..aBout Me..

Friday, December 25, 2009

entah kenapa hari ni terdetik pula hendak bicara tentang cinta..

bila flash back balik hidup aku ni.. kadang2 aku rasa beruntung..seolah2 aku lihat kehidupan aku telah diatur dengan cukup sempurna sekali oleh pencipta..

bermula dengan sekolah rendah kebangsaan jenis lelaki semuanya..
kemudian ke maktab sultan abu bakar, juga sekolah lelaki sepenuhnya,,
dan akhirnya ke jurusan meKanikal uitm shah alam..

seolah2 aku telah didik oleh peristiwa dan keadaan, bahawa wanita itu semuanya baik.. dan innocent.. dan atas sebab itulah aku amat menghormati mereka.. entah dari mana pula wujudnya sifat malu yang cukup menebal kepada wanita.. sehingga kini memang susah untuk dikis..

tapi kumohon pada ilahi…

agar kekalkan saja perasaan malu itu dalam diriku…
kerana atas sifat malu itulah aku menghormati wanita..
dan atas sifat malu itulah sehingga sekarang tidak pernah kucurahkan kasih sayang ku pada insan yang tidak selayak nya kuserahkan cintaku..

aku bersyukur sebab tidak pernah bercouple..
sememangnya peraasaaan tetap ada membenarkan rasa itu…
tapi seperti yang telah ku kata..
aku melihat kehidupan ku ini telah di atur dengan sempuna sekali oleh pencipta..

walau kadang2 perit untuk aku terima…
hakikatnya, itu pandangan aku dahulu….
kini,segalanyanya jelas untuk ditafsirkan…

-iman danish

..corEtan hati seOrang haMba..

“ya allah..
Andai dunia ini tempat yang melekakan..
Aku adalah insan yang terleka itu tuhan.
Ilahi..
Jikalau aku diberi amanah..
Jadikanlah aku orang yang mampu memikul amanah itu..
Jikalau aku diberi kelebihan..
Jadikanlah aku insan yang mampu berkongsi kelebihanku..”

Bila teringat kembali kisah2 lama..
Aku jadi rindu..
Ya.. rindu yang teramat sangat…
Rindu pada waktu..
Pada kegembiraan kanak2 ku..
Saat aku berlari2 di sekitar rumahku..
Saat aku bermain pondok2 bersama rakan2 ku…
Saat aku bertanya itu ini tentang tuhan pada ibubapa ku..
Saat aku dimarahi abah kerana berlari2 didalam masjid..
Dan juga..
Saat aku berkata pada diriku dahulu…
“ibu!!! Bila besar nanti… along nak masuk universiti!!!
Along nak jadi arkitek!!”
Sungguh.. ku rindukan waktu itu dahulu..
Saat dimana seorang kanak2 berfikir…

Masa terus berlalu..
Dan berlalu..
Dari seorang kanak2 tadika yang mentah…
Kemudiannya pelajar sekolah rendah dan menegah…
Dididik untuk Mencari dan menimba ilmu..
Hinggalah ketahap yang diimpikan seorang kanak2 dahulu…
Kematangan hadir sehari demi sehari…
Menjemput zaman kanak2 itu pergi dari situ..
Kelakarkan bagaimana masa mampu merubah manusia…??
Dari seorang yang naïf.. kepada seorang yang matang..
Seorang yang lemah.. kepada seorang yang kuat..
Seorang yang kurang pintar kepada seorang yang pandai..

Semua ini membuatkan aku terfikir..
Mengapa…
Seorang kanak2 yang dahulu nya naïf…
Mampu menjadi insan yang teruk dewasanya?
Sekejam hitler mungkin?
Setamak qarun?
Entahlah…
Mungkin…
Masa berlalu membawa tanggungjawab…
Masa berlalu membawa kematangan..
Dan mungkin juga..
Masa berlalu membawa pengertian hidup…
Aku tidak tahu..

Kerana Siapa aku untuk berfikir seperti itu…
Tapi itulah…
Mungkin kerana persoalan diri yang kerap bermain difikiran membuat kan aku terdetik untuk berbicara seketika..
Tentang Keinginan untuk mencari diri..
Keinginan untuk mengetahui diri
Keinginan menjadi yang terbaik..…
Mungkin kerana aku terlalu leka dengan dunia kanak2 dahulu..
Lalai..
Hanyut..
Hingga tidak sedar bahawa hidup ini mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul…
Dari hari ke sehari..
Tanggungjawab itu bertambah dan bertambah…
Asalnya seorang anak…
Kepada seorang remaja..
Dan dewasa…
Mungkin satu hari nanti..
Suami…
Dan Seorang ayah mungkin?

Semua ini membuatkan aku terfikir..
Bahawa..
Betapa tanggungjawab sentiasa ada untuk dipikul..
Aku tak boleh terus leka dengan dunia kanak2 ku dahulu..
Kerana seseungguhnya aku ingin yang terbaik buat diriku..
Istriku satu hari nanti.. dan juga anak2 ku..
Andai masa tidak mengizinkan aku menjejaki waktu itu..
Aku ingin menjadi yang terbaik buat tuhanku..
Kekasih agungku..
Dan anak2 yang baik untuk ibuayah ku..
Semoga..
aku diberi kekuatan untuk terus bertahan..
memikul amanah dan tanggunjawab ini…
menjadi yang terbaik pada pandangan tuhanku..
andai ditakdirkan aku tewas..
ku mohon padamu dengan sebaik2 permohonan…
agar diberikan ku kekuatan untuk menghadapi hukuman untuk sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan pada aku..
bukannya melarikan diri daripada itu….
Itulah harpanku….


coretan hati insan- iman

..dOaku..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.


-dOa ini ak Dapat dAri seOrang ustZh..
didaLam fOrum HaLAqaH..
seMoga aDe FaedAhnya PadA diRi kiTa..
insyA Allah.. he....syuKran ustzH...

..ketiAdaaN imAm utk soLat beRjeMaAh..

Ertinya:
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".



H.R.Ibnu Majah

Keterangan

Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.




*sekadar pandangan.. urm, kalau kita lihat pun sekarang, kat masjid2 atau surau2, kbykn imamnya org yg berumur.. kadang terfikir jugak, andai kata Allah menjemput mereka terlebih dahulu.. siapa ye yg layak mengantikan? contoh paling dekat, kat kampung aku sendiri.. kadang2 sedih bile tgk surau2 ni sunyi je.. sayu je hati.. ada suatu masa tu, aku pergi ke surau, langsung tiada org... kalau yg tua tu fahamla keuzurannya.. bagi yg muda? sedih sahabat.. sedih.. sembahyang subuh jgn dicerita la.. setakat tok imam dan bilal je yg berjemaah.. urm.. mungkin ini tandanya akhir zaman..

jadi benarlah apa yg dikatakan oleh insan yg tidak pernah berbohong itu. **bahawa akan tiba satu zaman, umat islam yang memegang agamanya, ibarat mengengam bara api.

ya benar, zaman sekarang ujiannya amat dashyat.. bahkan bagi sesiap yg ingin mengikuti ajaran agamanya terpaksa menghadapi cabaran dan dugaan yg amat dashyat..lihat saja realiti sekeliling.. org yg ingin membuat kebaikan akan dipandang serong.. org ingin membuat kejahatan disediakan jalan.. bahkan bg yg ingin memegang agamanya terpaksa memegang erat2 supaya tidak terlepas dari gengaman..

sekarang, tanyakan soalan ini kpd diri.. Adakah ini tanda akhir zaman?
adakah lisan yg keluar dari lidah muhammad itu satu dusta?
nah.. bahkan bukan kan? jadi apa yg dikatakan muhammad tentang azab kubur itu benar..
bahkan apa yg dikatakan tentang siksanya neraka itu benar..
insan itu tidak pernah berbohong..
maka percayalah...
dan letakkan keyakinan itu padanya...
tidak salah dgn mempercayai..
bahkan mempercayai pd kebenaran itu adalah yg kepercayaan yg sebenar sahabatku..

akhir kalam, andai kita ingin meNcintai sesorg, pastilah org itu dikenali,
andai kita ingin meNcintai Allah, maKa usAhakan diRi meNgeNaLi Allah..
cinta Manusia adalah urusan Maha cinta, tetapi cinta iLahi adalah urusan kita..
jgn disibukkan dgn urusan dia, sedangkan urusan kita sendiri tidak terjaga..

seikhlas sayang..
iman

**Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R Tirmizi

..keNangAn teKnik poNtian...

Salam.. hari ni entah mengapa aku terdetik untuk berbicara seketika.. mungkin tentang kisah2 suka duka di Stepo dulu datang menerjah fikiran... Dan seketika, aku jadi amat rindu pada masa itu.. ya, rindu yang teramat sangat pada kenangan dulu..^^

Masa mula2 dapat tawaran teknik dulu, hati aku berbelah bahagi. Teknik pontian? Ape yang ada?? Meninggalkan sekolah yang agak ternama di Johor dan pergi ke sekolah yang masih baru memang keputusan yang susah.. tapi aku gagahkan juga hati ni utk pergi.. dgn pujukan,”insya Allah, Allah tentukan terbaik utk aku”. Dan ternyata benar.. sekolah itu jugalah yang meningalkan kesan yang mendalam pada diri ini. Dan sekolah itu jugalah yg mendidik rohani ini utk menjadi seorg insan yg sebenar. Syukur..

Masa minggu orientasi, aku agak sukar mencari kawan. Aku seorang yang pendiam. Bahkan ketika masa orientasi, aku agak sukar hendak bergaul.. Alhamdullilah, dgn bakat melukis yg Allah berikan, kehadiran aku mula diterima. Bermula dgn sahabat2 kelas aku dahulu, ejat todak, shafiq ejat, boolat, ewin dan sahabat2 yang lain. Aku mula mendapat keyakinan diri untuk terus bersahabat dan menghargai. Masih terngiang2 lagi suara Halim KM1 minta aku lukiskan lukisan utk dihadiahkan kpd teman istimewanya. Dan masih teringat juga saat aku hampir menangis kerana risaukan keadaan ayah ku yg terkena angin ahmar. Saat itu, teman seperti Azeed, aizat chuunin, sahlan,amir dan juga nordin naruto datang membantu. Hatiku sayu bila mengenangkan kenangan dulu. Persahabatan yg tak mungkin aku lupakan.

Masa diawal waktu dahulu, memang kami ada masalah kekurangan guru. Dan pada waktu itu, batch kita rasanya paling meriah. Sekejap ke kelas Agro, sekejap ke kelas KA, sekejap ke kelas KE. Pengalaman yang seronok kan? Rasanya pada awal bulan 7 barulah kitorg mulakan kelas. Dan masa tu igt lagi.. aku seorang saja pelajar mekanikal yang amik matapelajaran biologi. Dan terpaksalah curi2 masa ke kelas bio. Tebalkan muka masuk ke kelas org lain.hu.. apa pun, Syukran ya cikgu fazura^^

Masa terus berlalu.. Dari seorang yang naïf, kepada seorang yang matang. Alhamdullilah, disamping sahabat2 lain, aku ditemukan guru dan warden yang tegas. Ustaz saifunizam, cikgu Raja Alam, cikgu Wan dan juga cikgu paling sempoi skali, cikgu Adnan. Dan seperti biasa, cikgu shamsul paijo. Hingga sekarang aku terfikir, kalaulah ustaz tak buat rowcall tiap2 sembahyang, pasti aku bukanlah aku yang sekarang. Dan hingga kini, aku masih teringat kata2 ustaz saifunnizam “percayalah, dekat sini kamu semua didik utk menunaikan solat.. kalau di universiti nanti tiada siapa yang hiraukan” dan ternyata benar. Syukran ustaz atas didikannya. Walaupun tiada roll-call setiap kali sembahyang, Alhamdullilah.. sembahyangku terjaga.

Masa tu, macam2 gelaran yang kita beri kpd sekolah tu. “teknik sains agama pontian” , “teknik agama pontian” dan macam2 lagi la.. masa tu semua org tertekan. Yelah, sekolah barukan. Tp, sedar tak sedar.. sekolah itu jugalah yang mendidik kita. Urm.. cinta monyet? Hu.. mestilah ada kan… masa tu, bila tgk shbt2 lain ade pasangan.. hati meronta. Lagi2 aku ni dari sekolah lelaki semua, perasaan dan naluri tetap meminta.. tapi Alhamdulillah, Allah temukan aku dgn orang yang sepatutnya utk mengajarkanku tentang cinta Dia. Allah uji keimananku dgn perasaan. Walaupun tika itu agak separuh gila, tapi itu pandangan ku dahulu.. dan sekarang, segalanya jelas utk aku tafsirkan.. aku bersyukur kerana aku masih ada sayang dan cinta ku utk insan yg sepatutnya. Dan hingga kini masih ku simpan.. aku memohon agar kekalkan saja perasaan itu didalam hati. terima kasih ilahi ku.. dan syukran juga kepada insan itu. Kerana tanpanya, tidak mungkin aku berdiri teguh disini..

Masa diawal tingkatan 5, kehadiran aku mula disedari oleh guru2. Dan masih teringat, aku menitiskan air mata dihadapan cikgu mohd shah. Bukan kerana motivasi yg diberikan.. tetapi kerana diriku dipandang seolah olah pereka masalah. Keputusan aku dipertikaikan.. dan pada masa itu, keyakinan diri aku luntur. hatiku berdesir sayu. Dan perlahan-lahan, aku kutip serpihan sisa-sisa keyakinan itu, dan mula kumpul kekuatan.. dan Alhamdullilah, aku mampu membuktikan, aku mampu jadi pelajar yang terbaik. Dan pada masa itu, aku rasa seperti insan yang sgt beruntung kerana ditemukan dgn cikgu mohd Shah. seperti untungnya fahri dipertemukan dgn aisha. Terima kasih cikgu atas "reverse psikologi"nya.. syukran.. saya hargai..

Saat paling menyentuh hati, tika habisnya SPM. Pada masa itu, aku seakan akan kekosongan. Utk kehilangan shbt2 perjuangan, sekolah yang mengajar diri tentang erti hidup.. cikgu2 yang memberi ilmu.. aku jadi sayu. Kenangan satu persatu menerjah fikiran.
Saat kami kenakan ewin didalam dorm..
Saat ustaz saifunnizam mengamuk kerana menganggu sarang “jin”..
Saat kami semua makan malam selepas prep..
Saat aku mengumandangkan azan memangil shbt lain berjemaah,
saat Raymond tekan loceng asrama..
saat bermain tenis dan bola keranjang bersama nordin..
bahkan juga, saat menceroboh masuk ke bilik pengawas bersama amirul paus kembali mengusik fikiran.

Aku jadi rindu sendirian. rindu ingin kembali pada masa lalu. Insya Allah, jika aku diberikan waktu, diberikan kekuatan.. ingin sekali aku berjumpa dengan mereka semua. dan andai masa tidak mengizinkan aku menjejaki waktu itu, temukan kami didalam syurga.. andai syurga tidak layak untukku, ku mohon.. temukan aku dgn mereka seketika walau sejenak dialam mimpi.. Kerana mereka sahabat ku.. dan sahabatku letaknya disini, dihatiku..

Akhir kalam, segunung rasa bersyukur ku panjatkan kehadrat ilahi kerana menemukan aku dgn shabat2 dan guru2 disekolah ini.. walaupun kini tiada lagi, kenangan itu akan terus hidup.. memandu jalan utk menempuh hidup yang mendatang, dan memberi kekuatan saat kita memerlukan. Insya Allah.. amin.

Modul Kepimpinan

MODUL KEPIMPINAN PELAJAR
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ANGGERIK UiTM


DISEDIAKAN OLEH :
MOHD. SHAHIDIL AMIN BIN JOHAN


-------------------------------------------------------------------------

Modul 1: “Ice Breaking”

Ice breaking adalah suatu sessi yang penting bagi sesebuah program kerana ia bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau kursus dimulakan. Oleh kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking digunakan sebagai satu titik permulaan yang seharusnya positif dan menyeronokkan.

Objektif:
Untuk menghilangkan rasa malu diantara satu sama lain.
Untuk menghilangkan jurang perbezaan diantara satu sama lain.
Melatih perserta untuk menjadi pemimpin.
Melatih peserta berkomunikasi denga baik.

Masa :
15 minit - taklimat dan sessi pengenalan.
30 minit - aktiviti “whose story is this?”
15 minit – aktiviti “Celebrity ID game”

Arahan:

1) Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.
2) Didalam kumpulan, peserta dikhendaki mengadakan taaruf ringkas tentang diri mereka. Setiap peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang diri mereka kepada ahli didalam kumpulan.
3) Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan dikhendaki untuk menulis secara ringkas tentang pengalaman yang pernah mereka alami beserta nama mereka sekali. Pengalaman itu hendaklah mengambarkan tentang diri mereka sendiri.
4) Setelah tamat masa yang diberi, fasilitator akan mengutip semua kertas yang telah diberikan kepada peserta dan memasukkan ke dalam sebuah bekas.
5) Kemudian, fasilitator akan mengambil 4 helai kertas dari bekas tersebut dan memanggil nama peserta yang tecatat diatas kertas tersebut. Peserta yang dipanggil namanya dikhendaki keluar dan di asingkan daripada kumpulan mereka.
6) Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada daripada peserta yang dipanggil nama dan ahli kumpulan lain akan cuba meneka kisah siapa yang diceritakan. Ahli kumpulan melakukan ini dengan membincangkan kisah siapa yang lebih sesuai mengambarkan personaliti perserta-peserta yang telah dipilih tadi. Ahli kumpulan juga dibenarkan untuk bertanyakan soalan tentang kisah selain kisah yang ditulis kepada peserta pilihan.
7) Peserta-peserta pilihan tadi hendaklah meyakinkan bahawa kisah itu adalah kisah yang ditulis oleh mereka.
8) Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Dan aktiviti ini diulang hingga kesemua kisah ahli didalam kumpulan dibacakan.
9) Setelah tamat masa yang diberikan, peserta dikhendaki untuk berkumpul semula dalam kumpulan yang besar.
10) Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan mereka.
11) Fasilitator bagi setiap kumpulan diberikan kertas yang tertulis nama-nama selebriti untuk ditampal di bahagian setiap peserta.
12) Setiap orang mempunyai nama selebriti yang tersendiri. Arahan diberikan oleh fasilitator, supaya setiap kumpulan berpecah mencari pasangan masing-masing dan pasangan peserta hendaklah dari kumpulan yang berbeza.
13) Peserta dikhendaki mengenalpasti nama selebriti yang ditampal di belakang mereka berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pasangan mereka. Pasangan peserta hanya boleh menjawab “ya” atau “tidak”.
14) Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan oleh fasilitator mencukupi.
15) Ketua bagi program dilantik dan barang amanah diberikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 2 : “Mafia Wars”

“Mafia wars” adalah satu aktiviti untuk memupuk sifat kepercayaan pada diri dan dikalangan peserta sendiri. Aktiviti ini memerlukan pemikiran yang kritis, dan memerlukan strategi. Peserta akan diberi peranan sebagai penjenayah, polis, doktor dan juga orang awam. Objektif aktiviti ini adalah untuk menghalang golongan penjenayah sebelum mereka meneruskan matlamat menyingkirkan seluruh bandar.

Objektif :
Untuk memupuk sifat kepercayaan dikalangan sahabat dan mengelakkan dari berprasangka buruk dikalangan ahli didalam organisasi.
Untuk melatih peserta membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan.

Masa:
10 minit – penerangan.
1jam – Aktiviti “Mafia Wars”

Arahan :

1) Para peserta dikhendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2) Fasilitator setiap kumpulan akan mengedarkan sekeping kertas kecil yang berlipat kepada setiap ahli kumpulan. Di setiap kertas kecil tersebut tertulis peranan yang harus dimainkan oleh setiap peserta dan peserta dikehendaki merahsiakan peranan masingmasing.
3) Peranan-peranan yang harus dimainkan oleh peserta adalah :
• “Mafia” – Peranan mafia adalah untuk membunuh peserta yang memainkan peranan-peranan yang lain.
• “Polis” – Peranan polis adalah untuk menangkap suspek yang disyaki mafia.
• “Doktor”- Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan suspek yang disyaki sasaran Mafia.
• “Rakyat biasa” – Memainkan peranan sebagai rakyat yang biasa.
4) Setelah peserta mengetahui peranan masing-masing, fasilitator akan menerangkan cara permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator memainkan peranan sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah :
• “Malam Hari”
- Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikhendaki menundukkan kepala dan menutup mata. Narrator akan memainkan peranan.
- Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan buka mata. Mafia akan secara senyap bangun dan berbincang diantara mereka tentang mangsa yang hendak disingkirkan. Setelah keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa yang dipilih.
- Kemudian “Mafia” disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan menutup mata).
- Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta berperanan polis untuk bangun dan buka mata. Polis akan berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki memainkan peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh polis untuk kembali tidur dan suspek yang disyaki polis dicatat.
- Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun dan muka mata. Doktor dikehendaki memilih salah satu peserta untuk diselamatkan daripada serangan mafia pada hari tersebut. Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor kembali tidur dan peserta yang ingin diselamatkan dicatat.
- Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua peserta dibenarkan bangun.
• “Pagi”
- Narrator mengumumkan org yang telah tersingkir akibat dibunuh mafia, melainkan peserta yang dikhendaki mafia utk disingkirkan pada malam itu telah diselamatkan oleh doktor.
- Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan masing-masing.
- Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa sepanjang permainan berlangsung. Mereka hanya dibenarkan memerhati.
• “siang hari”
- Narrator akan mengumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk bandar (termasuk mafia, polis dan doktor) dikehendaki berbincang antara satu sama lain tentang siapakah mafia diantara mereka. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan peranan masing-masing sepanjang perbincangan. Peserta yang mempunyai bilangan undi yang terbanyak (50% atau lebih) disingkirkan dari permainan.
- Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran boleh tidak dilakukan jika semua ahli kumpulan yang lain bersetuju. Hari tamat dan corak permainan diulang semula (malam, pagi, siang hari)
5) Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang memegang watak mafia, “Polis” dan “Doktor”. Jika “Mafia” telah menyingkirkan “Polis” dan “Doktor” kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada “Mafia”. Jika “Polis” Berjaya menyingkirkan “Mafia”, kemenangan berpihak pada “polis”.
6) Program tamat dan peserta diberikan tema bagi malam kebudayaan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 3 : “Great Egg Drop”

“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.

Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.
Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.

Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.

Masa :
10 minit – Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit – Rundingan diantara kumpulan.
45 minit – Pembinaan Menara.
15 minit – Konklusi.

Arahan :

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah menara dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding ataupun “negotiator”. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk membina replika menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada setiap kumpulan adalah berlainan.
5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah untuk memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.
6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-bahan yang dirundingkan, pembinaan bermula.
7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.
8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (45 minit)
9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara daripada setiap kumpulan.
10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka dan juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.
11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat ataupun tidak.
12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk melihat samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.
14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

------------------------------------------------------------------------------


Modul 4 : “Treasure Hunt”

Aktiviti “treasure hunt” adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mencari harta yang disembunyikan. Ssepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda, kecergasan dan juga ketahanan psikologi

Masa:
15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.
3 jam : Aktiviti Treasure Hunt.

Objektif :
Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.
Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik didalam kumpulan.
Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara aktiviti.
2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta dikhendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi mencari petunjuk disebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6 checkpoint yang harus dilalui oleh peserta.
3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.
4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi permainan ini. Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula, peserta dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.
5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.
6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.
7) Bagi checkpoint pertama :
Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.
Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.
Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap kumpulan menyelesaikan masalah yang diberi.
Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.
8) Bagi checkpoint kedua:
Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.
Aktiviti “Water in the bottle” diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi air kedalam botol mengunnakan tangan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
9) Bagi checkpoint ketiga :
Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti “Pulse Game”
Cara permainan “Pulse Game” - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan dengan mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan. Peserta lain tidak dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada di permulaan dan peserta yang berada dihujung. Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan secara senyap akan menunjukkan kepada peserta yang pertama. Jika “kepala” peserta pertama akan mengengam tangan peserta kedua, dan peserta kedua mengulangi perkara yang sama hingga sampai kepada peserta terakhir. Peserta terakhir yang menerima isyarat gengaman hendaklah berlari sepantas mungkin mendapatkan barang yang telah diletakkan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan ditolak jika sekirannya peserta tersalah melihat “kepala” dan “ekor” duit syiling.
Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
10) Bagi checkpoint keempat :
Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti “Trust walk”.
Cara Permainan “Trust Walk” – Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli yang telah dipilih hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli didalam kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk serpihan harta kedua.
Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
11) Bagi checkpoint kelima :
Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit “Jejak bertapak” akan dijalankan.
Cara permainan “Jejak Bertapak” – Sebelum permainan peserta akan dijelaskan jarak yang perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan dgn 3 keping “Tapak”. Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa kesemua ahli didalam kumpulan ke tempat yang diminta dengan syarat kesemua ahli mesti tiba di tempat tujuan dgn serentak. Peserta hanya dibenarkan memijak tapak yang diberikan sahaja. Peserta yang memijak tempat lain selain “Tapak” yang diberikan akan dikira gagal dan diminta untuk mengulanginya semula dari permulaan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
12) Bagi checkpoint keenam :
Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti “Photo scarvenger hunt”.
Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera. Contoh kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna kuning,orang yang bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan bermula, penjaga checkpoint hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan permainan.
Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi sebuah baju.
16) Diakhir aktiviti “Treasure Hunt”, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga harta yang telah dijumpai.
17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 5 : “surat cinta”

Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat. Didalam aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati masing-masing kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk bersikap positif menerima kutukan, rungutan ataupun pujian.

Objektif :
Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.
Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.
Memperbaiki diri pada masa hadapan.
Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.

Masa:
Tiada peruntukan masa.

Arahan:

1) Setelah aktiviti treasure hunt selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat. Peserta dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.
2) Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.
3) Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.
4) Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap peserta menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun teguran kepada sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.
5) Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti “treasure hunt” dan malam “talentime”.
6) Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli kumpulan. Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program ini.
7) Pada akhir malam “talentime” peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat yang tertera nama mereka.
8) Fasilitator menutup aktivit dan membuat konklusi.

------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 6 : Malam “Talent Time”.

Malam talentime adalah malam kebudayaan dimana para peserta dikhendaki mempamerkan persembahan mereka menurut tema yang telah diberikan. Malam ini adalah kemuncak bagi segala aktiviti dimana semangat kerjasama mereka diujii dan diperlihatkan.

Objektif :
Memupuk semagat kerjasama diantara ahli didalam kumpulan.
Menghilangkan rasa malu dihadapan khalayak ramai.
Melatih diri menghadapai situasi yang sukar.

Masa:
1 jam 30 minit – persembahan peserta.

Arahan :

1) Pada permulaan program, (selepas aktiviti “ice-Breaking”), setiap kumpulan akan diberikan tema persembahan dan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tema yang diberikan.
2) Persembahan peserta hendaklah merangkumi lakonan dan nyanyian. Peserta juga dibenarkan untuk mengunakan kreativiti masing-masing bagi menjayakan persembahan.
3) Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 15 minit untuk satu persembahan.
4) Diakhir aktiviti, fasilitator member konklusi dan menutup aktiviti.
5) Peserta dibenarkan mengambil semula “surat cinta” mereka yang telah digantung.

..cEritA hAti..



Maghrib? Urm.. ya, aku tak tahu kenapa, tapi selepas solat maghrib aku diam membisu di atas sejadah. Persoalan demi persoalan timbul difikiran. Dan seketika, aku hampir menitiskan air mata. Hatiku mula berdesir sayu. Relung hatiku basah. Aku anak sulung dalam keluarga. Dan tambahan pula aku seorang lelaki. Bila teringat tentang tanggunjawab, tanpa aku sedar aku menangis. Terasa diri ini terlalu jauh dengan tuhan. Dosa yang aku lakukan bukan sedikit nilainya. Betapa selama ini aku cuba melarikan diri dari tanggungjawab yang perlu aku pikul. Tanggungjawab sebagai seorang abang, sebagai seorang anak, sebagai seorang sahabat dan yang paling penting sebagai seorang hamba.

Dan kini bila tersentak, aku merasa terlalu berat tanggungjawab yang perlu aku pikul. Sungguh, siapa yang ingin membenarkan orang yang mereka cintai menderita diakhirat sana? Aku cintakan keluarga dan sahabatku, kerana itu amanah tuhan buatku. Tapi apa mungkin insan sekerdil aku bisa membuat hati mereka turut mencintai tuhan yang menciptakan kami? Aku hanya seorang insan yang lemah. Insan yang gagal untuk mendidik dirinya sendiri. Muhammad bin abdullah, sungguh aku kagum dgn mu. Bagaimana engkau bisa mendidik hati2 mereka yang keras hatinya agar mencintai Dia yang Esa? Bagaimana engkau mentarbiah insan seperti umar yang terkenal sifat panas barannya? Dan bagaimana engkau bisa mendidik para wanita agar menutupi auratnya hingga ke akhir zaman? Sungguh ku akui, engkau adalah manusia pilihan. Engkau yang diutuskan kepada kami agar memberitakan tentang Allah yang esa, dan untuk mengingatkan kami tentang hari kebangkitan iatu hari kiamat. sungguh, jika engkau mengatakan bahawa akan ada bala tentera yang sedang bersiap sedia menyerang kami, maka aku akan percaya. Kerana engkau insan benar. Dan yang bersifat benar itu tidak menipu. Dirimu suci wahai Muhammad.

Sedang aku siapa? Hanya seorang mekanik dosa.. hanya tahu menjadikan dosa itu semakin indah dilihat. Memandang dosa itu ibarat lalat yang hinggap dihidung. Langsung dikibas tanpa merasa bersalah sedetik pun dihati. Lalai dengan peringatan mu bahawa dunia ini hanya sementara. Aku mengakui adanya mati, tetapi aku tidak beriman dengannya. Adakah insan seteruk aku ini mampu menyatakan cinta padamu?

Persoalan ini terus bermain dikotak fikiran. Aku ingin bertemu dengannya. Merasa lembutnya tutur bicaranya. Ingin merasa indah budi pekertinya.ingin melihat redup pandangannya. Tapi apa mungkin? Sedang diri ini sendiri masih belum mampu memikul amanah yang diberikan. Melihat adik2 membesar tanpa tanggungjawab seorang abang, Memerhati ibuayah yang kian ditelan usia tanpa merasakan jasa mereka didalam jiwa, melihat sahabat2 dan saudara2 yang kesusahan dan aku hanya mampu menghulur doa. Adakah itu yang ingin aku persembahkan?

Ilahi…

Ilahi…

Ilahi…

“Betapa besar dosa hambamu ini.. aku gagal menjadi seorang abang yang baik. Aku gagal menjadi anak yang baik. Saudara dan sahabat yang baik. Bahkan tuhanku, aku gagal menjadi hambamu yang baik. Jika engkau tidak mengampunkan ku, maka harus ke mana lagi aku ingin mengajukan sesalan ku tuhan? Ke mana ingin aku megadukan taubatku tuhan? Kerana hanya Egkau yang memiliki sifat Maha Pengampun itu ya Allah. Aku lemah tanpamu disisi ku. Jangan kau biarkan aku sendirian tuhan. Jangan..”

air mataku semakin deras. Aku rasa aku tidak sekuat yang disangka. Dihadapan Nya aku ibarat seorang bayi yang hanya mampu menangis. Bagaimana nanti saat izrail datang menyabut nyawaku? Apa yang ingin aku katakan padanya? Jangan diambil nyawaku? Ah.. sedangkan insan yang mulia itu turut dicabut nyawanya, ini pula aku. Hanya lumpur dicalitan kasut.

Saat maut melintasi fikiran, air mata ini kian deras mengalir. Diri ini akan merasai sakitnya mati. Diri ini akan meninggalkan jasad yang dipinjamkan ini. Jika sebelumnya orang lain memuji tentang keindahannya, menyatakan tentang kelebihannya, apakah nanti jasad ini tidak dikebumikan? Adakah jasad ini tidak reput akhirnya? Sungguh, relung hatiku basah memikirkannya. Betapa selama ini aku merasa bangga dengan jasad yang diberi. Betapa selama ini aku merasa riak dengan kelebihan yang dipinjamkan. Dan tanpa sedar, aku terleka ini adalah pemberiannya. Sampai masa nya aku akan dipersoakan tentang manfaatnya kepada ummat. Jika sebelum ini insan sebelum ku merasa sakitnya mati dan dikebumikan, adakah aku terkecuali darinya? Saat sakaratul mautku sampai, akankah izrail tersenyum padaku atau bengis padaku? Aku tidak tahu.. sungguh aku tidak tahu..

Aku larut seketika dalam renungan. Terasa belaiannya lembut membelai diri yang kehausan kasih-Nya. Ilahi, sungguh engkau maha pemurah. Kebaikan mu terlalu banyak untuk hambamu. Saat aku melakukan dosa, engkau wahai pemilik jantungku, tidak memberhentikan denyutan nadiku. Engkau biarkan aku bernafas walaupun kejahatan yang engkau terima dariku. Disaat orang lain menjauhiku kerana dosa ku, engkau datang dengan rahmat kasih Mu. Engkau datang dengan keampunan Mu. Di mana akan ku cari cinta yang setulus cinta Mu tuhan.

Dan bagai anak kecil, aku tersentak tentang hakikat cinta. Sungguh, cinta yang aku inginkan cinta yang berkekalan. Cinta Yang bisa bertahan selamanya. Dan tanpa disedari, selama ini aku mencarinya didalam jiwa insan yang sifatnya sementara. Gelintar pada kehidupan yan akan tamat akhirnya. Lalai bahawa abadi itu adalah sifatMu. Sungguh Ilahi, cinta yang sebenar itu milikMu. Dan hanya engkau yang mampu menyatukan hati2 kami tuhan.

Aku lantas menyeka air mata ku. Tidak ingin rasanya terus larut dalam linangan air mata. Perlahan, aku kumpul kekuatan. Hidup ini adalah amanah buatku. Hidup adalah anugerah buatku. Berbekal sisa kekuatan yang ada, aku yakinkan diri aku mampu. Kerana aku yakin dengan janjiNya bahawa segala usaha manusia itu akan diperlihatkan. Walaupun kegagalan yang akan ku hadapi, tidak akan sedikit pun mengugat usaha ku. Nilaian Mu tuhan bukan seperti nilaian makhluk. Sungguh, akan ku jadikan usaha ku bukti kesetiaan ku. Ku mohon engkau terima penyesalan ku.

Azan isyak sudah berkumandang. Ternyata.. solat maghrib ku hanya diisi dengan air mata. Perlahan aku bangun menyeka kedukaan. Akan ku tunaikan suruhan Mu tuhan. Selagi aku bernafas didalam jiwa hamba, selagi jasad yang engkau berikan masih mampu bergerak. Akan ku tunaikan semampuku. Insya Allah, itu janjiku.

..stePoriAn stOry..

Tuesday, December 22, 2009

assalamualaikum.. hu^^ fisrt sekali, aku tau nak tulis apa. urm.. neway, ni salah satu komik aku. i dedicate this to all my friend. terutamanya sahabat dari stepo. entah, mungkin kenangan yang berlegar diminda mendesak untuk melakukan sesuatu. urm..

ok.. back to the pint. hu.. kalau korang nak baca komik ni, korang terpaksa download dari link yang ak bagi.. yela, ni bukan buku kan. its just cyber world. so korang memang agak sukar nak baca dalam page ni.

ni link die..

http://www.mediafire.com/?tv4zezdtg44
http://www.mediafire.com/?dumunomj4y4
http://www.mediafire.com/?mcyinqgmz5q
http://www.mediafire.com/?zyzmzm1chtz
http://www.mediafire.com/?0uqdd1lmycv
http://www.mediafire.com/?m4j4z4f5mzw
http://www.mediafire.com/?zuxro5j5xmu


last, aku lakukan hanya kerana allah. kerana ingin mengeratkan silaturrahim antara sahabat2 dulu dan sekarang.. so, aku izinkan korang copy kat mana2 je.. hu^^ neway.. sori la.. lukisan aku buruk sangat...
sape2 yang ada suggestion korang coment je la eh.. hu.. aku sebenarnye ak reti gune photoshop atau ape2 la software.. semua ni aku edit guna micrsoft word, power pnt dgn paint. so, maaf sgt kalau kualiti nya agak teruk..hu.. neway.. enjoy it^^