.: LeLaki :.

Wednesday, March 17, 2010

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul,

Srikandi,
Damsyik, Syria.

~Tukilan dari Novel Syabab Musafir Kasih~

mahar cinta~

assalamualaikum.. hu^^ hari ni macam tertarik hendak berkongsi satu lagu nasyid, Mahar Cinta devotees.. nasyid ni nasyid moden. mungkin ada yang tertanya tanya, kenapa nasyid sekarang lebih kepada "cinta insan".Tak seperti nasyid yang dibawa oleh pelopor2 nasyid terdahulu seperti raihan, Rabbani, diwani dan sebagai nya..

to view this, first, kita mesti terima setiap orang berbeza pendapat dan pandangan. tak salah kan berbeza pendapat.. urm, tak nak komen apa2 pasal ni.. just nak bagitaw, dalam nasyid, ada sesetengah nya berpendapat ini adalah salah satu medium utk berdakwah.. walaupun berhibur, tetap ada pesanan yang disampaikan. tetapi ada juga berpendapat,nasyid adalah sebahagian dari genre muzik. dan mereka berpendapat tak salah jika nasyid di kembangkan dengan sentuhan2 moden. mungkin untuk mengikuti peredaran zaman. lantas mereka mengasimilasikan sentuhan2 moden dalam irama nasyid..ok2 enough with that. hu^^

setiap kumpulan ada pro contra mereka tersendiri. raihan, hijjaz, rabbani.. semua ada kelebihan masing2.so, terpulanglah jika hendak mendengar apa yang mereka sampaikan..

cuma kali ni, aku terdetik untuk berkongsi lagu ni. lagu ni da lama rasanya.. cuma bila terdengar balik, i think its speak on behalf of me.. the reason why i didnt let a single girl in my heart.. because, bagi aku.. better pilih yang nyata dari yang tak pasti. perasaan itu milik nya Maha cinta.. ianya ghaib kan. kita tak tahu bila dia datang.. dan bila dia akan pergi... its not someting we sure that we can hold. but the thing is, kita dah ada sesuatu yang dalam gengaman. pelajaran.. pkerjaan.. itu semua nyata kan.. nah, better didahulukan sesuatu yang nyata..

aku harap di pengakhiran cinta aku, aku akan memiliki sebuah keluarga yang bahagia. isteri yang baik, anak2 yang soleh dan solehah. and above all that, aku kena jadi seorang suami dan ayah baik. tapi langkah permulaan aku bagi pengakhiran cinta itu apa? to do nothing?? tak kan.. so i decide, utk pengakhiran cinta yang aku impikan, aku kena la didik diri aku sendiri. aku kena semaikan didalam diri ini dengan sifat2 seorang suami dan ayah baik.. bukan kah seorang suami yang baik harus lah memiliki ilmu yang tinggi untuk mendidik isteri dan anak2 mereka nanti? dan utk sebuah keluarga yang kukuh, aku perlukan sumber kewangan. utk sumber itu harus bekerja menyara keluarga aku nanti. adakah cukup hanya berbekal cinta? cinta itu kan komitmen? love is a verb rite? aku perlu bekerja, dan utk mempunyai pekerjaan aku kena belajar.

nah.. sungguh berliku kan jalan yang harus aku lalui.. tapi itulah pengakhiran cinta yang aku harap kan... walaupun tidak sampai ke tahap yang diimpikan, sekurang2 nya aku serius ke arah itu.. insya Allah, bukan kah Allah melihat usaha hamba2 nya..

aku tak kisah bintang timur aku nanti bagaimana orangnya. kerana itu telah ditetapkan untuk aku. yang penting aku kena sediakan diri aku sebaik nya.. aha^^ adoi.. aneh2 je ak ni...
hu^^ apa pun.. thats All i want to share. thanks ya sahabat2 kerana membaca tulisan yang tak seberapa ni. jujur, aku hargai nya^^ hu.. ok la... Assalamualaikum^^

hanya sekadar aku

~salam..
tiada apa yg istimewa atau utk dikongsi bersama..
sekadar coretan kepada diri.. yang sedar akan siapa dirinya..
dirinya yang hanya sekadar debu.. debu di mana setiap orang terlepas pandang darinya..
seorang insan yang tidak pandai bergurau.. mengambil hati.. atau berfikir panjang..
insan yang terlalu lembut hatinya..
terkadang diri ini bertanya..mengapa hatinya perlu begitu lembut..
mengapa wajahnya hanya mampu mengukir senyuman? mengapa tiada ungkapan ketegasan yang bisa diungkapkan?

semakin mencari jawapan.. semakin hilang jawapan yang dicari..
jadi di dimensi mana harus di gelintar?
harus bagaimana utk di interpretasikan?

aku bukanlah seorang yang bijak..
dan bukanlah seorang yang pandai mengambil hati..
hanya sekadar aku..
seorang lelaki yang pemalu..
entah apa yg di perjuangkan dan entah apa yg dilakukan..
menjaga pandangan hinggga di katakan sombong..
aku hanya ingin menjaga nafsuku...
aku manusia..
dan aku sedar itu...

kenapa harus ada perasaan cemburu?
sakit...
walaupun hanya sekadar menyedapkan hati..
tetapi realitinya sakit itu tetap terasa..
hakikatnya aku keseorangan..
aku ingin kan jawapan..
inikah balasan ku tuhan?
ingin meneguk sesuatu yang engkau larang?

Allah.. sakit..
sakit ya Allah..
aku ingin menzahirkan diriku dgn lebih lagi..
mezahirkan perasaan yang tersimpan didalam diri..
tetapi pesanan Mu menyekat segala nya...
aku keliru tuhan...
aku keliru...
andai ada kebaikan yang aku lakukan ikhlas di mata mu..
ikhlas pada pandangan Mu..
aku mohon akan pentunjuk Mu..
haruskah aku bertahan??
saat aku berseorangan..
kehilangan ikhwan halaqah ku..
kehilangan iman ku...
berat untuk aku meneruskan sesuatu yang aku yakini...
akankah aku tersungkur di medan ini??

persoalan itu masih berlegar difikiran..
adakah insan seperti aku masih layak untuk rusuk kirinya?

sekeping nota

Assalamualaikum, salam terindah kepada para sahabat sekalian. Tiada apa yang istimewa, Cuma ilham di fikiran meminta untuk diluahkan untuk dikongsi bersama. Mungkin kerana nota kecil yang diutuskan kepada aku membuka kembali minda yang telah kekosongan. Nota kecil yang menyedarkan kembali tujuan asal aku menuntut ilmu. Nota yang aku utuskan kepada diri aku sendiri sebagai penguat jiwa mencapai impian. Nota yang aku tulis di saat diri kehilangan diri. Dan benar, nota itu adalah nota dari diri, kepada diri.

“ Go forward young muslim.. Kemana sahaja engkau pergi, dibawah teriknya mentari, atau di sinarnya bulan.. ingat, Allah sentiasa di sisi mu..”-iman danish

Aku tersenyum sendirian. Relung hatiku kian membasah. Tak sangka bahawa diri ini yang menulisnya satu ketika dahulu. Saat insan lain sibuk mengejar cinta dunia, diri ini teguh meyakinkan diri akan cinta Nya. Namun apa yang terjadi kini? Diri ini kian mendambakan cinta dunia? Cinta insan yang miliknya sementara? Adakah itu yang didambakan oleh diri ini dahulu? Aku termenung jauh. Dalam2 aku berfikir tentang sejauh mana aku telah melangkah. Kenangan lama kembali menerjah fikiran. Dan seketika, aku tersenyum.

“Along!! Kan abah dah cakap jangan lari2 dalam masjid. Orang nak sembahyang kan!! Lagi sekali abah nampak Along lari2 dalam masjid, abah tak bawak Along lagi!!”

Aku terdiam. Tersenyum seketika. Pesanan itu.. ya, pesanan yang tidak mungkin aku lupakan. Saat aku masih kecil. Mentah dalam mentafsir dunia. Melihat dunia dari kaca mata seorang kanak2. Kecil.. penuh keriangan. Apa yang ada difikiran ketika itu hanyalah bermain. Bermain mercun disekitar masjid, bermain galah panjang hingga terluka, bermain tangkap tiang bersama teman. Semua itu kembali mengamit fikiran. Mungkin, ketika itu, jiwa anak kecil ini masih tidak kenal apa itu cinta. Jiwa yang masih naïf tentang perasaan cinta. Perlahan terasa air mata ini ingin mengalir. Allah.. apa yang aku lakukan hingga kini? Adakah dunia mula bertapak dihati ku sedikit demi sedikit?

Kenangan itu kembali semula diminda. Bermain mengusik perasaan yang kian sayu. Aku rindukan waktu dulu. Waktu dimana aku berlari keriangan bersama teman-teman. Saat diri ini masih naïf tentang ujian dunia. Saat diri ini merasa dunia ini hanya ada dia dan keriangan. Dan waktu aku dimarahi kerana silapku, keesokannya tetap aku ulangi. Tetapi jiwanya Anak kecil. suci dan bersih. Mudah di corakkan warnanya. Ketika itu diri ini masih tidak mengerti mengapa harus dia di marahi. Ternyata apabila waktu berlalu, diri ini mengerti akhirnya. Kemarahan yang di berikan adalah didikan kepadanya. Agar dia menjadi dia satu hari nanti.

Aku tersenyum. Air mata ini tampaknya tidak mampu aku tahan. Terasa pipi ku basah. Aku menangis? Sudah berapa lama mata ini kekeringan air mata? Rasanya cukup lama hingga membuatkan hati ini bertambah hitam dan keras. Hingga sukar untuk dididik. Allah… betapa aku jauh dari Mu.

“Ala.. kan abang suruh Along jadi ikan paus. Biar ecah yang raksaksa. Along ni kan..”

“tapi Along nak jadi raksaksa.. Along tak nak jadi ikan paus. Ikan paus tak boleh keluarkan api macam raksaksa. Ikan paus Cuma tau berenang je”

“Along ni nak main ke tak?!! Kalau Along tak nak jadi raksaksa, jgn kawan dengan abg lagi!”

“ala.. yela.. yela.. ngaum..”

Tersenyum seketika. “Abang”. Gelaran yang aku berikan pada seorang sahabat karibku sejak kecil. Kami sebaya. Tetapi aku lebih selesa memangilnya abang. Mungkin kerana aku lebih muda beberapa bulan dari dia. Atau mungkin juga aku yang masih keanak-anakan pada masa itu? Entah lah..tapi yang pasti, persahabatan kami adalah anugerah yang terbaik yang pernah aku kecapi. syukran firdaus atas persahabatannya. maaf, jika aku bukanlah seorang teman yang terbaik yang engkau pernah ada.

"ecah nak jadi monyet!! nak jadi monyet!! uk.. uk"

"ala.. ecah jadi otromen perempuan la. sekali dengan abang. nanti kita fire along"

"along!! fire!!"

memori itu datang. dan perlahan aku menafsir. sesekali tersenyum pahit. rindukan waktu yang melakar kenangan. naif tentang hakikat kehidupan. mentah dalam melihat hikmah yang tersirat. kaca mata kanak2, pasti hanya keseronokan yg terlakar difikiran. aisyah amira, atau nama manjanya dikalangan kami adalah ecah. salah satu sahabat karib ku hingga kini. zaman kecil kami sememangnya rapat. aku rindukan mereka ya Allah. aku rindukan persahabatan yang suci itu...

tersenyum mengingat peristiwa lalu. benar2 mencuit hati insan seperti aku. Allah, kalau lah masa itu ditangan ku, pasti akan aku putarkan kembali roda itu hingga kembali ke zaman kanak2 aku dahulu. melihat aku yang masih bersih dari warna kehidupan. tidak hilang dalam pencarian diri. kerana satu yang pasti suatu ketika dahulu, aku adalah kanak2 itu. kanak2 yang hanya berfikir tentang permainan dan gula2.

mungkin kerana itu aku membesar dengan pandanganku sendiri. melihat dunia dan mula mentafsir. mencari erti bagi kehidupan. mencari erti persahabatan. gelintar pada kenangan yang telah ditinggalkan. masih jelas difikiran aku menangis dan terduduk saat aku dipukul dengan ujian kehidupan. kehilangan impian di depan mata.. kehilangan kepercayaan yang diberikan.. semua itu benar2 mengusik fikiran.

" adik, kalau adik mohon pun.. dengan keputusan adik yang macam ni, sampai sana diorang akan tolak."

"tapi akak.. tak boleh ke saya nak borang MRSM tu? itu impian saya kak"

" tak boleh adik!! keputusan adik teruk. org yang dapat D dalam matematik mana boleh mintak borang ni. kan cikgu dah ada cakap dulu!!"

"tapi.."

"dah la dik.. adik balik la. takde harapan adik kat sini. kalau adik tunggu lama2 pun, bukannya adik akan dapat borang tu"

air mata ku deras mengalir. kenangan itu amat pahit untuk diingati. aku terduduk di suatu sudut sambil menangis. menangis semahunya. aku tak tahu. tapi saat itu, aku benar2 kecewa. sekolah itu impian ku. impian yang membakar semangatku. aku tahu, aku budak kampung. tidak sepandai mereka. tetapi salahkah aku jika aku sekadar memohon? mengecapi impian seperti insan lain? syukur, Allah berikan kekuatan untuk terus bertahan. dan apabila kenangan itu kembali difikiran, aku tidak sangka, suatu ketika dahulu aku berjaya menatang hati dan semangat yang telah runtuh dan kembali ke sekolah.

"di jemput guru besar, En. nasir bin haji Ali untuk menyampaikan anugerah pelajar terbaik spm pada kali ini. dan dijemput, saudara Mohd Shahdil Amin Bin Johan untuk naik ke atas pentas bagi menerima anugerah tersebut"

sendirian, aku mengukirkan senyuman. siapa sangka seorg yang pernah dihalau keluar suatu ketika dahulu berjaya menerima anugerah tersebut. syukur ke hadrat ilahi. berkali-kali aku ingatkan pada diri, bahawa ini adalah kurniaan ilahi. dan aku pendamkan sedalam-dalamnya perasaan riak di hati. aku tidak layak untuk itu. terima kasih tuhan, kerana mengatur perjalanan hidupku dengan begitu indah sekali. sungguh, engkau tidak pernah mensia-siakan hamba Mu.

dan kini, aku berdiri. melihat kembali kenangan. tidak ingin rasanya terus larut didalam perasan. syukur, kerana nota kecil itu.. mengingatkan kembali siapa aku. insya Allah, akan aku teruskan perjalanan. walaupun terkadang lelah dalam perjuangan, walaupu terkadang diuji dengan ujian yang berat.. satu pinta ku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua itu. terima kasih ilahi.^^