.: kisah pohon kurma dan tembikai~:.

Monday, December 13, 2010

Teringat kisah buah kurma dan buah tembikai yang sering aku ceritakan pada adik-adik satu ketika dulu~ kisah yang bermula pada suatu ketika di sebuah perkampungan yang terpencil. Di hujung kampung tersebut tinggalnya sebuah keluarga, si ayah dan si anak. Mereka bekerja sebagai nelayan~ dan saban hari, mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh bagi mencari rezeki. Si ayah seorang yang sabar~ gigih mencari rezeki bagi keluarganya. Tidak pernah sekali si ayah mengeluh tentang nasibnya sebagai seorang nelayan. Tapi anak lelakinya~~ ah.. sebaliknya.

Si anak sering mengeluh tentang hidupnya~ tentang kehidupan yang dirasakan tidak adil. Kenapa yang kaya itu harus wujud? Dan kenapa harus dia dilahirkan miskin? Persoalan-persoalan ini sering dilontarkan kepada ayahnyq~ dan seringkali itu juga, ayahnya berdiam diri~

“ayah~~ kenapa harus dunia ini bersifat tidak adil. Kenapa harus ada yang kaya dan miskin? Kenapa harus kita bersusah payah mencari rezeki sedangkan raja hanya duduk di atas takhta? Kenapa ayah?” tanya si anak ketika pulang dari mencari rezeki.

Si ayah hanya berdiam~ membiarkan saja anak yang masih mentah itu berkata semahunya~ seketika tersenyum pahit~ pahit mengenangkan anaknya yang pesimis tentang hidup~

“lihat saja ikan yang kita dapat hari ni ayah~ hanya sedikit. Sedangkan kita berusaha seperti layaknya keringat ini ditumpahkan~ sungguh!! Tuhan amat tidak adil pada kita~” bentak si anak~

Ayahnya hanya berdiam~

Seketika tiba di pohon kurma, si anak menyambung~

“lihat saja pohon kurma ini~ cukup membuktikan ketidak adilan tuhan dalam didunia ini. Buahnya bahkan kecil. Tetapi pokoknya besar. Dan cuba lihat tembikai itu~ buahnya cukup besar, tetapi pokoknya.. ah.. hanya lilitan yang menjalar~ tuhan tidak adil ayah!”

Si ayah yang seketika tadi berdiam diri, hanya membalas~

“seeloknya kita berehatlah disini dulu. Sudah cukup tenaga kita hari ini~” balas si ayah sambil menyandarkan badannya pada pohon kurma tersebut. Melihat ayah yang keletihan, si anak luluh~ dan lantas mereka terlena seketika~ tiba-tiba~

“aduh!! Sakitnya~~~”

“kenapa? apa yang berlaku anakku?” balas si ayah terkejut. Lantas terbangun dari lenanya~

“pohon kurma ini! Buah kurma ini jatuh di atas kepala saya.” Balas si anak sambil mengusap kepalanya~

si ayah tersenyum lebar~~~~ dan jelas terzahir ketawa kecil. Tadi di hati, kini di wajah jelas mempamerkan riak terhibur.

“kenapa ayah malah ketawa. Tidak ada yang lucu ayah!” balas si anak~

Ayah tersenyum~ bahu anaknya diusap perlahan.

“ayah ketawa kerana katamu tadi. jika buah kurma yang menghempap kepalamu sebesar buah tembikai. Makanya ayah telah hilang salah seorang anak yang ayah sayangi ini. Syukur~ buah kurma ini tak seperti katamu – sebesar buah tembikai” balas ayah tersenyum~

Jelas anaknya mengangguk perlahan~ dan lantas memahami apa yang cuba disampaikan~~~

--------------------------------------------------------------------

Sekadar sedikit ulasan dari cerita tersebut. Masa mula2 aku dengar cerita ni, dari seorang fasi yang ketika itu mengadakan program di sekolah aku dahulu. Aku tertarik~ sangat tertarik. Kita sering mengeluh, tentang ketidak adilan hidup pada kita~ jika berbicara dengan orang yang tinggi “aku”nya~ tentang harta, pelajaran, anak~ maka jika tanpa disedari hati kecil kita akan berbicara, “ah.. sungguh bertuah dia. sudahlah melanjutkan pelajaran ke luar negara~ mempunyai pangkat Dato yang disegani~ mempunyai anak yang hebat dalam pelajaran~” dan tanpa disedari pasti rasa rendah diri itu tersuntik perlahan. Dan lantas menyesali apa yang telah dikurniakan~ benar ?

Entahlah~ sukar hendak menentukan.

“bagaimana rasa tidak dihargai?” tanya Edi satu ketika~ nadanya sedih. Jelas tergambar riak kecewa. Mungkin kerana bebanan disekelilingnya membuatkan dia terasa lemah. Wajahnya pucat. Melihat aku berdiam, edi menyambung~

“aku Cuma meminta sedikit penghargaan. Seolah-olah pengorbanan aku tidak dihargai~”
keluh edi~ aku mengelengkan kepala~ terasa kesal dengan luahan edi.

“jadi… kau menuntut harga pengorbanan itu?” tukas ku~

Edi tersentak~ terkejut barangkali~ tidak sangka pertanyaan itu aku ajukan.

“aku Cuma minta dihargai iman~~~”

“dan itu adalah harga yang paling mahal sekali untuk dibayar~~~” pintas ku. Jelas tergambar kekecewaan dari jawapanku~ terasa bersalah seketika. Lantas bahu edi aku usap perlahan. Penuh mahabbah~ Sejujurnya aku sayang akan sahabat aku yang seorang ini~

“kadangkala edi~ kita kena bersedia untuk tidak dihargai. Itu lumrah~” balasku perlahan. Edi ternyata diam. Seakan ada sesuatu dibenak fikirannya.

“mengapa?” soal edi~ senang dengan pertanyaannya. Walaupun pada mulanya aku sekadar ingin menjadi pendengar, tetapi edi banyak memberi aku laluan untuk bercakap. Terasa segan diraikan begitu.

“kerana kajian menunjukkan bahawa majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita memberi kerana mengharapkan terima kasih, kita akan sakit jiwa edi.”
balasku~

“adil ke setelah memberi kita dilupakan?”

Aku tersenyum~ gembira melayan pertanyaan edi~

"baiklah. Kalau macam tu, adil ke kita setelah kita terima sekian banyaknya nikmat yang diberikan oleh Allah, majoriti manusia tidak bersyukur kepada Nya? Allah sendiri menegaskan melalui lidah nabinya, bahawa sedikit sekali hambaNya yang bersyukur."

“dunia memang tidak adil~~~” keluh edi perlahan~ aku menggelengkan kepala.

“tidak. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kalau kita yang kerdil ini tidak memberi hanya kerana orang lain tak mampu berterima kasih, cuba bayangkan Allah, yang Maha Besar, yang masih sudi memberi walaupun hambaNya tidak mampu bersyukur. Siapa yang lebih besar? Kita atau DIA? Siapa kita edi?” balasku panjang lebar~

Mendengar penjelasanku, edi luluh~ syukur, sahabat yang seorang ini begini, jika melihat kebenaran, hatinya lantas luluh.

“jadi sekarang bagaimana?” tanya edi mengharapkan jawapan~

“teruskan memberi. Memberi dengan kasih sayang~ ibarat ibu yang gembira melihat anaknya yang keriangan ketika memberikan hadiah. Kenapa kita mengharapkan penghargaan? kerana kita tidak lagi gembira lagi dalam memberi. Kerana kita merasakan memberi itu mengurangkan. kita memberi kerana mengharapkan balasan. Edi~~ kita hidup tak terlalu lama edi. Tapi satu yang hidup ini mengajar kita~ tak semua yang kita nak kita akan dapat. Jadi bagaimana hendak melepaskan diri dari belenggu itu? Iatu dengan bersyukur apa yang kita dapat edi~~” balasku panjang lebar~

Hakikatnya, hidup mana yang tidak ada masalah~ selagi mana diri bernyawa, selagi itu masalah tetap ada. Terkadang mengharap yang lebih~ tanpa disedari menyesali apa yang dikurniakan.

Hidup adalah ujian~ suka dengan petikan kata2 einstein, dunia adalah relativiti. Tidak ada yang menang jika tiada yang kalah~ tiada yang cantik jika tidak dibandingkan dengan yang kurang cantik. Tiada yang kaya, andai tiada yang miskin. Semuanya kelansungan~ berdiri diatas yang lainnya. Sebagaimana pandai berdiri diatas yang kurang pandai. Raja yang berdiri kerana adanya rakyat~ guru yang berdiri kerana adanya pelajar. Hakikatnya yang berdiri dengan sendirinya adalah satu~ Allah.

Sincere~ iman.

3 kRitIkaNs:

Anonymous said...

hidup dengan kesyukuran menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat...walaupn kadang2 apa yg kita mahukan itu lambat tapi lambat laun kita akan peroleh tanpa disedari...seharusnya selalulah bersyukur kerana kelak ia akan hadir...

Pajill Nostra said...

Kalu kene buah tembikai tu alamat jadi helmet la budak tu.. Huhu!

miz ruha said...

like~~