
hanya sekadar~
tanpa hiasan warna apa pun~

kerana hidup adalah anugerah bukan?
dan seharusnya anugerah itu harus diisi sebaiknya~
teringat kisah unta yang selalu aku ceritakan pada adik2~
tentang seekor unta yang kelaparan di tengah padang pasir~
laparnya bukan kerana apa~
tetapi laparnya kerana ego.

kerana bosan dijamu oleh tuannya dengan rumput kering~

"aku pun nak rasa rumput segar~
asyik makan rumput kering je~
ah.. mogok la~" monolog unta tersebut didalam hati..

lalu unta itu pun mogok~
makan tidak~
hanya berterusan hidup bertemankan air~
kerana unta itu beranggapan bahawa tuan nya akan memahami hasrat nya~
untuk merasai rumput segar~

nah.. tetap tuannya bingung. dimana harus dicarinya rumput segar di tengah padang pasir yang tandus itu?
sedangkan unta peliharaannya semakin hari semakin kurus~
tetap dengan egonya sebagai seekor unta^^

lalu tuannya terfikir satu cara~
bagaimana mahu memujuk kembali untanya yang terus terusan tidak mahu makan~~

mahu tahu apa caranya??

hu^^ ya..
tentu saja dengan memakaikan cermin mata berwarna hijau pada unta tersebut..

si unta, yang namanya unta~
gembira mendapat apa yang dia hajati~ rumput hijau^^
sedangkan rumput itu rumput kering sbnrnya^^

hu^^ nah.. persoalan yang sgt menarik~

cerita tersebut hanya sebagai kiasan. sebagai iktibar dari sebuah kisah. kerana bagi aku, pengajaran yang disampai kan melalui cerita, lebih terasa kefahamannya dihati. begitu juga hidup manusia kan? setiap kisah membawa pengajaran~ bezanya, bagaimana kita mengambil iktbiar dari kisah hidup tersebut~ benar kata orang, sesetengah ilmu itu harus "dirasai" baru boleh dihayati dan di fahami, seterusnya dibawa dan di amalkan dalam kehidupan seharian.

hu^^ so, kalau unta yg mogok dipakai kan cermin berwarna hijau untuk memujuknya makan kembali~ kita sebagai manusia macam mana? takkan nak kena pakai cermin mata berwarna, baru melihat dunia yg hakikatnya penuh dengan warna??

tidak kan? hu^^

dunia ni pernuh warna~ warna kesedihan, warna kegembiraan, warna cinta, warna sahabat, dan bahkan warna yang lainnya. dunia bukan hanya sekadar hitam dan putih~ merah dan hijau~ unggu dan kelabu~

tidak~

maka, jika sedang diuji dengan warna2 tersebut~ bersyukurlah~

kerana masih diberi nikmat untuk merasai indahnya bahagia dan pedihnya derita~
kerana hakikatnya, itu erti warna kehidupan~


.: kesan tarbiyah sesama insan~ :.

Monday, October 11, 2010

“sayang benar anta kat dia kan akhi? Sampai anta tak nak cari lain lagi” Ikhtar mulakan perbualan.

“ha? Kenapa anta cakap macam tu?”

“anta lebih tau kot”

“haha.. akhi2, jangan berspekulasi. Entahlah, ana masih tak sedia untuk terima siapa2 sekarang ni. Lagipun, hati ana masih tak terbuka untuk siapa2 lagi akhi”

“hati anta akan terbuka bila Allah membukanya nanti”

“ya benar.. tapi masih saja ana takut untuk merasainya lagi. Cukuplah sekali ini rasanya. Banyak yang ana belajar dari kisah kami”

“sabarlah akhi.. tidak akan diuji seorang hamba tentang sesuatu yang tidak mampu dipikul olehnya”

Aku tersenyum~

“syukran akhi~ syukran”

---------------------------------------------------------------

Teringat bait kata nasyid yang di alunkan oleh UNIC~ kata mereka cinta itu suci. Jika benar, sejauh mana kesucian cinta itu? Dalam2 aku berfikir, tentang kisah yang aku lalui. Kisah yang terlakar di sebuah diari kehidupan. Dan seketika aku tersenyum. Apa yang aku lakukan hanya lah kesilapan. Dan kini bila tersentak, seakan tidak mampu untuk mengubah apa yang telah ditetapkan.

Aku bukan boneka..

Dan aku juga berhak bahagia..

Pernah seorang sahabat mengkhabarkan padaku, bahawa ujian kehidupan adalah satu didikan langsung dari tuhan sebenarnya. Aku tidak mengerti~ mungkin kerana saat itu aku masih melihat dunia dengan kaca mata yang masih mentah~ lantas gagal untuk aku fahami apa yang cuba disampai oleh sahabat yang aku cintai itu.

Akal mencari jawapan~
Dari hati yang yang kesakitan~
Dari hati yang rindu akan ketenangan~
Dan lantas mencari secebis pengajaran~
Dari takdir yang Allah tentukan~
Dan ternyata benar~
tetap pengajaran itu yang aku temui.

Allah mendidik manusia setiap detik, setiap saat.

Di setiap peristiwa yg hadir dalam hidup kita,
disetiap keadaan yang tercipta untuk kita,
disetiap manusia yang Allah wujudkan pada kisah kita,
adalah untuk kita mencari pengajaran yang tersirat untuk dipelajari.
Tarbiyahnya manusia adalah melalui ujiannya Allah. Dan dari ujian itu datangnya pengajaran.

Sama ada pengajaran itu baik atau buruk, itu hanyalah pada nilaian nya insan. Tetapi bagi nilaian nya tuhan, disisi Nya DIA, pasti satu kebaikan~ kerana Allah memberikan apa yang terbaik untuk hambanya. Maka carilah kebaikan itu~ tersirat zahirnya. Tapi jelas ternyata wujudnya~

Dan sememangnya itu yang disampaikan oleh lidah insan yang mulia itu,bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambanya, bahkan hambanya sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri~

Lantas diri ini gelintar pada teladan dari kisah takdir yang ditentukan~ dari sisi gelap yang pernah tercatat dalam kisah hidupnya. Kerana yang terang bercahaya itu tidak akan ada tanpa sisi yang gelap.

Ternyata, banyak yang aku pelajari dari secebis tinta seorang hamba.

Benar kata hukama, Guru yang terbaik adalah pengalaman hidup itu sendiri. Katamu benar, bahawa sesetengah ilmu itu perlu "dirasai" dan baru boleh difahami, dihayati dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan.

Ikuti hukum alirannya air, sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.lebih rendah sesuatu tempat, maka lebih banyaklah air yang bertakung disitu. Bahkan ada diantaranya dari lembah dan lurah membentuk tasik, sungai dan ngarai.

Begitu juga hukumnya ilmu, perlu ditakung oleh diri yang penuh dengan rendah hati~semakin rendah hati seseorang itu, semakin banyaklah ilmu yang bertakung dan diwarisinya~

Diri ini juga begitu~
Dahulu, seringkali mempersoalkan hakikat ujian~
Mengapa harus aku yang diuji? Kenapa aku dan mengapa aku?

Tetapi keluhan hanya sekadar keluhan~ aku tersentak. Hati aku ibarat dipekak kan dari sebuah pengajaran. Dari bisikan suara tarbiyah dan dakwah yang hadir disetiap kalinya ujian. Allah, aku benar menzalimi diri aku sendiri~keliru dalam sebuah perjalanan yang diamanahkan. Alpa dengan hakikat bahawa Engkau sedang berbicara dengan ku.

Tidak ingin rasanya mengeluh lagi~ kerana selamanya pasti aku akan tetap disitu. Di anak tangga ujian yang sama. Satu hakikat yang pasti, bahawa aku tidak akan pernah mengubah realiti. Takdir, akan sentiasa mengatasi tadbir~ mendahului tadbir seorang manusia. Terima takdir dengan hati yang redha~ dan aturlah takdir dengan sebaik-baik tadbir. Itulah jalan terbaik~

Allah hadirkan kesusahan, kerana Allah hendak mendidik hambanya erti kesabaran~ dihadirkan kesenangan kerana mahu mengajar erti kesyukuran. Dan apabila kemiskinan itu datang, di ajarkan erti sifat pemurah. Dan apabila kekayaan itu menjelma, jangan dihadirkan sifat qanaah~ riak dan takbur.

Sungguh cantik perancangan Allah untuk hambanya~~

Carilah kebaikan~ milikilah kebaikan~ dan warisilah kebaikan.berilah kemaafan, dan buanglah kebencian. Kerana kebencian hanya akan membuahkan kejahatan~ belajar menyanyangi, agar semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

.: Harga Sekuntum Cinta^^ :.

Sunday, October 10, 2010



Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

.: hu^^ Marzuki~ ;.



.: tentang Cinta~ :.

Thursday, October 7, 2010

Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta...
iaitu cinta yg pasti dan abadi~
telah ku tahu itu dan ia mekar dalam hati ini~
Tapi, sbg manusia biasa yg dianugerahkan perasaan dan naluri~
hati tetap mengharap pada cinta dan kasih sesama hamba....

apakan daya, aku juga terpaksa menghadapinya walau ia amat menakutkan aku~
kerana sememangnya aku amat takut untuk terluka dan kecewa~
pengalaman yg aku dengar di sekeliling sudah cukup untuk membayangkan yg aku tak mungkin kuat utk hadapi situasi sebegitu~

Tetapi~
takdir tetap datang dan merelakan hati ini untuk menerimanya~
kerana spt yg di kata~
naluri dan perasaan tetap mengharap~

Sebelum aku serahkan cinta ini yg bagiku cukup sejati dan sepenuh hati kerana
Mu Ya Allah~
telah ku pohon petunjuk dan jalan dariMU~
kerana aku tak mampu untuk memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan~

segala yg kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah~
aku redha...

Pada ketika aku serahkan cinta ini kepadanya~
aku kira itu adalah anugerah dari Allah kerana aku dapat merasai restu NYA...
dan berkali-kali ku ingatkan diri~
cinta ini kepadanya hanyalah kerana Allah~
tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai dia bukan pencinta Allah jua~

Pengharapan yg semakin mekar di hati sentiasa ku iringi dengan doa mohon sentiasa
direstui dan diberkati hubungan ini~
akan ku pastikan tiada bibit dosa yg terlangsung~
akan ku pastikan ia suci dari sebarang noda~
Dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri,
manusia hanya merancang dan mengharap~
tetapi penentuannya~
tetap hanya Allah yang berhak....

jadi walau apa yang berlaku di kemudian hari~
aku perlu bersedia dan berserah...
usaha sudah dilakukan dan itu semua dengan kehendak Mu Ya Allah~

Namun...
dalam pengharapan yang terancang ini~
rupanya ada lagi pihak lain yang lebih rapi dan bersungguh perancangannya~
perkara yang cukup menakutkan aku akhirnya terjadi~
keputusan yg terbaik untuk semua pihak telah memaksa untuk
aku dilepaskan tanpa rela~

hingga kini...
sudah puas aku memujuk diri...
berbekalkan iman di hati...
aku pasrah atas ketentuan Ilahi...
dia bukan milikku...
kehadirannya seketika~
hanya sebagai ujian dari Allah,
dan mungkin juga sebagai penebus dosaku....

cukup perit ujian yg kulalui ini....
dan sehingga kini~
kesepian di hati masih subur membuatkan aku sering menangis...
bukan kerana tidak dapat menerima takdir illahi,
tapi kerana pada ketika aku serahkan cinta itu...
telah aku serahkan sepenuhnya...
dan kini ia tiada lagi....
puas ku cuba hilangkan kesedihan ini....
tapi belum mampu........

Apa yang kuharap dari Mu Ya Allah~
tak sanggup lagi ku lalui keadaan sebegini utk seterusnya...
tapi aku sedar...
kehendak MU mengatasi segalanya~
suburkan sahaja iman di hati ini~
aku redha...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."

Surah Al-Ankabut ayat 2-3

.: Broken Toy's~ :.

Entah kenapa aku terlalu ingin menulis pagi ini~
Terkejut dengan khabaran bahawa dia sudah pun mempunyai insan lain~

Hati~ engkau cemburu?
Entahlah~ terbayang kisah yang tercipta antara aku dan dia~
aku benar jaga hubungan kami~
Terselit sedikit kekecewaan~
Tapi syukurlah, dia sudah kembali bertudung~

Dan dalam kejauhan aku Cuma melihat~
Hati tak mampu terima dikhianati~
Sudah cukup peluang yang aku beri~
Walaupun disakiti, pernah dikhianati~
hati tetap masih mampu menerima dia~

Biarlah~
Sekurang-kurangnya dia bahagia~
Walau bukan aku bahagianya dia~
Tp syukur, hatinya terubat~

Pernah diri ini berkata pada doanya~

“ilahi, jika dengan menjadikan ku sebagai boneka, mampu merawat kembali hatinya yang kehilangan~ aku serah diri ku pada Mu~ berilah dia kebahagiaan, dan tentukan apa yang terbaik untukku~”

Namun mengapa setelah itu yang aku minta~
Setelah diri diperlakukan seperti layaknya sepatung boneka~

Hati aku merintih~

Hati.. bukankah ini yang kau ingin kan?

Disatu sudut~ aku kira dan aku insafi~ lemahnya diri sendiri.
Jika aku ditakdirkan mempunyai satu lagi cinta~ adakah cinta itu mampu menerima aku?

Aku terdiam~~~~ menangis semahunya~

“ya~ aku mahukan CINTA Mu~ suburkan imanku, ya Allah”

Hanya itu harapku padaMu~ tidak sanggup untuk menghadapi rasa ini untuk kesekian kalinya~

Ilahi~ kurniakan dia kebahagiaan.. dan Kau tentukanlah apa yang terbaik untuk ku~

mungkin sekarang adalah masanya untuk aku melepaskan dia dari hidup aku~
dan kembali~

meneruskan perjalanan di atas mukanya bumi~
untuk mencari hakikat diri~
dan gelintar pada ertinya hati~

hati.. cukuplah~
engkau berhak bahagia~

-sepatung boneka-iman~

.: lily putih~ :.

Sunday, October 3, 2010

Lily putih itu~
lambangnya cinta yang dilputi duka~
Kerana lily, tidak seperti bunga lainnya~

Warna putih yang terlakar suci~
Kelopak yang besar dan kecil~
Melengkung dgn indah dan cantik~
Dan setiap kali mekarnya lily~
Akan terbuka sempurna dengan penuh keteguhan hati~
Harumya ternyata lembut~
Lantas mengundang ketenangan pada ertinya hati~

Lily~
Jika bersama dengan yang lainnya~
Tidak akan pernah menarik perhatian~
Tidak akan pernah mencuri pandangan~
Bahkan sebaliknya lily~
Akan terus menyokong~
Kelembutan dan keindahan yang lainnya~
Hingga terlihat lembutnya keindahan yang sempurna~

Kerana tanpa lily~
Cantiknya bunga, hanya tinggal sekadar kecantikan~
lily adalah bunga yang tabah~
Dan penuh kekuatan hasrat kehidupan~
Kerana itu yang membezakannya dengan melati~
Memberikan ketenangan untuk menghantar kepergian orang yang dikasihi~
Meskipun lily dan melati itu~
Tetap sama-sama putih~

Yang aku paling sukakan itu,
bunga lily putih~
Kerana liy.. ingin seperti lily~

Maka..
Jika ada yang bertanyakan padaku~
“apa bunga kesukaanmu?”

Lily~
Yang berwarna putih^^

.: kerana tetap seorang anak~ :.

Friday, October 1, 2010

Salam~ hari ni entah kenapa aku teringin sangat untuk menulis. Aku tidak tau apa yang ingin aku coretkan sebenarnya. Entahlah.. hidup~ Benar terlalu sukar. Penuh dengan ujian yang terkadang hampir saja tewas. Tapi sebenarnya itulah hakikat kehidupan, tidak akan pernah berhenti selagi mana diri masih bernyawa. Aku gagahkan juga sebuah senyuman. Kerana insan yang mampu tersenyum saatnya ujian melanda, Allah kurniakan nya kesabaran. Teringat bait doa yang pernah diajarkan seorang sahabat :

“kepada Allah aku datang, dan kepada Allah jugalah aku kembali~ ”

Semoga Allah kurniakan aku ketabahan~

Dan kekuatan mengharungi hidup~

Insya Allah~

Sebelum subuh tadi, aku mimpi kan ibu. Aku mimpikan ibu menjaga aku saatnya aku masih kecil. Ketika bermain arnab dihalaman rumah. Aku melompat-lompat ketika arnab itu berlari. Ibu tersenyum, dan lantas memipin tangan aku mengejar arnab itu. Riang~ ketawa seorang anak kecil. Memakai baju kuning yang menjadi kegemarannya satu ketika dulu. Baju hadiah ulang tahun kelahirannya yang pertama. Dan seketika aku tersentak dari mimpi~

Terasa air mata ingin mengalir~~

Aku terlalu rindukan ibu~

Ya.. rindu yang teramat sangat..

Lantas nombor ibu aku dail~ lama.. terdengar suara ibu.

Saat ibu mengucapkan salam, aku menangis. Menangis semahunya~

“ibu… Along sayangkan ibu. Maafkan along ibu. Maafkan along~~” dada ku sebak. Rasanya tidak mampu untuk aku menahan tangisan yang kian menjadi. Ibu kebingungan.

“along.. along kenapa ni? Kenapa along menangis?”

“along sayangkan ibu”

“ye.. ibu tau.. ibu pun sayangkan along. Jangan menangis along~ along kenapa ni? Along ok tak? Ada apa2 yang berlaku ke along?”

Aku diam~~ tangisanku keharuan..

“along.. along kenapa ni sayang? Cakap dengan ibu.. along ada masalah ke?” ibu terus bertanya~ kesian ibu. Aku menganggu tidur ibu~

“tak bu.. along Cuma rindukan ibu.."

Aku Cuma ingin mendengar suara ibu. Masih jelas mimpi yang bermain saat lena ku tadi. Aku tak mengerti. Tapi yang aku paling aku mengerti adalah aku terlalu rindukan ibu. Mungkin kerana bebanan bebanan ujian yang aku hadapi membuatkan aku hampir ingin berputus asa. Aku kira, dgn mencurahkan semuanya pada diariku~ aku akan terasa sedikit lega. Tapi ternyata tidak~ tetap ibu tempat aku ceritakan semua masalah ku. Tetap ibu, motivator terbaik yang aku pernah ada.

Perbualan aku singkat~ dengan berbaki sisa tangisan, diakhir panggilan aku sudahkan dengan ungkapan yang jarang aku ungkapkan pada ibu dan ayahku. Ibu, along sayangkan ibu dan ayah~ sampai salam along pada ayah.

Terasa mendapat kekuatan baru~ dari seorang ibu yang amat penyayang.

Selesai panggilan, azan subuh berkumandang. Aku termangu seketika. Berjeda yang amat lama. Allah~ aku masih tidak bersiap lagi untuk solat subuh berjemaah. Lantas lamunan aku matikan, dan terus membersihkan diri.

Subuh ku hanya di bilik~ masih terganggu dengan mimpi yang baru aku alami. Dan diam-diam, tanpa aku sedari, aku menitiskan air mata. Terbayang segala kisah hidupku~ yang aku harungi bersama keluarga dan sahabat yang tersayang. Aku jadi menangis sendirian.

Aku dibesarkan oleh dua buah keluarga yang berlainan. Mak dan abah, serta ibu dan ayah. Saat aku kecil, aku rapat dengan abah dan mak. Dan hampir setiap masaku dihabiskan dengan mereka. Abah tak mempunyai anak. Hanya aku seorang anak abah. Abah dan mak tidak pernah melayan aku seperti bukan anaknya mereka. Abah seorang pemotong rumput. Tapi hidup abah tenang. Hidup abah sederhana~

Abah tidak pernah meninggalkan solat jemaah atas sesuatu alasan yang remeh. Pernah satu ketika, abah ingin menunaikan solat maghrib di masjid. Dan dalam perjalanan, abah dilanggar lari oleh seseorang. Abah tak marah. Tiada nada kesal muncul dibait kata abah. Abah hanya balik, membersihkan luka dan menukar pakaian. Seketika kemudian abah pergi semula ke masjid. Selesai solat maghrib barulah abah ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doktor. Masih jelas di ingatan saat aku masih kecil. Kalau dulu, aku sering mengikuti abah ke masjid. Tak sabar rasanya menunggu abah pulang dari kerja. Dan di tingkap geriji, aku menunggu~ Terasa keriangan bila lihat kelibat abah~

“yeay2~ abah dah balik!! Abah dah balik!!”

Terlompat keriangan. Abah tak pandai dalam pelajaran, tapi abah pandai dalam kehidupan. Hidup abah dengan mak sederhana. Abah tahu bila masanya dia bergurau dengan mak. Berbual-bual dengan aku dan mak. Biasanya selepas balik kerja, abah berehat sambil ditemani oleh mak. Aku yang masa itu masih kecil hanya tahu menonton television~ kisah barney and friend. Dan pelbagai kisah kartun yg lain. Tapi abah tak pernah marah. Abah selalu tersenyum melihat aku~ kami bertiga, walaupun tidak meriah. Tapi kami cukup bahagia.

Pernah satu ketika, aku bermain dengan sahabat-sahabat aku yang lainnya. Dan saat itu hampir masuk waktu maghrib. Mak memanggil aku pulang~ tetapi naluri kanak2. Sentiasa degil. Abah ketika itu sudah pun bersiap untuk ke masjid. Dan tiba2 tanpa menghiraukan aku, abah terus pergi. Meninggalkan aku yang masih termangu-mangu. Lantas aku balik dan menangis.

“mak!!! Abah tak bawak along~~ along nak ikut!!”

Mak Cuma tersenyum. Dan perlahan mak memujuk ~

“tu la.. Along nakal lagi. Kan dah kena tinggal dengan abah. Lain kali bila mak panggil masuk, along masuk. Abah tak suka along main maghrib-maghrib. Abah tinggalkan along lagi nak?”

Aku jadi tersenyum sendirian bila mengingatnya. Cara abah mendidik memang sangat halus. Abah selalu memarahi aku kerana sering berlari-lari di dalam masjid. Tetapi keesokan harinya aku ulangi~ haha^^ naluri kanak2~ apa yang dilihat hanyalah keseronokan~

Mak pula pandai masak~ masakan mak sangat sedap. Aku suka makan masakan mak. Pernah satu ketika, mak dan abah baru balik dari kelas haji. Dan saat itu, mak tak sempat nak sediakan makan malam. Kami makan diluar. Dan aku yang ketika itu masih seorang kanak-kanak yang masih mentah, aku menangis mencari masakan mak. Sebab bagiku masakan diluar tidak sesedap masakan mak. Tetapi setelah dipujuk oleh mak, akhirnya aku mengalah. Benar, walaupun pakar masakan terhebat di dunia berkumpul memasakkan untuk ku, tidak akan sama dengan masakan mak. Dan dari kecil lagi, mak dah didik aku supaya jangan makan tak habis. Aku pernah menangis kerana dipaksa menghabiskan nasi yang bersisa. Saat itu, aku merayu-rayu dengan mak.

“tak nak mak!! Dah kenyang~ tak nak makan lagi~”

“along makan!! Itukan rezeki. Jangan bazirkan rezeki along!!”

Tetapi mak tetap mak~ mak tetap dengan keputusannya. akhirnya makanan yang bersisa itu aku habis kan semuanya. Hingga tidak ada sebutir nasi yang tertinggal. Dan Alhamdullilah, hingga sekarang, ajaran mak aku sematkan. Walau sekenyang mana sekalipun, jangan pernah bazirkan rezeki. Benar rezeki~ dan kerana itu kita harus menghargai rezeki. Jika tidak mampu, makanlah hanya sekadar yang mampu~ jgn pernah membuang walaupun sebutir nasi.

Mak pandai bercerita. Aku seringkali meminta mak bercerita tentang kisah-kisah nabi. Dan yang paling aku gemari, adalah kisah nabi yusuf. Pernah celoteh aku pada mak “mak!! Along nak jadi kacak mcm nabi yusuf la mak” mak hanya mengeleng. Terasa rindu saat dulu~

Dan saat yang paling menyedihkan bagi aku, adalah apabila aku terpaksa berpindah ke tempat lain bersama ibu dan ayah~ benar, mak dan abah hanya sekadar keluarga angkatku. Tapi aku tidak pernah mengangap mereka bukan ahli keluargaku. Mereka tetap mak dan abahku. Saat itu, aku terasa sepi sekali. Dan sebagai seorang remaja, nalurinya sentiasa ingin meberontak. Hampir 6 bulan lamanya aku tinggal seoang diri di rumah~ hati seorang remaja mana yang tidak tersentuh apabila insan lain balik ke sekolah melihat rumahnya bercahaya, tapi pada dirinya rumahnya gelap gelita. Keseorangan.

Dengan keadaan ayah saat itu kesakitan. Dan ibu terpaksa menjaga ayah di kampung halaman ibu~ sungguh, ibu benar seorang yg tabah. Kami berpisahan. Ianya bukan mudah. Tapi kerana adanya Allah, masing2 saling redha meredhai.

Masih jelas diingatan, ketika aku saat itu masih di darjah 6, Aku pernah menolong ibu menjual nasi lemak. Menjual nasi lemak kepada rakan-rakan dan guru disekolah. Masakan ibu sedap~ dan kerana itu, guru-guru yang lain sering menempah nasi lemak ibu melalui aku. Rutin kanak-kanak aku hanya sekadar kanak-kanak sederhana. Jika yang lainnya terpaksa bangun awal untuk kesekolah~ aku pula bangun sekitar pukul 4 pagi untuk menyediakan nasi lemak yang hendak dijual. Membawa nasi lemak yang hendak di jual itu ke sekolah. Aku jadi rindu pada zaman sekolahku~ ibu benar tabah. Seorang ibu yg sangat tabah. Dan sedikit sebanyak dari situ, aku mula belajar memasak~ masih jelas kata-kata aku pada ibu~

"ibu, nanti satu hari, ibu tak perlu susah-susah masak. alongkan ada~ along boleh masakkan untuk ibu dgn ayah"

Ibu tersenyum~ mendengar impian seorang anak. Ibu rajin mendengar aku bercerita. Melayan celoteh anak sulungnya~ ibu amat tegas dalam kehidupan. tetapi berkat ketegasan ibu~ aku boleh membaca sekitar umur aku 4 tahun. Dan cerita pertama yang ibu aku ajarkan kepada aku, adalah kisah "cinderella"-kasut yang hilang. Terima kasih ibu~ terima kasih.

Masih jelas di ingatan, saat aku masih kecil, aku adalah seorang kanak2 yang penakut~ dan saat itu, sahabat dunia akhirat ku, Firdaus Anna sentiasa menjadi pembela ku. Kami belajar mengaji bersama~ sekolah bersama~ bermain bersama. Dan hampir setiap perbuatan kami lakukan bersama. Aku memangil firdaus dengan panggilan abang. kerana firdaus lebih tua dari ku beberapa bulan~ setiap malam sebelum mengaji, kami akan melalui sebuah padang yang sangat gelap. biasanya kami akan berlari~ dan kebiasaannya aku yang sering ditinggalkan. Dan seperti biasa, pasti aku yang akan menangis.

"Abang tinggalkan along. mana boleh~ tak nak la kawan abang~"

Kami sering bergaduh. Tetapi senang berbaik~ kami budak kampung. Tapi kerana kampung, kami rapat. Dan sekarang terlintas, saat aku ditinggalkan dalam gelap, benarkah aku ditinggalkan? atau sebenarnya fridaus yg berlari ketakutan? haha^^ its really nice memory. Tapi sekarang kami terpisah lagi. Firdaus di bumi orang dan aku dibumi sendiri~ dan mungkin kali ini dalam jangka masa yang lama~

Ayah pula seorang yang sangat tegas. tetapi juga seorang yang pandai bergurau dan memujuk hati. Aku sering merajuk dengan ayah~ tetapi setiap kali itu aku sering tidak dihiraukan. Hingga pernah terlintas~ "ayah dah tak sayang aku lagi ke?"

Dan saat itu, ibulah yang sering menjadi tempat aku mengadu~

Pernah satu ketika, aku tendengar perbualan ibu dan ayah ketika awal pagi. Ibu bertanya pada ayah, mengapa ayah menangis malam tadi sambil memangil nama aku?
ayah menjawab~

"abang mimpi kan along. abang mimpikan along meninggal dunia depan abang~"

Kata ayah tenang~ aku hampir menangis. Insan yang aku kira tidak menyangi aku itu sebenarnya sangat sayang pada ku. Ayah.. maafkan along~ along tahu, ayah buat semua tu sebab nak along jadi orang yang kuat. Nak along jadi abang yang sebenar. Along kan anak sulung? Kalau bukan along yang jaga adik-adik along, siapa lagi kan ayah?

Ayah berkerja sebagai pemandu jentera~ kami hidup sederhana. Dikawasan kampung~ Pernah satu ketika ayah meminta aku mengurutkan tangan dia yang keletihan. Aku usap tapak tangan ayah. Kasar. Seolah2 ayah telah melakukan kerja sangat berat. Aku sayu~ Tangan aku tidak sekasar tangan ayah. ayah benar berusaha untuk keluarganya~ dan pernah satu ketika dahulu aku bertanya~

"ayah.. apa yg ayah doakan utk along lepas isyak semalam?"

ayah diam~

"Ayah doa supaya jangan panjangkan usia ayah sampai nyayuk. Tak nak along susah-susah jaga ayah nanti~"

Hati aku berdesir~

Aku menangis. Ayah.. jangan cakap macam tu. Along tetap seorang anak, ayah..

Ya Allah~ aku benarkan sayangkan kedua keluargaku. Mereka tetap keluargaku. Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku semenjak aku kecil~

Mungkin benar~ Masa berlalu, membawa kematangan. Satu ketika dahulu, pernah aku menyoal~ Kenapa jalan hidupku begini? tetapi kini, syukur ya Allah, engkau sedarkan aku dari zaman remaja ku. Seberapa banyak keluarga yang aku ada, seorang anak tetap seorang anak. Dan hakikat itu tidak akan pernah berubah. Aku tetap seorang anak pada mereka. Dan tanggungjawab sebagai seorang anak itu akan tetap aku pikul, selagi mana jasad didiami nyawa~

Hakikatnya aku sayang akan mak dan abah, ibu dan ayah~ Walaupun terpaksa membahagi cuti untuk kedua keluarga, walaupun terpaksa membahagi raya untuk kedua keluarga~ walaupun terpaksa membahagi masa antara dua keluarga~ aku tidak kisah. Kerana itu peranannya seorang anak. Aku bersyukur kerana dikurniakan kedua keluarga yang mampu memahami. Dan membentuk pandangan hidupku terhadap dunia~

terima kasih ayah~

terima kasih ibu~

terima kasih abah~

dan terima kasih mak~~

Andai kita berpisah lagi, along mohon.. Ampun kan semua dosa-dosa along. Dan maafkan along, jika tidak dapat menjadi anak yang baik untuk ibu ayah, mak dan abah~ along benar sayangkan kalian. kerana kalian, permata along. Along undur diri~ terima kasih, mak.. abah.. ibu.. ayah~

teringat gurauan aku kepada mak~

"Mak.. Nanti kalau along nak kawin, along kena buat kenduri 3 rumah la mak. Rumah mak, rumah ibu dgn rumah bakal mertua~"

mak tersenyum~~

hu^^