.: secebis jawapan :.

Saturday, April 17, 2010

Salam sejahtera. Hi Karen.maaf kerana lambat menjawab pertanyaan Karen.mungkin kerana kekangan2 masa dan komitmen2 lain yang menutut, maka saya terpaksa tangguhkan permintaan Karen. Sekali lagi saya mohon maaf. Di celah kesibukan, saya cuba melapangkan waktu utk pertanyaan Karen. Semoga ada kebaikan nya utk kita bersama. Saya berkali2 mengingatkan diri saya supaya apa saya huraikan dan sampaikan tidak tersasar dari makna sebenar ayat tersebut dan berharap agar jawapan saya memenuhi permintaan Karen. Insya Allah (dengan izin Allah). saya cuba menjawab soalan Karen dgn sebaik2 nya menurut perspektif bidang saya dan pandangan serta huraian daripada ahli ilmu itu sendiri. Saya bukan lah seorang ahli agama, kerana bidang saya adalah kejuruteraan. Tetapi agama sebagai tapaknya. Maka, jawapan yg saya akan berikan mungkin lebih kepada persepektif sains dan teknologi. Harap dapat memenuhi permintaan Karen.

Utk tafsiran surah Ar-Rum ayat 21 dan 22 yang berbunyi:
[21]
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
[22]
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Untuk pengetahuan Karen, ayat al quraan terbahagi kepada 2, iatu ayat mutasyabihat dan ayat muhkamat. Ayat mutasyabihat adalah ayat yang maknanya tersirat dan memerlukan ulama untuk mentafsirnya. Dan juga, mungkin masa untuk membuktikan kebenarannya. Apa yg dirujuk sebagai masa, bukan lah maksud saya ayat itu hanya boleh digunakan utk sesuatu zaman. Tidak, tidak sama sekali, tapi apa yg saya tegaskan sebelum ini, saya jelaskan pandangan saya mengikut perspektif sains. Ayat tersebut terbukti kebenarannya dgn penemuan2 sains dan teknologi. Nabi Muhammad S.A.W bukan lah seorang ahli sains, atau pun ahli astronomi, bahkan baginda bukanlah ahli pelayaran. Tetapi dalam Al-Quraan jelas terkandung semuanya. Ayat muhkamat pula, ayat yang jelas difahami maksudnya. Dan ayat yang Karen nyatakan, tergolong dalam ayat yang muhkamat, iatu ayat yang jelas di fahami.

Utk mengetahui maksud yang ayat yang Karen nyatakan tadi, kita perlu berbalik pada ayat yang sebelum nya. Kerana ayat yang Karen nyatakan terkandung tentang kebesaran Allah. Cuba rujuk ayat 19 dan 20 surah Ar- Rum.

(19)
“Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).”
(20)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak”

Dalam ayat yang ke 19, Allah menerangkan bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Kita juga sudah sedia maklum bahawa sudah menjadi fitrah bagi setiap yang bernyawa, pada suatu masa pasti akan dikuburkan juga. Setiap jiwa pasti akan merasai sakitnya mati. Dan pasti akan ditanam menjadi rangka2 yang reput. Dan disini Allah menjelaskan hanya dia yang mempunyai kuasa mematikan sesuatu yang hidup dan dia juga mempunyai kuasa menghidupkan sesuatu yang telah mati. Mungkin kita selalu mendengar tentang kematian. Bagaimana pula tentang menghidupkan sesuatu yang telah mati? Allah memberi jawapan

“dan menghidupkan bumi setelah matinya”.

Disini kita bawakan contoh tumbuh-tumbuhan. Perhatikan bumi yang mati kekeringan disebabkan musim kemarau. Selepas itu, datang pula hujan membasahi bumi yang mati itu. Dan bumi yang mati itu akan kembali hidup. Nah.. begitu juga dgn manusia Karen. Sebagaimana bumi yang mati Allah hidupkan,begitu juga dgn manusia. Ini menunjukkan bahawa Allah mampu menghidupkan sesuatu yang telah mati dan mematikan sesuatu yang hidup. Dari pandangan sains juga membenarkan pernyataan ini. Sains menerangkan proses hidupnya tumbuh-tumbuhan daripada bumi yang telah mati bermula dari proses pendebungaan hinggalah kepada tumbuh-tumbuhan yang segar kelihatan.

Ayat seterusnya membenarkan pernyataan ayat sebelum ini.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak”

Apa yang dimaksudkan dengan tanah disini bukanlah maksudnya dari tanah kita dilahirkan. Benar, ibu kita yang melahirkan kita. Tapi apa yang dimaksukan disini adalah komposisi tubuh manusia sendiri sama seperti komposisi tanah. Peratus air, magnesium, dan lain2 amat serupa dgn komposisi tanah. Sebenarnya, Ayat ini perlu dirujuk kepada beberapa ayat yang lain. Kerana kita sendiri sedia maklum bahawa tanah itu banyak jenisnya dan berlainan komposisi nya. Sebenarnya bahasa arab agak berlainan dari bahasa melayu. Dan tanah dalam ayat ini disebut “turrab” yang bermaksud tanah gembur. Dalam ayat lain, tanah disebut dengan perkataan yg berlainan. Sebenarnya, utk menghuraikan lebih lanjut perlukan penjelasan yang lebih panjang lebar. Cukuplah disini saya nyatakan bahawa apa yang ingin disampaikan oleh ayat2 yang berkaitan adalah tentang komposisi tanah dalam tubuh manusia. Tentang dari komposisi tanah mana bahagian tubuh kita dijadikan. Insya Allah, dengan izin Allah, saya akan jelaskan secara panjang lebar di masa akan datang.

[21]
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Nah.. sekarang tiba dibahagian yang karen nyatakan. Ayat ke 21 dan 22 surah Ar-rum. Dalam ayat 21, permulaannya Allah jelaskan tentang kebesarannya dan kekuasaannya seperti apa yang saya jelaskan sebentar tadi.

“..ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri..”

Dan kemudian ayat itu di sambung ..

“..supaya kamu bersenang hati dan hidup bermesra dengannya..”.

Disini ayat itu menjelaskan kenikmatan disebalik kekuasaan-Nya. Dan kenikmatan itu adalah cinta. Cinta antara insan. Perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Seperti yang diketahui, Itu adalah fitrah manusia itu sendiri. Kerana didalam badan manusia itu sendiri mempunyai hormon2 yang menarik antara satu sama lain. Islam menyediakan penyelesaian kepada cinta. Dan penyelesaian itu adalah perkahwinan. Lelaki kelemahannya nafsu, manakala wanita kelemahannya perasaan. Dan melalui perkahwinan, kedua-duanya akan menutupi kelemahan masing2. Kerana fitrahnya lelaki akan lebih cenderung kepada perempuan.

Dan selepas itu Allah nyatakan, bahawa manusia yang berfikir akan semua ini pasti akan menemui bahawa adanya pencipta disebalik penciptaan yang mengagumkan ini. Pencipta yang ghaib, tidak kelihatan. Tetapi jelas terasa kewujudannya. Dan pencipta itu adalah Allah yang esa.

Bagi surah Ar-rum ayat 22 pula yang berbunyi:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.” Ar-Rum:22

ayat ini menjelaskan sesuatu yang menarik. Karen pernah dengar tentang teori relativity yang dinyatakan oleh Albert Einstein? Teori yang menyatakan bahawa adanya kita disini kerana wujudnya perbandingan. Relativiti. Adanya cantik atau kurang cantik, pandai atau kurang pandai, baik atau jahat kerana adanya perbadingan yang membenarkan semua itu. Contoh yang mudah untuk dibawakan adalah baik atau jahat. Seseorang dipandang baik hanya kerana adanya orang yang melakukan kejahatan. Dengan erti kata lain, org baik dipandang baik kerana relatif nya kepada org yang berbuat jahat.

Nah.. kalau kita perhatikan mengapa Allah jadikan semuanya berbeza-beza kerana Allah ingin kita saling mengenali antara satu sama lain. Dan kerana itu lah kita lihat adanya langit dan bumi, putih dan hitam, melayu dan inggeris.. itu semua dijadikan bersebab. Sebenarnya, terdapat lebih banyak pernyataan sains tentang ini. Insya Allah, saya nyatakan apa yang termampu. Sains sendiri menemukan disebalik DNA manusia yang berlainan terdapatnya stuktur yang sama. Dan kemungkinan semua manusia berasal pada satu keturunan yang sama. Dan keturunan itu adalah Adam, manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Lihat, betapa besarnya kuasa Allah yang menjadikan manusia berlainan bahasa dan warna kulit. Agar kita mampu mengenali antara satu sama lain dan bersama-sama memainkan peranan yang diberikan. Insya Allah. Dan sebab tiu, jika kita tidak cantik sekalipun, atau tidak kaya sekalipun, jangan rasa tidak diperlukan. Kita cantik hanya kerana dibandingkan oleh orang yang kurang cantik. Kita kaya kerana adanya org yang kurang kaya dari kita. Hakikatnya Itu semua hanya sekadar relativiti. Dan kita diberi perbandingan2 ini kerana ingin menguji sejauh mana kita yakin akan Dia, pencipta alam semesta ini.

Untuk ayat seterusnya dari Karen iatu ayat 165 surah An- An’am yang berbunyi:
[165]
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini menjelaskan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi. Ayat “khalaif” disini merujuk kepada khalifah.ayat ini dituju khas kepada manusia. Bukan kepada makhluk Allah yang lain. Kerana manusia itu dianugerahkan Allah dengan kurniaan yang besar, iatu akal fikiran. Dan ini yang dimaksudkan “meninggikan sesetengah kamu dengan beberapa darjat”. Dan kemudian ayat seterusnya menyambung “ kerana ia hendak menguji pada kamu apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu”. Ini membuktikan bahawa kurniaan yang besar ini akan adaya balasan yang akan diberikan. Kerana yang diberi itu adalah sebagai ujian. Hakikatnya setiap org dikurniakan kelebihan dan kekurangan. Seperti apa yang saya nyatakan tentang teori relativiti sebentar tadi, bahawa apa yang ada di muka bumi ini adalah perbandingan antara satu sama lain. Nah.. kita dijadikan berlainan kerana Allah ingin menguji kita. Mainkan peranan yang diberi kepada kita sebaiknya. Jgn sekali rasa rendah diri hanya kerana kita tidak kaya atau tidak cantik. Itu semua hanya lah ujian yang diberikan kepada manusia. Ada yang ditinggikan martabatnya. Dan ada yang tidak. Disebalik semua itu, Allah berikan balasan apa yang telah manusia lakukan.

Kerana itu ayat seterusnya menyambung “Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Sebenarnya hati kita menginginkan sesuatu dari tuhan. Cuba kita lihat pandangan ditepi pantai saat matahari terbenam. Pasti akan ada rasa tenteram dihati. Sekarang tanyakan, adakah perasaan tenteram itu datangnya dari laut? Ambil pasir dan tanyakan, adakah perasaan itu dari pasir? Dari matahari mungkin? Nah.. tidakkan. Sebenarnya tenteram itu dihati. Perasaan yang sukar digambarkan. Bukannkah “as-Salam” itu bermaksud kesejahteraan? Hati ingin menuju yang maha sejahtera. Saat kita berada paling tinggi digunung, tetapi, hati tetap meninginkan sesuatu yang lebih tinggi. Saat itu hati mandambakan “Al- Aa’la” yang maha tinggi. Nah.. justeru ayat bahawa Allah maha Pengampun dan Maha pengasihani amat benar. Kerana hakikatnya, jiwa yang berdosa ingin kan kepada pengampunan. Jiwa yang sepi inginkan kasih sayang. Lihat, betapa Allah ciptakan hati berkait rapat dengan Dia, Maha pencipta.

Akhir kalam, saya memohon maaf anda apa yang saya coretkan disini tidak mampu menjawab soalan Karen. Saya cuba sebaiknya meletakkan diri saya di tempat saya dan di pandangan karen. Harap apa yang dibincangkan disini adalah perbincangan yang professional. seperti apa yang saya jelaskan sebelum ini, saya cuba menjelaskan soalan karen mengikut bidang perpektif saya. saya bukanlah ahlinya agama, ustaz ataupun kiai. saya hanyalah pelajar kejuruteraan. tetapi agama itu sebagai tapaknya. saya penuh sedar dan insaf bahawa apa yang saya coretkan bukanlah tafisran kepada ayat2 tersebut. tetapi lebih cenderung sebagai taddabur (mengambil iktibar).saya tidak layak untuk mentafsir Al-Quraan kerana saya bukanlah ahlinya. Maaf andai ada diantara kata2 saya yang mungkin meyinggung perasaan Karen. Dan maaf atas kelewatannya. Saya harap ini sedikit sebanyak dapat membantu Karen menjawab persoalan yang diberikan. Kalau ada apa2 pertanyaan, jangan segan utk bertanya pada saya. Insya Allah dengan izinnya saya bantu. Sampai disini dulu ya Karen. Terima kasih. ^^semoga ada kebaikannya untuk kita bersama.

4 kRitIkaNs:

shikin said...

nice.-that's all i can say-

shikin said...
This comment has been removed by the author.
mR. fRaWeEs said...

salam iman.

kalau aku ade usrah dlm mnggu ni aku akan keutarakan permasalahan ko. dekat sini ade 2 pakar agame. mereka tgh buat PHD kat sini. tapi kalau xde usrah, aku x dapat nak mmbntu lah. okeyh thanks :)

shikin said...
This comment has been removed by the author.