.: Cinta Matrikulasi : Disini Bermulanya sebuah tarbiyah~ :.

Tuesday, December 21, 2010

sebenarnya aku tiada suatu yang menarik apatah lagi berharga untuk dikongsikan bersama. Namun, kerana risaunya kisah ini dibiarkan berakhir tanpa diambil pengajaran darinya, maka bismillah. Aku mulakan catatan peribadi ini. Semoga menjadi ibrah buatku, dan menjadi ingat-ingatan di masa depan. Semoga nantinya menjadi semangat diri~ seandainya Allah mentakdirkan aku untuk diuji dengan selemah-lemah iman dan kekufuran –nauzubillah.

Lembaran diari 2 tahun lepas aku kuak. Jelas berterbangan debu yang bergentayangan. Tulisan kecil itu amat aku rindui~ seketika mengamit rasa ketika aku dialam matrikulasi. Dan dengan cermat, diari itu aku bersihkan. Helaian demi helaian aku menyelak~ membaca tulisan yang pernah aku nukilkan. Diari itu tempat luah rasaku. Diari itu tempat tumpah jiwaku~ teman ketika kesedihan dan rakan ketika kegembiraan. Sungguh, terlalu rindu dengan sebuah kenangan yang pernah tercatat dalam kisah hidupku~ dan tanpa aku sedari, air mata ku mengalir. Menatap kembali gambar kenangan didalam sebuah diari~

Cinta seorang ikhwah~ disini bermulanya tarbiyah.


Suasana di disekitar surau Al-Muttaqin kelihatan lengang di pagi hari~ dan dari kejauhan, aku lihat dia keluar dari bait pintu-pintu surau yang terbuka luas. Wajahnya jernih~ sejernih hatinya yang ketenangan. Aku kira dia baru selesai menghadap tuhan di waktu dhuhanya. Tingkahnya lembut~ selembut tutur katanya. Tanpa berkata, dia sudah pun mampu menasihati insan lain melalui peribadinya yang indah~ sungguh, itu yang mengundang kekagumanku pada dia.

Di meja itu, aku jadi tersenyum sendirian~

Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku~ aku mempunyai idola dalam senyap. Tanpa aku sedari, aku mengagumi seorang insan. Dan perlahan,terdengar bisikan hati, “aku ingin mencontohi dia”~ mempunyai peribadi yang indah serta tutur yang sopan. Rupanya biasa~ tetapi kerana keanggunan peribadi menyerlahkan lagi penarik diri.

Dan yang paling mengundang kekaguman aku pada dia adalah keterbatasannya menjaga pergaulan. Tingkahnya bersahaja ketika bertutur, tidak senyum dan tidak juga marah. Hanya biasa. Tutur katanya juga biasa. Wajahnya jernih dengan senyuman. Senang sekali melihatnya tersenyum. Dan tanpa aku sedari~ aku berkira sendirian.

Sementara aku?

Ah.. yang dahulunya Masha Allah, cukup bergelumang dengan jahiliah. Diantara barisan-barisan pelajar nakal dahulunya, aku adalah diantara pelajar nakal yang cukup dikenali. Beza aku dengannya itu jauh. Pernah satu ketika aku meluahkan ketidak puashatian aku pada seorang abang yang seperti malaikat. Rimas kataku. Abang yang sering memberikan kitab-kitab karangan iman Al-Ghazali~ dan tafsir serta terjemahan Al - quraan untuk dibaca. Pernah sekali aku bertandang kerumah abang itu dan bermalam disana. Ketika aku tidur~ dia bahkan mengaji. Menangis yang amat perlahan. Tidur ku jadi tidak lena. Dan ketika aku bangun dari pembaringan saatnya solat subuh, abang itu sudah pun di sejadah.

ah.. Malaikat apakah ini?


Tapi syukurlah~

Kerana hampir dua tahun abang itu merimaskan aku dengan perangai malaikatnya, hati aku runtun. Ditarik-tarik dan di asak-asak ke arah kebaikan. Aku jadi rindu akan esak tangis abang itu ketika malam~ rindu pada nasihat yang sering diberi. Dan tanpa aku sedari, hati aku yang dahulunya cukup keras~ kian mudah terusik.

Dan kini~

Aku merasakan dia adalah bayangan abang malaikat itu~

Ah.. apa orang yang baik, peribadinya semua indah?

Aku jadi berteka teki.

Kedengaran suara seseorang memanggil~ lantas aku menoleh.

“iman! Hang buat apa tu?! Cepat masuk kelas. Cik Habibah dah masuk!” suara Ehsan memecah sunyi~ menyedarkan aku dari lamunan tentang dia.

Aku lihat jam tangan~ Ya Allah, aku sudah terlambat~ dan lantas aku bangun meninggalkan dia yang seketika tadi menjadi perhatianku~

-----------------------------------------------------------------------------

Hati aku penasaran~ maghrib tadi aku lihat dia ke menuju ke surau. Cukup tertambat hatinya dengan rumah Allah itu. Aku ingin mengikuti~ tapi apabila fikiran diterjah, apa layak insan seperti aku ke surau~ niat itu termati. Hanya didalam hati aku kagumi~ selepas solat, fikiran aku melayang terhadap abang malaikat yang aku kenali itu. Ah.. bagaimana dia sekarang? Sejujurnya aku tidak pernah melihat peribadi seindah dia~ dan sekali lagi lamunan ku terhenti~

“eh amin~ cepat la. Kata nak makan~ dah lapar dah ni” terjah fadli rakan sebilik~

“ok2~ sabar la..” balasku. Sejadah dihadapan aku lipat~ kemas. Dan dihujung katil, aku letakkannya disitu.

“Eh, Palie~ Isyak ni kita ke surau nak?” soalku~ Fadli kebingungan~

“kau ok tak ni min? ko ada terhantuk apa ke masa mandi tadi? Ke kau ada terjatuh masa balik kelas tadi ke?” Fadli membalas~ sahabat aku yang seorang ini begini. Penuh dengan jenaka~ yang terkadang mengusik juga dihati. Aku selesa di panggil amin oleh sahabat-sahabat yang rapat. Terkadang dipanggil iman oleh mereka yang mengenali~ tetapi hakikatnya, amin atau iman, tetap itu namaku.

“Nak tak? Ala.. sekali sekala je Palie. Bukan selalu aku ajak”

“err.. tak pela. Kau pergi la dulu ye. Nanti aku follow belakang~ okeh?” balas Fadli~ aku sekadar senyum.

“ok la kalau macam tu~ kau bungkus kan aku makanan boleh? Nasi lauk ayam~ dengan sayur sikit. Boleh? Nah.. ni duitnya~” balasku sambil menghulurkan sekeping not lima ringgit. Fadli mengangguk~

“okeh! Nanti doakan aku sekali tau min~” gurau Fadli~

Aku tersenyum. Tak perlu rasanya membalas gurauan Fadli.

Langkah aku tuntun perlahan~ menuju surau Al-Mutaqqin yang berada tidak jauh dari kolej kediaman kami. Sepanjang perjalanan aku lihat pelbagai ragam orang yang sesetengahnya aku kenali. Terdapat yang berdua-duaan di bilik-bilik tutor~ dan tidak kurang juga mereka yang mengadakan perbincangan berkumpulan. Lorong-lorong ke dewan kuliah sunyi. Ditemani lampu-lampu neon yang menyala~ hanya kawasan sekitar bilik tutor yang keadaannya seakan terisi.

Pelajar-pelajar yang lain sibuk dengan urusan mereka sendiri. Ada yang mengulangkaji pelajaran~ ada yang makan di café~ dan tak kurang ada juga yang sedang tidur. Ternyata benar, kami cukup berbeza walaupun hakikatnya kami hidup pada dunia yang sama.

Seketika tiba di surau Al- Muttaqin~ aku menuju ke tempat mengambil wudhuk. Terasa hati terlalu sayu saat mengangkat air di muka. Sudah berapa lama aku tidak kesini? Tak pernah rasanya~ entah kenapa malam ini aku terdetik berkunjung di rumah Allah ini. Ah.. hati aku bedesir sayu~~~

Perlahan, aku menutur langkah ke surau~ aku tak tahu apa yang aku lakukan disini. Aku hanya datang. Dan di suatu sudut~ aku duduk disitu. Sendirian~ Melihat pada wajah-wajah jernih di dalam surau. Entah kan kenapa aku seakan mahu menangis~ hati aku berat. Ah.. betapa selama ini aku bergelumang dengan jahiliahku. Hingga ke surau terasa cukup asing~

Dan tiba2~ bahu aku diusap perlahan~

Aku menoleh kebelakang~

Dia?!!

Aku jadi terkekejut sebentar~ bejeda yang amat lama.

Wajah itu tersenyum~ senyuman yang sangat menyenangkan. Hati aku tenang melihatnya~ seketika, dia memulakan bicara~

“Assalamualaikum akhi~ mari.. tadabur bersama ana. Ana perlukan teman untuk bertadabur bersama~” katanya sambil tersenyum.

Aku membalas senyuman yang dilemparkan. Relung hatiku basah. Tuturnya indah~ melambangkan peribadi yang indah. Tanpa aku sedari aku mengangguk lemah~ Al-Quraan di rak di ambil dan diserah padaku. Aku tersenyum~ dan buat pertama kalinya aku membaca Al-Quraan bersama orang yang aku kagumi~

Indah. Alunan suaranya cukup indah~ fasih bahkan. Aku menjadi kagum~ kagum ya amat. Tutur kata yang melambangkan ilmu yang penuh didada~ dan seketika sampai di ayat taddabur kami.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Al-hujurat, ayat 13

Dia menyudahkan bacaan~ tersenyum memandang aku yang sedang sedang kegelisahan. Dan seketika, dia memulakan bicara~

“Akhi~ Ayat yang kita baca tadi menerangkan tentang kebesaran Allah dalam mencipta kita yang berbagai bangsa. Supaya kita saling kenal mengenali~ kerana disitu akan terlihatlah kebesaran Allah. Hakikatnya kita tetap sama~ seorang manusia. Hanya orang bertakwa yang paling tinggi darjatnya disisi tuhan akhi~”

Kata-katanya menyentuh hati~ aku jadi berkira sendirian. Betapa selama ini aku menyesali diri. Menyesali diciptakan bergelumang dengan jahiliah. Betapa selama ini aku memandang tinggi insan yang berharta dan berpangkat. Dan seringkali meremehkan kelebihan dan kekurangan orang lain. Hakikatnya disisi tuhan itu hanya satu~ Takwa.

Ah.. air mata ini ingin jatuh. Tetapi aku tahan~ malu mungkin? Entah~ melihat aku diam, dia bertanya~

“akhi.. nama antum siapa?” dia bertanya~ lembut. Jelas terasa~

Tersenyum~

“amin..” balasku terhenti.

“panggil saya amin~”

Kulihat dia tersenyum~

“ana shah rizal. Panggil ana rizal~” balasnya perlahan. Seketika terasa jalinan ukhwah kami tersimpul. Jalinan mahabbah yang tidak akan terputus~

Shah rizal~ itu namanya.

Aku tersenyum~ selesai taarufan kami, azan isyak berkumandang~ lantas, isyak itu menjadi saksi pemulaan ukhwah kami~ suka duka di matrikulasi ini nantinya~

5 kRitIkaNs:

as-syifa' said...

assalamualaikum..
story yg indah untuk dikongsi..
byk kisah untuk dikongsi...
insya-Allah semoga akhi berada dlm limpahan rahmat-Nya..

manna_salwa said...

salam,
alhamdulillah.. indah terbiyah yang Allah kurniakan buat saudara..

terima kasih ats perkongsian..
benar2 menyentuh hati..

miz ruha said...

sebak terasa didada,,,

thanks atas perkongsian,,

macam kenal ngan gambar tu,,matrik mane dulu,,?

hOney n' cLOver said...

=^.^=

nerz mimi said...

al muttaqin.... KMPh kn.... rindu semayang kat surau tu....