sekeping nota

Wednesday, March 17, 2010

Assalamualaikum, salam terindah kepada para sahabat sekalian. Tiada apa yang istimewa, Cuma ilham di fikiran meminta untuk diluahkan untuk dikongsi bersama. Mungkin kerana nota kecil yang diutuskan kepada aku membuka kembali minda yang telah kekosongan. Nota kecil yang menyedarkan kembali tujuan asal aku menuntut ilmu. Nota yang aku utuskan kepada diri aku sendiri sebagai penguat jiwa mencapai impian. Nota yang aku tulis di saat diri kehilangan diri. Dan benar, nota itu adalah nota dari diri, kepada diri.

“ Go forward young muslim.. Kemana sahaja engkau pergi, dibawah teriknya mentari, atau di sinarnya bulan.. ingat, Allah sentiasa di sisi mu..”-iman danish

Aku tersenyum sendirian. Relung hatiku kian membasah. Tak sangka bahawa diri ini yang menulisnya satu ketika dahulu. Saat insan lain sibuk mengejar cinta dunia, diri ini teguh meyakinkan diri akan cinta Nya. Namun apa yang terjadi kini? Diri ini kian mendambakan cinta dunia? Cinta insan yang miliknya sementara? Adakah itu yang didambakan oleh diri ini dahulu? Aku termenung jauh. Dalam2 aku berfikir tentang sejauh mana aku telah melangkah. Kenangan lama kembali menerjah fikiran. Dan seketika, aku tersenyum.

“Along!! Kan abah dah cakap jangan lari2 dalam masjid. Orang nak sembahyang kan!! Lagi sekali abah nampak Along lari2 dalam masjid, abah tak bawak Along lagi!!”

Aku terdiam. Tersenyum seketika. Pesanan itu.. ya, pesanan yang tidak mungkin aku lupakan. Saat aku masih kecil. Mentah dalam mentafsir dunia. Melihat dunia dari kaca mata seorang kanak2. Kecil.. penuh keriangan. Apa yang ada difikiran ketika itu hanyalah bermain. Bermain mercun disekitar masjid, bermain galah panjang hingga terluka, bermain tangkap tiang bersama teman. Semua itu kembali mengamit fikiran. Mungkin, ketika itu, jiwa anak kecil ini masih tidak kenal apa itu cinta. Jiwa yang masih naïf tentang perasaan cinta. Perlahan terasa air mata ini ingin mengalir. Allah.. apa yang aku lakukan hingga kini? Adakah dunia mula bertapak dihati ku sedikit demi sedikit?

Kenangan itu kembali semula diminda. Bermain mengusik perasaan yang kian sayu. Aku rindukan waktu dulu. Waktu dimana aku berlari keriangan bersama teman-teman. Saat diri ini masih naïf tentang ujian dunia. Saat diri ini merasa dunia ini hanya ada dia dan keriangan. Dan waktu aku dimarahi kerana silapku, keesokannya tetap aku ulangi. Tetapi jiwanya Anak kecil. suci dan bersih. Mudah di corakkan warnanya. Ketika itu diri ini masih tidak mengerti mengapa harus dia di marahi. Ternyata apabila waktu berlalu, diri ini mengerti akhirnya. Kemarahan yang di berikan adalah didikan kepadanya. Agar dia menjadi dia satu hari nanti.

Aku tersenyum. Air mata ini tampaknya tidak mampu aku tahan. Terasa pipi ku basah. Aku menangis? Sudah berapa lama mata ini kekeringan air mata? Rasanya cukup lama hingga membuatkan hati ini bertambah hitam dan keras. Hingga sukar untuk dididik. Allah… betapa aku jauh dari Mu.

“Ala.. kan abang suruh Along jadi ikan paus. Biar ecah yang raksaksa. Along ni kan..”

“tapi Along nak jadi raksaksa.. Along tak nak jadi ikan paus. Ikan paus tak boleh keluarkan api macam raksaksa. Ikan paus Cuma tau berenang je”

“Along ni nak main ke tak?!! Kalau Along tak nak jadi raksaksa, jgn kawan dengan abg lagi!”

“ala.. yela.. yela.. ngaum..”

Tersenyum seketika. “Abang”. Gelaran yang aku berikan pada seorang sahabat karibku sejak kecil. Kami sebaya. Tetapi aku lebih selesa memangilnya abang. Mungkin kerana aku lebih muda beberapa bulan dari dia. Atau mungkin juga aku yang masih keanak-anakan pada masa itu? Entah lah..tapi yang pasti, persahabatan kami adalah anugerah yang terbaik yang pernah aku kecapi. syukran firdaus atas persahabatannya. maaf, jika aku bukanlah seorang teman yang terbaik yang engkau pernah ada.

"ecah nak jadi monyet!! nak jadi monyet!! uk.. uk"

"ala.. ecah jadi otromen perempuan la. sekali dengan abang. nanti kita fire along"

"along!! fire!!"

memori itu datang. dan perlahan aku menafsir. sesekali tersenyum pahit. rindukan waktu yang melakar kenangan. naif tentang hakikat kehidupan. mentah dalam melihat hikmah yang tersirat. kaca mata kanak2, pasti hanya keseronokan yg terlakar difikiran. aisyah amira, atau nama manjanya dikalangan kami adalah ecah. salah satu sahabat karib ku hingga kini. zaman kecil kami sememangnya rapat. aku rindukan mereka ya Allah. aku rindukan persahabatan yang suci itu...

tersenyum mengingat peristiwa lalu. benar2 mencuit hati insan seperti aku. Allah, kalau lah masa itu ditangan ku, pasti akan aku putarkan kembali roda itu hingga kembali ke zaman kanak2 aku dahulu. melihat aku yang masih bersih dari warna kehidupan. tidak hilang dalam pencarian diri. kerana satu yang pasti suatu ketika dahulu, aku adalah kanak2 itu. kanak2 yang hanya berfikir tentang permainan dan gula2.

mungkin kerana itu aku membesar dengan pandanganku sendiri. melihat dunia dan mula mentafsir. mencari erti bagi kehidupan. mencari erti persahabatan. gelintar pada kenangan yang telah ditinggalkan. masih jelas difikiran aku menangis dan terduduk saat aku dipukul dengan ujian kehidupan. kehilangan impian di depan mata.. kehilangan kepercayaan yang diberikan.. semua itu benar2 mengusik fikiran.

" adik, kalau adik mohon pun.. dengan keputusan adik yang macam ni, sampai sana diorang akan tolak."

"tapi akak.. tak boleh ke saya nak borang MRSM tu? itu impian saya kak"

" tak boleh adik!! keputusan adik teruk. org yang dapat D dalam matematik mana boleh mintak borang ni. kan cikgu dah ada cakap dulu!!"

"tapi.."

"dah la dik.. adik balik la. takde harapan adik kat sini. kalau adik tunggu lama2 pun, bukannya adik akan dapat borang tu"

air mata ku deras mengalir. kenangan itu amat pahit untuk diingati. aku terduduk di suatu sudut sambil menangis. menangis semahunya. aku tak tahu. tapi saat itu, aku benar2 kecewa. sekolah itu impian ku. impian yang membakar semangatku. aku tahu, aku budak kampung. tidak sepandai mereka. tetapi salahkah aku jika aku sekadar memohon? mengecapi impian seperti insan lain? syukur, Allah berikan kekuatan untuk terus bertahan. dan apabila kenangan itu kembali difikiran, aku tidak sangka, suatu ketika dahulu aku berjaya menatang hati dan semangat yang telah runtuh dan kembali ke sekolah.

"di jemput guru besar, En. nasir bin haji Ali untuk menyampaikan anugerah pelajar terbaik spm pada kali ini. dan dijemput, saudara Mohd Shahdil Amin Bin Johan untuk naik ke atas pentas bagi menerima anugerah tersebut"

sendirian, aku mengukirkan senyuman. siapa sangka seorg yang pernah dihalau keluar suatu ketika dahulu berjaya menerima anugerah tersebut. syukur ke hadrat ilahi. berkali-kali aku ingatkan pada diri, bahawa ini adalah kurniaan ilahi. dan aku pendamkan sedalam-dalamnya perasaan riak di hati. aku tidak layak untuk itu. terima kasih tuhan, kerana mengatur perjalanan hidupku dengan begitu indah sekali. sungguh, engkau tidak pernah mensia-siakan hamba Mu.

dan kini, aku berdiri. melihat kembali kenangan. tidak ingin rasanya terus larut didalam perasan. syukur, kerana nota kecil itu.. mengingatkan kembali siapa aku. insya Allah, akan aku teruskan perjalanan. walaupun terkadang lelah dalam perjuangan, walaupu terkadang diuji dengan ujian yang berat.. satu pinta ku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua itu. terima kasih ilahi.^^

6 kRitIkaNs:

HambaALLAH said...

moga tsabat di jalanNya..:)

setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya kan..ditolak ketika nak apply,akhirnya jadi pelajar terbaik..haa..Allah dah susun cantik tuh..:)..

mesti akak tuh menyesal sebab tak amek iman..huhu

Anonymous said...

wow
greats story
is it real story or juz dongengan je?

iman_danish said...

hu~ syukran ya~ its my own story~ hu^^

Qaseeh said...

^_^ hu~~ suka...menarik...

nur izhani farahana said...

menarik! macam baca cerpen . :)

Hana Foswana said...

part lawak > time kanak2~ otomen pompuan ya? alolo..comel ecah tu..:)

part sedih > time kena halau amek borang mrsm~ hmm..sabar ya..:)

btw,congratez jadi pelajar terbaik spm! semua tu mmg ada hikmahnya..^^