.: kisah~ :.

Wednesday, December 29, 2010

Suatu pagi~ si koridor Fakulti.

“kenapa susah sangat nak cari orang yang baik sekarang?” luah nazrin memecah suasana~

“kenapa?” balasku singkat~

“Entahlah. Penat dikecewakan.” Keluhnya kesal~

“itu soal takdir. Susah soalan kau tu. Ada kena mengena dengan rezeki~ itu kan ditangan Allah. Jangan dipersoalkan” ujarku.

“kenapa boleh tersalah pilih?” soal nazrin lagi~

“err.. sebab kita tak betul-betul baik”

“tak betul-betul baik? Maksud kau?”

“err.. orang yang baik, pasti dapat mengenal kebaikan pada orang yang baik lainnya. Seperti siti khadijah yang baik~ dapat mengenal kebaikan Nabi Muhammad yang baik~” jawabku pada soalan nazrin. Terasa kesal juga meluahkannya. Sebenarnya aku masih tak berpuas hati dengan jawapan itu. Masih mencari jawapan yang lebih tepat.

“habis tu, kau rasa aku tersalah pilih sebab aku tak cukup baik? Begitu?” bentak nazrin. Wah.. sudah makin emosi nampaknya~

“Err.. tak la. Maksud aku, Orang yang benar-benar baik~ pasti mampu melihat kebaikan pada orang baik yang lain. Tetapi aku tak nafikan, terkadang orang baik juga boleh tersilap. Mereka juga manusia~ mungkin itu adalah ujian Allah untuk mereka. Ya.. untuk menaikkan taraf kebaikan mereka. Ada nabi-nabi yang diuji dengan kejahatan isteri masing-masing. Seperti Nabi Luth misalnya. Baginda diuji dengan isteri yang mengkhianati. Begitu juga Nabi ayub dan Nabi Nuh. Dan ada juga wanita-wanita solehah yang diuji dengan pasangan yang jahat. Seperti kisah Asiah yang bersuami kan firaun. Tahu kisahnya kan? Lalu siapa yang dapat menafikan kebaikan dan keindahan peribadi para nabi tersebut dan siti asiah? Mereka insan yang baik~ tetapi diuji dengan pasangan yang jahat” balasku panjang lebar~

Tergambar senyuman diwajah Nazrin~

Aku?

Turut tersenyum~

Hu^^

.: Syahadah~ :.

Tuesday, December 28, 2010

“kau prejudis~” kataku perlahan~ kecewa dengan penilaiannya sebentar tadi~

“mengapa?” balas edi kehairanan~

“kau prejudis. Tentang katamu tadi~ iman itu boleh diwarisi~” balasku. Sejujurnya aku tidak berapa setuju dengan penyataan itu. Mungkin pada pandangannya edi, ianya benar. Tapi pada kaca mata aku~ maaf. Aku tidak seberapa setuju.

“la.. betul la apa aku cakap. Bapa yang jahat akan melahirkan anak yang jahat. Seperti mana bapa yang tidak bersolat, pasti akan melahirkan zuriat yang tidak
bersolat” hujah edi. Aku mengeleng~

“jadi~ kau percaya, keturunan yang jahat melahirkan anak yang jahat?” tukas ku~ perlahan. Hampir berbisik.

“ya~” balas edi mantap. Aku tersenyum pahit~ jujur, aku tidak setuju dengan pernyataan edi. Kerusi aku tarik rapat. Bersebelahan edi~ dan perlahan, bahu edi aku usap.

“Edi~ maaaf kata-kata aku nanti. Aku tak berapa setuju dengan pernyataan tu. Bagi aku, aku lebih cenderung untuk mengatakan tauladan ibu bapa yang kurang baik, akan diteladani oleh anak-anak. Aku lebih percaya itu. Ingat edi, anak-anak mungkin gagal mendengar kata ibu bapa~ tetapi mereka tidak pernah gagal mencontohi mereka~” balas ku panjang lebar. Edi mengangguk~

Syukurlah~ wajah yang sebentar tadi seakan tegang kini kembali mereda. Wajah edi terukir senyuman. Entah senyuman pahit atau pun senyuman senang~ yang pasti aku senang melihat edi begitu. Diam, aku mengagumi edi~

“entahlah~ keturunan kami tidak ada yang mencuri. Alih-alih abang aku jadi begitu~ entah dari siapa rasanya dia mewarisi perbuatan tu~” keluh edi sedikit kesal~ membuka bicara yang seketika tadi sunyi.

Aku hanya berdiam diri~ dan lantas mengambil posisi sebagai pendengar.

“kami keturunan baik-baik. Datuk aku seorang ulama~” sambung edi.

“tapi abang aku.. ah.. entahlah~” luah edi kerisauan~

“jadi~ sekali lagi. Kau prejudis terhadap iman? Sejak bila iman dan takwa itu boleh diwariskan?” aku membuka kata~ sinis. Sejujurnya, aku tidak berapa senang dengan pernyataan itu.

“maksud kau iman? Anak dan cucu ulama tak boleh jadi baik? Begitu?” edi kembali membentak~

Aku tersenyum~ bahu edi aku lepaskan.

“edi2~” balasku singkat. Air teh dihadapan aku kacau perlahan. Sekadar mengambil masa memikirkan sesuatu untuk diterangkan pada edi.

“Edi~~” aku menyambung~

“aku bukan bermaksud begitu. Maaf kata-kataku sebentar tadi. Aku lebih cenderung mengatakan faktor didikan lebih utama. Faktor keturunan memang berpengaruh~ tetapi yang lebih dominan adalah faktor didikan. Itu maksudku”

Edi hanya berdiam diri~

“Tapi~ kami sentiasa menjaga keturunan kami” balas edi. Jelas masih tidak berpuas hati dengan penjelasan aku sebentar tadi.

“tetapi menjaga kelakuan itu lebih utama!” tegasku~ memotong kata edi.

Edi berkira sendirian~ diamnya agak panjang kali ini. Entah apa yang bermian dibenak fikirannya.

“Entahlah. Kau masih tak percaya keturunan ulama akan melahirkan anak-anak dan cucu ulama juga? Sejarah juga membuktikan begitu~” tukas edi~

Aku mengeleng~ tersenyum pahit. Bukan senyum kerana hairan, tetapi Senyum melihat kedegilan edi~

“Benar. Tiada salah dalam perkataan mu sahabat. Sejarah juga menunjukkan ramai ulama melahirkan anak cucu yang juga ulama. Tetapi bukan kerana faktor darah keturunan yang menjadi penentunya~” balasku.

“habis tu? Faktor apa?”

“kerana ulama mendidik anak-anak dan cucu mereka dengan ilmu dan sikapnya~” jawabku.

“jadi, maksud kau, ayah aku tidak mendidik kami dengan betul? Dan datuk aku tidak mendidik aku dengan betul? begitu?” bentak edi kemarahan.

Suasana tegang seketika~

“jawapan tu ada pada kau edi~ sebab hanya kau lebih tahu tentang datuk, ayah dan diri kau sendiri~” balasku. Air teh di hadapan aku hirup perlahan~ cuba meredakan sedikit ketegangan yang terasa.

“kalau kau seorang ustaz, ayah kau seorang ustaz?” bentak edi kemarahan.

Aku mengeleng~

“Datuk kau seorang ulama~ jadi kau seorang ulama?” tukasku~

Edi terdiam. tersedar dengan soalan yang merupakan jawapan.

“ayah aku seorang jurutera~” kata edi~

“dan ayah aku pula seorang pemotong rumput.” balasku terus terang terang~

“pelik~ sepatutnya ayah aku menjadi ustaz. kami keturunan ulama~” balas edi.

“jadi aku pula terpaksa jadi pemotong rumput?” tukas ku.

Edi terdiam~ Alhamdullilah. Ketegangan yang sebentar tadi tergambar kian mereda. wajah edi kembali jernih. Edi mula mengunyah maksud kiasanku sebentar tadi. syukurlah~ aku bukan seorang yang berkeras dalam kata. Tuturku lebih kiasan untuk difahami~ tetapi dengan sahabat yang seorang ini, dia lebih memahami.

Kami diam~ diam yang sangat panjang. Sekali sekala aku melihat edi meneguk air teh dihadapan. Sengaja aku biarkan dia begitu. Memberi ruang untuk sahabat yang aku sayangi itu berfikir~

“tak mustahil~” kata edi tiba-tiba. katanya terhenti~

Aku menunggu~

“Tak mustahil cucu seorang ulama boleh menjadi pencuri.” balas edi menyambung~

aku tersenyum~~~

“Dan tak mustahil juga cucu seorang pencuri boleh menjadi imam.” balasku~ kami tersenyum.

Perlahan, bahu edi kembali aku usap. seketika aku menyambung~

“Bergantung kepada didikan. Kerana disitu letaknya keadilan Allah~” tambahku~

“Bukti keadilan?” balas edi kebingungan~ aku sekadar mengangguk~

“Ya benar~ Setiap manusia berhak menjadi baik atau sebaliknya tanpa mengira darah keturunan yang mengalir dalam diri mereka. Setiap orang berhak menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Ingat pesan ilahi dalam kitabnya, telah Kami ilhamkan jiwa-jiwa itu jalan kearah kefasikan dan ketakwaan.” Balasku~

Akhirnya kami berdiam~ syukurlah, petang itu terisi. Sejujurnya aku kembali kagum dengan saidina Umar Al-Khattab ketika merotan anaknya. Siapa yang tidak kenal dengan kesolehan Umar? Pembela Agama Allah itu~ tetapi kerana beliau berpegang kepada faktor didikan bukannya keturunan, makanya beliau merotan untuk memperbaiki kembali akhlak anaknya.

"Jangan~ Semoga tidak menjadi tuntutan ku diakhirat nanti~"

.: Kisah Sekumpulan Semut~ :.

Monday, December 27, 2010

Suatu pagi yang tenang~ sekumpulan semut berjalan keluar bagi mencari rezeki. Mereka keluar dari sarang mereka dan akhirnya bertemu dengan sebotol balang gula-gula yang beracun~ mereka kegirangan. Lantas, mereka berjalan masuk dalam balang gula-gula itu bagi mencari secubit rezeki.

Mereka berjalan~
Jalan lagi~
Dan lagi~~

Dan akhirnya tanpa mereka sedari~ mereka telah sesat dalam balang gula-gula yang besar itu. Mereka panik~ tidak bertemu jalan keluar, tiba-tiba~ semut A berkata:

“kawan-kawan. Kita dah sesat ni~ kita dah tak jumpa jalan keluar. Kita perlu cepat keluar dari balang ni” kata semut A kerisauan.

Semut B dan semut C mengangguk~ mereka bersetuju.

“Tapi kita kena kawal diri kita supaya jangan makan gula-gula yang beracun ni. Sampai kita jumpa jalan keluar dari balang ni taw kawan kawan~ Walaupun gula-gula ni nampak sedap, tapi gula-gula ni bahaya~” kata semut B menyambung~

“Baiklah~ tapi awak semua kena ingatkan kita taw. Sebab kita selalu lupa~ sebab bila tengok gula-gula yang lazat berkrim macam ni~ eii.. tak dapat tahan la. Rasa nak gigit-gigit je~~” balas semut C.

“a’ah la. Kita pun sama. Awak pun kena ingatkan kita jugak taw. kita takut sangat kalau kita lupa.” Kata semut B. mengulangi permintaan yang sama dengan semut C. semut A mengangguk~

“baiklah. Kita akan selalu ingatkan awak. Kita nak, kita sama-sama keluar dari balang ni dalam keadaan sihat dan cergas. Tak nak sakit-sakit. Kita sayang awak semua macam adik beradik kita yang lain yang dekat sarang semut tu” balas semut A~

Mereka berpelukan~

“terima kasih A. okeh! Jom kita berpecah~ cari jalan keluar dari balang ni. A, awak ikut timur. B awak ikut barat. Dan saya ikut selatan. Ingat tau kawan-kawan, bila dah jumpa jalan keluar, kita jumpa kat sini balik ok~”

“baiklah. Awak semua, jangan lupa taw! Jangan gigit gula gula tu ye~ janji!” kata semut A mengingatkan buat kali terakhirnya~

Dan mereka pun berpisah~ menjalankan tugas masing masing.

Mereka pun berpecah mencari jalan keluar~

Jalan lagi~
Dan lagi~
Dan lagi~~~

Sehari~
Dua hari~~

Akhirnya semut A kembali pada tempat yang dijanjikan sebelum ini.
Tapi disitu tiada langsung kelibat semut B dan semut C kelihatan. Semut A risau~ tentang keadaan kawan-kawannya yang berdua itu. akhirnya semut A membuat keputusan untuk menunggu mereka~

Sehari~
Dua hari~~~

Semut A Tunggu dengan sabar~
tunggu lagi~
Dan lagi~

Kerana semut A telah pun bertemu jalan keluar dari balang gula-gula yang beracun itu~

Hati kecil semut A berbisik~
“mungkin sesat agaknya?”~

Tetapi tetap, kelibat semut B dan semut C tidak kelihatan~

Akhirnya barulah Semut A tahu~ Bahawa semut B dan semut C dah separuh mabuk. Diorang dah gigit gula-gula tu.

Gula-gula tu gula-gula racun~
Manis jika sedikit~
Tapi mabuk jika banyak~
Semut B dan semut C tahu yang gula-gula tu gula-gula racun~
Tapi mereka terlupa~
Mereka gigit jugak~
Gigit~
Dan gigit lagi~~

Tanpa mereka sedari, mereka telah pun mabuk~

Semut A hanya boleh menangis seorang diri. Menangis mengenangkan nasib kawan-kawan dia yang telah mabuk~ bukan sekali nasihat dia pada kawan-kawan yang disayanginya itu. Tetapi mabuk, menghijabkan mereka dari mendengar kata-kata semut A.

Akhirnya semut A melukis peta jalan keluar~

Setelah selesai melukis peta, semut A menyusup keluar dari balang gula-gula beracun itu~ Melalui jalan yang ditunjukkan oleh pakcik kerengga~

“nanti, kalau korang dah sedar dari mabuk tu~ korang gunakanlah peta ni ea. kita dah lukiskan jalan keluar. Kita pergi dulu ye kawan-kawan~ tata”

Kata semut A dalam bait tulisannya yang terakhir~~

hu^^

------------------------------------------

aku tak ingat kisah ni aku dengar dari mana~ tapi interesting kan?
err.. pengajaran? Kalian rasa?
hu^^

.: Miracle of Qur'an~ :.

Saturday, December 25, 2010

Salam, Alhamdulllilah, syukur kepada Allah kerana memberikan aku waktu untuk berkongsi sesuatu untuk dikongsikan. Sekadar tazkirah ringkas~ Tentang ayat 11 surah Al-Kahfi. Ayat yang turun pada 1400 tahun yang lalu, dan disampaikan melalui lidah insan mulia itu, nabi Muhammad S.A.W.

"Maka Kami tutup telinga mereka di dalam gua itu selama beberapa tahun (bertahun-tahun yang banyak bilangannya.)" Surah al-Kahf, 18: 11

Ayat ini merujuk kepada pemuda-pemuda yang tidur di dalam gua selama lebih dari 300 tahun. Dan cukup mengejutkan bahawa didalam ayat ini tidak merujuk kepada keupayaan fizikal yang lain melainkan pendengaran. Sekarang para saintis telah mendapati bahawa tidak seperti organ deria lain, hanya telinga organ yang aktif semasa tidur. Atas alasan inilah orang boleh terbangun dari tidur oleh jam loceng. Oleh kerana Allah ingin pemuda-pemuda ini tidur untuk waktu yang lama, kerana itu Dia "menutup" deria pendengaran pemuda-pemuda ini.

hu^^

Bukankah kita mengetahui baginda Nabi muhammad Salallahu 'alahi wassalam itu seorang yang buta huruf.Dan kita sedia maklum bahawa baginda tidak pandai membaca, dan baginda tidak pandai menulis. Dan yang lebih penting~ Baginda Rasullah Sallahu 'alaihi wassalam bukanlah seorang saintis. Dan sekarang cuba nilaikan, apakah Nabi Muhammad itu seorang pendusta? Dan bagaimana mungkin penemuan abad ini sudah diselongkar 1400 tahun yang lalu oleh seorang yang diketahui buta huruf?

insya Allah, jawapan itu mampu kita cari jika kita ikhlaskan hati mencarinya..

Nabi Muhammad S.A.W insan yang benar.. Tidak ada kata dusta lahir dari lidah beliau. yang bersifat benar itu tidak menipu.. dan tidak akan berdusta. jika dikatakan bahawa nantinya ada azab kubur dan akhirat, maka aku percaya. Hanya dia insan yang tidak berdusta.

Jadi insya Allah, sama2 baiki diri.. Lihat, sejauh mana kita telah melangkah..sejauh mana kita berlari.. mari duduk bersama, kembali mempertajamkan rasa.. mengerakkan minda. insya Allah, kebaikannya bersama. sekian. salam~




-petikan dari buku karangan M. U. KAZI yang bertajuk SELF-EVIDENT MIRACLES OF THE HOLY QUR'AN-

.: Mahu~ :.

Urm.. Terkadang ada sesuatu perkara yang kita benar mahu~ mahu yang teramat sangat. Dan kita pun meminta pada Tuhan~ berdoa agar diberikan apa yang kita hajati. Kita tunggu dan tunggu~ dalam keadaan kita sudah pun berbuat sesuatu yang dirasakan terbaik untuk mendapatkannya. Ya, mendapat apa yang kita hajati. Pengharapan di pengakhiran tawakal.

Kemudian kita minta lagi dan lagi~
Sambil kita menunggu apa yang kita minta.

Tunggu~
Tunggu lagi~
Dan lagi~
Dan lagi….

Tetapi akhirnya kita tak dapat apa-apa pun~

Ah.. kosong.

Lantas kita menangis~

Semahunya~~~

Kita rasa sedih sangat~ sedih yang teramat. Terutama apabila kita melihat orang lain mendapatkan apa yang mereka hajati. Sedangkan kita?

“kenapa apa yang aku tak dapat apa yang aku nak?”

Benar?

Lantas, kita mula menyalahkan diri sendiri~ bersedih-sedih kerana memikirkan apa yang kita hajati tidak kesampaian. Dan bahkan, hampir saja menyalahkan Tuhan~ ah.. sungguh. Terlalu jahil kita ketika itu~

Kita sangka kan, mungkin itulah dinamakan takdir. Bukan rezeki~ kerana sememangnya apa yang kita hajati itu bukan tercipta untuk kita~

Dan lepas seberapa ketika, kita mula lupa apa yang pernah kita minta dulu. Kita teruskan hidup kita seperti biasa. Menjalani kehidupan seharian yang semakin mematangkan. Cuma bezanya, kita dah tak ingat lagi permintaan kita suatu ketika dulu. Kita bahagia dan terus terlupa tentangnya~

Tiba-tiba~

Tanpa kita sangka~
Kita rasa nak perkara lain pula~
dan kemudian kembali meminta~

"ya Allah~ jika benar itu untukku, maka permudahkanlah urusanku"

Err...
Dunia~
Takkan pernah mampu menghilangkan dahaganya nafsu~
Tidak pernah cukup dengan apa yang ada~
Dan tidak akan puas pastinya~

Sebenarnya,
Yang kita mahukan sebenarnya itu apa?
yang kita cari?

Teman?
Pasangan?
err.. cinta?

atau~~

Cemerlang dalam pelajaran?

Ah.. semua~

Benar?

Dan terkadang pula, apa kita minta. apa yang kita mahu. kita dapat~ kita rasa kita dah berusaha. Dan kita layak atas usaha kita. Dan kerana itu Tuhan menghadiahkan kita dengan apa yang kita mahukan.

Wah.. gembiranya~ Tersangat gembira. Hingga kita merasakan kitalah orang yang paling bertuah. Paling bertuah jika dibandingkan dengan orang lain. Kita bertuah kerana Allah mengurniakan limpahan rahmah nikmatNya kepada kita.

Tapi...

sebenarnya kita lupa~

Kadang-kadang apa yang kita tak dapat~
Itulah sebenarnya nikmat.

Dan apa yang kita dapat~
Itulah sebenarnya ujian.

Dunia ini yang kita cari~
Yang kita mahukan semahunya~
Sebenarnya tiada apa pada pandangan Tuhan.
Melainkan hanya sampah~

Kita gembira kerana sampah. Kita bersedih kerana sampah. Kita rasa bertuah kerana memperoleh sampah. Kita meratap hiba kerana gagal memiliki sampah. Mungkinkah kita ini sampah?

Opss.. maaf~

Kata Nabi,

kita Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah.
Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah kita dicintai orang.

Haa.. Ingat tu kawan-kawan. Dunia itu perlu. Perlu diambil juga. Kita ambil dan diletakkan disini~ di dalam poket kita. Bukan dalam hati.

Zuhud terhadap dunia, dan zuhud apa yang dimiliki orang~

ingat pesan Nabi~

Jom tangkap dunia, letak dalam poket.
Tapi Allah bagitau kita kena kejar akhirat, barulah dunia akan duduk dalam poket...
hu^^

"ya Allah, Letakkan dunia itu ditanganku, bukan dihatiku"



.: Cinta Matrikulasi : Disini Bermulanya sebuah tarbiyah~ :.

Tuesday, December 21, 2010

sebenarnya aku tiada suatu yang menarik apatah lagi berharga untuk dikongsikan bersama. Namun, kerana risaunya kisah ini dibiarkan berakhir tanpa diambil pengajaran darinya, maka bismillah. Aku mulakan catatan peribadi ini. Semoga menjadi ibrah buatku, dan menjadi ingat-ingatan di masa depan. Semoga nantinya menjadi semangat diri~ seandainya Allah mentakdirkan aku untuk diuji dengan selemah-lemah iman dan kekufuran –nauzubillah.

Lembaran diari 2 tahun lepas aku kuak. Jelas berterbangan debu yang bergentayangan. Tulisan kecil itu amat aku rindui~ seketika mengamit rasa ketika aku dialam matrikulasi. Dan dengan cermat, diari itu aku bersihkan. Helaian demi helaian aku menyelak~ membaca tulisan yang pernah aku nukilkan. Diari itu tempat luah rasaku. Diari itu tempat tumpah jiwaku~ teman ketika kesedihan dan rakan ketika kegembiraan. Sungguh, terlalu rindu dengan sebuah kenangan yang pernah tercatat dalam kisah hidupku~ dan tanpa aku sedari, air mata ku mengalir. Menatap kembali gambar kenangan didalam sebuah diari~

Cinta seorang ikhwah~ disini bermulanya tarbiyah.


Suasana di disekitar surau Al-Muttaqin kelihatan lengang di pagi hari~ dan dari kejauhan, aku lihat dia keluar dari bait pintu-pintu surau yang terbuka luas. Wajahnya jernih~ sejernih hatinya yang ketenangan. Aku kira dia baru selesai menghadap tuhan di waktu dhuhanya. Tingkahnya lembut~ selembut tutur katanya. Tanpa berkata, dia sudah pun mampu menasihati insan lain melalui peribadinya yang indah~ sungguh, itu yang mengundang kekagumanku pada dia.

Di meja itu, aku jadi tersenyum sendirian~

Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku~ aku mempunyai idola dalam senyap. Tanpa aku sedari, aku mengagumi seorang insan. Dan perlahan,terdengar bisikan hati, “aku ingin mencontohi dia”~ mempunyai peribadi yang indah serta tutur yang sopan. Rupanya biasa~ tetapi kerana keanggunan peribadi menyerlahkan lagi penarik diri.

Dan yang paling mengundang kekaguman aku pada dia adalah keterbatasannya menjaga pergaulan. Tingkahnya bersahaja ketika bertutur, tidak senyum dan tidak juga marah. Hanya biasa. Tutur katanya juga biasa. Wajahnya jernih dengan senyuman. Senang sekali melihatnya tersenyum. Dan tanpa aku sedari~ aku berkira sendirian.

Sementara aku?

Ah.. yang dahulunya Masha Allah, cukup bergelumang dengan jahiliah. Diantara barisan-barisan pelajar nakal dahulunya, aku adalah diantara pelajar nakal yang cukup dikenali. Beza aku dengannya itu jauh. Pernah satu ketika aku meluahkan ketidak puashatian aku pada seorang abang yang seperti malaikat. Rimas kataku. Abang yang sering memberikan kitab-kitab karangan iman Al-Ghazali~ dan tafsir serta terjemahan Al - quraan untuk dibaca. Pernah sekali aku bertandang kerumah abang itu dan bermalam disana. Ketika aku tidur~ dia bahkan mengaji. Menangis yang amat perlahan. Tidur ku jadi tidak lena. Dan ketika aku bangun dari pembaringan saatnya solat subuh, abang itu sudah pun di sejadah.

ah.. Malaikat apakah ini?


Tapi syukurlah~

Kerana hampir dua tahun abang itu merimaskan aku dengan perangai malaikatnya, hati aku runtun. Ditarik-tarik dan di asak-asak ke arah kebaikan. Aku jadi rindu akan esak tangis abang itu ketika malam~ rindu pada nasihat yang sering diberi. Dan tanpa aku sedari, hati aku yang dahulunya cukup keras~ kian mudah terusik.

Dan kini~

Aku merasakan dia adalah bayangan abang malaikat itu~

Ah.. apa orang yang baik, peribadinya semua indah?

Aku jadi berteka teki.

Kedengaran suara seseorang memanggil~ lantas aku menoleh.

“iman! Hang buat apa tu?! Cepat masuk kelas. Cik Habibah dah masuk!” suara Ehsan memecah sunyi~ menyedarkan aku dari lamunan tentang dia.

Aku lihat jam tangan~ Ya Allah, aku sudah terlambat~ dan lantas aku bangun meninggalkan dia yang seketika tadi menjadi perhatianku~

-----------------------------------------------------------------------------

Hati aku penasaran~ maghrib tadi aku lihat dia ke menuju ke surau. Cukup tertambat hatinya dengan rumah Allah itu. Aku ingin mengikuti~ tapi apabila fikiran diterjah, apa layak insan seperti aku ke surau~ niat itu termati. Hanya didalam hati aku kagumi~ selepas solat, fikiran aku melayang terhadap abang malaikat yang aku kenali itu. Ah.. bagaimana dia sekarang? Sejujurnya aku tidak pernah melihat peribadi seindah dia~ dan sekali lagi lamunan ku terhenti~

“eh amin~ cepat la. Kata nak makan~ dah lapar dah ni” terjah fadli rakan sebilik~

“ok2~ sabar la..” balasku. Sejadah dihadapan aku lipat~ kemas. Dan dihujung katil, aku letakkannya disitu.

“Eh, Palie~ Isyak ni kita ke surau nak?” soalku~ Fadli kebingungan~

“kau ok tak ni min? ko ada terhantuk apa ke masa mandi tadi? Ke kau ada terjatuh masa balik kelas tadi ke?” Fadli membalas~ sahabat aku yang seorang ini begini. Penuh dengan jenaka~ yang terkadang mengusik juga dihati. Aku selesa di panggil amin oleh sahabat-sahabat yang rapat. Terkadang dipanggil iman oleh mereka yang mengenali~ tetapi hakikatnya, amin atau iman, tetap itu namaku.

“Nak tak? Ala.. sekali sekala je Palie. Bukan selalu aku ajak”

“err.. tak pela. Kau pergi la dulu ye. Nanti aku follow belakang~ okeh?” balas Fadli~ aku sekadar senyum.

“ok la kalau macam tu~ kau bungkus kan aku makanan boleh? Nasi lauk ayam~ dengan sayur sikit. Boleh? Nah.. ni duitnya~” balasku sambil menghulurkan sekeping not lima ringgit. Fadli mengangguk~

“okeh! Nanti doakan aku sekali tau min~” gurau Fadli~

Aku tersenyum. Tak perlu rasanya membalas gurauan Fadli.

Langkah aku tuntun perlahan~ menuju surau Al-Mutaqqin yang berada tidak jauh dari kolej kediaman kami. Sepanjang perjalanan aku lihat pelbagai ragam orang yang sesetengahnya aku kenali. Terdapat yang berdua-duaan di bilik-bilik tutor~ dan tidak kurang juga mereka yang mengadakan perbincangan berkumpulan. Lorong-lorong ke dewan kuliah sunyi. Ditemani lampu-lampu neon yang menyala~ hanya kawasan sekitar bilik tutor yang keadaannya seakan terisi.

Pelajar-pelajar yang lain sibuk dengan urusan mereka sendiri. Ada yang mengulangkaji pelajaran~ ada yang makan di café~ dan tak kurang ada juga yang sedang tidur. Ternyata benar, kami cukup berbeza walaupun hakikatnya kami hidup pada dunia yang sama.

Seketika tiba di surau Al- Muttaqin~ aku menuju ke tempat mengambil wudhuk. Terasa hati terlalu sayu saat mengangkat air di muka. Sudah berapa lama aku tidak kesini? Tak pernah rasanya~ entah kenapa malam ini aku terdetik berkunjung di rumah Allah ini. Ah.. hati aku bedesir sayu~~~

Perlahan, aku menutur langkah ke surau~ aku tak tahu apa yang aku lakukan disini. Aku hanya datang. Dan di suatu sudut~ aku duduk disitu. Sendirian~ Melihat pada wajah-wajah jernih di dalam surau. Entah kan kenapa aku seakan mahu menangis~ hati aku berat. Ah.. betapa selama ini aku bergelumang dengan jahiliahku. Hingga ke surau terasa cukup asing~

Dan tiba2~ bahu aku diusap perlahan~

Aku menoleh kebelakang~

Dia?!!

Aku jadi terkekejut sebentar~ bejeda yang amat lama.

Wajah itu tersenyum~ senyuman yang sangat menyenangkan. Hati aku tenang melihatnya~ seketika, dia memulakan bicara~

“Assalamualaikum akhi~ mari.. tadabur bersama ana. Ana perlukan teman untuk bertadabur bersama~” katanya sambil tersenyum.

Aku membalas senyuman yang dilemparkan. Relung hatiku basah. Tuturnya indah~ melambangkan peribadi yang indah. Tanpa aku sedari aku mengangguk lemah~ Al-Quraan di rak di ambil dan diserah padaku. Aku tersenyum~ dan buat pertama kalinya aku membaca Al-Quraan bersama orang yang aku kagumi~

Indah. Alunan suaranya cukup indah~ fasih bahkan. Aku menjadi kagum~ kagum ya amat. Tutur kata yang melambangkan ilmu yang penuh didada~ dan seketika sampai di ayat taddabur kami.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Al-hujurat, ayat 13

Dia menyudahkan bacaan~ tersenyum memandang aku yang sedang sedang kegelisahan. Dan seketika, dia memulakan bicara~

“Akhi~ Ayat yang kita baca tadi menerangkan tentang kebesaran Allah dalam mencipta kita yang berbagai bangsa. Supaya kita saling kenal mengenali~ kerana disitu akan terlihatlah kebesaran Allah. Hakikatnya kita tetap sama~ seorang manusia. Hanya orang bertakwa yang paling tinggi darjatnya disisi tuhan akhi~”

Kata-katanya menyentuh hati~ aku jadi berkira sendirian. Betapa selama ini aku menyesali diri. Menyesali diciptakan bergelumang dengan jahiliah. Betapa selama ini aku memandang tinggi insan yang berharta dan berpangkat. Dan seringkali meremehkan kelebihan dan kekurangan orang lain. Hakikatnya disisi tuhan itu hanya satu~ Takwa.

Ah.. air mata ini ingin jatuh. Tetapi aku tahan~ malu mungkin? Entah~ melihat aku diam, dia bertanya~

“akhi.. nama antum siapa?” dia bertanya~ lembut. Jelas terasa~

Tersenyum~

“amin..” balasku terhenti.

“panggil saya amin~”

Kulihat dia tersenyum~

“ana shah rizal. Panggil ana rizal~” balasnya perlahan. Seketika terasa jalinan ukhwah kami tersimpul. Jalinan mahabbah yang tidak akan terputus~

Shah rizal~ itu namanya.

Aku tersenyum~ selesai taarufan kami, azan isyak berkumandang~ lantas, isyak itu menjadi saksi pemulaan ukhwah kami~ suka duka di matrikulasi ini nantinya~

.: kisah pohon kurma dan tembikai~:.

Monday, December 13, 2010

Teringat kisah buah kurma dan buah tembikai yang sering aku ceritakan pada adik-adik satu ketika dulu~ kisah yang bermula pada suatu ketika di sebuah perkampungan yang terpencil. Di hujung kampung tersebut tinggalnya sebuah keluarga, si ayah dan si anak. Mereka bekerja sebagai nelayan~ dan saban hari, mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh bagi mencari rezeki. Si ayah seorang yang sabar~ gigih mencari rezeki bagi keluarganya. Tidak pernah sekali si ayah mengeluh tentang nasibnya sebagai seorang nelayan. Tapi anak lelakinya~~ ah.. sebaliknya.

Si anak sering mengeluh tentang hidupnya~ tentang kehidupan yang dirasakan tidak adil. Kenapa yang kaya itu harus wujud? Dan kenapa harus dia dilahirkan miskin? Persoalan-persoalan ini sering dilontarkan kepada ayahnyq~ dan seringkali itu juga, ayahnya berdiam diri~

“ayah~~ kenapa harus dunia ini bersifat tidak adil. Kenapa harus ada yang kaya dan miskin? Kenapa harus kita bersusah payah mencari rezeki sedangkan raja hanya duduk di atas takhta? Kenapa ayah?” tanya si anak ketika pulang dari mencari rezeki.

Si ayah hanya berdiam~ membiarkan saja anak yang masih mentah itu berkata semahunya~ seketika tersenyum pahit~ pahit mengenangkan anaknya yang pesimis tentang hidup~

“lihat saja ikan yang kita dapat hari ni ayah~ hanya sedikit. Sedangkan kita berusaha seperti layaknya keringat ini ditumpahkan~ sungguh!! Tuhan amat tidak adil pada kita~” bentak si anak~

Ayahnya hanya berdiam~

Seketika tiba di pohon kurma, si anak menyambung~

“lihat saja pohon kurma ini~ cukup membuktikan ketidak adilan tuhan dalam didunia ini. Buahnya bahkan kecil. Tetapi pokoknya besar. Dan cuba lihat tembikai itu~ buahnya cukup besar, tetapi pokoknya.. ah.. hanya lilitan yang menjalar~ tuhan tidak adil ayah!”

Si ayah yang seketika tadi berdiam diri, hanya membalas~

“seeloknya kita berehatlah disini dulu. Sudah cukup tenaga kita hari ini~” balas si ayah sambil menyandarkan badannya pada pohon kurma tersebut. Melihat ayah yang keletihan, si anak luluh~ dan lantas mereka terlena seketika~ tiba-tiba~

“aduh!! Sakitnya~~~”

“kenapa? apa yang berlaku anakku?” balas si ayah terkejut. Lantas terbangun dari lenanya~

“pohon kurma ini! Buah kurma ini jatuh di atas kepala saya.” Balas si anak sambil mengusap kepalanya~

si ayah tersenyum lebar~~~~ dan jelas terzahir ketawa kecil. Tadi di hati, kini di wajah jelas mempamerkan riak terhibur.

“kenapa ayah malah ketawa. Tidak ada yang lucu ayah!” balas si anak~

Ayah tersenyum~ bahu anaknya diusap perlahan.

“ayah ketawa kerana katamu tadi. jika buah kurma yang menghempap kepalamu sebesar buah tembikai. Makanya ayah telah hilang salah seorang anak yang ayah sayangi ini. Syukur~ buah kurma ini tak seperti katamu – sebesar buah tembikai” balas ayah tersenyum~

Jelas anaknya mengangguk perlahan~ dan lantas memahami apa yang cuba disampaikan~~~

--------------------------------------------------------------------

Sekadar sedikit ulasan dari cerita tersebut. Masa mula2 aku dengar cerita ni, dari seorang fasi yang ketika itu mengadakan program di sekolah aku dahulu. Aku tertarik~ sangat tertarik. Kita sering mengeluh, tentang ketidak adilan hidup pada kita~ jika berbicara dengan orang yang tinggi “aku”nya~ tentang harta, pelajaran, anak~ maka jika tanpa disedari hati kecil kita akan berbicara, “ah.. sungguh bertuah dia. sudahlah melanjutkan pelajaran ke luar negara~ mempunyai pangkat Dato yang disegani~ mempunyai anak yang hebat dalam pelajaran~” dan tanpa disedari pasti rasa rendah diri itu tersuntik perlahan. Dan lantas menyesali apa yang telah dikurniakan~ benar ?

Entahlah~ sukar hendak menentukan.

“bagaimana rasa tidak dihargai?” tanya Edi satu ketika~ nadanya sedih. Jelas tergambar riak kecewa. Mungkin kerana bebanan disekelilingnya membuatkan dia terasa lemah. Wajahnya pucat. Melihat aku berdiam, edi menyambung~

“aku Cuma meminta sedikit penghargaan. Seolah-olah pengorbanan aku tidak dihargai~”
keluh edi~ aku mengelengkan kepala~ terasa kesal dengan luahan edi.

“jadi… kau menuntut harga pengorbanan itu?” tukas ku~

Edi tersentak~ terkejut barangkali~ tidak sangka pertanyaan itu aku ajukan.

“aku Cuma minta dihargai iman~~~”

“dan itu adalah harga yang paling mahal sekali untuk dibayar~~~” pintas ku. Jelas tergambar kekecewaan dari jawapanku~ terasa bersalah seketika. Lantas bahu edi aku usap perlahan. Penuh mahabbah~ Sejujurnya aku sayang akan sahabat aku yang seorang ini~

“kadangkala edi~ kita kena bersedia untuk tidak dihargai. Itu lumrah~” balasku perlahan. Edi ternyata diam. Seakan ada sesuatu dibenak fikirannya.

“mengapa?” soal edi~ senang dengan pertanyaannya. Walaupun pada mulanya aku sekadar ingin menjadi pendengar, tetapi edi banyak memberi aku laluan untuk bercakap. Terasa segan diraikan begitu.

“kerana kajian menunjukkan bahawa majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita memberi kerana mengharapkan terima kasih, kita akan sakit jiwa edi.”
balasku~

“adil ke setelah memberi kita dilupakan?”

Aku tersenyum~ gembira melayan pertanyaan edi~

"baiklah. Kalau macam tu, adil ke kita setelah kita terima sekian banyaknya nikmat yang diberikan oleh Allah, majoriti manusia tidak bersyukur kepada Nya? Allah sendiri menegaskan melalui lidah nabinya, bahawa sedikit sekali hambaNya yang bersyukur."

“dunia memang tidak adil~~~” keluh edi perlahan~ aku menggelengkan kepala.

“tidak. Manusia yang tidak adil. Manusia zalim. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kalau kita yang kerdil ini tidak memberi hanya kerana orang lain tak mampu berterima kasih, cuba bayangkan Allah, yang Maha Besar, yang masih sudi memberi walaupun hambaNya tidak mampu bersyukur. Siapa yang lebih besar? Kita atau DIA? Siapa kita edi?” balasku panjang lebar~

Mendengar penjelasanku, edi luluh~ syukur, sahabat yang seorang ini begini, jika melihat kebenaran, hatinya lantas luluh.

“jadi sekarang bagaimana?” tanya edi mengharapkan jawapan~

“teruskan memberi. Memberi dengan kasih sayang~ ibarat ibu yang gembira melihat anaknya yang keriangan ketika memberikan hadiah. Kenapa kita mengharapkan penghargaan? kerana kita tidak lagi gembira lagi dalam memberi. Kerana kita merasakan memberi itu mengurangkan. kita memberi kerana mengharapkan balasan. Edi~~ kita hidup tak terlalu lama edi. Tapi satu yang hidup ini mengajar kita~ tak semua yang kita nak kita akan dapat. Jadi bagaimana hendak melepaskan diri dari belenggu itu? Iatu dengan bersyukur apa yang kita dapat edi~~” balasku panjang lebar~

Hakikatnya, hidup mana yang tidak ada masalah~ selagi mana diri bernyawa, selagi itu masalah tetap ada. Terkadang mengharap yang lebih~ tanpa disedari menyesali apa yang dikurniakan.

Hidup adalah ujian~ suka dengan petikan kata2 einstein, dunia adalah relativiti. Tidak ada yang menang jika tiada yang kalah~ tiada yang cantik jika tidak dibandingkan dengan yang kurang cantik. Tiada yang kaya, andai tiada yang miskin. Semuanya kelansungan~ berdiri diatas yang lainnya. Sebagaimana pandai berdiri diatas yang kurang pandai. Raja yang berdiri kerana adanya rakyat~ guru yang berdiri kerana adanya pelajar. Hakikatnya yang berdiri dengan sendirinya adalah satu~ Allah.

Sincere~ iman.

.: cinta seorang akhwat :.

Sunday, December 12, 2010

Ukhti...
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti...
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.

Ukhti...
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

Ukhti...
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,

Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,

Apabila hujan menyirami
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,

Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.

Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti...
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti...
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.

Kerana...
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku...

----------

dapat dari kak balqis^^ syukran akak :)

.: radiation~ :.

Saturday, November 20, 2010

Salam^^ ok~ hari ni tetibe nak menulis tentang “heat transfer”. Hee :) saje je^^ tak tau nak tulis apa sebenarnya. ada je benda dalam ingatan untuk dikongsikan~ yup2. Hari ni nak cerita tentang engineering, fizik, ataupun sains. haha^^ ok2~ back to the main point^^ takde la nak cite panjang lebar macam dalam buku. Cuma sedikit sebanyak benda baik, boleh la dikongsi. Hee~

Urm~~ nak cite ape eh?

Haha~ adoi.. camne boleh lupa ni. Takpe2~ jap.. ingat balik~

ha, macam ni. Heat transfer atau dalam bahasa melayu nya, disebut pemindahan haba. so bagi pelajar-pelajar mekanikal, fizik atau sains, mestila diorang dah tau macam mana kan. Tak pe la, kat sini bukan la nak cerita tentang silibus atau equation pun. Tu kalian dah belajar di kelas. Tapi nak kongsi, something far more than that. Pendekatan yang memperkenalkan isi~ hee :)

Err.. sori2.. ayat ingeris memang lemah sikit. Haha~

Ok2~ dalam subjek ni, kami ada belajar tentang radiation. Iatu pemindahan haba melalui radiasi. Apa yang aku cuba kongsikan, adalah peranan radiasi di sekeliling kita. Radiasi adalah gabungan dua gelombang tenaga, iatu gelombang magnet dan gelombang eletrik. Dan daripada gabungan dua gelombang ini terhasillah gelombang elektromagnet. Dan gelombang inilah menghasilkan haba. so, apa kesannya dari teori yang telah kita tahu ini?

Kesannya sangat besar dalam kehidupan~

Cahaya juga merupakan salah satu gelombang elektromagnet ini. Pernah tak kita duduk berhampiran api dan kita merasa hangatnya kehangatan api? Nah.. itu salah satu bukti bahawa haba boleh dipindahkan melalui radiasi. Sekadar contoh yang kecil.

Dan pemindahan haba secara radiasi tidak perlukan medium. Gelombang ini boleh bergerak terus melalui tempat vakum~ iatu ruang yang tidak mempunyai udara.

Nah.. persoalan asas. Ruang vakum~ radiasi, gelombang elektromagnet yang membawa haba~ apa yang perlu diambil tahu lagi kan?



Tapi tunggu sekejap~

“kau tak sedar matahari memanaskan bumi melalui radiasi?” pintas edi~

“maksud kau?” tanyaku kebingungan~ edi mengelengkan kepala.

“Ruang angkasa adalah ruang yang vakum iman. Tiada udara. Dan matahari memanaskan bumi melalui kaedah pemindahan haba secara radiasi. Kau tak sedar? Bukan ke cahaya matahari kita rasa setiap hari ini adalah kesan pemindahan haba secara radiasi?” edi menjawab~



Aku mengangguk~ tersentak seketika. Teori dikelas. Tetapi aplikasinya pada kehidupan harian. Hebatnya~

“kalau ruang angkasa tu bukan vakum, apa jadi?” aku bertanya~

“bumi akan sejuk. Dan kemungkinan bumi akan hancur. Kerana pemindahan haba ke bumi akan dihalangi oleh jirim-jirim halus yang lainnya.” Balas edi.

“lagipun, jarak antara matahari dan bumi cukup tepat. Sebagai tempat ketiga di sistem suria. Kadar haba yang kita perlukan pun sudah cukup.” Edi menyambung.

“maksud kau?”

“iman2~ macam ni, kalau kita duduk berhampiran api, kita akan terasa kepanasan dia kan? Dan kalau semakin jauh dari api, semakin sejuk. Jadi macam mana kita nak tahu kedudukan kita yang sesuai dengan api tu? Supaya tidak panas sangat, dan tidak sejuk sangat? Hebatkan macam mana bumi ditempatkan dengan begitu teratur. Supaya haba yang kita perolehi dari matahari cukup untuk membuat kita hidup di bumi.”



Aku mengangguk faham~

“tapi kalau matahari panaskan kita bukan melalui gelombang radiasi macam mana? Maksud aku kalau matahari panaskan bumi melalui kaedah gelombang bunyi?”

“kau rasa?”

“entah~ gelombang bunyi dihantar melalui mampatan dan renggangan udara. Kerana ia memang telah dicipta begitu. Bunyi mediumnya udara. Kalau matahari memanaskan bumi melalui cara ni, aku rasa bumi akan sekejap panas, sekejap sejuk. Kan?”

“nah.. tgk. Kau sendiri tahu” edi tersenyum~

“jadi semua ni terjadi bukan kebetulan kan? Adanya matahari yang memanaskan bumi tanpa medium, dan adanya bunyi yang memerlukan medium udara. Aku tak dapat bayangkan, kalau sistem sesempurna ini tiada pencipta” keluhku perlahan~

“jadi penciptanya ada?” tanya edi sekadar bertanya.

Aku mengangguk~

“ya, ada~ wujudnya terasa. Walaupun tidak kelihatan, pencipta itu menunjukkan dirinya melalui ciptaannya yang mengagumkan~” pintas ku.

Dan pencipta itu telah memperkenalkan dirinya.

“dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”
Yasin : 38

Ya~ pencipta yang ghaib. Tapi jelas terasa tingginya pengetahuannya. Yang Maha Mengetahui~ dan yang Maha bijaksana.

Aku jadi tersenyum sendirian.

Apa yang aku cuba sampaikan, adalah pendekatan. Didalam al-quraan juga mengajar begitu. Allah memperkenalkan diri-Nya melalui pendekatan yang sangat sistematik dan berkesan. Bagaimana Al-quraan mendidik, begitu kita cuba mencontohi. Menerusi Al-quraan, Allah tidak memperkenalkan nama-Nya dahulu. Tetapi Allah terlebih dahulu mengajak manusia berfikir tentang siapa yang menjadikan alam ini~ siapa yang menjadikan matahari? Siapa yang mengatur perjalanan planet~ siapa yang menurunkan hujan?

Ayat-ayat al-quraan tentang itu terlebih dahulu diturunkan. Dia tuhan yang Maha Mengajar~ tuhan yang menjadikan, menumbuhkan dan sebagainya~

Dan barulah didalam surah al-ikhlas, tuhan buat pertama kalinya menegaskan, Qul Huwallah hu ahad..

“Katakan Dia yang Maha esa” Al-ikhlas :1

“jadi apa hikmahnya?” pintas edi~

Aku tersenyum~~

“edi2~~ fokus aku disini bukanlah tentang hikmah, tetapi pendekatan. Allah menunjukkan keagungan–Nya, kebesaranNya, kebaikan-Nya, kebijaksanaanNya dan barulah disusuli dengan nama-Nya, Allah” balasku.

“jadi apa kena mengena aku sebagai pelajar?” aju edi~

“kita sebagai pelajar seing diajar tentang isi. Tentang content. Force is equal to mass time acceleration. Dan sebagainya kan? Tapi kita sering lupa tentang pendekatan~ pendekatan yang mampu membuahkan penghayatan edi. Sejauh mana kita mengunakan ilmu kita untuk mengenali pencipta kita?”

Edi mengangguk~

“nak tahu cara kedua Allah memperkenalkan dirinya?” kataku mengoda ghairah akalnya~

“ada lagi?” balas edi.

Aku mengangguk~

“Allah terlebih dahulu memperkenalkan sifatNya yang lembut, baik, pemurah, penyayang sebelum memperkenalkan sifatnya yang Maha Membalas, punya seksa yang Maha Pedih dan sebagainya~” balasku.

“kenapa?”

“sebab Allah nak timbulkan rasa kasih, rasa sayang, rasa dekat, rasa cinta para hambaNya terhadap diriNya. Dan kerana rasa sayang dan cinta itulah, hambaNya merapatkan diri kepada Dia. Dan kemudian dari situ, datanglah sifat pengabdian dengan rasa cinta. Selepas itu barulah diperkenalkan sifatNya yang mengerunkan seperti yang Maha membalas, Maha merendahkan dan sebagainya. Rasa cinta perlu hadir dahulu, baru rasa takut.” Balasku panjang lebar~

Edi seakan diam~

“jadi edi~ jika hendak mendidik atau dididik, tanamkan rasa cintakan Allah dahulu berdasarkan sifat-sifat dan nama Dia yang lembut terlebih dahulu sebelum mengenalkannya dengan sifat dan nama Nya yang keras. Ini tidak~ pantang orang buat kesalahan. Dosa!! Tempat kau kat api neraka. Tak boleh! Allah humban dalam neraka. Dan sebagainya. Sepatutnya diperkenalkan dahulu sifat Allah yang pengasih. Jom solat, Allah suka orang solat di awal waktu. Mari puasa. Allah makin sayang hambanya yang berpuasa. Ini cara yang betul edi”

Edi menganguk~

“nak dengar kaedah ketiga Allah memperkenalkan Diri Nya?”

“nak..”

Perbualan dengan edi aku teruskan. Insya Allah, dikesempatan akan datang, aku akan berkongsi lagi~ sungguh, mentauhidkan Allah, adalah perjuangan yang tidak pernah selesai. Subhanallah, bantulah kemi mengenal-Mu dengan akal dan hati, agar dapat kami mengenalkan Mu kepada anak-anak kami dan saudara-saudara seislam kami…

.: setulus hati ibnu mubarak~:.

Thursday, November 18, 2010

Teringat kisah ibnu mubarak yang diceritakan oleh seorang sahabat tikanya di matrikulasi~

“akhi~ antum tahu kisah ibnu mubarak?” hafiz memulakan bicara~ memecah sunyi selesainya dhuha kami~

“ibnu mubarak? Siapa akhi?” balasku kebingungan~ hafizzudin tersenyum melihat telatah sahabatya yang seorang ini~ perlahan bahu aku diusap.

“kisah ibnu mubarak tercatat apabila dia melihat si ibu memasak bangkai burung di sebuah perkampungan. Dan tatkala melihat yang dimasak itu adalah bangkai burung,
ibnu mubarak tersentak~ wahai ibu, itu haram dimakan untukmu dan anak-anakmu.”akhi hafiz bercerita~ tangannya masih saja di bahuku.

Aku diam~ memberi ruang untuk sahabat yang aku cintai itu berbicara~

“antum tahu apa yang dibalas oleh ibu itu?” hafiz bertanya~

Aku mengelengkan kepala ~

“si ibu menjawab, wahai musafir, sesunguhnya makanan itu telah halal untuk ku dan anak-anak ku. Kerana sememangnya makanan ini sahaja yang ada buat kami~ sebagai penyambung nyawa kami~” hafiz menyambung~

“lalu akhi, ibnu mubarak lantas menyerahkan wang simpanannya kepada si ibu tadi~ wahai ibu, wangku ini penebus derita mu. Dan alangkah gembiranya keluarga itu menerimanya. Namun haji ibnu mubarak tidak kesampaian~ safarnya tertanguh. Wang biayanya sudah tiada. Telah pun diberi segalanya untuk yang lara~ untuk si ibu tadi” sambung hafiz~

Aku terdiam~ dalam dalam aku mengagumi ibnu mubarak. Bukan mudah untuk seseorang seikhlas itu~

“lepas tu akhi?” pinta ku menyambung~

“dan kisah ibnu mubarak menjadi dialog antara malaikat~ tahun itu haji ibnu mubarak yang menjadi paling tinggi nilainya. Walaupun ibnu mubarak masih belum menjejakkan kakinya di makkah, namun hatinya tulus ibarat mengucup kaabah. Akhi, haji ibnu mubarak paling mabrur saat itu. Bukankah ertinya haji itu menuju Allah? Sungguh akhi, haji ibnu mubarak telah sampai di situ, kerana telusnya hatinya membantu si ibu~”

Ada genang air mata disebalik wajah hafiz~ Allah, bisakah aku setulus itu?

Sungguh hati mu benar mulia, ibnu mubarak~

.:(-.-)~~~ :.

Saturday, November 6, 2010

Aku tak tau nak tulis apa sebenarnya~
Nothing Really^^

Entah kenapa, lately aku rasa down sangat~
Rasa useless~
Aku tak tau apa yg aku buat~
Bangun, makan, stadi~
Just that~
Rasa kosong~
Haha~ tah pape kan?

Kalau dulu, ak rasa bangga sangat~
Bangga sebab tak pernah rasa apa itu cinta~
Tak tau apa itu cinta sesama insan~
Cinta yang wujud hasil dari kekeliruan perasaan~
Yang hanya ada masa tu~
Ibu, ayah, mak, abah, adik dgn sahabat aku yang lain~
Tak pernah terlintas satu hari nanti, aku akan rasa benda tu~

Subuh, dhuha, mathurat, taubat~
Setiap hari terisi~
Tapi bila dah rasa apa itu cinta insan~
Semakin lama makin berkurang~
Dhuha dah mula culas~
Mathurat apatah lagi~
Zikrul sekadar selepas solat~

Asyik dengan cinta insan~
Alam yg lain bukan?

Sebab tu bila aku tengok ada orang bunuh diri sebab cinta~
Aku tak tau nak rasa apa~
Rasa simpati~
sayang~
Mungkin Allah dah tentukan apa yg terbaik untuk dia~
Terlalu cepat dia tamatkan nyawa dia sendiri~
Aku tahu sakit tu~
Aku pernah rasa sakit tu~
Dikecewakan~
Rasa diri seorang yang kalah~
Kenapa orang lain mampu merampas insan yg bersama dia~
Tertanya-tanya apa kelemahan dia~
Membuat dia hilang keyakinan diri~
"hendak mengekalkan satu hati pun susah~"

Entah lah~
Susah nak cakap sebenarnya~
Selagi belum rasa, selagi tu belum tahu~

Dan sekarang aku benar-benar terduduk~
Terjatuh~
Tertatih~~
Mencari~
Keliru~
Sangat-sangat down~
I didn’t have any strength left~

Aku tak kisah kalau nak stadi berjam-jam lamanya depan buku~
Menghabiskan masa ulangkaji pelajaran~
Menghafal rumus yang berpuluh-puluh~
membuat kiraan yang mungkin memeningkan~

Aku tak pernah kisah~

Tapi bila melibatkan soal hati~
Kenapa aku sangat lemah??
kenapa seolah2 aku tak mampu melawan?

bukan sekali rayuku pada hati~
"hati, tabahlah~~"
tapi~~
entah~
Allah~
pay me better~
kerana aku yakin apa yg Engkau ungkapkan~
"apakah kamu mengira bahawa kamu dibiarkan saja dengan mengatakan bahawa kami telah beriman, sedang kamu tidak diuji lagi?" (29:2)

Remember this, when u overcome ur sadness~
U’ll become stronger than u are now~
That’s a true strength~~~
Haha^^ tah pape~ adios^^

.: Kerinduan~ Tinta Seorang Anak 2 :.

Sunday, October 31, 2010

“nanti raya haji balik la sini. Abah ada letakkan nama along sekali dalam ibadah korban nanti” tutur abah perlahan. Ada nada rindu disebalik suara abah~ sayu. Tapi jelas terasa~

“insya Allah abah” balasku perlahan~ lama rasanya tidak kunjung ke rumah abah dan mak. Terlalu rindu pada wajah mereka~

“baliklah. Setiap tahun abah masukkan nama along sekali” abah memujuk~ seakan merayu.

Allah, hati aku runtun. Jelas terasa kerinduan disebalik nada abah. Tak pernah abah berkata begini pada aku.

“insya Allah bah. Lepas final nanti along balik. Along tanya ibu dengan ayah dulu macam mana” balasku perlahan.

Abah diam~ tersenyum sayu barangkali.

“kalau macam tu takpe la~ nak cakap dengan mak?” abah membalas.

Jelas terdengar nada kecewa dari hujung talian.

Sungguh, aku tidak dapat membayangkan bagaimana kerinduan abah pada aku. tidak pernah aku mendengar suara abah seakan meminta dari anak tunggalnya yang seorang ini. Diam~ aku turut merindui abah~ Allah, kerinduanku ini sangat mendalam.

“boleh jugak bah~ lama tak berborak dengan mak” pintaku perlahan~

saat abah memanggil mak~ terbayang kisah aku dengan abah ketika aku masih kecil. pernah satu ketika aku mematahkan pengelap cermin kereta abah. tapi abah tak marah~ abah cuma tersenyum. aku dihantui rasa bersalah~

"abah tak marah?" tanya ku kebingungan~

"tak~ abah tak marah along patahkan wiper abah. abah cuma terkilan, along sorokkan dari abah" balas abah perlahan. aku menangis. rasa bersalah kerana cuba menipu abah. cara abah mendidik sangat halus. didalam semua keadaan, abahlah aku rasa insan yang paling pemaaf. abah tak belajar tinggi. sekadar pemotong rumput. tapi hidup abah sederhana. rezeki abah luas. walaupun abah pemotong rumput, abah dapat pergi menunaikan haji.

masih jelas diingatan, sewaktu kanak-kanak dahulu, aku sering mengikuti abah dan mak ke kelas haji. setiap malam buku panduan haji yang sudah kusam itu diulang baca oleh abah. ditatap berkali-kali. sudah hafal segala doa dan kata. sekali sekala abah memandang beg besar yang dibeli abah. masih jelas air mata abah yang mengalir saat memegang pakaian ihram. pantang ada orang bertanya bila keberangkatan abah~ dengan mata yang berkaca, abah mula bercerita. bukan kerana bangga~ tetapi kerana keghairahan abah ingin menuju kaabah.dan saat itu, mak lah peneman setia abah di makkah.

abah seorang jujur. pernah satu ketika, abah ditipu oleh anak saudara abah sendiri. tetapi abah tetap tak marah.

"ujian untuk abah~" balas abah perlahan. tersenyum~

bahuku diusap.

"along nanti belajar pandai2. jangan jadi macam abah~" pinta abah perlahan. wajah abah aku pandang~ terasa lembut belaian abah di bahu. terlihat mata abah berkaca~

aku tidak mengerti saat itu.

anak kecil~ fikiran mereka tetap saja masih mentah.

dan saat aku masih keanak-anakan, abah selalu membawa pulang buah tangan selepas kerja. terkadang mainan didalam kotak~ terkadang goreng pisang~ sedikit rezeki, tetap abah kongsikan dengan isteri dana anak.

along~ seorang anak yang tetap dengan kenakalan aku sendiri.

dulu saatnya aku masih kecil, abah sering membawa aku pergi menunaikan solat jemaah. dan sering kali abah memarahi aku saat aku berlari-lari didalam masjid. Tetapi kanak-kanak, hanya mengerti keriangan. keesokannya, tetap aku ulangi. Teringat satu ketika saatnya aku pulang ke kampung halaman abah~ seorang pakcik menyapa~

“lama dah tak tengok kau dekat masjid ni lagi. Dulu masa kecik, rajin dengan abah kau datang ke sini”

Aku tersentuh~

Sayu~

Hatiku cukup berdesir~~

Terselit kekecewaaan dan kehampaan yang amat dalam~

Allah, masih belum sempurna tugasku sebagai hambamu dan tugasku sebagai seorang anak~ jarang aku kembali ke kampung halaman abah dan mak. Tapi tidak pernah terdengar ungkapan keluhan dari abah dan mak. mereka seakan mengerti, itu adalah ujian buat mereka.

abah dan mak tidak pernah meminta~ walaupun jelas aku tahu, di hati mereka tersimpan sedikit kekecewaan. Abah dan mak sangat tabah~ justeru, itu yang aku kagumi pada abah dan mak~

“kalau cuti lagi, balik la sini. Ada juga orang teman mak berbual~” luah mak satu ketika dulu~

Aku jadi sayu~~

Sungguh, walaupun berapa banyak keluarga yang aku ada, seorang anak, tetap seorang anak. dan hakikat itu tidak pernah berubah.

aku tersenyum pahit~

“assalamualaikum” terdengar suara mak memecah lamunan. suara yang cukup aku rindui dihujung talian~

“waalaikumsalam mak~” balasku perlahan.

ternyata sungguh terlalu rindu dengan suara mak~ rindu yang teramat pada cerita-cerita mak. pada celoteh mak menasihati~ pada cerita yusuf yang sering diceritakan~ pada kisah hajar yang sering disampaikan~

aku tersenyum~ perlahan aku menyambung~

“mak, mak sihat?”

“Alhamdullilah, Sihat along~ Along cuti bila?” mak bertanya. Jelas, seperti abah, tutur mak turut terasa kerinduan. relung hatiku kian basah~

“cuti lepas final nanti. Insya Allah, raya haji kali ni along balik rumah mak abah. Anak tunggal mak sorang ni dah rindu sangat nak rasa masakan mak. nak rasa asam pedas mak” balasku sedikit bergurau. Cuba mengambil hati mak. cuba menutup rasa sebak dihati.

“datanglah sini. Mak dah telefon ibu along. dah lama sangat along tak balik sini~” tutur mak~ kesunyian yang jelas tergambar~

Aku terdiam~

Tersenyum sayu~

“insya Allah mak~” balasku perlahan~

"mak~ along ada cerita nak kongsi dengan mak. tapi nanti la bila along dah balik sana. banyak benda along nak cerita" aku memulakan bicara~

"cerita apa along?" terdengar suara mak dihujung talian~

"ada la" balasku sedikit bergurau~ ketawa kecil. sememangnya banyak cerita yang aku ingin kongsikan bersama mak. walaupun aku tahu, ibu telah pun bercerita dengan mak perihal aku~ insya Allah, raya haji ni aku ingin ke rumah mak dan abah. mengubat rindu yang sekian lama aku pendam~ perbualan aku bersama mak dan abah, menjadi pengubat rinduku seketika. aku cuba memahami~ tuntutan sbg seorang anak kepada dua keluarga. dan seadaya upaya aku cuba tunaikan. perbualan aku akhiri~

mak, abah, ibu dan ayah~ hakikatnya mereka tetap keluargaku.mereka semua pandai mengambil hati~ walaupun aku akui, sebagai seorang anak sulung dari dua keluarga, memang aku melihat derita dan kesusahan mereka menjaga dan membesarkan kami. tetapi satu yang aku percaya, setiap kali kami duduk bersama, kami berborak bersama, menganyam ketupat bersama, kami sangat gembira. ketupat bukan sekadar ketupat. cerita bukan sekadar cerita. tetapi ia adalah lambang suka duka kami. ia jalinan kasih sayang kami~

ya, rasa gembira hasil memberi. justeru mereka memberi dengan kasih sayang. Mulianya mereka kerana tangan mereka selalu diatas. manakala tangan kita anak-anaknya selalu dibawah. hidup akan kelam , duka, dan kecewa jika kita hanya menerima. dan kerana itu, ceriakan kembali dengan memberi~

"ya Allah ya tuhanku, curahkanlah rahmat dan kasihilah ibu bapaku seperti mana mereka menyanyangi dan megasihi ku sewaktu aku kecil"

.: Cinta kecil~ :.

Monday, October 25, 2010

entah kenapa diri ini terlalu ingin untuk menulis~ entah apa yang ingin dicoretkan sebenarnya. cuma terdetik untuk berkongsi sesuatu~ hasil dari perkongsian sesuatu~ tentang cinta kecil dan CINTA sebenar.

entahlah~ diri ini juga pernah tewas~

teringat definasi cinta kecil dan cinta sebenar yang pernah dijelaskan oleh ustaz hasrizal dalam bukunya-

cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan implikasi jenis ini~


tapi tunggu sekejap~

"kau kata, cinta aku murahan?" getus seorang sahabat~

"bukan aku berkata. tapi cuba kau nilaikan~" balas ku perlahan. pandangan dialihkan~ jelas terlihat riak tidak puas hati dengan hujahku.

"sekali lagi, kau memandang rendah cinta aku?"

aku diam~

"maaf~" aku memulakan perbualan~

"aku bukan skeptis tentang cinta. bahkan aku juga pernah turut merasainya. perasaan yang indah bukan? terasa bagai di dunia lain~ kerana bahagianya kita yang rasa." tutur ku perlahan~ ketegangan terasa.

edi terdiam~ diam yang sangat panjang.

"cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini edi~" aku menyambung.

"maksud kau?" tukas edi~ riak marah jelas tergambar~

"aku dah jelaskan. cinta anak kecil kepada kura-kuranya lebih mulia. kerana sekurang-kurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual, dan membersihkan akuarium kura-kuranya. berbanding cinta keliru antara dua anak muda, yang tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali?"

edi kelihatan marah~ terasa kesal juga meluahkan. tetapi antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, terkadang kita menjadi semakin bungkam, menjadi malaikat yang diam? oh tidak~~ rasul pernah berpesan, sampaikan dariku walaupun satu ayat.

"aku sayangkan dia~ dan aku jaga dia. terkadang makan minum aku yang belanja. sakit pening kadang-kadang aku ambil tahu. dan kau kata cinta aku murahan? terbit dari kekeliruan perasaan?" bentak edi~

jelas, aku berkata dengan insan yang berada di alam lain.

"jika begitu~ syukurlah.. semoga berpanjangan hingga anak cucu~" balasku. terkadang tertanya, apakah sahabat aku yang seorang ini sedar tentang rasional nya~

"kau nak tahu?" aku bertanya~ sekadar memancing~

"apa dia?"

"biasanya hubungan seorang lelaki dan perempuan akan dihinggapi rasa jemu~ yang terkadang mencabar komitmen kita pada hubungan itu. pada awalnya, ya~ bahagia. tetapi mungkin esok lusa, jemu itu akan bertandang."

"tidak~ aku takkan jemu dengan dia. dia pilihan aku"

ah.. jelas~ kau sendiri sedang menafikan fitrah manusia.aku tersenyum~bahu edi aku usap perlahan.

"jemu itu tetap ada edi. kita manusia~ bukan malaikat. yang disuruh sujud ribuan tahun, tetap tidak jemu. tidak~ hidup adalah sesuatu yang berterusan. setiap hari kita akan belajar benda baru~ ya, untuk atasi rasa jemu itu" tusukku hampir berbisik. perlahan, edi mengangguk~ hatinya luruh barangkali.

"jadi? apa yang kau cuba sampaikan iman?" pintanya perlahan~ aku senyum.

"perasaan jemu edi, adalah satu kesan biasa dalam sesebuah hubungan. air ada pasang surutnya~ begitu juga cinta edi. tetapi jika perasaan ini muncul dalam sebuah ikatan bernama perkahwinan, maka suami isteri akan belajar melayarkan bahtera rumah tangga mereka buat seketika dengan kesedaran tanggungjawab~ sebagai seorang suami dan isteri, atau ibu dan ayah~ dan jika ujian ini dilepasi, insya Allah, cinta itu akan kembali mekar dan utuh hingga ke akhir usia~" balasku panjang lebar~

edi mengangguk~ mengiakan apa yang aku katakan. syukurlah~~ sahabat yang seorang ini bergini. jika terlihat kebenaran, hatinya luruh~~

"tetapi jika perasaan jemu itu berlaku lantaran cinta pajang lebar dari zaman cinta monyet, hingga menjadi cinta gorilla~ maka tidak mustahil, salah seorang akan memberi signal untuk menamatkan hubungan yang telah terbina. banyak alasan yang boleh diguna pakai~ antaranya, saya mahu mendekatkan diri dengan Allah. saya mahu tumpukan pelajaran~ saya rasa kita tak ada keserasian lagi~ dan sebagainya~" balasku. edi tersentak~ tangan dibahunya aku turunkan~

"jadi, kau bermaksud suruh aku putuskan hubungan aku? begitu?" pintas edi.

terkejut~~

"ya Allah, ke situ pulak jadinya~ aku tak pernah bermaksud begitu sahabat. tidak~~" balasku sediit kecewa~

"jika pernah terbuat silap, bertaubat. bukan sewenang-wenangnya membatalkan hubungan, ingat satu pesanan, jika yang datang kepadamu itu seorang yang kamu redha akan agamanya dan akhlaknya, maka kahwinilah dia. cinta itu benar fitrah edi, aku sendiri akui. cinta itu naluri~ namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah cinta sejati!" balasku

edi terdiam~

diam yang sangat panjang~~~

aku diam~ tafakur. semua itu adalah imaginasi untuk tulisan ini semata. namun itu bukan ilusi. aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. lalu catatan ini menjadi wadahku bicara. untuk diri sendiri, yang seringkali tersasar~ dan juga untuk sahabat yang aku sayangi.

benar, dipercayai lebih utama dari dicintai~

biar bersusah dalam tempoh perkenalan~ tetapi susah payah itu yang akan memberikan bahagia~ bahkan bercinta, hingga ke syurga. jika bukan Allah letaknya sandaran, maka siapa lagi??

diri ini terdiam~~~

muhasabah yg sgt panjang~~~~~~



*sedikit olahan dari buku aku terima nikahnya oleh ustaz hasrizalabdul jamil.

6.25 am~

24 oct 2010

.: Bukan selebriti~ :.

Sunday, October 24, 2010

Suka aku petik tazkirah subuh tadi, “leaders are learners”. Seorang pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Belajar untuk terus memimpin~ belajar untuk terus menjadi baik. Jika bukan pemimpin pada skala yang besar, sekurang-kurangnya sebagai pemimpin diri sendiri. Dan kerana itu, ungkapan “when we stop learning, we stop leading” sering menjadi semangat diri.

Belajar~ hakikat ilmu sentiasa ada di mana-mana. kerana itu tidak keterlaluan jika aku katakan, siapa yang berhenti belajar, dia berhenti memimpin. berhenti memimpin dirinya sendiri~ menjadi lebih baik dari semalam~ hakikat ilmu itu sentiasa ada di bumi tuhan. Bahkan disetiap kisah di celah kehidupan kita sendiri, tetap ada pengajaran yang disampaikan. Bukan dari orang lain, tetapi tarbiyah dari Allah S.W.T~

Syukur, banyak pengisian yang aku dapat selesai subuh tadi. Setelah sekian lama memendam rindu di tengah kota yang sentiasa sibuk ini, diri ini pulang juga ke rumah akhirnya. Walaupun sekadar dua tiga hari, itu sudah cukup mengubat rindu. Rindu pada redupnya pandangan ibu ayah,rindu pada tenangnya desa, kucing-kucing dirumah, bahkan orang-orang kampung.

Selesai tazkirah subuh, imam Hafiz menghampiri~ seakan ada sesuatu yang ingin dibincangkan~lantas diri ini mengucap salam, mencium tangan seorang imam~

“assalamualaikum imam~”

“waalaikumsalam~” imam hafiz membalas pendek. Jelas terukir senyuman diwajah imam hafiz~

“ha, along~ dah cuti ke?” imam hafiz bertanya~

Aku tersenyum. Along~ panggilan yang biasa di dalam rumah dan dikampung. Hakikatnya aku selesa dipanggil begitu. Tanda kemesraan antara diri dengan penduduk kampung lainnya. Imam hafiz atau Haji hafiz adalah ketua kampung disana. Juga sebagai imam~ sering aku meminta nasihat dan pandangan jika ada sesuatu kemusykilan dan kecelaruan dalam episod hidup aku.

“eh, takde la imam. Saya saje balik. Dah rindu sangat rasanya dengan ibu ayah~ imam sihat?”

Aku bertanya~ wah.. lama rasanya tidak bersembang dengan imam. Seketika rindu pada suasana ini.

“Alhamdullilah~ macam ni la along. Orang tua~ ada je sakit-sakit nya. Ha, macam mana belajar? Masih menulis?” kata imam hafiz tersenyum. Redup~ orang tua bisikku. Sentiasa dengan hikmah~

“Alhamdullilah~ study ok. Menulis pula kadang2 je imam~ sibuk sangat dengan study~” aku membalas~

Imam hafiz tersenyum~~

“ingat along~ jangan hanya belajar. Tapi mengajar juga~ sampaikan.” Imam membuka bicara~ tangan imam menepuk-nepuk bahuku.

Aku diam~ kata imam hafiz ada benarnya. Ilmu itu amanah, rezeki. Harus dikongsi~ dipelajari~ kerana kata imam ghazali, yang paling berat di dunia itu adalah amanah. Maka jangan dipersiakan.

Aku mengangguk~

“tapi ada yang lebih penting dari tu. Apa yang along tulis, dan apa yang along cakapkan tu, sudah betul2 along amalkan ke?” imam hafiz menyambung. Sedikit tersentak~ ayat imam hafiz benar-benar menusuk hati. Hati aku berdesir sayu~

Perlahan aku membalas~

“saya hanya menyampaikan imam. Sekadar penyampai. Apa yang saya tulis, kekadang adalah gugusan pengajaran yang bukan saja saya kutip dari kisah saya, tetapi juga dari ibu dan ayah, mak dan abah, bahkan orang lain. Orang-orang yang biasa, Mereka walaupun sekadar nelayan, tetapi mereka ada kisah mereka sendiri. Mereka ada pengajaran yang boleh diteladani. Dan insya Allah, saya berharap, apa yang saya cuba sampaikan, dapat juga saya amalkan~”

ada desir sayu disebalik nada tuturan aku~ bisikan kata imam hafiz halus, tapi cukup terasa~

“Alhamdullilah kalau macam tu~ tapi ingat, berusaha untuk amalkan~ bukan sekadar berharap~” imam hafiz menyambung~ terasa ketegasan disebalik kata.

Aku mengangguk~

“insya Allah imam~ insya Allah~” balas ku pendek~

Imam hafiz tersenyum~ senang sekali melihat dia begitu. Wajah yang jelas terpancar ketenangan~

“bagus lah~~ saya cuma pesan~ ingat along, jangan menulis “diri” sendiri. Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang yang cerdik, menulis tentang peristiwa. Orang yang pandai, menulis tentang orang lain~ hanya orang yang bodoh, menulis tentang dirinya sendiri~” imam hafiz meneruskan kata~

Aku jadi terhenyak~ wajah imam hafiz aku renung dalam2.

Sungguh~ dalam benar kata-kata imam hafiz kali ni. Bahu aku diusap perlahan~

Aku tersenyum~ dan lantas mengangguk faham~

“apa yang saya lihat, ada kecenderungan sesetengah penulis hanya menulis tentang diri mereka. Tentang kisah dan peribadi mereka yang mengagumkan~ orang yang
berceramah pun terkadang asyik bercakap tentang “aku”nya~” sambung imam hafiz~

“err.. entahlah imam. tapikan imam, tak salah kan kalau pengalaman itu dapat dikongsi dengan orang lain?~ malah, pengajaran dari cerita itu lebih hidup dari apa yang dialami oleh orang lain kan imam?” balas ku ego~

anak muda, sentiasa rasanya dirinya betul. Tetapi jika disuluh kebenaran, hatinya luruh~

Imam hafiz mengiakan~

“betul~ tak salah. Tetapi jangan keterlaluan~” balas imam hafiz~

“kenapa imam?”

“sebab kekuatan ilmu lebih kuat dari kekuatan peribadi. Ingat tu along. Biar mereka bersandar dengan kekuatan ilmu, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri~” tegas imam~ sekali lagi, aku terhenyak. Fikiran ligat memikirkan kata-kata imam hafiz~

“err.. kenapa imam?” balas ku~

Imam hafiz mengelengkan kepala~ jelas, dia faham. Kali ini, aku bukan hanya menyoal~ tapi mempersoalkan~

“saya lihat, penulis atau pendakwah sekarang tidak lagi syumul dari segi personalitinya. Tidak lagi sempurna~ rasanya tak perlu saya huraikan lebih terperinci. Musahabah diri kita masing-masing~ itu yang lebih penting” pintas imam~ suaranya tegas. Tetapi jelas terasa kelembutannya. Benar kata orang, hendak menegur sesuatu itu hendaklah dengan hikmah~

“maksud imam, golongan ni banyak kelemahan?” soal aku~

Imam hafiz mengangguk~ mengiakan~

“tetapi itu biasa imam. Tiada siapa yang sempurna~ adakah apabila semuanya sempurna barulah kita boleh berdakwah?” aku menyambung~ masih menagih penjelasan.

“tidaklah saya maksudkan macam tu. Tapi biarlah sekurang-kurangnya pendakwah itu lebih sempurna dari orang yang diserunya~” balas imam hafiz perlahan~

“kalau tidak?” aku kebingungan~~ imam renung wajah aku~ agak lama~ dan kemudian imam hafiz menyambung~

“kalau tidak masyarakat akan kecewa along. Mereka akan kecewa bila melihat orang yang mereka kagumi, malah ingin di teladani tidak seperti yg mereka harapkan~” balas imam hafiz~

“tapi imam~ sejak dari dulu lagi kan kita diajar tentang toleransi dalam hal-hal begini. Pendakwah tida sesempurna bahan yang didakwahkannya~ begitu juga islam dan umat islam. Islam sentiasa hebat~ kerana islam agama yang diredhai Allah. Tetapi umatnya, iatu muslim, adakalanya hebat, dan adakalanya tidak. Bergantung sejauh mana seseorang muslim itu mengamalkan islam itu sendiri kan?”
Balasku berhujah~

imam hafiz tersenyum. Tangannya dilepaskan dari bahu aku~

“hujah lama~” pintas imam hafiz. Pendek~

“tapi masih releven imam~~~” aku seakan merayu~~

“urm.. kalau hujah tadi kita putar balik macam ni bagaimana.. ya dalam erti kata lain~” imam membalas~

Aku menanti~

“kalaulah apa yang along katakan tadi, iatu islam itu sentiasa hebat, tetapi umatnya belum tentu hebat. Jadi kalau macam tu, dimana letaknya keupayaan islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Benar~ sungguh, aku terperangkap kali ni. Diam, aku mengangguk perlahan. Imam hafiz tetap macam dulu~ dia bukan seorang guru yang bila mengajar, -kau diam, aku cakap~ tetapi imam hafiz adalah guru yang toleransi. Demokratik~ prinsipnya tetap begitu~ kita cari kebenaran bersama. Justeru, itu yang aku kagumi dengan imam hafiz~ kerendahan hatinya dalam menyampaikan kebenaran.

Melihat aku luruh~ imam hafiz menyambung~

“along pernah baca apa keluhan seorang inteletual barat yang baru memeluk islam yang ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi?”

Aku mengangguk~ keluhan itu sering disampaikan ketika usrah dan perbincangan dengan sahabat yang lainnya~

“apa keluhannya?” Tanya imam hafiz~

“Maha Suci Allah, yang telah memperkenalkan aku dengan islam dahulu sebelum aku mengenal muslim..” balasku perlahan~

“nah.. tahu pun. Jika intelektual itu mengenali muslim, mungkin dia tidak akan tertarik dengan islam. Sebab itu saya jelaskan tadi, kekuatan ilmu itu lebih kuat berbanding kekuatan peribadi. Jadi dari segi tertib, siapa yang haru kita kenalkan dahulu? Penulis atau ilmu? Muslim atau islam?” jelas imam hafiz panjang~

“islam, imam~” balasku akur~ tunduk~

Imam hafiz tersenyum~

“itu yang saya maksudkan~ pendakwah atau penulis itu, mesti mengetegahkan prinsip dakwah, islam dan tarbiah~ bukan inputnya peribadi atau nilainya personaliti. Bawa orang kepada allah, bukan bawa orang kepada diri~ bawa orang pada islam, bukan kepada benda atau kumpulan~” balas imam hafiz~

Terasa bahuku ditepuk lembut oleh imam~ sayu hati. Berdesir~~ terasa pagi ini penuh makna~

“terima kasih imam~ terima kasih” balasku~ imam hafiz tersenyum.

“along muda lagi~ belajar betul2. eh, haus pula. Kita minum kat kedai wak raub nak?” pelawa imam hafiz~

Kali ini, giliran aku tersenyum~

“insya Allah~ mari imam~”

“ingat pesan imam tadi~ pendakwah bukan selebriti!!” balas imam pendek~ lantas imam bangun dari duduknya~ terkesima sebentar~~

Tajam~~~

Benar-benar tajam~

Meninggalkan aku yang termenung jauh~

.: erti penulisan~ :.

Saturday, October 23, 2010

salam^^
Err.. yup. macam biasa, tak tahu nak tulis apa sebenarnya~
sekejap lagi ada test~
dengan kerja yang masih menanti dimeja kesayangan~~
tapi jari ini tetap saja meronta~
tidak tahu apa yang ingin dibebelkan~
cuma terdetik seketika,
untuk meluahkan sedikit rasa~
dan melegakan sedikit bebanan~

aku jadi termenung seketika~
tentang erti penulisan~
tentang niat disebalik tinta~
kenapa mereka menulis?
kenapa mereka berdakwah?
kenapa mereka menyampai kan?
sekarang baru aku mengerti~
kerana mereka kejarkan janji ilahi~
bahawa islam, satu hari yg pasti,
akan dijulang kembali~

urm.. masih banyak yang perlu dimuhasabah~~

(-.-)~~~~~

.: Erti Kemaafan~ :.

Tuesday, October 19, 2010

Suasana di shah alam seperti biasa~ sentiasa terisi dengan ragam dan karenahnya manusia yang pelbagai. Jauh sekali dengan suasana dirumah aku sendiri. Terlalu sunyi~~ tenang~ dengan bunyi kicauan burung yang cukup merehatkan. Sekali sekala melihat kucing dirumah bergurau sesama sendiri sudah cukup mencuit hati. Tetapi di shah alam~ rasanya terlalu sukar untuk bertemu ketenangan yang sebegitu. Benar, tenang itu disini. Di hati~~ tetapi entahlah, sukar sungguh untuk mencari~~

Aku, sufi dan ikhtar adalah rakan sebilik. Kami makan malam di kedai biasa~ kedai “Alhamdullilah”. Dengan menu yang hampir sama setiap kali makan diluar. kami memulakan bicara. Cuma aku yang tampaknya lebih menyindiri. Sesekali menyampuk membenarkan atau sekadar bertanya~

“iman, kalau aku tanya sikit boleh? Tapi kau jangan marah ye~” Tanya sufi kepada aku~

“err.. maksud kau sufi?” pandangan aku dialihkan~ kebingungan.

“aku tak faham~~” katanya~ terdiam seketika.

“tak faham? Maksud kau?”

“aku tak faham kisah kau dengan dia~” sufi terhenti disitu. Seakan bimbang untuk meneruskan.

Aku tersenyum~~ dan diam, aku mengelengkan kepala~

“sufi2~~” balas ku perlahan~

“aku ingat kau nak tanya soalan apa tadi” aku menyambung. Nada sikit kesal~ tapi digagahkan juga untuk tersenyum. Bimbang, sahabat yang seorang ini berkecil hati.

“jadi, kau dah mampu memaafkan?” tanyanya lagi~~

Aku diam~~ diam yg sgt panjang~

“entahlah~” balasku pendek. Seakan berbasa basi. Air teh dihadapan aku kacau. Tidak terasa ingin meneguknya. Maaf? Apa mungkin? Setelah dizalimi? Setelah harga diri dihenyak dan dipijak-pijak?~~ Terkadang memberi maaf lebih sukar daripada meminta maaf. Ah~ kenapa dengan diri ini sebenarnya?

apa yg dipelajari dari Al-quraan, hadis dan buku-buku benar sukar dipraktikkan. Sedikit kesal dengan diri. Benar kata ibu, membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya tidak diamalkan~ dipraktiskan. Dan apabila cuba dipraktiskan, ego terhenyak. Rasa marah tertekan~ mampukah diri untuk memaafkan ketika mampu membalas? Forgive and forget?? Wah~ jauh sekali! Nak melupakan? Nak memaafkan pun cukup sukar!!

Tersangat sukar~

“maafkan anna sebab buat iman macam ni. Maafkan salah silap anna pada iman” balasnya satu ketika~

Perit~~ apa semudah itu meminta maaf? Dan apa semudah itu memberi maaf? Pesanan ringkas itu aku padam. Sakit. Tapi itu kisah yang sudah berlalu pastinya~ kemaafan sudah dihulur. Walaupun antara kami cukup tau, parut itu masih dihati.

“iman?” sufi bertanya~~

Aku memandang kosong~ tersenyum. Tak mampu untuk menjawab. Seakan hati tak mampu untuk tanggung kesedihan. Tapi tetap digagahkan juga sebuah senyuman.

“dia tak dapat terima cara aku didik dia~” balas aku perlahan. Air teh yang sejak tadi dihadapan aku hirup. Cuba menghilangkan sedikit mendung dihati.

“maksud kau?”

“mana lebih penting? Melindungi atau dilindungi?” pertanyaan berbalas pertanyaan.

“err.. subjektif sangat soalan kau tu~” balas sufi.

Aku tersenyum. ya, sufi benar. Terlalu subjektif. Seorang pengawal keselamatan yang mengawal duit berjutaan ringgit misalnya, telah mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan wang tersebut. Seolah-olah nyawa pengawal keselamatan itu lebih murah dari daripada wang yang berjuta yang dilindunginya. Namun jika ditanyakan pada kepada isteri atau ibu kepada pengawal keselamatan itu, apa yg lebih berharga? Pasti tentunya nyawa suami atau anaknya.

“yela, dengan aku, sukar untuk ungkapkan sayang~ sukar untuk ungkapkan rindu~ kau lebih tahu kisah kami. Mungkin jiwanya memberontak~” balasku perlahan. Tak perlu untuk menjelaskan panjang lebar. Sufi lebih tahu.

“kau pernah penuhi permintaannya?” balas sufi.

“terkadang~ tetapi tidak selalu. Maaf sufi, aku bukan lelaki yang tidak berprinsip” balasku kesal~ benar kata hukama, hendak meluruskan sesuatu yang bengkok itu sangat sukar. Tidak boleh terlalu keras, dan tidak boleh juga terlalu lembut. Harus dengan ilmu dan iman~

“jadi memang sukar untuk memaafkan dia?”

Hati aku menjerit. Kenapa harus soalan itu yang kau ajukan sahabat? Aku sendiri masih berperang dengan akal dan nafsu. Antara hati yang disakiti, dan hati yang ingin memaafkan~

“iman~~~~” sufi memulakan bicara~

“orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa terikat dengan orang yang tidak dimaafkan.kau tidak bahagia, dan kau tidak akan tenang selagi belum memaafkan. Maafkan. Dan nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu. Itu sakit~ benar sakit. Maafkan. Dan nescaya kau akan sihat. Dan kau akan bebas~” kata sufi memujuk~

Aku akur. Diam~ rupanya aku masih dibelenggu dengan rasa sakit itu. rasa sakit yang tercipta kerana masih belum memaafkan.

“sufi~ kenapa setelah hati ini aku pujuk. Hati ini aku bisikkan~ hati ini yang aku cuba tabahkan. Masih belum mampu untuk menghulurkan kemaafan? Kenapa sungguh sukar untuk aku terima? Aku ada harga diri sufi~~” balas aku ego.

“kau nak tau kenapa?"

"Sebab kau ego iman. Rasa besar diri. Kau nak tau sebab apa kau ego? Sebab kau tak rasa kebesaran Allah. Ingat apa yang ustaz pesan. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya~!” kata sufi sedikit marah. Marahnya, marah nasihat. Terkadang perlu dididik hati ini dengan ketegasan.
Suara sufi sekali lagi menusuk hati. Aku ego? Ya~ jawab suara hati.

“Allah maha pengampun. Dosa demi dosa hambanya dimaafkan. Diampunkan. Bukan sekadar di ampunkan~ malah Allah sayang kepada pembuat dosa yang bertaubat dari dosa dia. Ingat iman~ bukan kita yang bagi dia rezeki. Bukan kita yang bagi dia hidayah. Bukan kita yang sembuhkan sakit demam dia. Bukan kita iman~ bukan. Allah yang bagi semua tu. Kalau Allah yang sebegitu besar jasanya kepada dia sekalipun mampu memaafkan dia, adakah kau layak untuk tidak memaafkan? Tuhan bukan hanya ada untuk kau seorang iman~”

Sekali lagi aku terhenyak.

Terasa hati sayu~~

ego? Sungguh aku sangat ego. Cuba berlagak tuhan dalam kehidupan aku sendiri. Terasa air mata ingin mengalir.

“kenapa anna buat iman macam ni? Iman bukan patung anna~ yang tidak ada perasaan dan hati. Yang mampu ana kutip dan mainkan semahunya. Bila anna bosan, anna pergi. Semahu anna. Tanpa sebab dan tanpa alasan, anna tinggalkan iman. Dan setelah dikecewakan, anna datang pada iman semula. Berulang kali. Seolah-olah iman ini patung dan boneka bagi anna.”

“Siapa suruh iman percaya? Siapa suruh iman tunggu? Dah, kalau susah sgt, jgn didik anna lagi!!”

Masih terngiang dialog kami dalam pesanan ringkas ketika itu. walaupun seminggu kemudian dia meminta maaf dan aku sudah memaafkannya~ tetapi sejak itu kami putus.

“iman~~~” suara sufi memecahkan lamunan.

Aku memandang sufi~

“ingat kata iman ghazali iman. Seorang hamba yang bertaubat, dan kembali berdosa, jangan pernah sesekali berputus asa untuk bertaubat lagi. Kerana Allah sudi mengampunkan dosanya setaiap kali dia bertaubat. Mana tahu izrail datang kepada dia saat dia bertaubat atau sedang perjalanan menuju taubat” suara sufi perlahan. Memujuk hati yang terlalu keras untuk memaafkan.

Aku terdiam~ alasanku tidak memaafkan ialah kerana berulang kali.

Ya~ sukar untuk memaafkan. Tetapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk jiwa. Siapa yang lebih besar???

Kepercayaanku hampir pupus dibuatnya~ malah, hampir saja hilang semangat untuk terus belajar. Belajar dari hidup~ belajar dari pengalaman. Terlalu besarkah dosa aku kepada dia?

“maafkan. Dan teruskan kehidupan. Maafkan dosa sesama kita. Agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan–Nya. Percaya iman~ kepercayaan. Itu yang kita ditarbiyah. Bukan dari kita~ tapi dari tuhan. Dari Allah~ yang sedang mentarbiyah kau tentang erti kemaafan. Allah Maha Penyanyang, suka kepada orang yang penyanyang. Allah Maha Pemaaf~ dan suka kepada orang yang memaafkan. Maafkanlah, agar dimaafkan” bisik sufi perlahan~

Terima kasih sahabat~ terima kasih.

Kerana mengingatkan saat aku terlupa.

Benar kata abah pada aku pada satu petang~

“along~~ apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita sampaikan. Itu maknanya Allah sedang mendidik kita melaksanakan apa yang kita perkatakan. Syukurlah~ kerana Allah masih nak mengingatkan kita, dalam usaha kita mengingatkan orang lain~”

Sungguh, terlalu kecil dosa manusia sesama manusia. Berbanding dosa manusia kepada Dia yang Esa.

Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sekali lagi~ siapa yang besar?

Lantas, hatiku luruh. Ingin segera memaafkan~ agar mampu dimaafkan.

Ya Allah~~ egonya aku selama ini ya tuhan. Menyimpan sifat ketuhanan dalam diri yang begitu hina dan kekurangan.

Sekarang aku megerti, betapa mulianya hati Rasullah S.A.W ketika ditawarkan oleh malaikat untuk menghancurkan penduduk taif~

“Jangan~ semoga dari mereka lahir zuriat2 yang menyembah dan membesarkan Allah~”

.: isteri dan ibu~ :.

Saturday, October 16, 2010

Bagi aku, bertemu dengannya seperti bertemu dengan ahlinya falsafah. Lidahnya petah dengan kata~ yang terkadang menusuk juga dihati. Kata yang penuh makna~ sukar diungkapkan tanpa fikiran yang panjang~ justeru, dalam masa-masa yang terluang, aku tetap mengunjunginya~ bukan kerana tuntutan tanggungjwab. Bahkan tidak~ tetapi sebagai seorang cucu. yang ikhlas menghargai atuk yang seperti dia. Sebagai seorg cucu, Yang masih megharap tunjuk ajar dari seorang yang telah berguru dengan pengalaman. Suka aku petik kata-kata dia,

“guru terbaik adalah pengalaman hidup kita sendiri”.

Dan memang ternyata benar, di sekolah kita diajarkan tentang sesuatu ilmu, baru kita diuji dengan ujian dan peperiksaan. Tetapi tidak bagi disekolah kehidupan~ kita diuji, baru kita belajar. Tentang erti kehidupan~ tentang makna yang tersirat disebalik ujian. Dan dari situ terbentuklah pandangan hidup kita~ sama ada benar atau tidak, itu bukan kita yang menentukan. Kerana disisi tuhan, apa yang ditentukan untuk hambanya, pasti adalah satu kebaikan. Maka carilah kebaikan tersebut, walau sesukar mana~ kerana yang bercahaya itu tidak akan ada tanpa ada yang gelap.

Pada aku, dia adalah insan yang istimewa. Cukuplah aku mengelarkannya sebagai Tok wan~

Masih teringat kata-kata tok wan saat aku meminta nasihat dari dia.

“Tok wan~ perempuan ni susahkan? bagaimana nanti kalau along sudah ada anak perempuan? Macam mana ye along nak didik anak2 along? Sebab orang kata, jaga sepuluh ekor lembu lagi senang dari menjaga anak perempuan?” pertanyaan aku basa basi~~

Tok wan tersenyum~~ tahu apa yang bermain dalam fikiran cucu angkatnya yang seorang ini~

“orang kata? Along rasa macam mana?” soal tok wan.

“urm.. tak tahu la tok wan.”~ aku berbasa basi. Masih belum sembuh dari kisah hitam yang semalam.

Tok wan tetap tersenyum~ pandangan nya dialihkan~ dan seketika tok wan berkata.

“along2~~ salah perbandingan along tu. Manusia berbeza dengan lembu~ kita ada hati dan perasaan” Tok wan memulakan bicara~

Aku menanti~

“jadi, didik anak lelaki lebih senang la tok wan”

“terpulanglah kepada “gembala”nya. Kena cara dan gaya. Sepuluh anak perempuan pun boleh dijaga. Tak ada pun orang yg cakap jaga sepuluh ekor lembu lebih senang dari jaga seorang anak lelaki~”

“err.. maksud tok wan?” aku kebingungan~

Tok wan meletakkan cermin matanya~ air teh dihadapannya, dihirup perlahan~ seakan faham gejolak jiwa remaja yang sentiasa inginkan kepastian~

“along~~ bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu”

Aku kebingungan~~~ tok wan menyambung~

“along tanya ni dah ada calon ke?” tok wan mengusik.

“eh takde la tok wan. Saje tanya~~” balas aku sekadar. Cuba melarikan diri dari riak yang kecewa. Dari kisah hitam yang pernah tercatat dalam kisah hidup aku. Tetapi tok wan tetap tok wan. Tetap saja mampu menangkap apa yg bermain di fikiran cucunya.

“along nak isteri yang macam mana?” soal tok wan.

“Err.. Tok wan Tanya macam along ni bukan lelaki~ mestila nak baik agamanya tok wan~” balas aku~

“nah.. macam tu la bila kita berhadapan dengan anak perempuan. Sebab anak perempuan kita bakal menjadi seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itu pengakhiran kita dalam mendidik anak perempuan” jelas tok wan. Wah.. tok wan dah mula bersilat kata~~ dan aku perlu lebih kritis dalam menyoal tok wan~ kerusi aku tarik, rapatkan bersebelahan tok wan.

Belum sempat aku bertanya, tok wan menyoal~

“apa yang along ingin kan dari isteri along nanti?”

“ketaatan” balas aku cepat~

“lalu didiklah anak2 along nanti tentang ketaatan. Latih dia patuh pada perintah yang baik. Lagi?”

“malu”

“jadi didik dia dengan sifat malu. Didik dia supaya kekalkan sifat malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia supaya sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara, tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi along? Apa yang along nak dari seorang isteri?”

“err.. cantik??”

Tok wan tersenyum~

“along2~~ tak lupa jugak pasal tu ye.. tetap nak yang cantik"

aku ketawa kecil~

"metilah tok wan~ dari mata turun ke hati kan? kalau berkenan dimata, senanglah mata memujuk hati~" kata aku bergurau~

"along2~ cantik mana pun, tetap boleh dicabar oleh emosi manusia yang mudah kalah dengan alasan jemu. kalau along nak isteri yang cantik, jadi latih anak perempuan along nanti supaya jaga kecantikan tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai jaga kekemasan, kecantikan, dan keindahan. Biar dia tahu erti peka pada nilai2 estetika~ ha, ada lagi?”

Aku diam~~

terbayang bagaimana nanti bakal isteri aku. adakah mampu untuk mendidiknya~ dan tiba-tiba aku jadi rindu. Rindu pada dia yang tidak kelihatan. Wajah dia tidak tergambar disetiap mimpi yang pernah aku lalui~ suaranya tidak terakam dalam jiwa. Tetapi dirinya ternyata hidup. Mendoakan diri aku agar tahu erti nilai cinta sebenar. berdoa kepada tuhannya supaya menjaga aku jodohnya satu hari nanti~ Terkadang tertanya, Orang yang akan menemani aku itu siapa? Tetapi itu adalah sebahagian dari ilmu tuhan yang masih belum dibukakan untuk aku lagi~

“ha~ mengelamun..” usik tok wan.

“hehe.. tak de la tok wan. Tok wan laju sangat. Along terkejar-kejar nak tangkap apa yang tok wan cakap~ ha, Tok wan, yang tok wan cerita tadi, tu semua tentang prinsip asas kan. kalau pendekatannya pulak tok wan?"

“wah along~~~ Tanya macam tok wan ni professor pulak~”

Aku tersengeh. Ketawa kecil~ benar, tok wan bukan professor. Bahkan tok wan hanya orang kampung biasa~ tapi bagi aku, tok wan adalah professor universiti kehidupan. Banyak ilmu tok wan tentang hidup~ terkadang mencemburui. Mahu menjadi seperti tok wan~ kerana dari didikan tok wan, abah dan adik beradik abah, sangat bersederhana dalam kehidupan.

“perlu banyak meraikan~” tok wan menyambung.

“raikan bagaimana tok wan?”

“raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian”

“maksudnya?”

“hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalan. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai berilah hadiah” tok wan membalas perlahan~

Aku mengangguk~

“kenapa tok wan?”

“umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Along sendiri ingat kan kata-kata iman ghazali, wanita itu ada Sembilan nafsu dan satu akal. Manakala lelaki sebaliknya. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila bekaitan dengan perasaan~ pendekatan ini lebih menyentuh~”

“owh..”

Aku mengangguk~~ air teh diatas meja aku hirup~ tiba-tiba teringat.

“ha tok wan~~ tadi tok wan ada cakap. Nak didik anak perempuan mesti kena bayangkan bakal ibu jugak kan? Maksud tok wan?

Tok wan memandang~ dalam-dalam~ dan pantas tok wan menyambung.

“apa yang along paling hargai dari seorang ibu?”

“kasih sayang ibu” balasku ringkas~

“nah.. jadi along kena la didik anak perempuan along nanti agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abangnya, kakaknya, binatang peliharaan dan lain-lain. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu untuk menyuburkan kasih sayang pada bayi. Lagi?”

“err.. sabar?”

“betul tu. Seorang ibu tu harus sabar along. Sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit demam, ragam dan karenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya” balas tok wan panjang lebar~

Aku tersenyum. Diam aku kagum dengan tok wan.

“tok wan~~~”

“ha.. apa lagi along?”

“along nak mintak nasihat~ sebagai seorang lelaki, macam mana ye nanti along nak jadi ayah yang baik? Boleh ke along didik anak perempuan along menjadi baik nanti? along takut la tok wan. kan anak tu harta yang berterusan amal nya kan?”

Tok wan ketawa kecil~

“along2~~ untuk menjadi ayah yang baik kepada anak perempuannya~ seorang lelaki mesti menjadi anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya. Ha, alongkan ada mak dgn ibu~ jadi hargai mereka sebaiknya. Kerana along tetap seorang anak~”

Aku sebak~~~

“ye tok wan~~~ along masih ingat kata tok wan~” kata aku sambil menahan kesedihan~ lantas aku menyambung,

“lagi tok wan?”

“ha.. yang paling akhir sekali, seorang lelaki wajib taat kepada tuhannya!! Allah~”

Aku diam~~~~ diam yang panjang~~~ditinggalkan dengan persoalan dan nasihat~~

Terima kasih tok wan^^

terima kasih~~